Cerpen Pendek Bersih 3 0



 1. Ini adalah sebuah cerpen pendek/certot bercerita tentang himpunan Bersih 3.0.
2. Kaitannya dengan yang hidup, tiada. Kaitannya dengan yang mati pun, tiada. 
ORANG ramai. Entah dari jihat mana, mereka tiba-tiba muncul dan berkumpul dan membentuk lautan manusia. Semua dalam rona kuning.
              Datang dari pelbagai arah, dalam kumpulan yang kecil, bergabung dengan kumpulan kecil yang lain dan kumpulan kecil yang lain lagi, sebelum menjadi besar, sama-sama dalam satu niat dan satu arah, menuju dataran.
            Di dataran, semua inci ruang telah dipenuhi dengan warna kuning. 
            Anggota polis kelihatan berada di mana-mana, mengawal sebarang kemungkinan. Tapi para penguning tersebut tidak berbuat apa-apa selain duduk sahaja. Maka tiada banyak yang perlu dilakukan oleh mereka selain memerhati. 
            Suasana kelihatan aman. Suka-suka dengan gelak tawa memenuhi ruang. 
            Bila hampir tiga jam para penguning berada di dataran, himpunan pun berakhir. Berdikit-dikit mereka pulang dengan wajah riang gembira, bersama isteri dan anak-anak. 
            Terdapat beberapa penguning yang masih belum pulang, mengutip sampah-sampah yang sedikit yang ditinggalkan, lalu dibuang ke dalam tong sampah. Para pekerja DBKL mengucapkan terima kasih. Pihak polis bersyukur semuanya lancar.
            Dia terjaga. Mimpi yang ngeri. Dia harus berbuat sesuatu agar mimpi itu tidak menjadi realiti. Mana mungkin manusia boleh bertemu sebegitu tanpa wujud rasa sengketa.
            Dia berasa susah hati lalu memanggil kelima anaknya. Tsabar, Al-A’war, Miswath, Dasim dan Zalinur masuk mengadap.
            Arahan dikeluarkan. Himpunan itu harus menjadi kacau-bilau. 
“Kerahkan seluruh syaitan untuk menghasut. Ingat! Jika misi gagal, tangan serta kaki mereka semua akan dipotong!”
            Kelima anak Iblis memberi tunduk hormat kepada ayahandanya sebelum keluar melaksanakan tugas masing-masing. Iblis menaruh keyakinan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Kerap kali Iblis menceritakan kepada mereka, sebagai motivasi, tentang helahnya yang berjaya menghasut seekor ular ketika ingin menggoda Adam suatu masa dahulu. Ular itulah yang telah membawanya masuk ke dalam syurga.
            Tapi Iblis masih merasa bimbang. Manusia tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan harmoni. 
            “Kita tidak boleh hadirkan rasa simpati kepada manusia seluruhnya. Bahkan, bukan sahaja manusia, tetapi juga binatang.” Kata Iblis menerangkan bagaimana ular yang dihasut itu kemudiannya dihukum dengan seumur hidup berjalan di atas perut.
            Bila hari Sabtu 28 April berakhir, anak-anaknya datang membawa khabaran gembira. Manusia bergaduh dan merusuh. 
            Iblis sangat senang hati. Iblis ketawa terbahak-bahak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://melihatbuku.blogspot.com/2012/04/cerpen-pendek-bersih-30.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah

Indonesia Hantar Pulang 30 Tan Bantuan Beras Daripada Uae

Kilang Di Tebrau Diserbu 356 Pekerja Asing Ditahan


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak