Pemegang Saham Wargakerja Bank Rakyat Seluruh Malaysia


KEPADA
 YAB TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMEDPERDANA MENTERI MALAYSIA
Pejabat Perdana MenteriBlok Utama, Bangunan Perdana PutraPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62502 PUTRAJAYA​​​​​​​Tarikh : 01 Januari 2019    BANK RAKYAT Kami pemegang saham dan wargakerja Bank Rakyat seluruh Malaysia mendoakan agar YAB Tun dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik serta sentiasa didalam peliharaan Allah swt dalam memimpin Negara Malaysia yang kita kasihi ini kearah yang cemerlang berbanding sebelum ini. Kami juga mengucapkan Selamat Menyambut Tahun 2019 semoga sempena tahun baru ini pertumbuhan ekonom negara kita semakin mampan, inklusif, meluas serta yang lebih penting dapat memanfaatkan setiap segmen masyarakat
 Tujuan kami menulis warkah untuk YAB TUN adalah untuk melahirkan kebimbangan kami tentang perkembangan sejak 2-3 tahun kebelakangan ini berkaitan Bank Rakyat. Apakah nasib Bank Rakyat yang dianggotai oleh semua orang Melayu Islam termasuk wargakerja seluruh Malaysia pada masa depan Untuk makluman YAB TUN, Bank Rakyat dari tahun 2003-2012 iaitu hampir sedekad, Bank Rakyat telah melalui beberapa proses pengukuhan. Menjelang tahun 2003, Bank Rakyat telah bersedia sepenuhnya untuk beroperasi sebagai sebuah Bank Koperasi Islam. Walaupun pelbagai dugaan dan cabaran pada peringkat awal namun Bank Rakyat terus berkembang sehingga menjadi sebuah bank koperasi Islam yang terbesar di negara ini dan menjadi bank pilihan ramai rakyat Malaysia.  Dari segi prestasi kewangan, Bank Rakyat telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat berjumlah RM300 juta pada tahun 2003 dan terus meningkat dari tahun ke tahun kepada RM2 Bilion pada akhir tahun 2012
 Modal permulaaan Bank Rakyat sebanyak RM1 Bilion tidak habis dilanggan sepenuhnya pada peringkat awal tetapi dengan prestasi yang semakin baik dan kukuh yang ditunjukan dari semasa ke semasa, maka ramai pelanggan serta pemegang sahan yang sedia ada mula meningkatkan saham mereka sehingag habis dilanggan dalma masa beberapa hari sahaja. Kejayaan demi kejayaan ini dicapai kerana Bank Rakyat sendiri  mempunyai budaya dalaman yang baik yang sentiasa memberi motivasi kepada lebih 5,000 warga kerjanya dengan membantu mereka meningkatkan tahap produktiviti, kreativiti, kecekapan, dedikasi, pengetahuan dan juga kesetiaan.  Ini secra tidak langsung memberi pemangkin untuk Bank Rakyat berkembang dengan pesat dan membolehkan Bank Rakyat dapat membayar dividen yang tinggi sehingga purata tahunan lebih kurang 15% setahun
 Pada masa yang lalu, Pengarah Urusan Bank Rakyat sentiasa diterajui oleh orang luar sehinggalah menghadapi krisis persengketaan kepimpinan pada tahun 2000-2002. Krisis ini antara Pengerusi Bank Rakyat dan Pengarah Urusan. Akhirnya kerajaan telah mengambil langkah pro aktif dengan melantik Pengarah Urusannya daripada wargakerja Bank Rakyat sendiri iaitu bermula pada tahun 2003 hinggalah tahun 2017. Kerajaan telah membuat keputusan yang tepat kerana mereka yang dilantik dari orang Bank Rakyat sendiri berupaya mengstabilkan Bank Rakyat kerana mereka ini lebih memahami kehendak wargakerjanya, halatuju bank dan juga pemegang pemegang sahamnya
 Kecemerlangan yang ditunjukan dari tahun ke tahun telah'tercemar't ekoran daripada apa yang berlaku di dalam Bank Rakyat ketika ini. Prestasi kewangan Bank Rakyat telah menurun di mana pada bulan November 2018 mencapai keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.48 Billion berbanding pada November tahun 2017 sebanyak RM 1.72 Billion. Bagi "cost of income ratio' bank pula meningkat dari 26 % (2016) manakala pada 2018 sebanyak 34 %. Salah satu faktor peningkatan yang ketara ialah kemasukkan kawan2 ZA yang bergaji besar ke Bank Rakyat. Bonus prestasi yang tidak seimbang dan juga terlalu jauh antara pihak atasan( terutama kawan2 ZA dengan wargakerja bawahan. Ini semua berlaku disebabkan tampuk kepimpinan yang lemah yang gagal memahami budaya dan kehendak wargakerja, halatuju bank yang tidak konsisten serta, tahap moral dan motivasi wargakerja yang amat rendah. Di dalam akhbar Berita Harian 23/1/2019 berkenaan tamat perkhidmatan ZA sebagai Pengarah Urusan beliau telah memaklumkan 'Sejak dua tahun lalu, kami berjaya mempelbagaikan produk, yang bukan sekadar memberi tumpuan kepada pembiayaan peribadi semata-mata, malah menawarkan produk pembiayaan runcit lain seperti perumahan, pendidikan, kenderaan dan perusahaan kecil dan sederhana," katanya' tetapi pada hakikatnya strategi tersebut telah lama dilaksanakan oleh Pengarah Urusan yang terdahulu
 Bemulanya tragedi hitam di Bank Rakyat bermula pada tahun 2017 apabilaTan Sri Shukry Salleh iaitu mantan Ketua Setiausaha Sulit Kanan kepada Perdana Menteri ketika itu dilantik sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baru. Pelantikan ini setelah menteri KPDNKK pada masa itu Dato Sri Hamzah Zainuddin (HZ) telah berjaya menamatkan kedua dua Pengerusi Tan Sri Aziz dan Pengarah Urusan Datuk Mustafha Abdul Razak dengan pertuduhan berniat politik di mahkamah. Beberapa bulan kemudian, Dato' Zulkiflee Abbas (ZA) yang merupakan kawan baik kepada HZ dilantik sebagai pengarah urusan yang baru. ZA adalah bekas pengarah urusan Bank Afin dibawah Lembaga Tabung Angkatan Tentera yang diketuai oleh Tan Sri Lodin (Penasihat Dato Seri Najib dalam urusan !MDB). ZA juga adalah kawan/kroni kepada Dato Johari (Mantan Menteri Kewangan Kedua), Muhammad Ibrahim (mantan Gabenor Bank Negara) dan besan kepada Tan Sri Ismee Ismail (mantan CEO TAbung Haji). Oleh sebab itu pelantikan ZA sebagai pengarah urusan yang baru dipertikaikan kerana umurnya sudah melebihi 60 tahun. Selama ZA menerajui 2 tahun Bank Rakyat, tiada pembaharuan dan peningkatan prestasi. Pertama kali dalam sejarah Bank baki pembiayaan adalah negative. Sikapnya yang ego dan tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri telah menyalahkan wargakerja Bank Rakyat kononnya telah sabotaj prestasi bank padahal strategi 5 tahun pengurusan tertinggi bank telah gagal kerana arahan yang tidak konsisten yang selalu bertukar menyebabkan wargakerja bank bosan dan kesannya gagal meningkatkan motivasi wargakerja
  Kenapa Dato Sri Hamzah bersekongkol dengan Tan Sri Appandi Ali (mantan AG) untuk mendakwa Pengarah Urusan sehingga akhirnya beliau dipecat tanpa sebarang domestic inquiry
 Mengenai penajaan Buku Antara 2 Abad Dato Seri Najib, pihak SPRM telah memaklumkan hasil siasatan bahawa Datuk Mustafha tidak bersalah dan telah membuat menghantar laporan penuh kepada pihak AG tetapi malangnya pihak AG masih mahu mendakwa beliau. Pemecatan Datuk Mustafha sebagai Pengarah Urusan ketika itu mempunyai agenda yang tersirat. Sebenarnya Dato Seri Hamzah mahu mempastikan Projek Core Banking Bank Rakyat akan dapat dianugerahkan kepada syarikat Silverlake. Ketika Datuk Mustaha sebagai Pengarah Urusan ketika itu tidak bersetuju dengan jumlah tender RM450 juta dan dianggap sangat tinggi dan mahu berunding tentang harga. Tetapi malangnya setelah beliau dipecat, projek tersebut telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah lantikan Dato Seri Hamzah bernilai RM571 juta. (Harga asal yang dipersetujui sebelum itu ialah RM450 juta). Tender ini tidak terbuka malah direct nego antara pihak bank dengan syarikat Silverlake. Yang menjadi semakin pelik ialah pembayaran pertama iaitu satu bulan selepas dianugerahkan tender. Variation Order banyak dilaksanakan mengakibatkan pertambahan kos yang tinggi. Salah satu faktor pembayaran dipercepatkan ialah kerana pilihanraya (PRU 14) akan dijalankan
 ZA telah membawa masuk 'satu rombongan bas' yang terdiri daripada kenalannya semasa beliau bertugas di Mayban dan Afin Bank. Beliau telah melantik 2 jawatan tertinggi iaitu Ketua Pegawai Operasi (CFO) iaitu Dato Amir dan Dato Asmuni. Lebih 20 orang dilantik jawatan Ketua Pengurus Kanan. ZA juga melantik 4 orang kenalan dari Taman Perumahan yang sama beliau diami di Bukit Jelutong sebagai Team Management berjawatan Ketua Pegawai. Tindakan beliau ini yang membawa masuk orang luar telah menafikan hak wargakerja yang dedikasi dan cemerlang yang bertungkus lumus selama ini dan kemuncaknya apabila ZA bersama teamnya dengan sinisnya tidak mengiktiraf kejayaan bank sebelum beliau menjawat pengarah urusan dengan menyatakan kejayaan dulu adalah nasib semata mata. Kenyataan ini telah menguris hati perasaan wargakerja yang bertungkus lumus menjadikan Bank Rakyat sebagai koperasi yang menjana keuntungan tahunan RM2 bilion. Akhirnya kesan kata kata itu menyebabkan wargakerja memulaukan aktiviti bank termasuk Jamuan Makan Malam Tahunan Bank. Remuk hati wargakerja yang selama ini bersungguh sungguh menjulang nama Bank Rakyat sehingga pelbagai anugerah diperolehi dan diiktiraf diperingkat global sebelum ini. ZA juga telah memberi jawatan yang tinggi kepada staff anak syarikat yang tidak menunjukkan prestasi dan kemampuan sebelum ini. Ini juga menjadi punce wargakerja 'memberontak' tapi apakan daya kami semua hanyalah ikan bilis
 Alhamdulillah pada 9/5/18 Rakyat Malaysia telah membuat pilihan tepat untuk memilih Pakatan Harapan menjadi kerajaan baru dan YAB TUN sendiri dipilih menjadi Perdana Menteri kali ke 2. Harapan kami ialah kerajaan baru ini dapat mengubah dan membersihkan Bank Rakyat dari politikus yang rakus dan tamak yang hanya pentingkan diri sendiri dengan membelakangi misi dan visi Bank Rakyat
 Tetapi malangnya perubahan yang kami harapkan hancur berkecai apabila YAB TUN melantik YB Redzuan Md Yusof sebagai Menteri Pembangunan Usahawan untuk menjaga Bank Rakyat. Kami harapkan beliau dapat membawa perubahan yang positif tetapi tindakan beliau sama haprak dengan menteri terdahulu. Kami berani berkata sedemikian kerana telah melantik Noripah Kamso sebagai Pengerusi Bank Rakyat yang baru. Kami amat mengalu-alukan penyingkiran Pengerusi dan ahliahli lembaga pengarah yang dilantikoleh menteri terdahulu kerana penyalahgunaan kuasa terutamanya dalam membuat penganiayaan kepada Datuk Mustafha sehingga tersingkirnya beliau daripada jawatan Pengarah Urusan. Siapakah Noripah Kosmo ini? Beliau adalah kenalan kepada isteri pertama menteri iaitu Hamidah Osman. Hamidah Osman dan Noripah Kosmo adalah kakitangan CIMB bank dan hubungan keduanya terjalin begitu lama. Noripah Kosmo ketika itu ialah CEO CIMB Principal Islamic Assets manakala Hamidah pula adalah Director Consumer Banking. Calon-calon yang dicadangkan untuk dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Bank Rakyat ialah terdiri daripada raka-rakan Hamidah seperti Rosman Mohammed, bekas SGM Bank Rakyat yang mempunyai rekod pengurusan yang buruk sehingga beliau dengan sendirinya meletak jawatan kerana tidak mampu untuk menyumbang kepada Bank Rakyat
 Noripah dan Hamidah juga sedang merancang untuk menggantikan Pengarah Urusan sekarang kepada rakan baik mereka, Nor Azzam Abdul Jalil yang juga bekas wargakerja CIMB. Kami amat mengalu-alukan penggantian Pengarah Urusan tetapi malangnya scenario 'satu rombongan bas' bakal berulang. 2 tahun lepas Pengarah Urusan membawa rombongan dari Mayban dan Afin Bank dan mungkin selepas ini rombongan dari CIMB Bank pula akan menyusul. Lebih teruk seorang isteri diberi kuasa untuk memilih siapa Pengerusi, Pengarah Urusan, Ahli Lembaga Pengarah dan tidak mustahil  akan datang isteri menteri akan meilih sesiapa sahaja yang disukai untuk menjawat jawatan tertinggi. Baru - baru ini Pengerusi telah melantik seorang pegawai khas beliau yang juga pernah bertugas di CIMB iaitu Zuhaine binti Zulkarnian. Noripah juga berlagak seolah beliau Pengerusi Eksekutif dengan mencampuri urusan harian operasi bank termasuk melawat cawangan2 bank rakyat dan menganggu kelancaran operasi di cawangan. Beliau