Prkkimanis Anifah Pemimpin Pembangkang Dijangka Sertai Himpunan Bantah Pss




Dua NGO yang berpangkalan di Sabah akan mengadakan bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS) di Pekan Membakut, tiga hari sebelum pilihan raya kecil (PRK) Kimanis.
Protes itu dijangka dihadiri Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) Yong Teck Lee dan bekas ahli parlimen Kimanis Anifah Aman pada 15 Januari, lapor Free Malaysia Today (FMT) hari ini.
Kira-kira separuh daripada daerah Membakut berada di bawah kerusi Parlimen Kimanis.
Protes yang digelar “Perhimpunan Solidariti untuk Menolak PSS” dianjurkan oleh Pertubuhan Peningkatan Pendidikan Rakyat Sabah (Pipa) dan Solidariti Rakyat Sabah (Sorak).
Protes itu dianjurkan berikutan permintaan daripada masyarakat setempat, kata Pengerusi Sorak, Jamain Sarudin.
Peserta protes akan berpakaian hitam dan berkumpul pukul 9.30 pagi pada 15 Jan.
“Pelaksanaan PSS ditentang oleh pelbagai organisasi dan individu kerana ia hanya akan memburukkan lagi masalah pendatang di Sabah, bukan menyelesaikannya.
“Kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan kepada pengukuhan undang-undang imigresen dan bukannya membuat permit bagi pendatang untuk terus tinggal di Sabah,” kata Jamain.
PSS, katanya, akan menggalakkan warga asing, terutamanya dari selatan Filipina, memasuki negara ini secara haram.
PSS akan dikeluarkan untuk menggantikan sijil IMM13, Kad Burung-Burung dan Banci, yang kini dipegang oleh sejumlah 136,055 pendatang di Sabah.
PSS akan dikeluarkan dari 1 Jun dan ia boleh diperbaharui setiap tiga tahun, dengan bayaran sebanyak RM120.
Isu berkenaan menjadi topik hangat yang dibangkitkan oleh BN dan Umno dalam kempen PRK Kimanis di kawasan separa bandar.
PRK kali ini akan menyaksikan pertembungan antara calon Mohamad Alamin yang mewakili BN dan Karim Bujang dari Warisan.
Kedua-dua calon pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Bongawan, yang terletak di bawah kawasan pilihan raya Kimanis.
Karim, 67 pernah menjadi Adun Bongawan selama lima tahun di bawah platform Usno dan Umno, dari 1990 hingga 2013. Beliau menyertai Warisan tahun lepas.
Anifah memenangi kerusi Parlimen Kimanis dengan majoriti tipis 156 undi pada pilihan raya umum ke-14.
Mahkamah Persekutuan kemudiannya mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang mengisytiharkan kemenangan Anifah tidak sah.
Mohamad, yang dikenali sebagai Toh Moh, adalah seorang peguam di Kota Kinabalu yang berumur 48 tahun.
Mohamad menggantikan Karim sebagai Adun Bongawan pada 2013 tetapi gagal mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum 2018.
Kimanis adalah kerusi separa bandar yang mempunyai 29,644 pengundi berdaftar, dengan 63.16 peratus daripadanya bumiputera Islam, manakala 30.67 peratus bumiputra bukan Islam, 3.59 peratus Cina dan 2.58 peratus lain.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/08/prkkimanis-anifah-pemimpin-pembangkang-dijangka-sertai-himpunan-bantah-pss/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

Prkkimanis Undi Bn Di Kimanis Hantar Isyarat Bantah Pss

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 478 hits
BN menyeru pengundi supaya menolak calon Warisan di Kimanis sebagai bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri Sabah untuk memperkenalkan Pas Sementara Sabah Jun nanti Anggota Majlis Tertinggi Umno Rahmad Dahlan berkata PSS adalah satu anc...
Momota Dijangka Sertai Badminton Masters Malaysia 2020

Momota Dijangka Sertai Badminton Masters Malaysia 2020

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 426 hits
PEMAIN perseorangan lelaki nombor satu dunia Kento Momota menjadi antara pemain yang akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Masters Malaysia Perodua 2020 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 7 hingga 12 Januari ini Pemain dari Jepun berumur 25...
Prkkimanis Warisan Tipu Pengundi Cara Pintu Belakang Pss Bukan Manifesto Pru 14

Prkkimanis Warisan Tipu Pengundi Cara Pintu Belakang Pss Bukan Manifesto Pru 14

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 488 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa isu sebesar Pas Sementara Sabah tidak ada dalam manifesto Warisan semasa Pilihan Raya Umum ke 14 Katanya rakyat telah mengundi Warisan tanpa mengetahui Waris...
Anifah Opposition Parties To Attend Protest Against Pss

Anifah Opposition Parties To Attend Protest Against Pss

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 292 hits
KIMANIS POLLS Two Sabah based NGOs will hold a protest against the implementation of the Sabah Temporary Pass or Pas Sementara Sabah in Membakut town three days before the Jan 18 Kimanis by election The protest is expected to be attended by...
Anwar Tak Setuju Bekas Pemimpin Umno Sertai Kabinet

Anwar Tak Setuju Bekas Pemimpin Umno Sertai Kabinet

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 274 hits
Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap semasa sidang media pada Program Pingat Emas Bagi Murid Murid Cemerlang UPSR di MAEPS Serdang Selangor foto SYAFIQ AMBAK SERDANG Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isya...
Polis Beri Kelulusan Bersyarat Himpunan Anti Pss Di Kimanis

Polis Beri Kelulusan Bersyarat Himpunan Anti Pss Di Kimanis

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 347 hits
KOW GAH CHIE PRK KIMANIS Pihak polis memberikan kelulusan bersyarat kepada dua NGO di Sabah yang mahu mengadakan protes bantahan terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah di Membakut tiga hari sebelum hari pengundian pilihan raya kecil Kiman...
11 Persatuan Polis Bersara Sertai Himpunan Anti Komunis Di Kl

11 Persatuan Polis Bersara Sertai Himpunan Anti Komunis Di Kl

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 488 hits
FAISAL ASYRAF Sebelas persatuan polis bersara yang berkumpul di Kuala Lumpur pagi ini menyatakan bantahan mereka terhadap apa yang mereka dakwa sebagai kebangkitan semula komunisme di negara ini Dihadiri oleh kira kira 1 000 orang acara yan...
Dong Zong Makin Angkuh Bantah Pembatalan Himpunan

Dong Zong Makin Angkuh Bantah Pembatalan Himpunan

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 412 hits
Mahkamah polis dipertikai tak mustahil raja jadi mangsa seterusnyaBANGI Keangkuhan Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia semakin terserlah apabila membidas pihak keselamatan yang mendapatkan injunksi dari ma...
Prkkimanis Bn Bukannya Bantah Sambutan Hari Krismas Tapi Ph Pergunakan Untuk Menyogok

Prkkimanis Bn Bukannya Bantah Sambutan Hari Krismas Tapi Ph Pergunakan Untuk Menyogok

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 403 hits
Prkkimanis Bn Bukannya Bantah Sambutan Hari Krismas Tapi Ph Pergunakan Untuk Menyogok
Kes Gaduh Security Vs Jurulatih Mma Selesai Damai Polis Sahkan Tiada Tindakan Lanjut

Ultimate Port Dickson Travel Guide 2025 Beaches Culture Hidden Gems In Negeri Sembilan

Azam Baki Should Identify Culprits In Beng Hock S Death Not Doling Out Funds For His Kid

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Hold Tight 5 Motorcycle Phone Mounts To Keep You Connected

Terbang Ke Perth Australia Dengan Air Asia Sempena Wedding Anniversary

Hotel Comfort Inn Suite Goodearth Perth Australia

Netizen Terhibur Lihat Siti Nurhaliza Melatah Video


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Pengalaman Mengajar Bahasa Inggeris Peringkat Spm

Akaun Emas Terbaik Di Malaysia Simpanan Digital Vs Fizikal

Kenapa Bukan Diri Sendiri

Resepi Ayam Buttermilk

Panduan Cara Hilangkan Senggugut