Cerpen Berikan Aku Satu Nyawa


Berikan aku satu nyawaAMATARA13 Julai 2019 4:00 PMPAGI Sabtu. Langit cerah membiru. Tiada langsung menampakkan tompok-tompok awan hujan yang menunggu masanya untuk mencurah. Hati tenang bagai selalu. Moga ketenangan juga terus lestari dalam jiwaku
Aku menunduk semula selepas puas mendongak ke langit. Ucapan tahmid dan syukur tidak putus-putus keluar daripada bibirku sejak mengetahui jantina anak yang dikandung oleh isteri. Sesekali terasa ingin melonjak-lonjak ke udara lantaran terlalu gembira. Segala teka-teki yang bagai terpikul di atas pundakku selama ini sudah dilepaskan. Walau natijahnya masih terlalu awal, namun aku yakin, untuk menerima satu-satunya zuriat lelaki dalam keturunanku tidak menjadi masalah. Sekuntum senyuman semanis madu kulemparkan di pinggir jendela yang ternganga luas seolah-olah menggamit semua penghuni di taman perumahan itu untuk bersama-sama meraikan peleraian resahku
Bunyi ringtone daripada telefon pintar di atas meja makan di ruang tamu membuatkan aku tersentak. Segera aku menerpa ke arah telefon pintar itu dan ternyata ada panggilan video call daripada ibuku di kampung. Terukir rasa bahagia dalam benak hatiku. Baru sebentar tadi aku berangan-angan mahu memberitahu perkhabaran yang membahagiakan itu kepada ibuku. Namun, ibuku pantas sahaja mengetahui kegembiraan yang sedang mekar di kelopak hatiku. Benarlah, naluri seorang ibu itu mengatasi antara alam maya dan nyata
Saat aku menekan punat pada dada telefon pintar, maka tertampang wajah ibuku yang sudah hampir memasuki usia 60 tahun. Wajah ibu masih tetap jelita meskipun ada garis dan kedutan yang semakin mengitari wajah ayu ibu. Senyuman ibu masih sama dan tetap sama seperti mana zaman aku masih bersekolah. Senyuman ibu itu yang menjadi inspirasi buatku untuk terus gagah memikul tanggungjawab sebagai seorang anak tunggal dalam kehidupan ibu dan ayahku. Sama ada manis atau pahit, sama ada madu atau racun, akulah satu-satunya zuriat peninggalan arwah ayahku kepada ibu. Dan kerana itu, aku menyayangi ibuku melebihi diriku sendiri
Berita gembira itu aku kongsikan dengan ibuku. Wajah ibu sedikit tergamam. Kelihatan ada air jernih pada tubir kelopak matanya. Dan seketika itu juga ibu mula mengelap air jernih itu dengan jari-jemarinya. Aku terkedu
“Alhamdulillah. Inilah doa ibu yang tidak pernah putus-putus. Ibu amat mengharapkan agar ada zuriat lelaki dalam keluarga sebelah ibu. Sham...selepas kelahiran Sham 30 tahun yang lalu, keluarga ibu langsung tidak mendapat seorang pun zuriat lelaki. Penantian selama 30 tahun ini akhirnya berakhir jua apabila mendengar perkhabaran ini. Alhamdulillah...” ujar ibu dalam sedu-sedannya
Aku hanya seperti patung cendana tatkala mendengar kata-kata ibu. Sejujurnya aku langsung tidak mengetahui tentang hal itu. Bagi diriku, sama ada anak perempuan atau lelaki aku menerima dengan penuh rasa syukur. Anak ini adalah anak pertama buat aku dan isteri. Tidak ada sebarang keistimewaan jika anak itu lelaki atau perempuan. Kedua-duanya tetap sama tarafnya di mataku. Aku lebih memikirkan tentang keselamatan isteri dan anakku nanti
Namun, sepurnama yang lalu tatkala membicarakan tentang jantina anakku dengan sepupuku di kampung membuatkan hatiku sedikit resah. Melalui WhatsApp yang dihantar oleh sepupuku yang bernama Rina membuatkan diriku dibalut dengan sejuta perasaan resah yang tidak berpenghujungnya
Tahniah Sham. Tidak lama lagi kau bakal menjadi bapa. Semoga kau dan isteri kau sentiasa bahagia. Tetapi, aku sebagai sepupumu amat berharap agar anakmu nanti akan menamatkan kemarau keturunan kita nanti. Rina memberikan aku emoji dua hati yang menyala-nyala. Ah, pandai kau Rina hendak membodekku! Getusku
Kemudian aku membalas WhatsApp Rina. Apa maksudmu Rina? Aku tidak faham. Aku membalasnya dengan tanda emoji orang sedang berfikir. Benar, aku langsung tidak faham apa yang cuba diputar belitkan oleh Rina sepupuku. Aku melihat pada skrin WhatsApp. Rina is typing... barangkali khutbah apa pula kali ini. Panjang berjela. Aku menunggu dengan penuh setia
Kalau kau nak tahu keturunan kita langsung tidak ada lelaki. Kau sahajalah lelaki tunggal dalam semua sepupu kita di kampung. Anak-anak kami juga semua perempuan. Malah anak kakakku yang baru sahaja lahir tempoh hari juga perempuan! Balas Rina panjang lebar
Jadi, kalau anakku perempuan bagaimana? Sama ada lelaki atau perempuan aku tidak kisah. Aku hanya mahu anakku lahir nanti dalam keadaan sempurna dan sihat. Muktamad! Balas WhatsApp seolah-olah merajuk. Barangkali juga dengan pengakuan itu aku cuba menyingkirkan perasaan resah yang semakin membenamkan naluri hatiku jauh ke dasar lurah yang paling dalam
Aku memadam semua perbualan itu agar tidak dibaca oleh isteriku nanti. Aku tidak mahu isteriku tersinggung dengan segala apa yang telah kami bualkan. Malah, aku tidak mahu isteriku turut memikirkan tentang jantina anakku sehingga memudaratkan kesihatannya kelak. Sehingga ke saat ini meskipun Rina ada menghantar mesej meminta maaf kepada diriku namun aku hanya membiarkan mesej itu berlalu pergi tanpa mahu membalasnya. Aku benar-benar terasa hati dengan kata-kata Rina
“Kenapa termenung? Patutnya Sham gembira. Ada apa-apa masalah, Sham?” Suara ibu menyebabkan aku tersentak daripada lamunan yang panjang
``Tak ada apa-apalah ibu. Sham bersyukur dengan pemberian Allah ini, ibu. Ibu, boleh ibu berikan resipi rendang tok? Ira nak sangat makan rendang tok tapi susahlah Sham nak dapatkan di sini.” Aku cuba membangkitkan semula mood ceria dalam video call tanpa mahu ibuku memikirkan tentang apa yang sedang bersarang di kotak fikiranku
“Mudah saja Sham. Cuba Sham masuk ke laman Google. Nah cari sahaja di situ! Atau paling senang dan cepat guna aplikasi YouTube. Selamat memasak Sham!” Ibu mengakhiri video call tanpa sempat aku membalasnya. Ah, ibu. Ada-ada sahaja. Omelku perlahan dalam hati
Tanpa berlengah, aku memulakan pencarianku di laman YouTube. Benarlah kata ibu, taip sahaja perkataan rendang, semua jenis rendang ada disediakan. Malah cara memasak rendang dan bahan-bahan penyediaannya turut ditunjukkan di situ. Mujurlah ibu agak mahir dalam penggunaan aplikasi yang melibatkan ICT. Aku yang selalu menggunakan aplikasi tersebut hanya memikirkan tentang hiburan dan gosip yang disampaikan oleh ‘makcik dan pakcik bawang’ sahaja. Hanya untuk kali ini aku benar-benar ingin memikat isteriku dengan hasil air tanganku sendiri
Aku berlari ke dapur menyiapkan bahan-bahan yang dipamerkan di YouTube. Berkelentang-kelentung jugalah aku sepanjang hari itu. Mujurlah isteriku tidak ada di rumah. Isteriku mengikut ibunya ke rumah rakan yang terletak di pinggir bandar. Justeru, aku mengambil peluang dengan memasak rendang tok yang sudah lama diidamkan oleh isteriku. Seharian aku bermandi peluh di dapur. Seharian itu jugalah aku gembira menceburi bidang masakan yang jarang-jarang aku lakukan. Aku hanya tahu menjerang air, menanak nasi dan memasak mi segera atau paling mudah menggoreng telur mata kerbau. Namun untuk memasak rendang itu jauh panggang dari api. Namun, usahaku itu membuahkan hasil apabila melihat dan merasa rendang ala-ala tok yang menjadi! Terima kasih Pakcik Google dan YouTube
Lewat senja, isteriku dihantar pulang oleh ibu dan kakaknya. Aku yang menunggu di hadapan pintu mempelawa agar ibu dan kakak iparku masuk ke dalam rumah. Namun, mereka menolak kerana hari sudah lewat. Aku hanya tersenyum dan memerhatikan wajah isteriku yang agak sugul. Terdetik pertanyaan di tangkai hatiku tatkala itu. Apakah yang sedang berlaku? Namun, kubiarkan isteriku masuk ke dalam rumah dengan mengekorinya hingga ke ruang dapur
Isteriku menjeling ke arah rendang tok yang terhidang di dalam pinggan. Dia menarik kerusi dan duduk di hadapan rendang tok sambil air mata mula bertakung di kelopak matanya. Aku terkedu seketika. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan. “Ira nak makan? Rendang ini abang yang masak tadi. Abang ambil resepi dalam YouTube.” Kataku cuba memancing situasi
Isteriku menggeleng kepala. Aku kembali resah. “Mengapa?” soalku perlahan
“Tadi Ira ikut mak dan kakak berjumpa doula. Kata doula anak kita songsang. Mak suruh Ira bersalin di rumah sahaja. Mak dan kakak tak mahu Ira bersalin di hospital. Kata mak, bersalin di hospital lebih sakit dan akan banyak kesannya. Kata mak, zaman sekarang jika bersalin di hospital, doktor tak akan tunggu lama. Doktor akan sarankan agar dibuat pembedahan. Ira takut... Ira rasa serba salah pada mak jika Ira tak mengikut kata mak!” Luah isteriku dengan air mata yang semakin berjuntaian di pipinya
Aku tersentak tatkala mendengar luahan isteriku. Aku juga tidak tahu maksud doula dan bayi dalam keadaan songsang. Justeru, otakku kembali ligat cuba menyelongkar satu persatu makna yang tersirat daripada doula. Siapa doula? Soalku menggeletar di dalam hati
Aku memujuk isteriku agar tidak terus takut dan menangis. Terjelma ketakutan dalam dirinya sehinggakan seluruh keberaniannya dihumban jauh ke dalam tasik yang warna airnya hitam dan pekat. Malah tidak ada sebutir keberanian dan kecekalan yang terbit daripada kocakan air di tasik itu. Kini, hanya diriku sahaja yang harus memberikan kekuatan kepada isteriku dengan pertolongan Yang Maha Kuasa
Akhirnya, rendang tok langsung tidak dijamah. Malah rendang tok itu kelihatan melempiaskan perasaan kecewanya kerana tidak ada yang sudi untuk menjamahnya
Usai isteriku tidur, aku keluar dari bilik dan duduk bersandar di atas sofa. Malam yang dingin dan membeku itu memberikan warna ketidakharuan dalam hatiku. Perasaanku kacau-bilau dan bersimpang-siur. Lantas aku mencapai komputer riba dan menekan punat ‘on’. Tatkala layar skrin terang-benderang, aku mencari laman web Google dan mula menaip perkataan doula. Seketika kemudian, terpampang maksud tentang doula
Menurut penjelasan American Pregnancy Organization, doula adalah seorang pelatih profesional yang membantu memberikan sokongan dari segi emosi dan fizikal kepada ibu yang hamil, akan bersalin atau telah bersalin. Namun tatkala aku membaca ayat seterusnya mengenai doula benar-benar merunsingkan diriku. Seorang doktor ada berkongsi tentang isu doula di Malaysia: “Hospital kerajaan tidak membenarkan orang lain masuk ke bilik bersalin malah, sesetengah polisi hospital swasta di Malaysia juga tidak membenarkannya.”Aku masih keliru. Kemudian aku membaca dalam blog mengenai doula. Dalam blog seorang wanita yang tidak bernama dia menerangkan tentang kes-kes kematian yang disebabkan oleh doula. Aku masih lagi keliru. Melalui paparan di YouTube aku menonton isu perbincangan yang berkaitan dengan doula. Isu perdebatan itu membuatkan mataku terbeliak tatkala mendengar keterangan daripada doula. Aku juga turut mengutarakan masalah yang sama di laman Facebook. Di situ aku tanyakan pendapat rakan-rakan alam mayaku mengenai khidmat doula dan risiko jika bersalin di rumah. Akhirnya, aku mendapat pelbagai jawapan yang kesemuanya adalah tidak menyokong sama sekali dengan khidmat yang diberikan oleh doula. Aku tergumam dan kaku seperti patung cendana. Aku berbaring sambil memikirkan tentang perkara itu
“Abang!” jerit suatu suara secara tiba-tiba. Bingkas aku bangun. Mataku melilau mencari dari mana datang suara itu. Beberapa minit kemudian aku melihat isteriku dibaringkan di atas sebuah katil besi. Isteriku dikelilingi oleh seorang perempuan yang tidak kukenali. Barangkali itu adalah doula. Di tangan doula itu terdapat sebilah gunting dan perkakasan untuk bersalin. Aku melihat isteriku meraung dan menjerit memanggil namaku. Aku berlari menerpa ke arah isteriku namun seperti ada sesuatu yang menahanku, aku gagal untuk membantu isteriku. Dalam samar-samar cahaya, aku melihat banyak darah merah dan pekat mengalir di atas simen. Situasi isteriku pada waktu itu sangat genting. Isteriku tercungap-cungap dan meronta-ronta. Beberapa saat kemudian aku melihat seorang bayi ditarik keluar dari perut isteriku
Namun, bayi itu langsung tidak menangis. Pada waktu itu doula menggeleng kepalanya berulang kali. Dan dalam sekelip mata aku melihat jasad isteri dan anakku diselimuti dengan kain putih. Aku meraung seperti orang gila
Dalam esak tangisku aku menjerit sekuat hati. Tiba-tiba bahuku dicuit orang. Aku tersentak. Mataku masih lagi pekat dengan jernihan air mata. Tatkala aku menoleh ke sisiku, kulihat isteriku terpinga-pinga melihatkan keadaanku. Beberapa kali juga aku beristighfar dengan nada yang kuat. Sesungguhnya aku benar-benar diberikan gambaran ngeri tentang doula
“Mengapa abang?” tanya isteriku curiga
Tanpa menjawab pertanyaan itu, aku terus mencapai telefon pintarku. Aku menekan punat-punat nombor ibu mentuaku dan di situ aku temui suaranya. Dalam nada tegas aku menyampaikan hasratku
“Mak, saya tak izinkan isteri saya bersalin di rumah. Saya tak izinkan isteri saya dibantu oleh doula! Saya tak mahu merayu untuk memberikan satu nyawa untuk anak saya kepada doula!”Tatkala mendengar kata-kata itu membuatkan mulut isteriku ternganga luas


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pajatsong.blogspot.com/2019/07/cerpen-berikan-aku-satu-nyawa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias

Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 369 hits
Satu Perangai Orang Melayu Suka Buat Yang Sangat Disukai Dalam Islam Ustaz Kazim Elias Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Ternyata Ada 7 Pelaku Penembakan Pos Polisi Panton Reu Aceh Barat Satu Sudah Dibekuk

Ternyata Ada 7 Pelaku Penembakan Pos Polisi Panton Reu Aceh Barat Satu Sudah Dibekuk

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 206 hits
Satu pelaku penembakan pos polisi Panton Reu Aceh Barat berinisial JH ditangkap Tim Gabungan Polres Aceh Barat dan Ditreskrimum Polda Aceh Sedangkan 6 lainnya sampai saat ini masih diburu petugas
Ridwan Kamil Imbau Kepala Daerah Di Jabar Siaga Satu Hadapi Musim Hujan

Ridwan Kamil Imbau Kepala Daerah Di Jabar Siaga Satu Hadapi Musim Hujan

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 164 hits
Kang Emil pun mengimbau masyarakat Jabar agar menjaga kebersihan saluran air termasuk selokan yang berada di lingkungan sekitar serta tidak membuang sampah sembarangan
Polisi Tangkap 7 Terduga Mafia Tanah Di Bengkulu Satu Orang Berstatus Asn

Polisi Tangkap 7 Terduga Mafia Tanah Di Bengkulu Satu Orang Berstatus Asn

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 149 hits
Kabid Humas Polda Bengkulu Kombes Sudarno mengatakan modus tujuh orang terduga pelaku penyerobotan lahan PT Hasfram itu dengan memanfaatkan HGU perusahaan yang akan habis
4 Doktor Kongsi Satu Badan Drama Fantasi Ghost Doctor Sah Diterajui Rain Kim Bum Uee Son Naeun

4 Doktor Kongsi Satu Badan Drama Fantasi Ghost Doctor Sah Diterajui Rain Kim Bum Uee Son Naeun

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 542 hits
Akhirnya barisan utama Ghost Doctor sudah pun disahkan kini Bakal ditayangkan di tvN drama perubatan fantasi ini membawa kisah apabila seorang doktor pandai yang berlagak seorang doktor residen kaya yang tidak menyedari tanggungjawabnya ser...
Fakta Dan Keajaiban Nasi Padang Makanan Yang Seharusnya Masuk Jadi Salah Satu Keajaiban Dunia

Fakta Dan Keajaiban Nasi Padang Makanan Yang Seharusnya Masuk Jadi Salah Satu Keajaiban Dunia

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 305 hits
Selain bangunan bersejarah masakan ini seharusnya layak masuk salah satu keajaiban dunia nih
Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

Cakap Bukan Main Tetapi Hanya Satu Calon Pas Lawan Dap Di Melaka

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 245 hits
MALAYSIA DATELINEPas disifatkan sebagai bercakap sahaja soal hendak melawan DAP tetapi hanya sanggup meletakkan seorang sahaja calon mereka untuk melawan DAP dalam pilihan raya negeri Melaka Aktivis politik Jamzuri Ardani dalam posting beli...
Angelina Jolie Kecam Negara Haramkan Eternals Anggap Tindakan Itu Satu Kejahilan

Angelina Jolie Kecam Negara Haramkan Eternals Anggap Tindakan Itu Satu Kejahilan

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 387 hits
Angelina Jolie yang melakonkan watak Thena dalam filem Eternals telah menyuarakan suaranya tentang tindakan sesetengah negara mengharamkan Eternals Dia menggunakan perkataan ignorant ataupun jahil bagi menggambarakan tindakan negara negara ...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Info Sinopsis Kutipan Terkini Filem Kahar Kapla High Council 2024 Prekuel Drama Projek High Council

Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Kenapa Berat Badan Bertambah Selepas Melahirkan Anak

Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini