Ceo Batu Biodata Isu Gangguan Seksual Bawah Umur


Siapa yang aktif di TikTok pasti pernah terserempak dengan content dari pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai CEO Batu.
Siapa tak kenal dengan gaya bersahaja, suara lantang dan cara penyampaian yang menarik golongan muda. Dengan imej sebagai ‘budak kampung’, beliau berjaya membina jenama peribadi yang kuat dan meraih ribuan pengikut dalam masa singkat.
Artikel pada kali ini,  kami akan membawa anda mengenali dengan lebih rapat dengan sosok individu penuh kontroversi, CEO Batu.
Baca juga: KRU : Biodata, Sejarah & Konsert GenKRU 2025
Latar Belakang NamaMohd IqbalNama PanggilanCEO BatuUmur22 tahun (pada 2025)Tempat LahirKedahPekerjaanPempengaruh media sosialAkaun Media SosialInstagram @ceobatu
TikTok @ceobatu
YouTube @ceoxganz Kerjaya & Profesional CEO Batu merupakan seorang pempengaruh media sosial yang menonjol dalam kalangan anak muda kerana personalitinya yang lantang, gaya penyampaian yang bersahaja, dan imej sebagai usahawan muda berjaya.
Beliau mula dikenali menerusi platform TikTok dan Instagram dengan kandungan yang menumpukan kepada gaya hidup, motivasi, dan tip perniagaan yang sering dikaitkan dengan naratif ‘budak kampung jadi CEO’.
Kejayaan beliau dalam membina jenama peribadi turut disokong oleh beberapa cabang perniagaan kecil yang diusahakan seperti penjualan pakaian streetwear tempatan, barangan outdoor, serta produk makanan dan minuman.
Branding sebagai “CEO Batu” digunakan bagi menonjolkan imej berani, berdikari dan ‘real talk’ yang mudah menarik perhatian golongan remaja dan pelajar.
Selain itu, beliau turut aktif menjalinkan kolaborasi bersama pempengaruh lain dalam pelbagai kandungan video serta mempromosikan produk tempatan melalui media sosial.
@ceobatu @CEO BATU alang2 balik singgah ke @ZarinMotorwork @CEO Kriss #ceoxganz #ceobatu
♬ original sound – CEO BATU – CEO BATU Kredit: Ikhlas CEO Batu Hantar Gambar Tak Senonoh? CEO Batu mencetuskan kontroversi selepas didakwa menghantar mesej dan gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.
Insiden yang mengejutkan ini bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah telah membawa kepada siasatan rasmi pihak polis.
Serah Diri kepada Polis Menurut laporan Harian Metro, beliau telah tampil menyerah diri secara sukarela di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam. Beliau kemudiannya ditahan dan direman bagi membantu siasatan lanjut yang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Kes ini disahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan.
Menurut beliau, siasatan sedang dijalankan mengikut prosedur undang-undang berkaitan gangguan seksual terhadap kanak-kanak.
Dakwaan Bermula dari TikTok Kontroversi ini mula mendapat perhatian apabila personaliti media sosial Caprice memuat naik beberapa hantaran pendedahan di Instagram.
Beliau mendedahkan bahawa ibu kepada mangsa telah menghubunginya untuk memohon bantuan selepas anaknya menerima kiriman mesej dan gambar tidak senonoh daripada CEO Batu.
Mangsa yang dikenali sebagai Isha, dikatakan mula menghubungi pempengaruh tersebut melalui TikTok pada 1 November 2024 untuk menyatakan minat berkolaborasi dalam penghasilan kandungan.
Namun, perbualan yang bermula dengan tujuan profesional bertukar menjadi mesej tidak senonoh selepas CEO Batu meminta nombor telefon dan meneruskan perbualan melalui WhatsApp.
Bukti Tangkap Layar & Alasan Parut Pembedahan Caprice turut berkongsi tangkap layar mesej dan gambar yang dikatakan telah dihantar oleh CEO Batu kepada remaja tersebut. Gambar tersebut didakwa menunjukkan bahagian tubuh yang tidak sepatutnya, dengan alasan “untuk tunjukkan parut pembedahan”.
Apa yang lebih mengejutkan, CEO Batu dikatakan menghantar mesej permohonan maaf kepada ibu mangsa, merayu agar perkara tersebut tidak dilaporkan kepada pihak polis.
Dalam mesej itu, beliau mengaku bahawa gambar tersebut sebenarnya ditujukan kepada teman wanitanya dan tersilap hantar kepada Isha.
“Saya merayu sangat kak. Gambar tu sepatutnya saya crop. Tapi saya terlepas pandang… Kalau saya sabit kesalahan, 10 tahun saya ke dalam. Segala usaha saya selama ni semuanya akan hilang kak…”
Kredit: Instagram @capricedaddycap Rayuan dan Belum Ada Kenyataan Rasmi Dalam rayuan panjang lebar kepada ibu mangsa, CEO Batu turut menyatakan kebimbangan mengenai masa depannya dan tanggungjawab terhadap keluarga, sambil memohon agar diberikan peluang kedua.
Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh CEO Batu atau wakilnya berhubung dakwaan yang sedang hangat diperkatakan ini.
Fakta Menarik Mengenai CEO Batu CEO Batu dikenali ramai dengan imej kain pelikat dan baju t-shirt ketika membuat content video. Beliau pernah menjadi duta PDRM FC. Beliau sering mencipta dan menghasilkan alat-alat gimnasium untuk bersenam yang diperbuat daripada bahan-bahan pembinaan seperti simen, besi dan kayu. Beliau pernah terlibat dengan beberapa kemalangan jalan raya melibatkan motosikal sehingga menerima 20 jahitan di bahagian kepala. Kesimpulan Kesimpulannya, kes yang melibatkan CEO Batu ini wajar dijadikan iktibar kepada semua, terutamanya golongan pempengaruh dan individu berprofil tinggi yang menjadi perhatian ramai, termasuk golongan remaja.
Dalam era digital yang serba pantas, setiap tindakan sama ada secara peribadi mahupun di alam maya boleh memberi kesan besar terhadap reputasi, kerjaya dan masa depan seseorang.
Buat CEO Batu, jika benar kesilapan itu berlaku secara tidak sengaja seperti yang didakwa, kami berharap anda mengambil tanggungjawab dan berusaha memulihkan semula kepercayaan masyarakat.
Baca juga: Azizan Osman – Biodata, Kelulusan & Isu Richworks


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/ceo-batu/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=ceo-batu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Umur 26 Hingga 35 Tahun Paling Banyak Fail Cerai Gangguan Pihak Ketiga Amp Campur Tangan Mentua Antara Punca

Pasangan Umur 26 Hingga 35 Tahun Paling Banyak Fail Cerai Gangguan Pihak Ketiga Amp Campur Tangan Mentua Antara Punca

papar berkaitan - pada 19/5/2025 - jumlah : 151 hits
Permohonan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah negeri Johor mencatatkan peningkatan dalam tempoh enam tahun bermula 2019 hingga 2024 Menurut Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid statistik menunjukka...
Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

Azizan Osman Biodata Kelulusan Isu Richworks

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 210 hits
Azizan Osman adalah salah satu ikon paling berpengaruh dalam dunia keusahawanan di Malaysia Beliau merupakan pengasas RichWorks International sebuah syarikat latihan dan konsultasi perniagaan sejak tahun 2008 Sebagai pengasas RichWorks Inte...
Caprice Sekolahkan Netizen Bengap Persoal Mangsa Rakam Video 99 9 Kes Gangguan Seksual Akan Jadi Nfa Kalau Tiada Bukti

Caprice Sekolahkan Netizen Bengap Persoal Mangsa Rakam Video 99 9 Kes Gangguan Seksual Akan Jadi Nfa Kalau Tiada Bukti

papar berkaitan - pada 28/5/2025 - jumlah : 79 hits
Penyanyi dan pempengaruh popular Caprice menyeru agar mana mana wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual segera kumpulkan bukti termasuklah merakam video supaya pelaku boleh dibawa ke muka pengadilan Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ram...
Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

Pengantin Bawah Umur Suami 16 Tahun Isteri Muda Setahun

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 204 hits
KOSMODua remaja melangsungkan perkahwinan di Lombok semalam TikTokJAKARTA Sepasang remaja di Indonesia mengundang kritikan orang ramai kerana nbsp melangsungkan perkahwinan ketika mereka masih bawah umur lapor portal berita Detik semalam nb...
Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

Lepas Terima Gambar Parut Ceo Batu Ibu Mangsa Dedah Anak Trauma Jadi Pendiam

papar berkaitan - pada 26/5/2025 - jumlah : 179 hits
Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pempengaruh CEO Batu apabila didakwa menghantar gambar berunsur seksu l kepada seorang remaja berusia 14 tahun ibu kepada mangsa remaja bernama Qalisya itu iaitu Ieja Cazendra berkata anaknya t...
Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

Dma Islam Biodata Kerjaya Isu Persenda Pelajar Masscomm

papar berkaitan - pada 13/5/2025 - jumlah : 182 hits
Baru baru ini nama DMA Islam kembali hangat apabila beliau tampil dengan video kontroversi yang memperlekeh pelajar jurusan Mass Communication dan Teater Kenyataan beliau telah mengundang reaksi negatif daripada pensyarah alumni universiti ...
Ibu Mangsa Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Ceo Batu Cuma Perjuangkan Keadilan Buat Anak

Ibu Mangsa Tiada Niat Tutup Periuk Nasi Ceo Batu Cuma Perjuangkan Keadilan Buat Anak

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 130 hits
Ibu kepada remaja perempuan yang didakwa menjadi mangsa hantaran tidak senonoh daripada pempengaruh CEO Batu menyatakan dirinya langsung tidak berniat mahu menutup periuk nasi sesiapa tetapi hanya mahu menuntut keadilan buat anak anaknya Ib...
Chazynash Akui Sudah Bercerai Kesal Difitnah Ada Kena Mengena Kes Ceo Batu

Chazynash Akui Sudah Bercerai Kesal Difitnah Ada Kena Mengena Kes Ceo Batu

papar berkaitan - pada 25/5/2025 - jumlah : 127 hits
Selepas pelbagai spekulasi bertebaran di media sosial pempengaruh Chazynash akui sudah bercerai apabila tampil memberi penjelasan mengenai status rumah tangganya bersama Fatin Morat Chazynash akui sudah bercerai Januari lalu nbsp Dalam satu...
Saya Sakiti Semua Gosip Cinta Tersebar Minhyuk Monsta X Mohon Maaf Pada Peminat

Telefilem Joie De Vivre

Hari Penyu Sedunia Lima Fakta Menarik Mengenai Penyu

Teen Murder Suspect Preoccupied With Thoughts Of Younger Sibling Says Nancy

Sst Expansion For Imported Food Aimed At High Income Earners Says Anwar

Sharnaaz Ahmad Terima Ucapan Penuh Makna Daripada Noor Nabila Sempena Hari Bapa

Kenaikan Gaji Penjawat Awam Fasa 2

New Reasons Prevent Pages From Being Indexed On Site Tgktvonline Blogspot Com


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Hari Raya Aidilfitri 2025

Bandingkan Harga Internet Home Fibre Malaysia Unifi Vs Maxis Vs Time

Popiah

Inilah Sensor Kamera Terkecil Di Dunia Bersaiz Sebutir Pasir

Mudahnya Bertukar Lelaki Macam Tukar Pampers Anak Dia Disindir Mudah Lekat Jodoh Netizen Tampil Backup Noor Nabila

Doa Dan Solat Hajat Diminta Untuk Presiden Pas