Ceriakan Pagi Hujung Minggu Dengan Makanan Breakfast Brunch Terbaik
Malaysia, dengan makanan memang sudah sinonim. Lagi-lagi jika tinggal di bandar besar macam Kuala Lumpur. Di KL ni boleh dikatakan terlalu banyak makanan ada sampaikan tahap tak tahu nak makan apa. Semuanya sedap pulak tu. Duduk Malaysia jika terasa nak berdiet memang sukar.
Bila tiba hari hujung minggu, aktiviti keluar makan menjadi makin hebat. Lagi-lagi jika keluar bersama rakan dan famili. Nak makan di mana? Nak minum apa? Itu dah menjadi soalan biasa. Pergi ke mana saja pun, mesti akan terfikir untuk makan dan minum di mana. Dari menu sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam, semuanya dipandang serius dengan soalan ‘nak makan di mana?’
Di sini akan dikongsikan beberapa tempat makan yang best sekitar KL. Jika nak senaraikan semuanya, memang banyak sangat jadi akan senaraikan beberapa saja sebagai cadangan. Tempat makan ini ada yang dalam bentuk restoran dan ada juga yang dalam bentuk kafe. Yang pasti semuanya ada kelebihan tersendiri dari segi persembahan makanan, rasa, harga dan juga dekorasi premis itu sendiri.
Berikut adalah 5 tempat makan menarik untuk menikmati menu sarapan pagi dan menu makan tengah hari yang mesti dicuba di sekitar bandar kotaraya besar Kuala Lumpur, Malaysia.
#1 - Dotty's Pastries & Coffee
Kesegaran adalah salah satu sebab yang ingin di rasai daripada pesanan menu sarapan di kafe. Menyedari akan hal itu, Dotty's Pastries & Coffee amat pentingkan kesegaran makanan di samping suasana persekitaran untuk menikmati menu pastri dan kopi terbaik.
Sama ada pastri, kek atau donat, semuanya ada disajikan di sini dan sudah semestinya ia telah diperakui halal dengan membuat menu daripada bahan segar dan tanpa bahan buatan sampingan lain. Kafe ini turut terkenal dengan kuning telur asin yang enak.
#2 - Nasi Lemak Antarabangsa
Sekiranya ingin menikmati sarapan dan makan tengah hari Halal pada masa yang sama, harus pergi ke Nasi Lemak Antarabangsa. Dari nasi lemak hingga kepada pelbagai lauk pauk dan sambal, semua yang disajikan di sini adalah yang terbaik di bandar. Pelbagai jenis minuman juga disediakan. Sudah waktunya untuk menikmati rasa kerajaan Malaysia sejati yang sedap.
#3 - Al-Halabi Gourmet Restaurant
Tidak perlu pergi ke Timur Tengah untuk menikmati hidangan Arab yang lazat. Restoran Gourmet Al-Halabi semestinya menjadi pilihan terbaik sekiranya ingin memenuhi selera dengan rasa menu makanan arab yang baik.
Perkara pertama yang dapat diperhatikan mengenai restoran ini adalah pada dekorasi hiasan orientalnya yang memberikan suasana relaks dalam elemen santai. Setelah memesan hidangan, akan terus dapat merasa dan tahu betapa enaknya makanan di sini. Antara makanan dan minuman yang mesti dicuba adalah kopi Turki, ikan bakar dan juga kambing.
#4 - THIRTY8
Restoran mewah yang akan membuatkan rasa terpegun adalah THIRTY8 milik Grand Hyatt Hotel. Semua hidangan dibuat dari bahan-bahan segar yang datang melalui bekalan makanan Halal. Dapurnya juga diperakui Halal.
Menu-menu di sini menampilkan rasa gabungan dengan gaya masakan timur dan barat. Restoran ini juga menawarkan suasana dalaman dan luaran yang bagus di mana para tetamu boleh pilih untuk duduk dengan selesa sambil menikmati hidangan dan pemandangan kota dari tingkap besar yang ada di situ.
#5 - Nutmeg
Salah sebuah kafe yang bagus untuk melepak dengan teman baik adalah Nutmeg. Hidangan istimewa yang disajikan di kafe ini adalah seperti bayam frittata, telur dadar bulls-eye dan juga croissant. Sekiranya ingin menikmati sarapan di Nutmeg, tidak perlu kelam kabut di awal pagi kerana kafe Nutmeg ini dibuka hanya pada pukul 9.30 pagi.
Itulah dia beberapa cadangan tempat makan menarik untuk menikmati menu sarapan dan makan tengah hari. Walaupun menu yang ada di restoran ini berbeza tetapi rasanya memang memuaskan. Boleh juga pilih untuk makan di tempat biasa ataupun yang agak mewah. Itu atas pilihan diri masing-masing. Yang pasti, di Malaysia ini tempat makan tepi jalan juga sangat best dengan rasa makanan yang sedap berserta harga yang amat murah!
Mahukan menu western dan sedang mencari cadangan western food near me yang menarik dan berbaloi untuk di cuba?
Bolehlah singgah ke restoran yang dinyatakan tadi dan jika mahu lebih mudah, boleh terus buat pesanan melalui aplikasi Foodpanda dan biar team delivery Foodpanda menghantarnya sehingga ke depan pintu rumah kalian.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/01/Ceriakan-Pagi-Hujung-Minggu-Dengan-Makanan-Breakfast-Dan-Brunch-Terbaik.html