Ceramah Pemimpin Utama Pembangkang Dapat Sambutan Besar Besaran Di Kimanis


Jason SantosPemimpin pembangkang pada satu ceramah di Kimanis, malam tadi. KIMANIS: Kemunculan ramai pemimpin utama pembangkang pada satu ceramah di sini malam tadi menarik jumlah hadirin terbesar sempena pilihan raya kecil (PRK) Kimanis setakat ini, menjelang hari pengundian 2 hari lagi.

Antara yang hadir pada “Himpunan Penyatuan Muafakat Rakyat Sabah” itu termasuklah presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, pengerusi Umno Sabah Bung Mokhtar Radin, presiden MCA Wee Ka Siong, presiden PBS Maximus Ongkili, penasihat ulung PBS Joseph Pairin Kitngan, timbalan presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Kurup, setiausaha agung PAS Takiyuddin Hassan dan bekas ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman.

Penceramah menggesa lebih 1,000 hadirin supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) Mohamad Alamin dan menolak rancangan kerajaan untuk melaksanakan Pas Sementara Sabah (PSS) bagi pendatang asing.

Pairin, yang jarang-jarang muncul sejak bersara daripada politik pada 2016 menafikan dakwaan bahawa kerajaan BN memberi lampu hijau kepada rancangan PSS.

Bekas ketua menteri itu berkata, beliau tidak meluluskan rancangan tersebut ketika menjadi pengerusi jawatankuasa teknikal untuk mengkaji syor bagi mengatasi masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Sebaliknya beliau hanya mencadangkan penubuhan sebuah sekretariat bagi menangani isu itu kepada Zahid, yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.

Parin berkata, rakyat Sabah harus “bangkit” apabila mendapati hak mereka diancam.

“Kita tidak boleh membenarkan kumpulan tertentu berpihak kepada orang asing dan menafikan hak rakyat di negara mereka sendiri,” katanya merujuk kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Jika kita benarkan mereka berbuat begitu, masa depan dan kedaulatan negeri ini akan tergugat. Ini negeri kita dan kita mesti menjaga masa depan kita.”

Zahid mengiyakan Pairin dengan berkata, terdapat 6 bekas menteri Kabinet kerajaan BN pada majlis ceramah itu yang boleh mengesahkan bahawa BN tidak pernah meluluskan rancangan PSS.
Hadirin dianggarkan melebihi 1,000 orang mendengar ceramah BN di Kimanis.Sementara itu Anifah berkata, tidak ada undang-undang yang menafikan kerakyatan anak-anak pemegang PSS.

Katanya beliau telah berbincang dengan peguam yang mengesahkan perasaan syaknya bahawa anak-anak tersebut tidak akan dinafikan kerakyatan.

‘Idea pegawai daerah dicadangkan oleh BN’

Wee berkata, rancangan penubuhan pejabat daerah Kimanis yang diumumkan oleh presiden Warisan Shafie Apdal baru-baru ini sebenarnya dicadangkan semasa pentadbiran BN di Sabah pada 2011.

Beliau juga berkata, tidak ada pemimpin Warisan yang mengkritik PH yang “merugikan” Sabah.

Sebagai contoh katanya, pengiraan royalti minyak adalah didasarkan kepada keuntungan kasar syarikat minyak negara, Petronas, bukannya output sebenar minyak dan gas negeri itu.

Selain itu kata beliau, PH juga gagal memperuntukkan satu pertiga daripada Belanjawan 2020 kepada Sabah dan Sarawak seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan rayanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/ceramah-pemimpin-utama-pembangkang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kimanis Kekal Milik Bn Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

Kimanis Kekal Milik Bn Menang Dengan Majoriti Lebih Besar

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 305 hits
Barisan Nasional berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis apabila calonnya Datuk Mohamad Alamin berjaya memperoleh kemenangan dengan majoriti 2 029 undi Loading Beliau sekali gus menewaskan pencabarnya calon Parti Warisan Sabah Datuk Kar...
Perang Besar Bisa Terjadi Karena Miskalkulasi Pemimpin Yang Eratik Dan Nasionalisme Yang Ekstrim

Perang Besar Bisa Terjadi Karena Miskalkulasi Pemimpin Yang Eratik Dan Nasionalisme Yang Ekstrim

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 337 hits
Oleh Susilo Bambang YudhoyonoBagi yang berharap tahun 2020 ini dunia kita menjadi lebih aman dan damai harus bersiap untuk kecewa Bahkan frustrasi Tidak ada tanda tanda untuk itu Yang terjadi di awal tahun baru ini kawasan Timur Tengah kemb...
Prkkimanis Anifah Pemimpin Pembangkang Dijangka Sertai Himpunan Bantah Pss

Prkkimanis Anifah Pemimpin Pembangkang Dijangka Sertai Himpunan Bantah Pss

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 330 hits
Dua NGO yang berpangkalan di Sabah akan mengadakan bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah di Pekan Membakut tiga hari sebelum pilihan raya kecil Kimanis Protes itu dijangka dihadiri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey K...
Buat Majlis Akikah Besar Besaran Bukanlah Untuk Riak

Buat Majlis Akikah Besar Besaran Bukanlah Untuk Riak

papar berkaitan - pada 20/1/2020 - jumlah : 236 hits
Baru baru ini penyanyi dan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah The post appeared first on
Operasi Besar Besaran Banteras Pendatang Degil Bermula

Operasi Besar Besaran Banteras Pendatang Degil Bermula

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 211 hits
Dengan tamatnya tempoh pengampunan bagi pendatang tanpa izin pada 31 Disember 2019 lalu maka Jabatan Imigresen Malaysia akan memburu pendatang tanpa izin yang masih berada dalam negara yang masih berdegil dan tidak mahu pulang sukarela dala...
Tindakan Harus Diambil Kata Anwar Lepas Pakatan Gagal Tawan Kimanis

Tindakan Harus Diambil Kata Anwar Lepas Pakatan Gagal Tawan Kimanis

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 351 hits
Tindakan harus diambil kata Anwar lepas Pakatan gagal tawan Kimanis Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan
Bn Menang Prk Kimanis Dengan Majoriti Lebih 2 000 Undi

Bn Menang Prk Kimanis Dengan Majoriti Lebih 2 000 Undi

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 387 hits
BN menang PRK Kimanis dengan majoriti lebih 2 000 undi Dikemas kini 49 minit yang lalu Diterbitkan pada 18 Jan 2020 10 12PM
Bn Retakes Kimanis With 2 029 Vote Majority

Bn Retakes Kimanis With 2 029 Vote Majority

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 223 hits
KIMANIS POLLS BN s Mohamad Alamin has officially been announced by the Election Commission as the winner of the Kimanis by election Mohamad defeated his Warisan opponent Karim Bujang by a 2 029 vote majority He garnered 12 706 votes to Kari...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya