Cerita Soal Mengongkong
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم Assalammualaikum wbt
CERITA SOAL MENGONGKONG | Bila ada yang mengongkong..sudah pasti ada yang dikongkong-lah-kan.Normal.Ianya melibatkan dua hingga lebih pihak sehinggakan berlaku situasi ini
Ubah set minda dan bisikan hati.Buat kesimpulan sangat mudah.Bebas memberi pendapat tapi jangan bebas sangat berlisan bahaya..macam juga kalau sudah terbiasa dan terlanjur dengan pergaulan bebas...memang nikmat..tapi hujungnya tidak mustahil masalah datang menghambat..dan begitu jugalah ketika berdebat dan berhujah dalam topik apa pun
Kenal dululah.Baik dalam perhubungan apa pun,berkawan,bersahabat dan hubungan yang ada kaitan dengan perasaan..jangka masa atau tempoh waktu itu sangat penting bagi pendapat PC.Mungkin pada sesetengah orang masa atau tempoh itu tidak penting sangat..namun begitu..perlu juga ambil masa untuk lebih mengenali atau lebih mengetahui..supaya tidak mudah-mudahnya serkap atau hembus bila bercakap.
Cerita soal mengongkong
[me.ngong.kong] | مڠوڠکوڠ
Definisi : 1 memasang kongkong pd; memasung, membelenggu. 2 ki menyekat; mengawal (kebebasan, pergerakan dll): Ibu bapanya tidak terlalu ~ kebebasannya.[RUJUKAN]
Jangan main hembus bila bercakap.Hormati cara orang itu lebih baik..siapa pun awak..biarpun awak seorang yang lebih berilmu..namun belum tentunya awak lebih tahu.Dan kalau orang lain itu mungkin biasa-biasa boleh jadi dia cuma mahu begitu kerana tidak mahu tunjuk apa yang dia tahu atau lebih tahu..."buang sikap aku tahu semua dan betul semua"..biarpun memang benar awak lebih segenapnya yang lebih harus diambil tahu adalah "hormati orang"..apatah lagi yang baru beberapa jam berjumpa.
Jangan campurtangan dalam situasi orang tanpa diminta.Dikongkongkah.Mengongkongkah..itu urusan masing-masing..biarpun terkadang tidak selesa pada kita..tidak wajar berlaku atau dilakukan pada dan oleh kita....ingat..itu apa yang kita rasa..tapi kalau mereka selesa dan baik-baik sahaja DALAM APA PUN SITUASI DAN URUSAN...siapa kita nak buat kesimpulan pada kehidupan dan cara hidup orang lain.Tidak salah menegur dan memberi pendapat..tapi kalau caranya salah boleh menjadi satu kesilapan besar.Kalau boleh beradab..mengapa perlu pilih solusi yang biadap..
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://perducinta.blogspot.com/2019/07/cerita-soal-mengongkong.html