Cerpen Seindah Sumayyah


 

  “Kau jangan mimpi nak jadi menantu aku. Perempuan kotor macam kau tak layak masuk dalam keluarga ni.” Tengking Datin Maria.
            Datin Maria memang tidak pernah merestui pernikahan Sumayyah dengan anak lelakinya Muhammad Qeis, kerana dia ingin berbesan dengan Puan Sri Sharifah.  
            Sumayyah yang sedang membersihkan ruang tamu hanya mendiamkan diri tanpa sepatah kata. Bantal-bantal yang bersepah diatur semula di sofa kulit bernilai puluhan ribu.  Kadang kala hatinya terguris juga dengan cacian yang dilemparkan oleh Datin Maria. Dia bukan anak luar nikah seperti yang diperkatakan oleh ibu mertuanya itu. 
            Ibu dan ayah Sumayyah telah meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu, Sumayyah baru berusia tiga tahun. Namun, kuasa Allah s.w.t Sumayyah terselamat dari kemalangan maut yang membabitkan lima keluarga dalam sekelip mata. Selepas kejadian itu, dia dibesarkan di rumah anak-anak yatim.
            Kemarahan Datin Maria tidak hanya terhenti di situ. Perhiasan kaca di cabinetkecil dicapai, lalu dilemparkan ke anak tangga.
            ‘Prrannggg’. Bunyi kaca pecah memeranjatkan Sumayyah yang sedang mengelap tingkap di tingkat atas. Pantas dia berlari kearah bunyi itu.
            Kelihatan Datin Maria sedang memandangnya seperti singa betina kelaparan. Wajah wanita itu dilihat sekilas, sebelum berlalu mengambil bakul sampah.
            Sumayyah mengutip satu persatu serpihan kaca yang bertaburan di anak-anak tangga. Ditoleh kearah atas, kelibat Datin Maria tidak kelihatan.
            ‘Dah keluar agaknya,’ desis hati Sumayyah.
            Namun sangkaan Sumayyah meleset. Tanpa dia sedari, Datin Maria yang datang dari arah belakang terus menolaknya.
            Tubuh Summayyah berguling-guling. Kepalanya terhantuk pada bucu anak tangga yang terakhir, sebelum terlentang di lantai.
            Mak Jah sedang memasak terperanjat dengan bunyi kuat dari arah ruang tamu, pantas dia berlari melihat apa yang berlaku. Tiba di ruang tamu, dia terpandang sekujur tubuh yang lemah di atas lantai. Ada darah yang mengalir dari celah-celah kaki, hidung dan dahi isteri Muhammad Qeis.
            “Ya Allah, Sumayyah.” Teriak Mak Jah lalu mendapatkan tubuh itu. 
            Datin Maria masih mematung di tingkat atas.
            “Kenapa ni, nak.” Tanya Mak Jah sambil mengelap darah yang mengalir dari hidung mancung Sumayyah.
            “Qeis…. Qeis….” Teriak Mak Jah memanggil Qeis yang baru pulang dari joggingbersama papanya.
            Qeis yang baru keluar dari perut kereta meluru mendapatkan Mak Jah, sambil diekori oleh Datuk Jaafar. Langkah kakinya terhenti apabila melihat isteri kesayangannya telah berlumuran darah. Seluruh tubuhnya mengigil, tangannya digenggam mengumpul kekuatan.
            Tubuh Sumayyah beralih dari pangkuan Mak Jah ke pangkuan suami yang amat dia cintai. Kesakitan yang menjalar di seluruh tubuhnya sedikit terubat melihat wajah redup milik Qeis.             Qeis menyeka air matanya yang jatuh ke pipi gebu Sumayyah. Berkali-kali dia mencium dahi wanita itu yang basah dengan darah.
            “Anak kita, bang.” Ujar Sumayyah terketar-ketar, nafasnya mula turun naik tidak menentu.
            Pantas Qeis mengalirkan pandangannya kearah kaki Sumayyah.
            “Astaghfirullahalazim.”
            “Sabar, Qeis. Sekejap lagi ambulans sampai.” Ujar Datuk Jaafar sambil menggosok belakang Qeis memberi sedikit semangat.
            Tangan lemah Sumayyah digenggam, terasa begitu sejuk tangan isterinya.
            “Sayang mesti kuat, sayang.” Ujar Qeis dengan suara tersekat-sekat menahan sebak.
            Namun pandangan Sumayyah semakin kabur, nafasnya juga semakin tidak menentu. Berkali-kali Mak Jah dan Qeis mengajar Sumayyah mengucap, sebelum wanita itu layu dalam pelukkan suaminya.
            Qeis memeluk erat tubuh isterinya yang tidak lagi bernyawa. Air matanya mengalir semakin deras. Jiwanya berasa begitu perit kala ini. 
            “Ya Allah, kenapa jadi begini…. Kenapa Engkau tak ambil aku sekali, Ya Allah” Raung Qeis sekuat hati. 
            “Sabar, nak. Allah lebih sayangkan Sumayyah.” Pujuk Datuk Jaafar sambil memeluk tubuh anaknya dari sisi.
            “Qeis pun sayangkan Sumayyah, pa. Qeis sayang Sumayyah.” Ujar Qeis dalam esakkan.
“ Sayang, kenapa buat abang macam ni.”
“ Bangunlah sayang. Abang merayu, bagunlah. Jangan tinggalkan abang.” 
            Tubuh layu wanita itu digoncang semahunya. Segera dihalang oleh Datuk Jaafar.
            “Maafkan mama, Qeis. Mama tak sengaja.”Rayu Datin Maria lalu melutut memeluk anaknya.
            Rayuan Datin Maria tidak diperdulikan.
            Lantas, Datin Maria beralih memeluk tubuh Sumayyah yang berada dipangkuan Qeis.
            “Sumayyah maafkan mama, nak. Mama yang salah…. Mama yang berdosa…. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni. Ampunkanlah aku, Ya Allah.” Tangis Datin Maria kekesalan.
*******************************************************************************************
            Sebulan selepas pemergian Sumayyah, Datin Maria telah dimasukkan ke wad sakit mental.  Rasa bersalah yang menghantuinya membuatkan dia hilang kewarasan sehingga dia pernah untuk mengelar dirinya sendiri.
            Keadaan Qeis juga semakin tidak menentu, dia sering mengurung dirinya di dalam kamar. Kadang kala, terdengar dia menangis teresak-esak memanggil nama isterinya. Namun, kadang-kadang terdengar juga dia ketawa gembira seperti bergurau dengan seseorang.


Best regards,
Syida Muhajir
tel.:
fax:
[email protected]
http://www.syidaismyname.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://syidaismyname.blogspot.com/2012/04/cerpen-seindah-sumayyah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerpen Sidang Kedai Kopipendidik Pendidik

Cerpen Sidang Kedai Kopipendidik Pendidik

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 142 hits
Oleh Amatara Leong Buatkan aku kopi jerit Pak Su Cta Setiap kali habis kerja di sawah Pak Su Cha pasti bertenggek di kedai kopi Leong Dari muda hingga salji putih membenam di kepalanya p
Cerpen Pendek Bersih 3 0

Cerpen Pendek Bersih 3 0

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 67 hits
1 Ini adalah sebuah cerpen pendek certot bercerita tentang himpunan Bersih 3 0 2 Kaitannya dengan yang hidup tiada Kaitannya dengan yang mati pun tiada ORANG ramai Entah dari jihat mana mereka tiba tiba muncul dan berkumpul dan membentuk la...
Cerpen Anugerah Part 10 Akhir

Cerpen Anugerah Part 10 Akhir

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 193 hits
Ketika berada di dalam kereta masing masing diam seribu bahasa Ammar yang seakan akan berani pun tidak terluah kata kata yang disusunnya sebelum bersemuka dengan Aisya Keadaan sangat kekok Peluh memercik di dahi Ammar walaupun tidak panas A...
Cerpen Berikan Aku Satu Nyawa

Cerpen Berikan Aku Satu Nyawa

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 62 hits
Berikan aku satu nyawa13 Julai 2019 4 00 PMPAGI Sabtu Langit cerah membiru Tiada langsung menampakkan tompok tompok awan hujan yang menunggu masanya untuk mencurah Hati tenang bagai selalu Moga ketenangan juga terus lestari dalam jiwaku Aku...
Cerpen Sebilah Gunting Tua

Cerpen Sebilah Gunting Tua

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 79 hits
30 Mac 2019 12 00 PMAMIRUL duduk di sisi jendela biliknya dan memandang ke luar Pemandangan di sekitar kampus tempat dia menimba ilmu sememangnya mengasyikkan Angin dingin mengapungkan kabus tipis pada hamparan hijau yang dilatari bukit buk...
Cerpen Bersiri Hey You Jangan Sentuh Aku Part 14

Cerpen Bersiri Hey You Jangan Sentuh Aku Part 14

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 105 hits
dan akhirnyaa akhirnyaaaa Saya memperSembahkannn The laST parT of cerpen hey yoU jangan SenTUh akU Enjoyyy PART 14 Humaira merenung gulungan kertas yang berada di dalam genggaman tangannya Gulungan kertas yang menjadi bukti bahawa dia telah...
Cerpen

Cerpen

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 42 hits
Perigi Airnya BiruolehAMATARASinar Harian24 11 2018
Cerpen Insaflah Haris

Cerpen Insaflah Haris

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 60 hits
INSAFLAH HARIS OlehAMATARAHARIS begitu khusyuk bermain game secara online di komputer ribanya Game Mafia Wars memiliki lebih dari pemain aktif iaitu 26 000 000 membuatnya menjadi salah satu permainan yang paling popular pada masa kini Bermu...
Cerpen Cinta Sampai Mati

Cerpen Cinta Sampai Mati

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 114 hits
Dulu awak janji awak tak nak tinggalkan saya Tapi kenapa sekarang awak mungkiri janji awak Soal Liyana sambil menguis pasir pandangannya dicampak ke tengah laut yang sedikit bergelora Ammar melepaskan satu keluhan berat Wajah bidadari hatin...
218 Fibonaci

Kecewa Makanan Potluck Sekolah Anak Tak Disentuh Ikutlah Apa Budak Suka Makan Bukan Kita

Guideline Needed For Maintenance Of Old Trees In Kl Ft Minister

Persediaan Awal Haji

5 Tips And Ways That Can Help You To Reduce Body Fat

Wanita Dikenakan Bayaran Rm9 55 Untuk Nasi Putih Dan Telur Goreng Bungkus

Biodata Faisal Halim Pemain Bolasepak Viral Malaysia

Kkb Poll Indian Voters Might Make All The Difference



Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri


3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

0138002039 Scammer Maybank Panggilan Palsu

Empat Maut Mpv Dan Kereta Api Berlanggar

Lelaki Ditangkap Curi Kawal 25 000 Akaun Facebook

Anwar Ibrahim Terima Mandat Rakyat

Wanita Terkejut Melihat Bawang Hijau Dijual Pada Harga Rm9 45 Sekilogram