Sesiapa Saja Boleh Singgah Nikmati Makanan Terbaik Di Sepang
Sepang adalah sebuah daerah di negeri Selangor, Malaysia. Ia terletak 50 km ke selatan Kuala Lumpur. Sebilangan besar pelawat menuju ke Sepang untuk sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan litar Formula Satu Sepang terletak di daerah ini. Pusat daerah adalah Bandar Baru Salak Tinggi.
Sepang juga merupakan nama sebuah bandar kecil di Jalan Persekutuan 5 atau jalan utama Pantai Barat di mana terdapat sambungan bas tempatan ke Port Dickson di Negeri Sembilan, KLIA, dan Banting lebih jauh ke utara di pantai Selangor.
Sehingga tahun 2000, daerah Sepang hanya merupakan ladang kelapa sawit. Kini ia mempunyai puluhan juta pengunjung setahun kerana dua sebab iaitu Litar perlumbaan Formula Satu Sepang, dan KLIA. Namun, di luar dua tarikan ini dan kawasan yang bersempadan dengan Petaling Jaya, kalian masih akan disambut dengan kampung-kampung yang tenang dan pemandangan ladang-ladang kelapa sawit yang luas.
Tidak hanya itu, Sepang juga sangat best kerana mempunyai banyak tempat makanan menarik untuk disinggahi. Antara tempat makan yang ada di Sepang ini adalah :
#1 - Restoran Perahu
Restoran Perahu menghidangkan bufet BBQ pada hari Jumaat dan Sabtu, dengan menu a la carte pada waktu malam yang lain. Sekiranya sedang bercuti dan ingin merasai sesuatu yang baru dan menarik, Restoran Perahu adalah tempat yang tepat untuk kembara makanan!
Makan sambil dapat saksikan matahari terbenam ketika sedang menjamu selera dengan dapat merasakan angin laut yang sepoi bahasa memang amat mengasyikkan. Pelbagai jenis menu ada ditawarkan dari hidangan antarabangsa yang mesti dicuba hingga resipi tempatan yang menarik.
#2 - Aunty Aini’s Garden Cafe
Sebuah kafe di dalam sebuah taman atau kebun, itulah dia Aunty Aini’s Cafe. Kafe taman desa ini sangat menawan kerana mempunyai suasana yang menenangkan dan pemiliknya juga sangat ramah untuk menyambut tetamu yang datang. Makanannya juga sedap dan hebat.
Pelbagai menu tempatan ada seperti masak lemak cili padi dengan daging salai. Sangat berkrim dan terasa cara masak salai dagingnya yang sempurna dengan sedikit rasa berasap. Kerabu pucuk paku sambal tempoyak juga ada. Tak lupa sambal tumis udang petai yang mengecurkan air liur. Pasti lima bintang di beri untuk tempat makan yang menarik dengan menu yang amat memuaskan hati.
#3 - Restoran Bila-Bila
Minum dan makan pada bila-bila masa yang di sukai, itulah dia maksud bila bila yang dibawakan oleh restoran ini. Bila-Bila saja ia dibuka dari waktu pagi untuk sarapan, sepanjang hari untuk makan tengahari dan menu petang, hingga ke larut malam untuk makan malam. Boleh dikatakan Restoran Bila-Bila ini menawarkan menu istimewa sepanjang malam.
Bersantai dengan angin laut di luar juga boleh. Selain itu boleh pilih untuk nikmati hidangan ala carte atau bufet. Pilih juga antara citarasa tempatan terbaik dan kegemaran antarabangsa. Dapatkan pencuci mulut yang hebat dan dengan WiFi yang tersedia, dan boleh bersantai lebih lama untuk istirehat yang sebenar.
#4 - Angsana Coffee House
Mahu makan dalam suasana yang tampak lebih mewah tetapi santai? Angsana Coffee House adalah tempatnya dan ia terletak di tingkat lobi dalam bangunan Empress Hotel. Ini adalah restoran kecil yang bagus dan selesa, sesuai untuk tetamu hotel yang menginap di sini tanpa pengangkutan mereka sendiri.
Makanannya adalah campuran untuk menu tempatan, Asia dan barat. Harga sesuai, cukup berpatutan untuk kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan.
#5 - Sepoi Sepoi Cafe
Makanannya sangat enak, tetapi jangan terkejut jika hanya akan disajikan air lemon terlebih dahulu, kemudian barulah makanan yang dipesan, dan apabila setelah setengah makan barulah akan menyajikan minuman. Sebenarnya keadaan ini tidak pelik kerana sudah sering dilakukan begini di restoran barat seperti dalam negara Taiwan dan sebagainya.
Cuma untuk orang Malaysia yang belum biasa mungkin akan terasa sedikit pelik dan kekok kerana biasanya setiap kali pesan makanan, restoran kan menyajikan minuman dan menjadi hidangan utama serentak. Oleh itu, harap bersabar, minuman akan datang apabila tiba masanya.
Tidak hanya itu, di Sepang ini juga turut ada servis online food delivery. Bagi kalian yang terasa nak duduk berehat di rumah penginapan tanpa ingin ke mana-mana, bolehlah gunakan servis penghantaran makanan oleh Foodpanda.
Di website Foodpanda tu, nak order makanan tak susah. Hanya perlu masukkan lokasi dan kemudian bolehlah pilih apa jua jenis makanan yang ada di sekitar lokasi berkenaan sebagaimana yang telah ditunjukkan di dalam website Foodpanda. Duduk goyang kaki tak perlu susah payah masak atau pandu kenderaan keluar hanay untuk makan, team rider Foodpanda sentiasa bersedia untuk memberikan servis mereka sebaik yang mungkin.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.irrayyan.com/2021/01/sesiapa-saja-boleh-singgah-nikmati-makanan-terbaik-di-sepang.html.html