Cerita Sebenar Deepak Jaikishan Kawan Rosmah


Bagi generasi muda,kisah ini yang berlaku pada 2012 dimana wartawan Harakah dibernarkan bertemuramah bersama Deepak..Wartawan Suara keadilan gagal untuk menemuramah beliau atas beberapa sebab yang lain.By MT Webmaster On Nov 28, 2012

(Harakah) – Hasil desakan perwakilan Muktamar agar wartawan bertanya Datuk Seri Najib siapa dia, Deepak Jaikishan (gambar) dengan sukarela menghubungi Harakahdaily untuk menceritakan siapakah dia sebenarnya.Deepak J Tekwani, pengarah kepada Carpet Corporation menghubungi Harakahdaily untuk memberikan cerita sebenar di sebalik hubungan beliau dengan keluarga Datuk Seri Najib Razak.Dalam pertemuan berdepan kira-kira setengah jam di sebuah hotel terkemuka itu, Deepak menceritakan apa sebenarnya hubungan beliau dengan keluarga Perdana Menteri khasnya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Najib.Ia bermula apabila Rosmah menjadi pelanggan kedai karpet beliau di Jalan Tunku Abdul Rahman. Selepas itu hubungan mereka baik dan Deepak diperkenalkan kepada Najib.Ketika itu, Najib adalah Menteri Petahanan.Namun persahabatan mereka berakhir apabila Deepak diminta menolong keluarga Najib ekoran akuan bersumpah (SD) yang dibuat oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam.Ia berakhir apabila Bala tidak berpuashati dan Deepak dipersalahkan oleh keluarga Najib.“Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang menolong kawan, tetapi dia hantar 50 orang penguatkuasa datang ke ofis saya, rumah, dan kilang saya dengan niat memberi amaran untuk saya tidak mendedahkan perkara sebenar & menutup cerita sebenar SD,” cerita Deepak kepada Harakahdaily.Ikuti pendedahan siapa Deepak Jaikishan sebenarnya melalui temubual wartawan Harakahdaily dengan beliau.Apa tujuan saudara mahu bertemu dengan Harakah (daily)?Saya tertarik dengan pertanyaan Harakah (daily) minggu lepas, siapa saya (Deepak Jaikishan). Saya sebenarnya terlibat dalam perniagaan karpet dan perniagaan hartanah.Saudara dikaitkan dengan Datuk Seri Najib. Sebenarnya bagaimana hubungan saudara dengan keluarga beliau?Hubungan…saya memang kenal Datuk Seri dan Puan Seri. Saya sebagai pembekal karpet dan terlibat dalam perniagaan. Kalau ada peluang bisnes, kita mintak sokongan dari pihak beliau.Sudah lama hubungan itu. Bagaimana saudara kenal dia?Ia hanya bisnis karpaet. Mungkin 2004 atau 2005, Datin Seri (Rosmah) datang ke kedai kita di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dia datang kedai beli karpet, so kita berkenalan dari situlah. Kamudian Datin Seri perkenalkan kepada suami dia. Masa itu dia (Najib) adalah Menteri
Pertahanan.Bisnes apa yang saudara buat dengan dia?Mungkin tidak sesuai saya dedahkan hari inilah. Mungkin sessi lain. Sebab saya hanya mahu jawab apa yang saudara tanya dalam akhbar saudara. Apa hubungan saya dengan mereka. Bisnis saja, tidak ada yang bukan-bukan. Ia hanya bisnis sahaja. Dia isteri orang, tidak ada yang bukan-bukan, tidak baik. Ia benar-benar bisnes sahaja.Ada laporan dalam Malaysiakini yang saudara berkata, ia hubungan kakak adik sahaja, tanpa lain-lain?Ya boleh dikatakan begitu.Pada pandangan saudara, kenapa saudara dipopularkan sangat?Saya pun rasa. Dulu tidak ada macam itu. Mungkin kesalahan saya bila saya tolong dalam kes Bala (P Balasubramaniam). Semasa kita dengan tidak sengaja terlibat dalam kes Bala untuk menolong keluarga Perdana Menteri. Masa itulah nama kita naik.Sememangnya kita tidak suka, kita suka low profile.

Sebelum ini tidak ada apa-apalah?Takda, kita senyap-senyap buat bisnes kita. Di Malaysia, kalau kita high profile bukan senang kita nak buat bisnes.

Macamana pulak saudara terlibat dalam kes Bala. Ia menjadi persoalan kepada orang ramai?Ini kes mahu tolong kawan. Pada kita dia kawan yang setialah. Jadi kita tolong. Contohnyalah, saya dengan saudara dekat kolam renang. Saya tidak tahu berenang. Tetapi saya lihat saudara jatuh ke dalam kolam dan tenggelam. Jadi saya pun masuk dalam kolam untuk menolong saudara. Jadi saya rasa pada masa itu, kita saja yang ada dan kita diminta menolong. Kita bukan terlibat secara langsung. Lawyer pun lawyer dia (keluarga PM), kita saja tolong koordinat. Reporter pun dia yang panggil. Kita fikir ketika itu ada kawan yang terdesak minta pertolongan. Dia pun dah ada hubungan baik dengan kita.  Kita tak anggap perkara ini akan menyusahkan kita dan melibatkan kita secara langsung dalam kes Altantuya inilah.Maksuk Encik Deepak, saudara baik dengan Bala ke, saudara tolong Bala ke atau…
Saya tolong keluarga Datuk Seri Najib.Saudara memang kenal Bala?Saya tidak kenal secara langsung, ada kenalan melalui komuniti yang sama, perkara ini terjadi. Saya dipanggil waktu tengah malam, “You boleh tak selesaikan masalah ini…its a big problem”. Saya pun ada seorang saudara yang kenal dia (Bala), seorang anggota polis juga. “Tanya dia boleh tak you uruskan orang ini, minta dia jumpa wakil keluarga Datuk Seri.” Dia setujulah. Kita perkenalkan dia. Kita bukan terlibat dengan apa-apa proses lain, kita tidak terlibat.Jadi selepas itulah nama saudara menjadi popular?Ya ini memang kesalahan kitalah. Kalau perkara ini terjadi sekali lagi, saya tidak boleh berenang, saya tengok saudara tenggelam, saya akan biarkan tenggelamlah. Saya tak boleh nak tolonglah sebab manusia tidak mengenang budi.Adakah selepas itu hubungan dengan Bala bermasalah?Sebenarnya dia (Bala) bukan marah dengan kita. Dia marah orang yang telah janji dengan dia. Bukan saya.Apa berlaku kepada hubungan saudara dengan Datuk Seri selepas itu?Saya rasa selepas semua inilah, apabila ia sudah terdedah, kita telah dianggap bersalah kerana tidak dapat memuaskan semua kehendak Bala. Sebenarnya bukan kita yang terlibat dalam masalah ini, bukan kita yang terlibat dalam kes Altantuya. Kita pada malam itu menolong saja tetapi dipersalahkan kerana tidak dapat memenuhi kemahuan-kemahuan Bala. Bala ini bekas Pi. Seminggu cerita itu, seminggu lagi cerita ini. Kita tidak mahu terlibat dengan semua itu. Kita orang bisnes tidak mahu terlibat dengan dunia James Bond inilah.Apa berlaku selepas itu. Saudara dilihat senyap sedikit selepas itu?Kita pun mahu cerita ini senyap tetapi tidak begitu. Saudara juga terlibat bangkitkan lagi cerita ini. Saya rasa kes ini tidak akan senyap sehingga kes Altantuya selesai dengan adil. Bagi saya, dunia ini dikuasai oleh Tuhan Yang Maha Esa. Saya rasa selagi kes ini tidak selesai, perkara ini tidak akan terhenti. Kita tidak bersalah, tangan kita bersih. Kita tidak mahu dikaitkan dengan benda yang libatkan kes-kes yang sebegini kejam, Kita nak bercakap benar dengan semua orang. Memang satu masa dulu kita telah menolong kawan tetapi kita tidak bersalah. Kita tak terlibat dan tidak ada motif untuk melibatkan diri.Selepas apa yang berlaku dengan Bala, adakah masih baik dengan keluarga Datuk Seri?Sebenarnya, selepas perkara ini berlaku, mereka telah mengambil tindakan cuba mensenyapkan saya. Cara dia bertindak bukan sebagai kawan yang telah menolong kawan, tetapi hadiah yang dihantar adalah hantar 50 orang penguatkuasa kerajaan datang melawat, masa kes Bala terdedahlah. Jadi kita pun tahulah pada ketika itu, Najib is sitting Prime Minister. Dihantar pula 50 orang penguatkuasa datang dan angkut lima enam lori.

Jadi apa tindakan saudara?Kita tunjuklah ketidakpuasan hati kita, perniagaan kita terjejas. Kalau you anggap saya sebagai kawan, you besar atau kecil, kawan tetap kawan, kita mesti tolong. Kalau tidak boleh tolong, jangan susahkan. Jangan makan kawan. Jadi tindakan yang dibuat untuk kawal situasi dengan hantar 50 penguatkuasa untuk menyeyapkan kita, supaya kita senyap, jangan cakap. Kita tahulah, ini bukan kawan. Kalau macam ini, baik hari itu bagi dia tenggelam.

Apa tindakan selepas itu?Kita duduk diam-diam. Yang hangus tidak boleh diganti. Jadi sekarang saja nak bersihkan nama saya. Kita pun tak libat bisnes dengan mereka lagi. Dah dua tahun tidak libat lagi bisnis dengan dia tetapi masih cerita ini keluar. Bagi saya cerita ini tidak akan selesai sehingga Altantuya dibicarakan dengan adil dan mendapat hak dia. Kita tidak mahu dilibatkan. Sangat jelas  penglibatan kita pada malam itu hanya tolong kawan dan SD itu sendiri dibuat oleh peguam mereka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/12/cerita-sebenar-deepak-jaikishan-kawan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siang Pura2 Mengemis Malam Bergelek Kat Karaoke Netizen Bongkar Cerita Sebenar

Siang Pura2 Mengemis Malam Bergelek Kat Karaoke Netizen Bongkar Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 514 hits
Semalam telah tular mengenai satu kisah seorang makcik yang mengerah keringat menjual tisu ditengah panas untuk menampung hidup menyara 2 orang anaknya yang OKU Bertambah menyedihkan lagi makcik berkenaan mencari rezeki bersendirian kerana ...
Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

Sudah Sudahlah Menipu Wahai Ustazah Fatin Farhan Kesal Difitnah Kongsi Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 634 hits
Isu yang membabitkan Farhan dan Fatin masih lagi menjadi perhatian netizen dan terbaru Farhan meluahkan rasa kesalnya difitnah oleh Fatin Malah dia meminta wanita yang pernah mengisi ruang hatinya itu untuk berhenti menipu kononnya dia mang...
Pay The Taxman And I Ll Withdraw My Suit Deepak Tells Najib Rosmah

Pay The Taxman And I Ll Withdraw My Suit Deepak Tells Najib Rosmah

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 310 hits
Businessperson Deepak Jaikishan is unperturbed by an application to his lawsuit against former prime minister Najib Abdul Razak his wife Rosmah Mansor and Baling MP Abdul Azeez Abdul Rahim Deepak his brother J Rajesh and their company Carpe...
Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11

Skop Tugas Sebenar Pembantu Awam H11

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 1569 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Tahun 2020 bakal bermula Jadi apa perubahan atau matlamat serta harapan yang ada mahu lakukan di masa depan Agak agak matlamat pada tahun ni banyak tercapai x Dalam hidup ini saya mempunyai 9 matlamat yan...
Skop Tugas Sebenar Pengawai Khidmat Pelanggan N19

Skop Tugas Sebenar Pengawai Khidmat Pelanggan N19

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 352 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Seperti yang saya janjikan pada post yang lalu iaitu dalam entri saya akan kongsikan pula skop tugas bagi jawatan Pengawai Khidmat Pelanggan N19 atau lebih dikenali sebagai PKP Skop Tugas Sebenar Pengawai...
Keadaan Sebenar Puncak Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat

Keadaan Sebenar Puncak Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 1319 hits
Waterfall Mount Kinabalu beginilah keadaan selepas check Point Sayat Sayat ketika hujan lebat Jika berlaku hujan lebat di kawasan pergunungan yang boleh bahayakan keselamatan pendaki pihak Kinabalu Park tidak akan membenar siapa saja untuk ...
Ramai Tak Sangka Saya Ejen Ibu Anak Dua Pemilik Suara Sebenar Ejen Ali

Ramai Tak Sangka Saya Ejen Ibu Anak Dua Pemilik Suara Sebenar Ejen Ali

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 755 hits
Disebalik watak utama Ejen Ali siapa sangka ia menggunakan suara seorang wanita yang sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata Hebatkan Memandangkan sekarang demam Ejen Ali The Movie dalam kalangan anak anak dan telah mencatat satu rekod ya...
Zui Ariffin Akhirnya Tampil Jelaskan Hal Sebenar

Zui Ariffin Akhirnya Tampil Jelaskan Hal Sebenar

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 558 hits
Sejak semalam kecoh apabila tular sepotong rakaman vdeo seorang lelaki mirip ZuI Arifin di media sosial Kemudian kekecohan warganet berteka teki tentang individu di dalam vdeo tersebut selepas kehilangan akaun Instagram ZuI pada malam Selas...
Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz

Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 555 hits
Rakan Afifah Nasir Dedah Perkara Sebenar Termasuk Dedah Perangai Isteri Aliff AzizKisah kontroversi antara Aliff Aziz isterinya Bella Astillah dan juga Afifah Nasir kini semakin hangat Selepas pelbagai kenyataan dibuat kini ada satu lagi pe...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku