Apa Dosa Muhammad Adib


DITARIK keluar dari kenderaan dan dipukul hingga cedera parah. Ini bukanlah adegan seorang pencuri kereta tetapi itulah nasib seorang anggota bomba yang bergegas ke lokasi Kuil Sri Mariamman, USJ Subang Jaya bagi menjalankan tugasnya.
Apa dosa Muhammad Adib Mohd Kassim sehingga diperlakukan sedemikian? Mereka yang menyerang anggota bomba berusia 24 tahun itu harus diburu sehingga ke lubang cacing. Jangan beri seincinpun ruang untuk individu-individu ganas tersebut melepaskan diri.
Menyerang penjawat awam yang sedang menjalankan tugas tidak kira daripada jabatan atau organisasi manapun adalah perbuatan biadab dan sama sekali tidak bertamadun. Ia hanya dilakukan oleh kelompok manusia yang tidak tahu menghormati undang-undang dan perlu diasingkan daripada masyarakat.
Justeru kita bersetuju dengan kenyataan tegas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mempersoalkan nilai hormat perusuh dan menyifatkan ia melampau dan keterlaluan.
Benar kata beliau, ia adalah satu budaya yang harus dihentikan kerana, “mereka adalah penjawat awam beruniform.Perlu ada satu tahap hormat kepada penjawat awam yang beruniform oleh rakyat Malaysia.”
Apapun Muhammad Adib sedang bertarung nyawa akibat kecederaan dalaman yang tidak sewajarnya diterima oleh seorang anggota bomba yang tugasnya semata-mata memadam kebakaran dan menyelamatkan nyawa orang lain.
Di mana nilai kemanusiaan perusuh? Apakah terlalu buta mata dan hati untuk membeza antara penjawat awam yang menjalankan tugas dan kelompok yang mereka marah. Kejadian seumpama ini sama sekali tidak boleh dibiarkan berulang terhadap mana-mana juga penjawat awam.
Sudah pasti apa yang berlaku kepada Muhammad Adib akan membangkitkan kemarahan seluruh masyarakat tanpa mengira kaum dan latar belakang agama, tetapi semua pihak perlu bertenang dan menyerah sepenuhnya kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan. Lagipun sudah ada yang ditahan bagi tujuan siasatan.
Pada masa sama, ahli-ahli politik juga pandai-pandailah menjaga mulut. Jangan terlalu celupar atau biadab menuding jari kepada mana-mana penjawat termasuklah polis apabila berlaku kes seumpama ini.
Ahli politik sepatutnya lebih matang dan bijak, bukannya cuba mencari publisiti murahan dengan membuat kenyataan yang akhirnya meletakkan penjawat awam dalam bahaya dan tidak mencetuskan isu perkauman.
Sesungguhnya marilah kita berdoa agar Muhammad Adib pulih seperti sedia ada. Pengorbanan yang beliau lakukan terlalu tinggi nilainya dan negara memerlukan khidmat beliau.-UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/11/27/apa-dosa-muhammad-adib/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

Rusuhan Kuil Bomba Selangor Buat Laporan Polis Dakwaan Muhammad Adib Dilanggar Jentera Bomba

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 640 hits
NURUL KHAIRIAH MOHAMED YUSOF 28 November 2018 11 17 PM SUBANG JAYA Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menafikan kenyataan yang mendakwa anggotanya yang ce
Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

Itu Gambar Saya Bukan Muhammad Adib Pihak Yang Tiada Ditempat Kejadian Tolong Jangan Buat Tuduhan Melulu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 547 hits
ADAKAH pihak yang membuat dakwaan itu mempunyai bukti mengatakan Muhammad Adib dilanggar Lapan anggota kita ada di situ mereka tahu apa yang terjadi tegas Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohammad Hamdan Wahid Beli...
Anggota Bomba Di Belakang Jentera Bukan Muhammad Adib Kata Rakan

Anggota Bomba Di Belakang Jentera Bukan Muhammad Adib Kata Rakan

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 712 hits
Mohd Hazim menunjukkan gambar yang tular di media sosial yang didakwa sebagai Muhammad Adib ketika sidang akhbar di Institut Jantung Negara hari ini Foto BernamaKUALA LUMPUR Anggota bomba yang didakwa dilanggar jentera bomba di lokasi insid...
Kpn Dakwaan Muhammad Adib Di Langgar Adalah Tdak Benar

Kpn Dakwaan Muhammad Adib Di Langgar Adalah Tdak Benar

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 468 hits
KUALA LUMPUR Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menegaskan dakwaan bahawa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dilanggar jentera bomba dan bukannya dipukul dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di Putra Heights Su...
Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan

Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 460 hits
Alhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan DipindahkanAlhamdullilah Berita Baik Untuk Anggota Bomba Muhammad Adib Ini Keadaan Terkini Dan Dia Akan Dipindahkan
Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

Anggota Bomba Yang Cedera Parah Semalam Muhammad Adib Sebenarnya Bukan Dipukul Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu

papar berkaitan - pada 28/11/2018 - jumlah : 757 hits
BADAN bertindak Kuil Sri Maha Mariamman mendakwa anggota Bomba yang parah dalam insiden rusuhan berhadapan kuil berkenaan awal pagi semalam adalah disebabkan kemalangan jalan raya Setiausaha Badan Bertindak Kuil V K Regu mendakwa kejadian d...
Muhammad Adib Ditarik Dari Jentera Ketika Pasukan Berundur

Muhammad Adib Ditarik Dari Jentera Ketika Pasukan Berundur

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 290 hits
SUBANG JAYA Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Datuk Mohamad Hamdan Wahid menyatakan anggotanya Muhammad Adib Mohd Kassim ditarik perusuh di kawasan Kuil Seafield Sri Maha Mariamman ketika pasukannya berundur dari lokasi K...
Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Senarai Cawangan Bank Simpanan Nasional Di Negeri Kelantan

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Gagal Itu Biasa Bangkit Itu Luar Biasa

Bufet Ramadan 2025 Citarasa Sedunia Di Ve Hotel Residence

Resep Thailand Milk Bun Viral Sajian Berbuka Puasa Yang Bikin Ketagihan

Masak Ayam Berlado Cili Merah Kesukaan Anak Anakku

Kes Buang Bayi Wanita Berusia 29 Tahun Direman

Doorgift Kenduri Dapat Numee Gardenia