Dalam Senyap Dan Pemalu Inilah Tup Tup Dia Pasang Seorang Lagi Tanpa Pengetahuan Isteri


Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Jalan pijak semut pun tak mati. Dan jangan sangka, suami yang pendiam, pemalu, tidak banyak cakap ini seorang yang baik dalam rumah tangga.
Silap gaya, huru-hara rumah tangga. Apa tidaknya. Dalam senyap dan pemalu inilah, tup-tup dia pasang seorang lagi tanpa pengetahuan isteri.
Kadang-kadang kita tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati seorang suami. Cukupkah dengan seorang isteri atau memang berangan-angan untuk memiliki lebih dari seorang isteri.
Bagaimanakah untuk seorang isteri mengetahui bahawa suaminya benar-benar setia pada dirinya. Menjawab persoalan ini, Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, GrandMaster Hypnotherapist ada jawapan yang boleh merungkaikan tentang perkara ini.

Punca Suami Kahwin Diam DiamAda banyak kemungkinan suami kahwin dalam diam-diam. Berikut adalah sebabnya:i. Telah berjanji untuk mengahwini seseorang tetapi rasa susah untuk mendapat kelulusan dari isteri pertama
ii. Ingin memenuhi keinginan tapi takut untuk berterus terang
iii. Kemungkinan disebabkan keterlanjuran dan suami tersebut mengambil tanggungjawab
iv. Betul betul inginkan isteri kedua disebab inginkan zuriat
v. Nafsu suami yang terlebih atau tidak boleh dikawal
vi. Menyambut cabaran atau dicabar oleh rakan rakan
vii. Memang dia sudah mencintai wanita tersebut
Sampai Bila Suami Sorok PerkahwinanSelagi boleh disorok, ianya akan disorok, tetapi tidak ada isteri kedua yang inginkan perkahwinannya disorok. Begitu juga isteri pertama ingin mengetahui kedudukannya. Adakalanya keadaan sekeliling tidak mengizinkan untuk pengetahuan awam. Ianya akan diketahui juga jika suami dan isteri kedua rasa selamat untuk memberitahu isteri pertama.

Kalau Dah Terlajak Kahwin Lagi, Suami Hadam Nasihat IniTidak semua isteri pertama boleh menerima kenyataan ini. Suami tidaklah boleh merasa berbangga diri dalam memperoleh isteri kedua, kerana nafsu seorang suami tidak akan berhenti sehingga isteri kedua sahaja. Sekiranya suami lemah dan senang tergugat kepada kecantikan dan godaan wanita, dia akan kecundang akhirnya.Penjagaan kedua-dua keluarga adalah penting terutama sekali bab kasih sayang, perhatian, pemberian, masa dan waktu dan juga kewangan. Perlu berhati hati supaya ianya tidak diungkitkan di masa akan datang.Elak dari bercerita tentang isteri pertama kepada isteri kedua. Ini akan menambahkan stres lagi.Kesemua isteri hendak memberi suami mereka layanan yang baik, layan lah mereka dengan sebaik mungkin.
Isteri Bertenanglah.. Hadapi Ujian Tuhan Dengan SabarBak kata pepatah Melayu: Nasi telah menjadi bubur. Jika perkara begini berlaku, si isteri jangan lah terburu buru untuk mengambil keputusan. Seringkali isteri pertama akan melepaskan geram, marah marah serta bergaduh tak kira tempat jika mengetahui perkara yang sebenar.
Isteri hendaklah bersabar dan memahami keadaan suami kenapa dia berkahwin satu lagi. Perkara telah berlaku dan isteri pertama harus menerima kehadiran isteri kedua serta memberitahunya tentang berlaku adil.
4 Tip Untuk Isteri Pertama1.Perlu banyak bersabar dalam menghadapi kehidupan bermadu2. Menerima hakikat berkongsi setiap perkara termasuk kasih sayang suami3. Merelakan suami ke rumah isteri muda walaupun ianya menyakitkan hati nya4. Sering mengingatkan suami tentang masa dan perkongsian yang adil dan saksama
Foto Carian internet
Bila Dah Berkongsi Suami, Isteri Kedua Jangan Tamak1.Tidak berasa berbangga, riak atau sombong setelah memiliki suaminya2. Tidak menyakitkan hati isteri pertama3. Mengetahui adat berkongsi suami:i. Melepaskan suami balik ke pangkuan isteri pertama serta keluarganya pada masa yang dipersetujui.
ii. Tidak membanding bandingkan layanannya kepada suami dengan isteri pertama.
iii. Tidak menunujuk-nunjuk kepada isteri pertama tentang apa yang dia terima dari suami.
Walaupun Sukar, Suami Kena Usaha Bagi..a. Seboleh bolehnya berlaku adil dalam apa segi pun
b. Bersikap berterus terang kepada kedua isteri dan anak anak
c. Jangan menyakitkan hati kedua dua isteri
d. Tidak melebih-lebihkan layanan diantara kedua dua isteri
e. Tidak melaporkan dan membeza bezakan perangai di antara kedua-dua isteri dan sebaliknya apabila bersama. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kinistylo.blogspot.com/2018/10/dalam-senyap-dan-pemalu-inilah-tup-tup.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sifat Sifat Yang Perlu Dihindari Sebagai Seorang Wanita Yang Bergelar Isteri

Sifat Sifat Yang Perlu Dihindari Sebagai Seorang Wanita Yang Bergelar Isteri

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 1113 hits
hi there salam Jumaat yang indah buat semua so mrs pip mau share info yang mrs pip di IG parentingmuslim mengenai sifat sifat yang perlu dihindari sebagai seorang wanita yang bergelar ISTERI Sifat sifat tercela yang patut diwaspadai dan dih...
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 537 hits
Wanita Kena Tahu Bila Cara Doakan Suami Waktu Itulah Makbulnya Doa Seorang Isteri Apabila seseorang itu sudah mendirikan rumah tangga pastinya tiada lain yang diharapakan ialah kebahagiaan Suami yang diharapkan mampu menjadi pemimpin untuk ...
Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan Degil

Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan Degil

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 456 hits
Kaum hawa secara fitrahnya berjiwa lemah lembut dan menjadi penyejuk hati para suami Namun ada ketika boleh menjadi seorang yang degil garang dan keras kepala Tips Mudah Untuk Para Suami Jika Isteri Seorang Yang Garang Dan DegilCredit Pic B...
Isteri Gadaikan Diri Untuk Kenaikkan Pangkat

Isteri Gadaikan Diri Untuk Kenaikkan Pangkat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 1373 hits
Siti berdiri sambil merenung ke lantai Corak karpet di kakinya yang bertumit tinggi direnung dengan fikiran yang berkecamuk Macam mana Siti You terima tawaran yang I beri bosnya Chong memandang Siti yang berdiri di hadapannya Siti just acce...
Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami Isteri Dipenjara 8 Tahun

Tikam Alat Sulit Teman Wanita Suami Isteri Dipenjara 8 Tahun

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 933 hits
Susulan dari kejadian seorang isteri menikam alat sulit teman wanita kepada suaminya selepas berpura pura bersetuju diajak mengadakan hubungan seks secara berangkai pada 24 Mac lalu tertuduh yang bekerja sebagai pelayan kopi berusia 46 tahu...
Tak Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Kini Merupakan Isteri Bergelar Vvip

Tak Sangka 4 Bekas Pembaca Berita Kini Merupakan Isteri Bergelar Vvip

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 2454 hits
Selain intipati yang penting dan menarik wajah cantik pembaca berita yang menghiasi layar kaca juga menarik minat penonton Hal itu akan membuat penonton berita semakin bersemangat untuk menikmati setiap sajian berita yang dibawakan oleh pem...
Isteri Buat Laporan Polis Suami Guna Timun Paksa Lakukan Seks Luar Tabii

Isteri Buat Laporan Polis Suami Guna Timun Paksa Lakukan Seks Luar Tabii

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 572 hits
Tak tahan dipaksa melakukan seks liar termasuk seks luar tabii mendorong seorang isteri membuat laporan polis terhadap suaminya lapor Mangsa berusia 44 tahun dari Kangar Perlis mendakwa dia kerap dipaksa berbuat demikian oleh suaminya berus...
Baru Beli Civic Dah Nak Berkira Dengan Bini Netizen Kecam Suami Terlalu Sayangkan Kereta Berbanding Isteri

Baru Beli Civic Dah Nak Berkira Dengan Bini Netizen Kecam Suami Terlalu Sayangkan Kereta Berbanding Isteri

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 1015 hits
The ReporterSememangnya menjadi perangai semua orang yang sangat sayang pada kereta yang baru dibeli dan jika boleh nyamuk pun tak dibenarkan hinggap di atas kereta Namun kebimbangan lelaki itu agak keterlaluan bilamana dia enggan meminjam ...
Nak Wikwik Bermanja Suruh Masak Kena Caj Isteri Tekad Kenakan Caj Perkhidmatan Pada Suami Yang Terlalu Berkira

Nak Wikwik Bermanja Suruh Masak Kena Caj Isteri Tekad Kenakan Caj Perkhidmatan Pada Suami Yang Terlalu Berkira

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 405 hits
The ReporterApabila sudah mendirikan rumah tangga suami perlu memberi nafkah kepada isteri walaupun isteri itu bekerja membantu menambah pendapatan keluarga Kerana nafkah isteri itu adalah tanggungjawab suami begitu juga dengan nafkah kepad...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti