Cerita Cari Kerja Dan Kabel


RABU lalu di Dewan Rakyat, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dalam jawapan bertulis memberitahu, seramai 155,893 pekerja diberhentikan di seluruh negara ketika pandemik Covid-19 melanda sejak 2020 sehingga Julai 2021.
Daripada jumlah itu, 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia diberhentikan oleh 5,095 majikan. Di Sabah pula, 355 majikan terlibat dalam pemberhentian ke atas 5,706 pekerja dalam tempoh 2020 hingga September 2021

Sementara itu di Sarawak, sebanyak 509 majikan terlibat dengan pemberhentian membabitkan 8,996 pekerja dalam tempoh yang sama

Pemberhentian pekerja ini merangkumi sektor penginapan dan rantaian perkhidmatan makanan serta minuman, pembuatan, pembinaan dan pentadbiran serta khidmat sokongan

Dan keesokannya pula, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan kenyataan bahawa beliau yakin sasaran kerajaan mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan pada tahun ini dapat dicapai ekoran lebih 376,000 pencari kerja berjaya mendapat pekerjaan sejak Januari hingga 10 September lalu

Baguslah kalau baki daripada 500,000 peluang pekerjaan itu dapat diwujudkan pada tahun ini yang cuma tinggal beberapa bulan lagi saja. Ini kerana yang kena berhenti atau kena buang kerja pun terlalu ramai. Siswazah yang masih tidak dapat pekerjaan yang selayaknya mengikut kelulusan dan kemahiran mereka pun ramai juga

Cubalah tanya pekerja pekerja di pusat beli-belah atau yang bekerja dalam perkhidmatan e-hailing, ramai lepasan universiti dan kolej swasta yang bekerja di situ. Mereka masih tercari-cari peluang pekerjaan dengan kelayakan yang ada

Saya pernah menulis dalam kolum ini, bagaimana seorang lepasan universiti lulusan kejuruteraan bekerja sebagai barista di sebuah kedai kopi premium. Katanya, dia tidak memilih kerja. Asalkan ada gaji tetap setiap bulan untuk diri sendiri, tanpa menyusahkan keluarga lagi, itu sudah cukup baik. Hendak cari kerja ketika ini bukan main susah

Dan masih saya ingat lagi, satu kejadian di sebuah pusat-beli belah di Shah Alam, semasa bulan Ramadan lalu. Seorang pekerja perempuan, di kios minuman popular ditengking oleh seorang pelanggan, gara-gara dia memberitahu masa berbuka sudah tiba, mereka tutup kedai sebentar, tapi pelanggan itu mendesak agar dia dapat membeli minuman pada masa itu juga

“Ini yang susahnya, kalau tak sekolah. Bukan tahu nak jaga pelanggan,” kata lelaki itu yang saya masih ingat sampai sekarang. Sebabnya, ayat itu turut merentap hati saya sebenarnya. Budak itu mungkin sebaya anak saya

Dan pekerja itu dengan selamba berkata – “Saya lulusan universiti bang, Sains Komputer. Nak tengok ijazah saya ada di rumah.” Lelaki itu terkedu dan berlalu sambil mengomel entah apa-apa. Saya pun malas nak ambil tahu. Yalah, orang lain pun berlapar dan menahan dahaga juga masa bulan Ramadan. Tak adalah sampai hendak mengamuk hal-hal remeh

Tetapi bukan hal mengamuk itu saya mahu tekankan, hakikatnya, ramai siswazah bekerja di pusat beli belah, di restoran makanan segera, bawa Grabcar dan menjadi penghantar makanan untuk survival hidup mereka. Jangan kata, mereka ini manja. Tidak, budak-budak sekarang kuat bekerja

Dalam group WhatsApp saya bersama kawan-kawan universiti dan sekolah pun, kami selalu berbincang dan bertanya – Anak yang grad tu dah dapat kerja ke? Rata-rata menjawab, kerja sementara, bawa Grabcar atau penghantar makanan. Yang perempuan pula menjual barangan secara online dan ada yang bekerja sebagai jurujual di pusat beli-belah. Tak kurang juga yang jual insurans dan terlibat dalam penjualan hartanah

Yang menjadikan mereka ini tidak dapat kerja yang selayaknya, apabila dalam temuduga mereka ditanya tentang pengalaman. Rata rata majikan mahukan pengalaman bekerja sekurang kurangnya dua tahun

Yalah, kalau mereka tidak diberi peluang bekerja oleh mana mana syarikat pun, macam mana pula boleh mendapat pengalaman bekerja itu? Kebanyakan kita pun bekerja bermula dari bawah, dari ‘kosong’ pengetahuan dan pengalaman. Janganlah tanya yang bukan-bukan masa temuduga macam mereka itu hendak mengisi jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pula

Kadang-kadang majikan bayar gaji bukan banyak pun, tetapi minta macam macam. Perah tenaga pekerja semaksimum boleh. Dengan kata-kata, bersyukurlah dapat kerja di musim pandemik ini. Kalau tak nak kerja, ramai lagi yang mahu kerja

Ini pun satu isu juga. Isu gaji rendah dan mengambil kesempatan dalam suasana pandemik ini. Buang pekerja. Ambil pekerja baru yang sanggup dibayar gaji rendah. Inilah yang dikatakan buruk perangai

Beberapa bulan lalu pula, saya ada berbual dengan seorang pekerja bank. Muda lagi. Dia datang ke tempat saya kerana PKP, jadi mereka yang keluar jumpa pelanggan. Saya bertanyakan umurnya. Baru 24 tahun. Senang ya dapat kerja. Alhamdullilah, kata saya

Dia agak lurus bendul. Terus saja cakap , ibu bapanya ada ‘kabel’ dalam bank itu. Dan mengakui, susah dapat kerja kalau tidak ada kabel kerana sebelum itu dia sudah hantar banyak resume di syarikat-syarikat korporat

Isu guna orang dalam atau kabel ini memang tak pernah habis agaknya. Kalau layak itu, tidaklah ralat sangat pun, tetapi kalau tidak layak, ia memotong peluang orang yang lebih layak untuk mendapatkan pekerjaan itu

Ada juga temuduga yang sudah diatur, dipanggilnya ramai calon, tetapi sebenarnya mereka sudah memilih seorang kerana dia ada kabel di situ. Adik beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Sudahnya yang datang beramai-ramai itu buang masa saja. Sudah beli pakaian dan kasut baru untuk temuduga itu dan lebih menyedihkan yang mengeluarkan wang untuk pakaian baru tersebut atau duit tambang adalah ibu bapa di kampung yang mengharapkan anaknya berjaya dalam temuduga berkenaan

Main-mainkan perasaan saja! Ini berlaku, bukan cerita rekaan. Guna kabel ini selayaknya dihumban ke dasar laut. Ini kerana ia satu perbuatan di luar rasa kemanusiaan, yang menyuburkan amalan kronisme dalam pelbagai hal. Semua benda pun hendak pakai orang dalam. Akibatnya, tenaga kerja yang boleh digilap dan bagus, bekerja di pusat beli-belah saja

Dan peluang pekerjaan yang dikatakan banyak itu, janganlah ia hanya datangnya melalui ekonomi gig semata-mata. Tak kan isu pengangguran hanya diselesaikan dengan bawa Grab atau menjadi penghantar makanan. Kita dah nak masuk fasa endemik ini, peluang pekerjaan pun jangan sama macam masa pandemik lagi. 
Oleh: Fauziah Md Arof

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/cerita-cari-kerja-dan-kabel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemberian Vaksin Kepada Gelandangan Beri Peluang Cari Kerja

Pemberian Vaksin Kepada Gelandangan Beri Peluang Cari Kerja

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 153 hits
Selain dapat elak daripada jangkitan yang membunuh itu JOHOR BAHRU Pemberian vaksin COVID 19 kepada golongan gelandangan di bandaraya ini bukan sahaja dapat mengelakkan jangkitan malah dapat memberikan sinar baharu kepada mereka untuk menca...
7 Tips Nak Buat Bisnes Sambil Kerja

7 Tips Nak Buat Bisnes Sambil Kerja

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 261 hits
7 Tips Nak Buat Bisnes Sambil Kerja Kam Haryatie ni kak ipar saya Dia masih bekerja sebagai GIS Solution Architect di salah sebuah syarikat besar di Malaysia Gaji dah besar Tapi masih buat bisnes Shaklee dan memperoleh income 5 angka sebula...
Wanita Tak Puas Hati Diberhentikan Kerja Kerana Belum Dapat Suntikan Vaksin

Wanita Tak Puas Hati Diberhentikan Kerja Kerana Belum Dapat Suntikan Vaksin

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 317 hits
Melalui satu perkongsian seorang wanita di akaun Tiktok dia mendakwa bahawa dia telah diberhentikan kerja susulan dia belum mendapatkan vaksin Dia juga menuliskan di ruangan kapsyen dengan mengucap terima kasih kepada syarikat tempatnya bek...
Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti

Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti

papar berkaitan - pada 28/9/2021 - jumlah : 366 hits
Lembaran Kerja Prasekolah Mengenali Bentuk Melalui Pelbagai Aktiviti Di dalam lembaran kerja ini terdapat pelbagai jenis aktiviti seperti menggunting menampal menyurih dan sebagainya Penggunaan aktiviti yang pelbagai mampu menarik perhatian...
Kemnaker Talenthub Hadir Jawab Tantangan Angkatan Kerja Ke Depan

Kemnaker Talenthub Hadir Jawab Tantangan Angkatan Kerja Ke Depan

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 160 hits
Indonesia akan memasuki puncak bonus demografi pada periode 2020 2030 Pada periode tersebut struktur penduduk Indonesia sebagian besar akan diisi oleh penduduk usia muda
10 Pertanyaan Umum Saat Temuduga Kerja Dan Cara Menjawabnya Dengan Betul

10 Pertanyaan Umum Saat Temuduga Kerja Dan Cara Menjawabnya Dengan Betul

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 226 hits
Wawancara kerja gak hanya penting buat agan doang wawancara kerja juga penting bagi perusahaan yang mau ngerekrut calon calon karyawan seperti agan Karena dari tes wawancara itulah para penguji bisa mengetahui kualitas visi serta tujuan aga...
Hiburan Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja Emma Maembong Bawa Suami Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

Hiburan Ke Cameron Highland Atas Urusan Kerja Emma Maembong Bawa Suami Anak Dan Pembantu Rumah Ambil Angin

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 317 hits
Pelakon Emma Maembong khabarnya sedang berada di Cameron Highlands bersama suami anak dan juga pembantu rumahnya Ujar Emma keberadaannya di Cameron Highland bukanlah untuk bercuti namun atas urusan kerja iaitu menjalani suatu penggambaran d...
Pes Cili Kering Siap Bawang Memudahkan Kerja Memasak

Pes Cili Kering Siap Bawang Memudahkan Kerja Memasak

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum DISEBABKAN stok cili kisar cepat nau nau habis sekarang maka tak boleh nampak cili kering yang cantik cantik di kedai mesti terus masuk bakul atau troli Cili kering pilihan Sk selalunya yang nampak tebal bulat keriting dan b...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti

Jangan Sokong Pas Dan Bersatu Mereka Sedang Karam Denagn Adu Domba Dan Fitnah

Resipi Gulai Cili Api Telur Ikan Parang Dengan Mangga Muda