juga dalam perutusan tahun baru menyentuh soal remeh temeh seperti Surat Layang yang tidak patut dibangkitkan oleh seorang Pengerusi. Kami amat berharap agar sesuatu dapat dilakukan bagi mengubah scenario ini. Adakah akan wujud Rosmah ke 2 dalam Negara kita? Situasi pemilihan Pengarah Urusan lebih kritikal dengan pengumuman kementerian Pembangunan  Usahawan (MED)pada 23/1/2019 di mana ZA akan tamat perkhidmatan pada 2/4/2019. Kenyataan MED di dalam akhbar berkenaan isu tamat perkhidmatan Pengarah Urusan "Perkembangan itu menunjukkan perubahan hala tuju positif Bank Rakyat, selaras komitmennya dalam memupuk kepercayaan dan ketelusan dalam operasi, seiring dengan keperluan pengawal seliaan terkini dan amalan terbaik global dalam industri perbankan," kata MED hanya lah untuk mengaburi mata rakyat di mana sebenarnya Menteri dan isterinya sedang mengatur strategi memasukkan orang kepercayaan mereka seperti Pengerusi bagi memberi pembiayaan bagi kroni2, mengaut duit bank melalui sumbangan seterusnya menghancurkan bank. 
Wargakerja Bank Rakyat mahukan perubahan secara drastik bagi meningkatkan motivasi dan mengstabilkan prestasi Bank Rakyat yang sedang menjunam. Kalau dibiarkan keadaan ini berterusan dimana politikus, isteri politikus atau yang tiada kaitan mencampuri urusan Bank Rakyat, tidak mustahil Bank Rakyat akan musnah dan tidak boleh diselamatkan lagi
 Bantuan kewangan bagi pihak Barisan Nasional bukan sahaja dari segi projek yang dianugerahkan / award kepada Political Inclination juga diperolehi melalui Yayasan Bank Rakyat, sumbangan dan wang zakat. Kes tersebut sama dengan kes Tabung Haji yang sedang disiasat oelh pihak Polis dan SPRM
   Pada tahun 2003, YAB TUN pernah memberi ucapan : " LEMBAGA PENGARAH SESEBUAH ORGANISASI HENDAKLAH SENTIASA DIPILIH DARI KALANGAN PROFESSIONAL DAN BUKAN DARI KALANGAN AHLI POLITIK. KITA TELAH MEMBINA DAN MENJADIKAN BANK RAKYAT PADA TAHAP YANG AMAT MEMBANGGAKAN "  Kenyataan ini dibuat oleh YAB TUN untuk mengstabilkan pengurusan Bank Rakyat dengan melantik Tan Sri Syed Jalaluddin Syed Salim sebagai Pengerusi Bank Rakyat ketika itu
 Pada 19 Disember 1977 semasa perbahasan Rang Undang Undang Bank Rakyat (peruntukan khas) , Perdana Menteri ketika itu ( YAB TUN HUSSEIN ONN) berucap : "KERAJAAN SUKA MELIHAT BANK GERAKAN KOPERASI BERKEMBANG DENGAN PESAT DAN SIHAT DI NEGARA INI, KERANA IA MERUPAKAN SATU DARIPADA JENTERA YANG BOLEH MEMBAIKI TARAF SOSIAL EKONOMI RAKYAT, KERAJAAN JUGA SUKA MELIHAT BANK RAKYAT DAPAT DIURUS DAN DITADBIRKAN SEMULA DENGAN SECEPAT MUNGKIN MENGIKUT PRINSIP-PRINSIP DAN LUNAS-LUNAS KOPERASI'.   Kami yakin masalah salahguna kuasa dan ketidakadilan ini akan berterusan selagi Bank Rakyat dibawah kemneterian yang diketuai oleh menteri. Oleh itu untuk mengatasi masalah ini, ingin kami mengsyorkan kepada YAB TUN agar perjalanan Bank Rakyat dikembalikan kepada pemegang pemegang saham dan secara langsung menamatkan Akta Bank Rakyat.   Dengan keterangan dan fakta di atas, maka besarlah harapan kami agar YAB TUN dapat bertindak segera demi masa depan Bank Rakyat. Kami difahamkan bahawa Kesatuan Pegawai Bank Rakyat (PEBARA) dan Kesatuan Sekerja Kakitangan Bank Rakyat ( KSKBR) telah menyuarakan kebimbangan mereka dengan apa yang berlaku di Bank Rakyat sekarang  dan telah menghantar surat kepada YAB TUN menyuarakan hati dan hasrat mereka
 Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YAB TUN mengenai perkara yang kami suarakan ini, YAB TUN dapat merealisasikan harapan kami dan secara langsung mendapat perhatian segera daripada YAB TUN. Segala pertimbangan sewajarnya daripada YAB TUN dalam hal ini amatlah kami hargai
 Sekian, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://taipingmali.blogspot.com/2019/02/pemegang-saham-wargakerja-bank-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cerita The Rm1 Bilion Dollar Man Yang Pasti Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia

Cerita The Rm1 Bilion Dollar Man Yang Pasti Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 22/2/2019 - jumlah : 469 hits
Dalam ramai rakyat yang menyindir kerajaan baru kononnya kena kencing atau pakatan kencing admin mohon korang baca dan hadam kisah ini artikel kali ini telah diambil dari fb tuan Minggu ini kecoh apabila RM1 bilion akan diperuntukkan untuk ...
Senarai Waktu Operasi Utc Di Seluruh Malaysia 2019

Senarai Waktu Operasi Utc Di Seluruh Malaysia 2019

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 1042 hits
Senarai Waktu Operasi UTC di Seluruh Malaysia 2019 Yang Terkini Bagi Mypt3 idea meletakkan agensi penting kerajaan yang rakyat Malaysia yang kerap melakukan urusan diletakkan pada satu bumbung sangat sangat memudahkan rakyat Rakyat boleh me...
Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

Masalah Logistik Kini Halang Bawa Pulang 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 358 hits
KUANTAN Kesemua 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan di Kemboja semalam masih berada di negara itu selepas menghadapi masalah pentadbiran dan logistik yang menghalang mereka menaiki pesawat pulang ke tanah air pagi ini kata Menteri Luar Datuk...
Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

Salam Takziah Buat Seluruh Warga Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 728 hits
Saya baru membaca berita mengenai pemergian kartunis yang cukup popular di ruangan dada akhbar Utusan Malaysia Hello Bos Saya merupakan salah seorang penggemar karya arwah Dee yang mana kartunnya begitu dekat dengan rakyat Malaysia Unsur is...
Rakyat Malaysia Diminta Tinggalkan Azad Jammu Kashmir Segera

Rakyat Malaysia Diminta Tinggalkan Azad Jammu Kashmir Segera

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 395 hits
Foto Bernama A A KUALA LUMPUR Rakyat Malaysia yang berada di Azad Jammu dan Kashmir atau kawasan bersempadan dengan India dikehendaki meninggalkan buat sementara wilayah atau kawasan tersebut dengan serta merta Suruhanjaya Tinggi Malaysia d...
Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

Terima Kasih Kepada Kemboja Bebaskan 47 Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 16/2/2019 - jumlah : 393 hits
15 Februari 2019 9 43 PM KUALA LUMPUR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menzahirkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Kemboja yang memberikan kerjasama ba
Rakyat Jangan Benarkan Bn Kembali Mentadbir Malaysia

Rakyat Jangan Benarkan Bn Kembali Mentadbir Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 345 hits
Rakyat diharap jangan labelkan Pakatan Harapan sebagai kerajaan sepenggal dan dibandingkan dengan rejim Umno BN yang merosakkan negara selepas diberi peluang mentadbir selama lebih 60 tahun Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah ...
Semakan No Plat Terkini Jpj Seluruh Negeri Di Malaysia

Semakan No Plat Terkini Jpj Seluruh Negeri Di Malaysia

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 3242 hits
Semakan No Plat Terkini JPJ Seluruh Negeri di Malaysia Jikalau sebelum ini rekod harga nombor plat paling mahal di Malaysia jatuh kepada number plate V1 yang dibeli dengan nilai RM989 000 Nampaknya kedudukan tersebut tidak bertahan lagi apa...
Bank Bri Sukseskan Peluncuran Kur Khusus Peternakan Rakyat

Bank Bri Sukseskan Peluncuran Kur Khusus Peternakan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 163 hits
PT Bank Rakyat Indonesia Tbk terus menunjukkan komitmennya menyukseskan program Kredit Usaha Rakyat yang digagas oleh pemerintah Hal ini ditunjukkan dengan dukungan peluncuran skema terbaru KUR yakni KUR Khusus Peternakan Rakyat di Lapangan...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya