Tahniah Marzuki Kerana Membuatkan Seluruh Dunia Gelakkan Malaysia



Cerita mengenai penipuan ijazah oleh Timbalan Menteri Luar PH telah menjadi buah mulut rakyat dan kini dikongsi bersama seluruh warga dunia. Buat malu negara jer, bila seseorang bertaraf Menteri, boleh pula menipu memilik ijazah.

SATU DUNIA SEDANG GELAKKAN KITA, TIMBALAN MENTERI LUAR PH WAJAR LETAK JAWATAN DEMI NAMA BAIK MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan semasa terutamanya perkara yang melibatkan hal-hal politik, saya merasakan ada beberapa permasalahan atau perkara yang tidak seharusnya berlaku di dalam barisan Menteri Kabinet Malaysia.

Apabila Pakatan Harapan (PH) berikrar untuk berkhidmat secara berhemah, berkualiti dan segalanya terbaik berbanding kerajaan sebelumnya Barisan Nasional (BN), maka besarlah harapan rakyat yang memilih untuk berubah ke arah kebaikan yang dicanangkan oleh kepimpinan PH.


Seratus (100) hari pertama di bawah pentadbiran PH, pelbagai kepincangan dan janji-janji yang telah 'dicapati' oleh pemimpin PH sendiri. Nah baru-baru ini, rakyat dikejutkan pula dengan skandal penipuan ijazah kononnya diperolehi daripada sebuah universiti terbaik dan berkualiti di United Kingdom.

Perbuatan mengelirukan rakyat atau misrepresentation adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh dipandang enteng oleh kepimpinan tertinggi negara kerana ia telah memberi implikasi negatif pandangan rakyat terhadap kerajaan. Bahkan negara luar juga sedang seronok melayan lawak jenaka daripada Timbalan Menteri Luar kita.


Kenyataan yang berubah-ubah dan tidak jelas disampaikan oleh Timbalan Menteri Luar ini amat membimbangkan. Manakan tidak, seharusnya beliau bersikap profesional dengan mengemukakan sahaja ijazah yang diperolehinya secara terbuka dan tidak berdolak dalik serta bermain wayang apabila ditanya oleh media.

Sikap tidak bercakap benar ini bukanlah sifat seseorang yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Perilaku beliau sedikit sebanyak mencerminkan imej negara di mata masyarakat dunia, apakah tiada secebis rasa malu YB Marzuki Yahya dengan perkara yang berlaku terhadap dirinya?

Pastinya rakyat dan media luar negara sedang mentertawakan negara kita kerana memiliki seorang Timbalan Menteri Luar kaki 'goreng' dan terpaksa menipu kelulusan akademik demi mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada rakyat.


Pemimpin PH harus beringat bahawa hari ini rakyat Malaysia tidak bodoh dan sentiasa ringan tangan untuk membuat carian fakta mengenai sesuatu perkara. Bercakap benar dan mengotakan janji itu lebih indah daripada terus menerus mengencing rakyat.

Rodzaidi Sullahudzin
Ketua Pemuda UMNO Sik
7 Februari 2019


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://riziqin.blogspot.com/2019/02/tahniah-marzuki-kerana-membuatkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
3 Chef Pastri Dari Malaysia Juarai Piala Dunia Pastri 2019 Tahniah

3 Chef Pastri Dari Malaysia Juarai Piala Dunia Pastri 2019 Tahniah

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 412 hits
Sangat membanggakan apabila negara kita Malaysia berjaya membawa pulang trofi Piala Dunia Pastri 2019 yang berlangsung pada 27 dan 28 Januari di Lynon Perancis Kali ini tiga chef kita telah mengharumkan nama negara selepas bersaing sengit d...
Nama Marzuki Harum Ke Seluruh Dunia

Nama Marzuki Harum Ke Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 322 hits
Isu sijil palsu Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya kini mendapat perhatian antarabangsa apabila agensi berita AFP mela porkan mengenainya semalam Dalam laporan tersebut Marzuki didakwa menipu kelayakan akademiknya dan kini didesak pe...
Tahniah Malaysia Naik Satu Anak Tangga Negara Paling Kurang Rasuah Dunia

Tahniah Malaysia Naik Satu Anak Tangga Negara Paling Kurang Rasuah Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 411 hits
Hari ini laporan dari Transparency International s Corruption Perception Index 2018 menunjukkan negara tercinta kita Malaysia meningkat naik tahap kurang rasuahnya satu anak tangga ke kedudukan 61 dari 170 negara di dunia Tahun 2017 kita du...
Nombor Telefon Kecemasan Lebuhraya Seluruh Malaysia

Nombor Telefon Kecemasan Lebuhraya Seluruh Malaysia

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 448 hits
Kerap kali jika berlaku kecemasan di atas jalan raya kita tidak tahu untuk menghubungi pihak penguasa tempatan atau mereka yang boleh membantu kita dengan cepat selain ahli keluarga Baca lagi tengok A Hotline PLUS 1800 88 0000i Setiap kali ...
Kehadiran 4 Ekor Kucing Ini Buatkan Penyanyi Busking Menjadi Popular Hingga Ke Seluruh Dunia

Kehadiran 4 Ekor Kucing Ini Buatkan Penyanyi Busking Menjadi Popular Hingga Ke Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 400 hits
4 ekor anak kucing ini begitu asyik dan khusyuk mendengar muzik yang dialunkan oleh lelaki ini sehingga menjadikan lelaki ini terkenal di seluruh dunia Video ini menjadi viral di seluruh dunia sehingga dipaparkan dibeberapa media antarabang...
Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 764 hits
Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia Ianya digelar Black Monday for the rule of law yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehingga...
Gelaran Malaysia Sebagai Syurga Makanan Diperkukuhkan Lagi Dengan Kejayaan 4 Orang Anak Muda Ini Di Peringkat Dunia

Gelaran Malaysia Sebagai Syurga Makanan Diperkukuhkan Lagi Dengan Kejayaan 4 Orang Anak Muda Ini Di Peringkat Dunia

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 486 hits
Negara Malaysia Amat sinonim dengan makanan Cuba tanya pelancong pelancong yang datang ke Malaysia apa yang mereka suka tentang Malaysia Mesti pelbagai jenis makanan akan ada dalam senarai jawapan mereka Kita juga mempunyai chef chef yang h...
Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

Pelancaran Filem 4d Pertama Dunia Lego City 4d Officer In Pursuit Di Legoland Malaysia

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 680 hits
LEGOLAND Antara wishlist anak anak untuk ke sini Asal keluar iklan dekat TV atau nampak iklan LEGOLAND mula lah berzikir Ibu Nak pergi LEGOLAND Ibu Jom lah pergi LEGOLAND Reaksi Ibu Insyaallah Doa lah banyak banyak supaya ada rezeki kita un...
Malaysia Dicoret Jadi Tuan Rumah Kejuaraan Dunia Karena Tolak Atlet Israel Mahathir Israel Itu Negara Penjahat

Malaysia Dicoret Jadi Tuan Rumah Kejuaraan Dunia Karena Tolak Atlet Israel Mahathir Israel Itu Negara Penjahat

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 372 hits
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menanggapi pencoretan negaranya sebagai tuan rumah kejuaraan renang difabel Komite Paralimpiade Internasional mengumumkan pencoretan setelah Malaysia menolak atlet Israel berlaga dalam Kejuaraan Dun...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai