Keadaan Sebenar Puncak Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat


Waterfall Mount Kinabalu beginilah keadaan selepas check Point Sayat-Sayat ketika hujan lebat. Jika berlaku hujan lebat di kawasan pergunungan yang boleh bahayakan keselamatan pendaki, pihak Kinabalu Park tidak akan membenar siapa saja untuk mendaki ke puncak daripada Panalaban. Cuaca buruk menguji pendakian ke puncak Kinabalu

MENDAKI Gunung Kinabalu menjadi pengalaman cukup menarik yang mustahil diramal kerana suasana landskap, cuaca, pemandangan dan kesukaran mendaki sentiasa berbeza mengikut keadaan semasa. Baru baru ini penulis bersama 16 pendaki dari Kelab Explorasi Tujuh Benua KE7B cuba menawan Puncak Kinabalu dalam masa sehari, bergerak dari Pintu Timpohon pada jam 9 pagi dan sampai di Laban Rata sekitar jam 1.30 petang.


PENULIS bersama pendaki dari Kelab Eksplorasi Tujuh Benua (KE7B) di puncak Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095 meter dari paras laut baru baru ini.

Sepanjang pendakian ini, kami menikmati cuaca agak sejuk.

Kami bergerak dari Laban Rata pada jam 3.45 petang menuju Pintu Sayat Sayat menggunakan laluan baharu yang dirasakan amat sukar kerana posisinya hampir menegak dan mempunyai banyak anak tangga.

Baru saja tiba di Pintu Sayat Sayat, kami diarahkan berpatah balik ke Laban Rata kerana cuaca buruk, iaitu hujan lebat dan tiupan angin yang kuat. Terasa hikmah berpatah balik ini kerana apabila cuaca bertukar cerah dan penulis dapat menikmati pemandangan yang cukup indah ketika matahari turun.

Selepas hampir 11 jam 'tersadai' di Laban Rata, kami memulakan pendakian menawan puncak pada jam 8 pagi keesokannya.

Cuaca sangat baik. Suasana yang nyaman membolehkan kami mendaki sambil menikmati pemandangan mengagumkan di Trail Ranau sehingga berjaya menawan puncak Kinabalu.


PEMANDANGAN yang cantik di kilometer 7 laluan Ranau menuju puncak Gunung Kinabalu.

Berlindung di balik batu
Pertama kali mendaki Gunung Kinabalu pada akhir tahun 90an. Ketika itu, cuaca buruk dengan hujan dan ribut selepas melepasi Pintu Sayat-Sayat membuatkan penulis terpaksa menyorok di sebalik batu untuk mengelak tiupan angin kencang.


Walaupun akhirnya berjaya sampai ke puncak, penulis tidak dibenarkan berada lama di sana kerana cuaca terlalu sejuk sehingga mencapai ke paras beku.

Pendakian kedua pada awal tahun 2000, menyaksikan penulis dibenarkan menginap di Pintu Sayat-Sayat dan dapat merasai kadar kesejukan sangat melampau sehingga bimbang mungkin menghidap penyakit hypotermia walaupun tidak pernah terkena penyakit 'mabuk gunung' sepanjang mendaki Gunung Kinabalu.


SEKUMPULAN pendaki memulakan pendakian dari Laban Rata menuju puncak Gunung Kinabalu. - Foto Abd Rahim Rahmat

Bukan tempat tunjuk handal
Lazimnya, jika mengikut laluan dari Laban Rata, pendakian bermula jam 2 pagi. Ia memerlukan stamina dan semangat kental serta mampu menahan kesejukan melampau.


Itu belum lagi 'berebut' trek atau laluan dengan hampir 300 pendaki, sekali gus menyebabkan laluan sesak dan pendakian agak perlahan.

Laluan menjadi sukar, terpaksa menggunakan tali di lereng batu yang curam. Tetapi sekarang, laluan lama itu tidak digunakan selepas tragedi gempa bumi dua tahun lalu.

Mendaki bukan untuk menunjukkan siapa gagah dan pantas, tetapi nikmatilah keindahan gunung yang terbentang luas dan menyaksikan keindahan ciptaan Allah.

Di sini, teringat kata-kata seorang pendaki yang sudah seabad usia, 'daki untuk kesihatan, bukan untuk ragut nyawa'.


TERDAPAT sebuah lopak air berhampiran puncak Kinabalu menjadi tarikan utama pendaki merakam gambar ketika menuju ke Puncak Gunung Kinabalu.

INFO
Gunung Kinabalu mengalami gegaran gempa bumi pada 5 Jun 2015

Kinabalu berasal daripada ungkapan kaum Kadazandusun, Aki Nabalu.

Aki bermaksud nenek moyang, manakala Nabalu bermakna gunung, yang boleh diterjemah sebagai 'Gunung Nenek Moyang'

Dalam bahasa mudah, ia adalah gunung tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun.

Mengikut legenda Kadazandusun, dewa tertinggi menciptakan dunia dan Gunung Kinabalu, bermula dengan mitos naga yang menjaga harta karun mutiara.

FAKTA NOMBOR

* 4,095.2 meter

Ketinggian Gunung Kinabalu

* 6 km

Jarak dari Pintu Timpohon hingga Laban Rata

* 300 meter

Laban Rata ke Pintu Sayat Sayat



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2019/12/keadaan-sebenar-puncak-gunung-kinabalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jalan Mula Dipenuhi Air Selepas Hujan Lebat Viral Keadaan Kota Tinggi Di Johor Dilanda Banjir

Jalan Mula Dipenuhi Air Selepas Hujan Lebat Viral Keadaan Kota Tinggi Di Johor Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1129 hits
Banjir yang melanda sekitar kawasan Kelantan dan Terengganu seakan telah reda Namun kawasan di sekitar Johor pula telah mengalami hujan lebat di beberapa kawasan Ekoran daripada hujan lebat yang melanda di negeri Johor beberapa kawasan di s...
Amaran Cuaca Buruk Hujan Lebat Di Empat Negeri Sehingga Selasa

Amaran Cuaca Buruk Hujan Lebat Di Empat Negeri Sehingga Selasa

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 559 hits
KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini Kawasan yang terlibat di Pahang ialah Rompin man...
Amaran Hujan Lebat Di Terengganu Pahang Dan Sabah

Amaran Hujan Lebat Di Terengganu Pahang Dan Sabah

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 609 hits
Kuala Lumpur Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca waspada peringkat kuning iaitu hujan lebat di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang pada hari ini manakala amaran sama di Sabah sehingga esok MetMalaysia dalam kenyataan...
Awas Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Dijangka Landa Kelantan Terengganu Hingga Esok

Awas Hujan Sangat Lebat Tahap Bahaya Dijangka Landa Kelantan Terengganu Hingga Esok

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 701 hits
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat bahaya di Kelantan dan Terengganu yang dijangka berterusan sehingga esok MET Malaysia dalam kenyataan hari ini mengeluarkan amaran bahaya iaitu hujan sangat lebat ...
Masyarakat Jabar Diminta Waspada Memasuki Puncak Musim Hujan

Masyarakat Jabar Diminta Waspada Memasuki Puncak Musim Hujan

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 282 hits
Beberapa pohon menimpa tiga unit kendaraan mobil hingga mengalami kerusakan Beruntung penumpang yang berada di dalam mobil bisa selamat meski mengalami luka ringan
Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong

Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 375 hits
Elakkan Makanan Ini Ketika Perut Kosong Bila perut kita kosong kalau nampak makanan tu semuanya kita nak makan kan semua kita nak order tapi sebenarnya tidak semua makanan tu sesuai di makanan ketika perut kosong Mesti tak tahu kan nieyl pu...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Miki Ghazali Zulfikar Raih Emas Muay Thai Sea Games Tewaskan Petarung Tuan Rumah

Agc Arah Siasatan Tiga Lelaki Ditembak Mati Di Melaka Diklasifikasi Kes Bunuh

Pergerakan Gaji Tahunan Syarat Kelayakan Perubahan Mulai 2026

Nasi Goreng Dan Bab Manusia Jadi Monyet


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Keperluan Barang Sekolah Lengkap Di Pusat Pakaian Hari Hari

Evolusi Bahan Cetakan Dalam Membantu Pertumbuhan Jenama

Ketika Kebahagiaan Menjadi Biasa Memahami Keindahan Sederhana

Russia Tuntut Usd230 Bilion Daripada Euroclear Susulan Tindakan Eu