Cerita Suprise Birthday Ke 29 Yang Sangat Menjadi
23 November 2019 hari yang cukup sibuk untuk aku di office. Memandangkan hari tersebut merupakan hari Jumaat sudah jadi kebiasaan kerja akan jadi 2 ke 3 kali ganda dari biasa. Semuanya perlu di selesaikan sebelum hujung minggu tiba. Tengok jam kat telefon dah menunjukkan jam 5.30 petang. Kerja nampaknya baru 40% jalan. Macamana nak pergi party Momi nie? Dah janji dengan Momi nak hadir majlis makan-makan sempena beliau dapat Top 6 Influencer WATSON tempohari. Memandangkan Momi pesan tema hari tu putih, pagi tu sempat sediakan satu baju putih semata nak kena tema majlis Momi
Masa berlalu dengan cepat, jam dah menunjukkan 6.30 petang. Sepatutnya jam 6 aku dah keluar office untuk ke party Momi. Memandangkan kerja terlalu banyak dan stress sangat, terus wassap kat Momi, minta maaf kalau tak sempat nak hadir majlis dia petang ni. Tapi hati masih kuat nak siapkan kerja-kerja yang ada. Berharap by 7 petang semuanya selesai dan dapat ke majlis Momi
Memandangkan dah janji dengn Dikbee untuk gerak sekali ke majlis dia, terpaksa wassap supaya dia gerak dulu kerana saya belum tentu akan sempat untuk ke sana. Tapi jawapan Dikbee aneh sebab katanya dia okay tunggu walaupun aku lambat. Memandangkan kepala dok stress, memang tak fikir apa just iakan aja
Alhamdulillah 7.15 kerja siap dan saya bergegas ambil grab untuk ke stesyen LRT terdekat. Dikbee janji tunggu di LRT berdekatan rumah dia di USJ7. Sampai sana Dikbee dah ready dalam kereta nak gerak ke Damansara dimana lokasi party Momi tu dibuat. Sepanjang dalam kereta tak putus-putus saya membebel, luah perasaan stress bagai kat Dikbee. Dikbee dengar je hahaha
Sampai di lokasi, sambil menunggu Momi ambil kami kat bawah, sempat tukar baju dalam kereta je. Baju putih yang ada tersimpan dalam bag. Masa tu jugak Moka masej Dikbee kata tak sempat nak datang sebab urusan kerja tak setel. Hal tu tak pelik sebab Moka memang selalu busy kan. Bila ditanya siapa lagi datang, Momi just jawab "kita kita je". Alasan boleh diterima sebab katanya lokasi party ni ara sewa sebab dia datang KL untuk photoshoot. So alang-alang tu nak buat makan-makan skali sempena kejayaan Momi kan
SUPRISE BERMULA
Dah sampai di depan pintu maka Momi ketuklah pintu kuat-kuat. Saya cuba nak pegang tombol pintu dia tempis. Bila pintu terbuka dia tarik balik dan ketuk balik. Saya mula la musykil, dah kenapa Momi ni. Lepas je dia tolak nampaklah Moka dan Ara pegang kek sambil nyanyi lagu Happy Birthday. Alahai rupanya saya kena game ni. Memang terkedu, nak menangis air mata tak keluar. Rupanya memang diorang dah plan semuanya. huhu .Yang terkejutnya siap dengan photographer bagai weh. haha. Birthday kita 17 Nov kot. memang tak sangka lansung dengan plan korang ni kan. Nak..nak Amir Nawawi dan Moka dah buat suprise sebelum ni di Food Court Permaisuri. huhu
Suprise Birthday yang sangat menjadi
Suprise tak berhenti disitu ya, sebab kedengaran lagi suara riuh rendah dari atas bahagian duplex rumah tu orang nayanyi lagu Happy Birthday lagi. Sah suara Amiruddin Nawawi la ketua dia. Rupanya ada ramai lagi. Allahu lagilah rasa macam nak menitis air mata ni. Nasib baik jugak tak runtuh rumah tu. Hahahaha. Lepas tu diorang hidangkan saya dengan ucapan Hari Lahir dalam bahasa tamil dari youtube. cis hahahaha
Alahu ramai lagi rupanya, semua ada tu.
Nampak seronoknya diorang kenakan kita. hahahaha
Bila dah selesai diorang kenakan saya, masanya suprise Birthday Dikbee pulak! Happy Birthday Dikbee. Kek kami sangat-sangat cantik ya. Dah la cantik sedap pulak tu. Terima kasih korang
Suprise Birthday Dikbee
Jamuan pada hari tu rupanya hasil dari portluck dari diorang ni. Macam-macam ada, memang tak terlayan nak makan. Tengok suasana memang betul-betul party la dengan belon sana sini, meja makan pun berhias. Tambah sebak lagi dalam dada ni. Banyak duit diorang habis untuk saya kali ni. Air mata menitis, cepat-cepat kita sapu
Comel kan kek kami yang diorang tempah.
Bergambar bersama sebahagian mereka yang hadir.
Sahabat diperantauan masa ni juga sempat buat ucapan melalui video call. Masa ni diorang ada trip ke Medan, Indonesia kalau tak silap saya. Allahu makin terharu diri ni. Terima kasih semua
Ucapan dari sahabat diperantauan melalui video call
Sempat diorang buat video call dari Medan
Seronok lihat masing-masing bercerita
Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang hadir
Terima kasih saya ucapkan kepada kawan-kawan especially kepada mastermind Rafzan Tomomi, Ara Kimora, Dikbee dan Moka. Tak lupa pada kawan-kawan yang lain, datang dan bawa makanan. Huhu. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila-bila. Nasib baiklah saya jadi pergi ke party ni. Kalau tak apa lah yang jadi ya? huhu. Tak tahu nak kata apa, saya akan ingat detik ni sampai bila-bila. Terima kasih sekali lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mawardiyunus.com/2019/02/cerita-suprise-birthday-ke-29-yang.html