Cerai Isteri Dengan Tambahan Lafaz Insyaallah



Soalan:
Apakah hukum seorang suami mengatakan kepada isterinya dengan lafaz: “InsyaAllah aku ceraikan kamu.” Mohon penjelasan.

Jawapan:
Dalam Islam, penceraian adalah penyelesaian terakhir dalam rumah tangga jika sudah tidak dapat diselamatkan dengan cara yang lain. Perceraian pada kebiasaanya memberi kesan yang buruk bukan hanya kepada pasangan suami isteri sahaja, bahkan ia turut memberi kesan yang buruk kepada anak-anak, keluarga terdekat dan masyarakat secara umumnya.

Berhubung dengan soalan diajukan kepada kami, jumhur (majoriti) ulama’ dalam mazhab Imam asy-Syafi’e, Imam Abu Hanifah dan satu riwayat dalam mazhab Imam Ahmad berpendapat bahawa tidak jatuh talak bagi lafaz cerai yang dilafazkan bersama dengan lafaz insyaAllah jika suami yang melafazkan talak tersebut menyebut perkataan insyaAllah dengan niat bahawa talak akan jatuh dengan kekuasaan Allah dan kehendak-Nya. Ini kerana kekuasaan Allah dan kehendak-Nya adalah di luar kawalan manusia. Hukumnya seperti melafazkan talak dengan ta’liq ke atas perkara yang mustahil. [Rujuk Mughni al-Muhtaj (3/302), Hasyiyah Ibn ‘Abidin (2/513-514), al-Mughni (7/216)]

Para ulama’ berhujah mengenai masalah ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang berkaitan dengan sumpah:

مَنْ حَلَفَ على يَمِينٍ فقال : إنْ شاءَ اللهُ ، فلا حِنْثَ عليهِ
“Sesiapa yang bersumpah, kemudian menyebut insyaAllah, maka tidak ada dosa ke atasnya (tidak perlu menyempurnakan sumpahnya).” [Riwayat at-Tirmidzi (1531)]

Namun begitu, jika suami menyebut lafaz talak bersama-sama dengan perkataan insyaAllah dengan niat untuk mendapatkan keberkatan daripada perkataan tersebut atau ia merupakan satu kebiasaan baginya melafazkan perkataan insyaAllah, maka jatuh talak ke atasnya. [Rujuk Raudhah at-Tolibin (8/96), Mughni al-Muhtaj (3/302)]

Pendapat kedua dalam masalah ini adalah jatuh talak jika seseorang menyebut lafaz cerai bersama dengan lafaz insyaAllah, tidak mengira apa jua niatnya. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Malik dan Imam Ahmad. [Rujuk al-Mughni (7/216), Hasyiyah ad-Dasuki ‘ala al-Syarh al-Kabir (2/392)]

Mereka berhujah dengan athar daripada Abdullah bin Abbas RA, Abdullah bin Umar RA dan Abu Sa’id al-Khudri RA, Abdullah bin Abbas RA telah berkata:

إِذَا قَال الرَّجُل لاِمْرَأَتِهِ أَنْتِ طَالِقٌ إِنْ شَاءَ اللَّهُ تَعَالَى فَهِيَ طَالِقٌ
Jika seorang lelaki mengatakan kepada isterinya: “Kamu diceraikan, insyaAllah.” Maka dia (isteri) telah diceraikan oleh lelaki tersebut.

Abdullah bin Umar R.Anhuma dan Abu Sa’id al-Khudri RA pula telah berkata:

كُنَّا مَعَاشِرَ أَصْحَابِ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَرَى الاِسْتِثْنَاءَ جَائِزًا فِي كُل شَيْءٍ إِلاَّ فِي الْعِتَاقِ وَالطَّلاَقِ
“Kami para sahabat Rasulullah SAW berpandangan bahawa istisna’ (pengecualian) harus dalam semua perkara kecuali pada hal pembebasan hamba dan penceraian.”




Kesimpulan

Dalam masalah ini, kami cenderung untuk memilih pendapat majoriti ulama’ termasuk pendapat dalam mazhab Imam al-Syafi’e bahawa tidak jatuh talak jika seseorang itu melafazkannya dengan niat untuk menyandarkannya kepada kekuasaan dan kehendak Allah.

Adapun athar daripada Abdullah bin Abbas RA, Abdullah bin Umar RA dan Abu Sa’id al-Khudri RA, ia telah dinukilkan oleh Imam ibn Qudamah Rahimahullah dalam kitab karangannya, al-Mughni (7/216), namun tidak dijumpai jalan periwayatannya. [Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (37/345)]

Namun begitu, kami ingin menasihatkan agar dirujuk perkara ini kepada pihak Mahkamah Syariah bagi proses pengesahan, terutamanya berkenaan dengan niat suami ketika melafazkan lafaz talak berserta dengan perkataan insyaAllah.

Kami juga ingin menasihati pasangan suami isteri, terutamanya para suami agar tidak bermudah-mudah dalam hal yang berkaitan dengan lafaz penceraian. Ini kerana lafaz cerai adalah satu perkara yang amat mudah untuk dilafazkan, tetapi mempunyai implikasi yang sangat besar.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/cerai-isteri-dengan-tambahan-lafaz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz

Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 1081 hits
Dengan Sekali Lafaz Fasha Sandha Sah Bergelar Isteri Kepada Aidil Aziz Pelakon Fasha Sandha selamat bergelar isteri kepada aktor Aidil Aziz dengan sekali lafaz Menerusi entri di Instagram Tv3 Malaysia berkongsi video majlis akad nikah merek...
B Yang Ajar Cyg Hidup Tanpa B Isteri Nekad Cerai Suami Asyik Hadap Phone Berbanding Anak Amp Isteri

B Yang Ajar Cyg Hidup Tanpa B Isteri Nekad Cerai Suami Asyik Hadap Phone Berbanding Anak Amp Isteri

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 668 hits
Bila berumahtangga jangan terlalu lebihkan aktiviti sendiri sehingga anak dan isteri suami rasa diabaikan Perlu bijak membahagikan masa atau paling tidak pun ajak keluarga sertai aktiviti itu sekali gus dapat merapatkan hubungan kekeluargaa...
Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan Masih Isteri Aliff Aziz

Hampir Sebulan Tinggal Berjauhan Masih Isteri Aliff Aziz

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 684 hits
Selepas kontroversi panas bersama pelakon baru Oktovia Manrose pelakon dan penyanyi Aliff Aziz dilihat tidak lagi mengemaskini akaun Instagramnya Malah netizen juga The post appeared first on
Pasangan Suami Isteri Pengarah Syarikat Didakwa Jual Android Box Tidak Mematuhi Piawaian Skmm

Pasangan Suami Isteri Pengarah Syarikat Didakwa Jual Android Box Tidak Mematuhi Piawaian Skmm

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 746 hits
PETALING JAYA 2 April Sepasang suami isteri dan sebuah syarikat pemasaran barangan digital milik pasangan itu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjual Android Box yang tidak mematuhi piawaian Suruhanjaya Komunikas...
Isteri Buat Laporan Polis Suami Guna Timun Paksa Lakukan Seks Luar Tabii

Isteri Buat Laporan Polis Suami Guna Timun Paksa Lakukan Seks Luar Tabii

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 573 hits
Tak tahan dipaksa melakukan seks liar termasuk seks luar tabii mendorong seorang isteri membuat laporan polis terhadap suaminya lapor Mangsa berusia 44 tahun dari Kangar Perlis mendakwa dia kerap dipaksa berbuat demikian oleh suaminya berus...
Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira

Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 819 hits
Inai Merah Masih Di Jari Kurang Seminggu Bergelar Isteri Fasha Sandha Umum Berita Gembira Kurang seminggu bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz Fasha Sandha telah pun mengumumkan berita gembira apabila dia secara rasmi merupakan wajah w...
Sebab Perform Kpi Housewife Suami Hadiahkan Isteri Peralatan Elektrik Tanda Penghargaan Buat Isteri

Sebab Perform Kpi Housewife Suami Hadiahkan Isteri Peralatan Elektrik Tanda Penghargaan Buat Isteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 361 hits
Sebab perform KPI housewife Suami Hadiahkan Isteri Peralatan Elektrik Tanda Penghargaan Buat Isteri Bukan senang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumah Nampak mudah kerana tinggal di dalam rumah hakikatnya pelbagai tugasan perlu...
Dalam Senyap Dan Pemalu Inilah Tup Tup Dia Pasang Seorang Lagi Tanpa Pengetahuan Isteri

Dalam Senyap Dan Pemalu Inilah Tup Tup Dia Pasang Seorang Lagi Tanpa Pengetahuan Isteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 529 hits
Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya Jalan pijak semut pun tak mati Dan jangan sangka suami yang pendiam pemalu tidak banyak cakap ini seorang yang baik dalam rumah tangga Silap gaya huru hara rumah tangga Apa tidaknya Kadang kad...
Jetblue Fined 2 Million For Chronic Delays

Kadir Jasin Najib Bukan Curi Milo Atau Roti Benggali

Hmpv Situasi Terkini Tanda Gejala Pencegahan Rawatan

What Is Brics Good For

Susulan Titah Agong Kpn Bagi Amaran Jangan Sertai Sebarang Perhimpunan

2 Maut Kereta Terhumban Dalam Gaung

Kenyataan Media Umno Pas Gagal Tipu Umno

Virus Seakan Covid 19 Hmpv Mula Menular Di China Kenali Gejala Dan Cara Pencegahannya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Antara Dua Syurga Slot Lestary TV3

Resepi Makaroni Cheese Goreng Paling Mudah dan Cepat

Biodata Zarif Ghazzi Pelakon Drama Berepisod Antara Dua Syurga TV3 Berbahagi Suami Astro

Siapa Boleh Jawab Ayam atau Telur Yang Mana Wujud Dahulu

5 Perkara Buruk Yang Normal Dalam Politik Malaysia


Kenapa Menjadi Pendengar Yang Baik Menjadi Rahsia Kejayaan Sesebuah Hubungan

5 Mitos Berkaitan Vaksin Hpv

Warga Asing Rempuh Mati Penunggang Motosikal Di Lampu Isyarat Direman

Lelaki Hentikan 57 Kipas Berpusing Guna Lidah

Craving For Roti Nan And Tandoori Naseeb Capati Nan In Pasir Gudang Is A Must Visit

Umno S Exit From Rally Contradicts Solidarity For Najib Says Pas No 2