Cepatnya Ainul Pandai Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap Capai Mainan


Perkembangan Ainul Mardhiah semakin positif. Lebih menggembirakan dia dikatakan semakin menguasai perkembangan dengan baik dari hari ke hari. Kini sudah boleh meniarap dan mencapai mainan!
Ainul yang telah melalui pembedahan membuang ketumbuhan pada bahagian dalam mulut pada awal Jun lalu di sebuah hospital kanak-kanak di London kini dalam peringkat pemulihan. Kemajuan dan perkembangan positif yang ditunjukkan si kecil ini menggembirakan.

Dalam kemaskini terbaru di Instagram, ibu Ainul Mardhiah berkongsi tentang si kecil ini yang kini sudah pun boleh meniarap dan mencapai mainan sendiri.
“Assalamualaikum semua Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap.  Nurul Erwani juga memaklumkan yang doktor sangat gembira dengan perkembangan Ainul yang sangat bijak dan cepat mempelajari kemahiran yang diajar.
“Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat.  Ibu ini juga memaklumkan yang pujian dan sokongan yang diberikan daripada doktor beri kesan positif kepada perkembangan Ainul.
“Tersenyum simpul Ainul dapat main dgn Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap.  “Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur Have a good day semua.” View this post on Instagram
Assalamualaikum semua Lama mama tak masukkan gambar Ainul Mardhiah kan. Maaf sebab mama kena fokus lebih dekat Ainul minggu ni sebab Dr dah ajar mama macam mana nak ajar Ainul meniarap. . Alhamdulillah seronok Ainul dapat meniarap, grab mainan. Dr bagi mainan macam macam, ada lampu lampu. Dr sangat happy dengan Ainul sebab Ainul cerdik, cepat sangat belajar apa yang Dr suruh buat. . Tersenyum simpul Ainul dapat main dgn Dr hari ni. Dr dekat sini pun sangat positif, bagi pujian dekat Ainul. Nanti mama buat video ya tunjuk Ainul meniarap. . Sekarang Ainul tengah tidur baru lepas belajar meniarap, dah penat terus tidur Have a good day semua
A post shared by _NurulErwani (@_nrlerwani) on Jun 25, 2019 at 4:18am PDT

Bapa Ainul dalam perkongsiannya di Facebook pula menjawab beberapa persoalan yang diajukan oleh warganet yang sentiasa menyokong dan prihatin kepada perkembangan Ainul Mardhiah.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Saya doakan semuanya sihat dan sentiasa dalam rahmatNya. Hari ni sempat baca beberapa PM di facebook, tapi maaf sebab tidak dapat membalas di setiap PM yang masuk, tapi saya akan jawab di posting ini secara umum yang saya kira ramai bertanya soalan yang hampir sama : 1. Apa khabar Ainul? Jawapan : Ainul sihat alhamdulillah. Semakin aktif dan sekarang tangan dia makin cepat masuk ke mulut. Lepas tu disebabkan Ainul ini jari dia panjang-panjang, bila dia masukkan jari ke mulut, dia sendiri terbatuk sebab jari hampir ke tekak selepas itu, dia menangis. Sendiri buat, sendiri menangis. Lepas tu dia buat lagi. Alahai anak! Kaki dan tangan pun dah mula aktif. Dah pandai tak mahu tidur juga Ainul sekarang ni! Lain-lain keadaanya juga bertambah baik, berat pun semakin meningkat and tubuh badannya bertambah panjang.
2. Apa amalan ibu bapa Ainul? Jawapan : Tidak ada amalan yang spesifik. Kami orang biasa sahaja. Masih banyak buat perkara silap berbanding buat perkara yang betul. Tapi inshaAllah sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan hari demi hari. 3. Bagaimana ibu bapa ainul boleh kuat dan redha? Jawapan : Sebagai muslim, kami sangat yakin yang Allah itu tidak menjadikan sesuatu perkara itu sia-sia. Sebenarnya kami telah lalui banyak fasa. Sedih, beremosi dan hilang arah sebelum kami diberi sedikit kekuatan pada hari ini. ( asbab doa dari kalian semua ) Kami pilih untuk tidak bersedih sebab kami sebagai ibu bapa ainul tahu, jika kami lemah atau sering bersedih, maka ainul pun akan turut lemah dan sedih seperti kami. Jadi kami perlu kuat demi anak! Sebenarnya kunci utama bila dilanda ujian atau musibah adalah prasangka kita pada Tuhan. Kalau kita sangka baik, dapat baik. Sangka tak baik, maka dapat yang tidak baik. Seterusnya, kebergantungan kita terhadap Tuhan. Kami yakin, Allah sahaja lah zat yang berhak untuk menentukan perjalanan hidup kami. DIA tahu apa yang terbaik buat semua hamba-hambaNya. Semua ini adalah perancangan Allah, Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Bijaksana. 4. Adakah masih terima duit sumbangan? Jawapan : Alhamdulillah, rakyat Malaysia sangat pemurah hati! Pada masa sekarang ini kami rasa tidak perlu lagi. Mungkin tuan/puan yang pemurah hati ini, boleh salurkan duit itu kepada orang lain yang mungkin nasibnya sama seperti Ainul. Kami yakin, di luar sana ada ramai bayi atau kanak-kanak yang perlukan bantuan kita semua. Jadi, bantu lah mereka agar urusan mereka dipermudahkan. ” Permudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita “ Untuk bahagian ainul, kami hanya minta DOA sahaja. Sebab doa itu lah senjata paling utama bagi ainul. Doakan semoga Allah berikan ainul kesembuhan secara total. Semoga ketumbuhan yang pernah berada di tubuh badan Ainul dahulu tidak lagi kembali dengan izinNya. Ainul sebelum dibedah. 5. Bila akan pulang ke Malaysia? Jawapan : Bila Ainul dah ready dan habiskan sisa rawatan di sini, inshaAllah kami akan pulang ke malaysia. Untuk tarikh yang tepat, maaf kami belum pasti. 6. Bila ainul balik malaysia nanti, boleh ke kami melawat Ainul? Jawapan : Boleh. Tapi untuk kebaikan dan kesihatan Ainul, sebelum mahu datang melawat, seeloknya beritahu kami dahulu. Mungkin kami hanya akan tetapkan sehari hanya seorang atau satu keluarga sahaja datang melawat. Hal ini sebenarnya untuk mengelakkan Ainul daripada dijangkiti kuman. Ini juga adalah nasihat doktor kepada kami. Ainul masih dalam fasa recover, immune sistem dia mungkin belum cukup kuat, setelah melalui ujian yang lama, ainul perlu rehat untuk kuatkan semula sistem tubuh badannya. Jadi, kami dengan rendah diri minta tuan puan untuk faham keadaan Ainul dan kami minta maaf jika permintaan kami ini telah mengguris hati tuan puan semua. 7. Boleh ke nak bagi hadiah pada ainul? Jawapan : Boleh. Tidak ada masalah. Terima kasih kami ucapkan! 8. Kenapa dah lama tak update tentang Ainul? Jawapan : Kami di sini walaupun tidak bekerja, tapi kadang-kadang bila berada di hospital, terlupa dan tak teringat nak update. Jadi kami minta maaf sangat sangat. Apa pun, kami akan cuba update perkara-perkara penting untuk tuan puan semua. 9. Boleh ke nak simpan gambar atau video Ainul? Jawapan : Kami kira, Ainul ini dah menjadi buah hati rakyat malaysia. Kami tidak mampu menghalang sebab gambar dan video itu pun kami sendiri yang muatnaik di facebook/IG kami. Cuma kami minta orang ramai tidak menyalah guna gambar anak kami untuk perkara-perkara yang tidak elok. Sebaiknya, jika tengok gambar dan video Ainul, sedekahkan Al Fatihah buat dirinya, mudah-mudahan Allah berikan kebaikan buat ainul dan kita semua. InshaAllah. Ainul selepas dibedah. 10. Rakyat Malaysia mendoakan kebaikan buat Ainul Jawapan : Alhamdulillah, terima kasih kami ucapkan. Ramai juga PM yang beri kami kata semangat dan doa. Terharu dibuatnya! Kami doakan semoga doa doa yang baik itu Allah kembalikan semula kepada anda dan keluarga. Amin! Sumber: _nrlerwani & Ahmad Safiuddin
The post Cepatnya Ainul Pandai! Lepas 2 Minggu Dibedah Boleh Meniarap & Capai Mainan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/cepatnya-ainul-pandai-lepas-2-minggu-dibedah-boleh-meniarap-capai-mainan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cepatnya Slim Mana Simpan Perut Ramai Kagum Penampilan Hanis Zalikha Lepas Bersalin

Cepatnya Slim Mana Simpan Perut Ramai Kagum Penampilan Hanis Zalikha Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 329 hits
Hanis Zalikha masih dalam fasa berpantang bersalin anak keduanya Namun ramai yang tertanya tanya bagaimana selebriti ini boleh slim dalam masa yang singkat dan mempunyai perut yang rata Hanis yang melahirkan anak keduanya Alisa Aisyah pada ...
Gopan Pasokan Anak Ayam Capai 60 Juta Per Minggu Awal Kemunculan Tragedi

Gopan Pasokan Anak Ayam Capai 60 Juta Per Minggu Awal Kemunculan Tragedi

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 192 hits
Gabungan Organisasi Peternak Ayam Nasional angkat suara terkait anjloknya harga ayam di tingkat peternak Kelebihan pasokan disebut sebagai biang keladinya Ujung ujungnya membuat peternak menurunkan harga Sebab jika tidak maka produksi tidak...
Nak Bagi Bayi Puting Boleh Bila Pandai Hisap Jari Masuk 4 6 Bulan Pastikan Stop

Nak Bagi Bayi Puting Boleh Bila Pandai Hisap Jari Masuk 4 6 Bulan Pastikan Stop

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 578 hits
Memberikan bayi puting tiruan menimbulkan pelbagai pendapat di kalangan pihak Masuk angin gigi jongang dan sebagainya menjadi ketakutan bagi ibu bapa yang ingin memberikan anak puting Pandangan yang diberikan oleh konsultan tangisan bayi in...
Seronok Dia Nak Hisap Jari Tengok Kiri Kanan Rakaman Terbaru Adik Ainul Mardhiah Boleh Buat Anda Tersenyum

Seronok Dia Nak Hisap Jari Tengok Kiri Kanan Rakaman Terbaru Adik Ainul Mardhiah Boleh Buat Anda Tersenyum

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 414 hits
Sejak daripada berita mengenai pembedahan Ainul berjaya orang ramai masih tidak putvs2 lagi menzahirkan rasa syukur dan doa buat kesembuhan si buah hati Malaysia Seronok dia nak hisap jari tengok kiri kanan Rakaman terbaru Adik Ainul Mardhi...
Ainul Mardhiah Sudah Boleh Hisap Jari

Ainul Mardhiah Sudah Boleh Hisap Jari

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 270 hits
SERONOK lihat Ainul Mardhiah hisap jari sambil melihat kiri dan kanan Sebelum masuk ke wad biasa hari ini sempatlah Ainul jalan jalan dalam hospital kata ibu Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin Nurul Erwani Zaidi 24 menerusi status di Instagram ...
Ambil Masa Bawa Ainul Balik Malaysia Lepas Ni Akan Ada Fasa Belajar Makan Guna Mulut

Ambil Masa Bawa Ainul Balik Malaysia Lepas Ni Akan Ada Fasa Belajar Makan Guna Mulut

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 349 hits
Sinar kegembiraan jelas terlihat pada klip video terbaharu yang dikongsikan walid Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin Ahmad Razak 24 yang memperlihatkan bayinya itu sedar dan seakan akan berbual dengan ibunya Nurul Erwani Zaidi 24 Video Ainul be...
Kini Anda Boleh Beli Barangan Halal Di Pasar Berdekatan Masjid Terbesar Tokyo

Kini Anda Boleh Beli Barangan Halal Di Pasar Berdekatan Masjid Terbesar Tokyo

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 585 hits
Terdapat begitu banyak perkara yang kita sukai tentang Tokyo dari budaya yang menarik hinggalah tarikan menarik dan makanan halal yang enak Sekarang ada satu lagi sebab untuk mencintai Tokyo Tokyo Camii baru sahaja membuka pasar halal di pr...
Windows Terminal Kini Boleh Dimuat Turun Melalui Windows Store

Windows Terminal Kini Boleh Dimuat Turun Melalui Windows Store

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 230 hits
Microsoft telah memperkenalkan sebuah aplikasi baru memfokuskan command line beberapa minggu lepas iaitu Windows Terminal Selepas ditawarkan secara terhad kepada para pembangun melalui GitHub sebelum ini hari ini pihak Microsoft turut telah...
Boleh Ke Kanak Kanak Makan Durian Bahaya Tak Ini Jawapannya

Boleh Ke Kanak Kanak Makan Durian Bahaya Tak Ini Jawapannya

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 421 hits
Bagi rakyat Malaysia durian boleh dianggap sebagai raja buah dan baunya sahaja boleh membuatkan penggemarnya meleleh air liur Walaupun baunya kurang menyenangkan bagi sesetengah orang ia adalah bau paling menyelerakan bagi peminatnya Malah ...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik