Cepswam Penyediaan Field Training Report
Proses menyediakan data bagi Field Training Report (FTR) bermula dari tarikh anda lulus kedua-dua ujian bertulis dan praktikal di hari terkahir kursus CePSWaM. Anda boleh rujuk entri sebelum ni bertajuk CePSWaM Kursus ujian bertulis dan ujian praktikal.
Boleh dikatakan, FTR ni format dan flownya seperti tesis dan akan ada perbentangan selepas FTR direview oleh pemeriksa sebelum mendapat kelulusan persijilan.

Peserta kursus perlu memuatkan kesemua data yang berkaitan pengurusan bahan buangan terjadual (scheduled waste, SW) selama minimum 6 bulan.
Data apa yang perlu dilaporkan??
Stakat yang saya tahu bagi generator (pihak yang menghasilkan SW), perkara-perkara berikut perlu dimasukkan ke dalam FTR;
1- Penyediaan SW storage area
2- Notifikasi SW yang dihasilkan kepada DOE
3- Laporan lab bagi sampel SW (tidak semua perlu dihantar lab)
4- Report inventori SW (keluar/masuk)
5- Consignment Note (bila SW mahu dilupuskan)
6- SW warning sign/label
7- Information card (brief kepada collector aka driver lori yang datang collect)
8- Senaraikan dan cerita secara terperinci penambahbaikan yang telah dibuat.
9- Kekangan yang dihadapi sepanjang penghasilan FTR
6 bulan adalah tempoh yang lama dan sekiranya tidak diuruskan dengan betul, anda akan terlepas/tertinggal input-input berkaitan yang penting. Saya telah mengambil inisiatif membuat satu log ringkas dan mencatatkan tarikh dan apa jua yang berkaitan (cam diari la).
Sekarang bulan kedua proses FTR saya, sudah agak banyak aktiviti yang telah dibuat seperti notifikasi pendaftaran SW, notifikasi pembatalan SW, laporan lab, inventori, consignment note, information card, singnage dan label.
Ohh yer....sila gunakan eSWIS untuk semua proses ini. Walaupun masih belum dimasukkan dalam akta dalam masa terdekat. Namun terdapat sesetengah DOE peringkat negeri yang telah mula menekankan penggunaan eSWIS.
Di entri seterusnya, kita akan review secara ringkas cara menggunakan eSWIS.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.simiey.info/2020/02/cepswam-penyediaan-field-training.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)