Cerpen Sebilah Gunting Tua


AMATARA30 Mac 2019 12:00 PM

AMIRUL duduk di sisi jendela biliknya dan memandang ke luar. Pemandangan di sekitar kampus tempat dia menimba ilmu sememangnya mengasyikkan. Angin dingin mengapungkan kabus tipis pada hamparan hijau yang dilatari bukit-bukau. Kedinginan tatkala pagi itu ditambah oleh mendung yang menjanjikan hujan. Awan kelihatan rendah dan mengalirkan warna suram pada bukit-bukau. Beberapa helai daun melayang ke muka jendela
Amirul masih duduk termenung di muka jendela. Matanya mengitari kawasan sekitar kampus itu. Kemudian, matanya singgah pada beberapa kumpulan pelajar lelaki dan perempuan yang sedang kalut memasukkan beg pakaian mereka ke dalam perut bas. Bas yang disewa khas itu akan membawa semua pelajar pulang ke destinasi kampung halaman mereka. Amirul juga begitu. Lewat tengah hari nanti, dia dan beberapa orang sekampus akan turut menyertai pelajar-pelajar lain pulang ke kampung masing-masing. Cuti semester tiga bulan itu akan dipenuhi dengan segala aktiviti bersama-sama keluarga tercinta
“Kenapa dengan kau, Mirul?”“Kenapa? Kenapa apa?” soal Amirul apabila rakan sebiliknya Nasmi menegur dirinya
“Dari tadi asyik termenung saja?” soal Nasmi yang sedang lincah menyusun pakaian di dalam beg sandangnya
Amirul tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri seperti patung cendana. Fikirannya jauh melayang mengingatkan tentang yuran pengajian yang perlu dilunaskan. Usai tamat Sijil Pelajaran Malaysia, dia ditawarkan mengikuti pengajian Diploma dalam bidang Perakaunan. Sudah dua semester dia bergelut dengan kuliah dan pengajiannya. Sepanjang mengikuti pengajian di sini, segala perbelanjaannya ditanggung menggunakan pembiayaan PTPTN. Usai membayar yuran, wang lebihan dihantar pula kepada adik-adiknya di kampung. Hanya sebahagian kecil sahaja baki wang selebihnya digunakan untuk keperluan dia di sini
Amirul sememangnya hidup berjimat cermat. Kerana dia berasal daripada keluarga hidupnya ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’ dia sudah terbiasa hidup dilatih untuk berdikari. Dalam usia 19 tahun, dia tidak seperti rakan-rakan sebayanya yang lain. Dia lebih memikirkan tentang pengajiannya dan juga keluarganya di kampung. Pendapatan ayahnya sebagai seorang tukang gunting rambut juga tidak seberapa. Lantaran itu, dia amat memahami fitrah kehidupan keluarganya
“Mirul, kenapa masih termenung? Lekaslah bersiap!” suara rakannya itu menyebabkan Amirul tersentak dari lamunan yang panjang. Seluruh ingatannya kembali bertaut di alam realiti
Pandangannya dibuang jauh dari jendela seraya jendela ditutup rapat. Amirul melangkah lesu menyusun haluan yang semakin berliku-liku tanpa pengakhirannya. Tengah hari itu, dia dan beberapa kumpulan pelajar yang lainnya bergerak meninggalkan kampus dengan arah haluan yang berbeza
PETANG yang gersang. Nafas panjang dihela beberapa detik. Keringat yang semakin merenik di wajah dibiarkan. Angin petang yang berpuput masuk melalui pintu dan angin yang berpunca daripada putaran kipas angin saling bergilir memukul muka. Beberapa helai rambutnya berjuntai dan menyentuh dahi. Amirul duduk melangut di kerusi panjang yang diletakkan di dalam kedai papan kepunyaan ayahnya. Kedai gunting rambut kepunyaan ayahnya itu adalah rentetan daripada waris yang ditinggalkan oleh datuknya dahulu. Tidak ada apa-apa perubahan yang dilakukan oleh ayahnya melainkan hanya mewarisi guntingan rambut sama seperti datuknya juga
“Mirul, tolong tengokkan kedai. Ayah hendak balik ke rumah sekejap.” Ujar ayahnya tatkala melihat Amirul hanya duduk diam seperti seekor burung di situ
Arahan itu hanya dijawab melalui anggukan kepala Amirul. Namun, matanya mengekori ayahnya yang sedang mengayuh basikal dan akhirnya menghilang di sebalik sebatang pokok kekabu. Amirul menghela nafas yang panjang. Kebosanan tiba-tiba sahaja menerjah sanubarinya. Petang yang panas itu membuatkan dirinya dibelenggu perasaan bosan. Dan kebosanan itu segera menyelinap masuk mencengkam urat dan darahnya
Matanya mula mengitari seluruh isi kedai gunting itu. Ada bedak Cuticura lama di situ. Bedak Amani sebagai pasangan yang setia di situ. Kedua-dua bedak itu disusun cantik di atas rak kayu di dalam almari usang. Bedak digunakan untuk menghilangkan cebisan rambut di sekitar tengkuk agar tidak miang atau gatal. Kemudian, alatan clipper manual buatan U.S.A masih lagi digunakan oleh ayahnya. Amirul memerhatikan clipper itu sambil memegangnya. Tatkala dia menekan-nekan clipper itu, bunyi ‘klik, klik klik’ terjelma secara tiba-tiba. Dia tersengih tatkala melihat alatan lama yang masih lagi berfungsi. Ayahnya pernah memberitahu bahawa alatan clipper itu digunakan untuk mencantikkan potongan rambut
Matanya kembali beralih kepada sejenis alatan iaitu sebilah gunting ‘zig-zag’. Gunting itu digunakan untuk menggelakkan rambut tidak ‘bertobek’ atau ‘bertakuk’. Berus berwarna gelap tergantung di tepi rak almari. Barangkali berus itu digunakan oleh ayahnya untuk membuang sisa-sisa rambut yang telah digunting. Sikat berwarna hitam turut memeriahkan keseluruhan alatan yang ada di situ. Minyak rambut Brylcreem dalam bekas hijau juga masih menjadi penunggu setia di situ
Amirul masih lagi tersengih. Sebilah gunting tua berjenama Germany menjadi tarikannya kali ini. Barangkali gunting itu peninggalan datuknya. Sungguhpun gunting itu sudah terlalu lama, namun gunting itu masih dijaga dengan begitu baik oleh ayahnya. Warna salutannya iaitu perak langsung tidak pudar. Mata gunting masih lagi tajam dan bersilau. Amirul tercari-cari gunting lain di dalam rak almari usang tetapi langsung tidak ada. Di kedai gunting itu hanya ada sebilah sahaja gunting itupun sudah tua benar
Barangkali kesemua peralatan menggunting rambut itu adalah khazanah yang terlalu istimewa buat ayahnya. Mata Amirul melilau mengitari sekitar kedai gunting. Ada gambar ‘The Beetles’ iaitu sebuah kumpulan yang fesyen rambutnya menjadi kegilaan ramai pada masa dahulu. Ada juga gambar lelaki yang rambutnya ala berbentuk topi keledar. Di bahagian pipi kiri dan kanan pula dilengkapi dengan side-burn yang panjang. Umpama penyanyi Elvis Presley
Termenung Amirul seketika. Harga yang ditetapkan juga masih RM5 sahaja untuk orang dewasa. Malah, harga sebegitu jauh ketinggalan di kedai gunting kawasan bandar. Kedai gunting rambut di bandar tumbuh umpama cendawan selepas hujan. Bagi golongan hipster, memotong rambut di kedai gunting rambut adalah kemestian ditambah pula keinginan untuk tampil kemas bergaya. Malahan, harga kebiasaannya sekitar RM20-RM25. Namun kerana ingin bergaya ramai lelaki muda lebih memilih guntingan seperti itu
Hmmm...patutlah tidak ada seorang pun lelaki muda di kedai ini. Sejak dari tadi hanya ada beberapa orang penduduk kampung yang datang bergunting di kedai. Malah, mereka itu kesemuanya sudah tua dan sebaya dengan ayah. Bisik Amirul di dalam hati
Ketika Amirul masih berteka-teki mencari jawapan, ayahnya datang sambil membawa bekal nasi kepada Amirul. Amirul mengambil bekal yang dihulur oleh ayahnya
Lima minit kemudian, seorang lelaki muda masuk ke dalam kedai gunting. Ayahnya mempersilakan lelaki muda itu masuk ke kedai gunting dengan senyuman yang mesra
“Pak cik saya mahu gunting rambut ala hipster. Tidak mahu fesyen lama.” Pinta lelaki muda itu sambil melabuhkan punggungnya di atas kerusi
Ayahnya terpinga-pinga apabila mendengar permintaan itu. Sudah berpuluh-puluh kali dia diminta untuk melakukan guntingan mengikut trend terkini. Namun dia terpaksa menolak untuk berbuat demikian. Kerana kemahirannya terbatas, maka dia tidak sanggup melakukannya
“Maaf, fesyen seperti itu pak cik tak boleh buat. Kalau yang biasa atau yang ada di gambar ini bolehlah pak cik gunting.” Jawab ayahnya terketar-ketar
Lelaki muda itu melihat ke arah gambar yang ditunjukkan. Wajahnya sedikit berubah
“Hmmm...tak apalah pak cik. Saya tak jadi gunting. Saya pergi kedai gunting di bandar sahajalah.” Balas lelaki muda itu lalu beredar dari kedai itu
Amirul melihat wajah ayahnya yang hampa. Kekecewaan jelas kelihatan di raut wajah ayahnya. Ada cecair jernih yang semakin bertakung di kelopak matanya. Namun, ayahnya mengesat cecair itu dengan hujung lengan baju yang dipakainya. Dia sudah bersedia menghadapi segala-galanya. Bukan dia tidak mahu berubah tetapi kerana dia sudah tua maka dia sendiri tidak begitu mendalami guntingan moden seperti itu. Bagi dirinya, dia lebih selesa mengekalkan guntingan tradisional dan tidak pula mahu menaikkan harga guntingannya. Dia mahu berbakti sambil menderma. Itu prinsipnya
“Ayah, kalau ayah tidak keberatan, Mirul boleh gunting seperti permintaan lelaki muda itu.” ujar Amirul sambil tersenyum
Serta-merta wajah ayahnya berubah. Dia sama sekali tidak menyangka bahawa anaknya mempunyai bakat menggunting rambut seperti dirinya. Namun kerana keegoaan yang mendalam, dia hanya mendiamkan diri sahaja
“Semasa di asrama, Mirul mengambil upah untuk menggunting rambut rakan-rakan Mirul. Jadi, Mirul sudah belajar banyak perkara berkaitan guntingan moden ini, ayah.”Mata ayahnya terbeliak. Wajah ayahnya tiba-tiba sahaja bertukar menjadi tidak mesra. Dari pandangan mata ayahnya, Amirul tahu sudah tentu ayahnya terpukul dengan kata-kata itu
“Ayah hantar kau belajar. Bukannya gunting rambut!” suara ayahnya lantang secara tiba-tiba
“Amirul hanya membantu meringankan tanggungan ayah. Malah Mirul cadangkan agar kedai gunting ini ditukar kepada yang lebih moden. Semua peralatan di kedai gunting ini sudah uzur dan terlalu lama. Langsung tidak mengikut trend sekarang. Sebab itulah tidak ada orang datang ke kedai gunting kita.” Bentak Amirul melempiaskan isi hatinya
Wajah ayahnya segera berubah. Jika ikutkan hatinya barangkali mahu disesah mulut anaknya itu dengan cili. Biar terasa pedas seperti mana hatinya pedih tatkala mendengar kata-kata anaknya itu. Kini, yang tertancap di matanya adalah api kemarahan yang menyala-nyala
“Kamu baru 19 tahun tetapi sudah pandai memberikan cadangan itu dan ini. Sebelum ini kita sekeluarga tidak kebulur. Apa kamu tidak ingat jasa yang diberikan oleh kedai gunting ini yang menyara kamu sehingga kamu dewasa?” lantang suara ayahnya menyuarakan ketidak puasannya kepada Amirul
Amirul terkedu. Jika dia menjawab sudah tentu dia seolah-olah mencurahkan minyak ke dalam api yang sedang marak terbakar. Barangkali dia akan hangus dibakar dengan tingkah lakunya yang biadab dan derhaka. Justeru, dia hanya mengumam sepi. Namun, terlintas di fikirannya tatkala dia masih kecil ayahnya adalah orang yang paling sibuk. . Dari pagi hingga ke senja, ada sahaja penduduk kampung yang menggunting rambut di kedainya. Amirul juga adalah pelanggan setia ayahnya suatu ketika dahulu. Dia tidak dapat membohongi dirinya bahawa guntingan ayahnya paling kemas dan cantik. Kerana kekemasan dan kepandaian itulah maka ayahnya menjadi sebutan. Siapa tidak kenal Azhari tukang gunting? Rata-ratanya semua kenal. Bahkan, ada orang luar yang datang menggunting rambut hanya kerana tertarik dengan potongan rambut yang dibuat oleh ayah
Masih segar dalam galeri kenangan Amirul kedai gunting ayahnya menjadi medan utama di kampung mereka. Segala perbincangan dan juga perjumpaan penduduk kampung kerap kali diadakan di situ. Sambil berbual-bual disulami pula dengan iringan muzik dari corong kotak radio lama datuknya dan diikuti oleh lagu-lagu malar segar nyanyian seniman tersohor Allahyarham Tan Sri P.Ramlee menggamit semua penduduk kampung untuk datang ke kedai gunting tersebut. Tatkala lagu ‘Oh Nonaku Azizah’ berkumandang, semuanya terdiam menghayati lirik merdu lagu itu. Ayahnya akan rancak menggunting rambut sambil kaki digoyang seolah-olah seperti sedang menari
Bahkan, apabila tibanya musim untuk ke sekolah semula kedai gunting itu akan menjadi tumpuan para penduduk kampung. Anak-anak kecil dan juga remaja akan berderet beratur di kaki lima kedai gunting itu. Biarpun berpanas, mereka tetap menunggu dengan penuh sabar. Tidak ada yang mengeluh dan berebut-rebut untuk menggunting rambut. Adab sopan lebih diutamakan walaupun kini langsung tidak diguna pakai oleh generasi masa kini. Amirul tetap ingat dan ingatan itu tetap kukuh terpahat di dalam album ingatannya
“Abang Mirul boleh tolong guntingkan rambut adik?” soal adiknya yang bongsu secara tiba-tiba
Amirul tersentak. Matanya tertancap kepada wajah adiknya yang tersenyum melihat Amirul. Adiknya itu hanya berseluar pendek dan duduk di anak tangga sambil memegang sebilah gunting. Amirul tergamam seketika
“Kalau boleh adik hendak abang gunting rambut adik dengan gaya zaman sekarang. Bolehkan abang?” pinta adik bongsunya lagi
Amirul tidak menjawab. Dicapainya surat khabar lalu ditebuk di bahagian tengah. Kemudian dimasukkan ke arah tengkuk adiknya. Amirul menggunting rambut sambil adiknya memegang sebuah cermin kecil. Usai selesai menggunting, adiknya membelek-belek wajahnya di dalam cermin itu
“Wah, cantiklah guntingan abang ini!” sorak adik bongsunya kuat
Tatkala mendengar sorakan kuat itu, ayahnya keluar dari bilik. Amirul terkedu
“Cantikkan, yah?” tanya anak bongsunya sambil menari-nari
Ayahnya hanya tersenyum. Kemudian ayahnya menghampiri Amirul sambil memegang bahu
“Mirul, benarlah kata-kata Mirul itu. Ayah sudah faham sekarang. Sebenarnya gunting ini adalah kepunyaan arwah datuk kamu kepada ayah. Kini, ayah berikan gunting ini kepada kamu pula. Gunting ini biar pun sudah tua dan tradisional namun tetap berupaya untuk bekerja pada masa kini.” Kata ayahnya sambil mengeluarkan sebilah gunting tua kepada Amirul
Dan buat sekian kalinya Amirul benar-benar mengerti mengapa sebilah gunting tua itu masih tetap istimewa di hati ayahnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pajatsong.blogspot.com/2019/07/sebilah-gunting-tua.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polisi Selidiki Ledakan Dari Rumah Orang Tua Veronica Koman

Polisi Selidiki Ledakan Dari Rumah Orang Tua Veronica Koman

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 248 hits
Ledakan terjadi di Jalan U Jelambar Baru Gropet Jakarta Barat pada Minggu sekira pukul 10 45 WIB
Mengulik Kemandirian Anak Sekolah Di Jepang Bisa Dicontoh Para Orang Tua

Mengulik Kemandirian Anak Sekolah Di Jepang Bisa Dicontoh Para Orang Tua

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 273 hits
Simak rahasia kemandirian anak di Jepang meski mereka masih usia sekolah yuk
Dua Kribo Pelacur Tua Chord

Dua Kribo Pelacur Tua Chord

papar berkaitan - pada 7/11/2021 - jumlah : 413 hits
E E E B C C BE Panas membara E berjalan pincang Epelacur tuaEMeratap sedih Emengharapkan ampunan Edosanya G ATiada tempat bagimu sembunyi C Bkemanapun kau pergiG A Tak seorang kini memandang C Bwalau pernah merasakan EKehangatan tubuhmuE E ...
4 Penyebab Anak Tumbuh Menjadi Pribadi Yang Suka Melawan Orang Tua Wah

4 Penyebab Anak Tumbuh Menjadi Pribadi Yang Suka Melawan Orang Tua Wah

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 273 hits
Kira kira kenapa ya anak jadi begini Tentunya orang tuanya perlu introspeksi diri
Kerap Main Telefon Terlalu Lama Mungkin Anda Akan Rabun Dan Nampak Lebih Tua

Kerap Main Telefon Terlalu Lama Mungkin Anda Akan Rabun Dan Nampak Lebih Tua

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 364 hits
Kerap Main Telefon Terlalu Lama Mungkin Anda Akan Rabun Dan Nampak Lebih Tua MELIHAT telefon terlalu lama boleh menyebabkan anda kelihatan lebih tua dari usia sebenar Anda pasti sudah tahu bahawa melihat skrin peranti elektronik secara berl...
Vide0 Namron Seronok Pertama Kali Catwalk Dalam Hati Bimb4ng J4tuh Tersvngkur Semua Orang Muda Hanya Saya Model Tua

Vide0 Namron Seronok Pertama Kali Catwalk Dalam Hati Bimb4ng J4tuh Tersvngkur Semua Orang Muda Hanya Saya Model Tua

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 313 hits
BUKAN sahaja hebat beraksi di hadapan kamera rupa rupanya pelakon Namron juga mempunyai bakat sebagai model di pentas peragaan Pertama kali diberi peluang memperagakan pakaian jenama Neonate di acara Kuala Lumpur Fashion Week pada Ahad lalu...
Sampai Tua Shuib

Sampai Tua Shuib

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 129 hits
dinda kau masih paling jelitawalau sekarang gigi mu tinggal duahati senang mataku lapangtinggal akuku pandang tak pincangdinda kau masih ratu dijiwawalaupun ukuran pinggang mu bergandakau teristimewa paling berhargabidadari yang buat aku ba...
Inikah Yang Dikatakan Cinta Sejati Makin Tua Makin Sayang

Inikah Yang Dikatakan Cinta Sejati Makin Tua Makin Sayang

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 174 hits
Cinta itu sangat subjektif ada yang bersifat sementara ada yang berpura pura malah ada yang main paksa Tapi di sebalik segala kepalsuan cinta tesebut pasti ada sejenis cinta yang benar benar sejati iaitu kasih Tuhan But in this post saya ta...
Lelaki Lebih Tertarik Kepada Perempuan Lebih Tua

Lelaki Lebih Tertarik Kepada Perempuan Lebih Tua

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 212 hits
salam satu perpaduan tanpa perhimpunan BERSIH 2 0setelah menyepikan diri dengan betol betol sepi aku pun memutuskan sekali lagi untuk membuang mase aku mengupdate jugak lah hahah harini aku nak sembang satu topik yang agak best untuk disemb...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand