Cendol Power Seri Kembangan Padu


Ceritanya Sabtu lepas,Cik Sue jemput adik bongsu di Presint 16 dan terus memandu ke Seri Kembangan dengan hajat nak ke pasar borong beli barang dapur dan lauk pauk sikit,stok dalam peti ais pun dah habis.Tengahari panas-panas,adik pula kata lapar dan dahaga,terus teringat dapat cendol pun sedap gak buat sejuk tekak kan? Kebetulan plak tengok Ben Ashaari ada post cendol sedap kawasan sini,terus Cik Sue waze je,kemudian ikut je jalan yang di beri

Sekali dah sampai kat seberang jalan besar dekat Pangsapuri Indah di Taman Lestari Perdana,kalau dari simpang 3 Giant Seri Kembangan tu terusss je sampai pangsapuri tengok sebelah kanan,lokasinya bawah pokok sawit depan sikit dari Caltex.So Cik Sue terus je dan buat pusingan u depan sikit terus sampai di lokasi food truck cendol ni


Mula-mula smapai dah bau durian,haihhhh menggoda betul la.Cik Sue ni memang hantu durian tau,tapi dok kawalll je tak mau makan banyak,sejak-sejak kena GDM (kencing manis waktu pregnant) hari tu terus insaf sikit nak makanberia durian mentah huhuuu,kena kawal la tua dah niii huhuu.Apa lagi terus cari kerusi kosong,cari port yang tenang,tapi memang best la sini,bawah pokok nyaman dengan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa,kalau la ada pangkin ka,makan kenyang-kenyang mau boleh lena hehehe

Alhamdulillah pemilik dan pekerja ramah melayan pelanggan,tak tunggu lama terus ambil order dan tanya apa yang patut,bagus! Cik Sue terus order Cendol Durian la,tunggu apa lagi ehhehe tak lupa laksa juga,lapar wehhh.Adik bongsu pula order Cendol Jagung dengan Laksa,dia tak boleh makan durian lagi sebab nak makan ubat gusi bengkak,ishh rugiii rugiii hehehhee


Kata owner selalunya isi durian tu di cerai-ceraikan dalam cendol baru senang nak makan,tak comot,tapi ni Cik Sue mintak biar seulas gitu,cantik skit hahhaha...tapi serius durian,dengan kuah santan dan air gula melaka tu memang padu,kalau nak korang boleh tambah pulut juga dalam cendol tu,fuhhhh terangkat,makan sejuk-sejuk lak,adehhh dok tulis ni pun terliur lagi


Adik pulak order cendol jagung je,tapi sedap juga.Gabungan santan ngan air gula melaka tu memang ngam la,lemak-lemak manis,kekadang kalau orang jual nak jimat,santannya tak rasa sangat,cair je,tapi yang ni cukup rasa



Laksa pula,Cik Sue bukanlah penggemar laksa-laksa belah utara dan Penang ni,dan tak pakar juga nak komen menu ni,tapi yang ni kuahnya agak sedap,tak la cair sangat,dan tak terlalu pekat.Rasa pun ngam je dengan bahan lain,tengok adik makan sekali hadap je dia sorang hehehhe licin tuuu




Tengok la dak kecik ni pun,kemain menikmati cendol panas-panas tengahari tu.Siap nak makan sendiri,tak mau orang suap tu,separuh mangkuk cendol mak su dia ,dia kebas hehhehe



Jom layan video nya : 

Harga menu-menu kat sini pun berpatutan,sesuai dengan bahan yang di gunakan la ye

Senarai harga :

Laksa - RM4
Cendol biasa - RM2
Cendol Kacang/jagung/ pulut - RM2. 50
Cendol special (kcg+jagung+pulut) - RM3.50
Cendol Durian - RM6-RM7
Cendol Double Special (special+Durian) RM7.50-RM8.50
Cendol big cup - RM4
Cendol kcg/jagung/ pulut big cup -RM4.50
Cendol special(kcg+jagung+pulut) Big Cup - RM5.50
Cendol Durian Big Cup - RM9.00
Cendol Double special (special+durian) Big Cup - RM10.50

Apa-apa korang boleh follow page fb diaorang untuk info :

FB PAGE CENDOL POWER Tel : 012-2973964

Ownernya pun mesra je dengan pelanggan,nak apa-apa mintak je ,insya Allah dia layan.Cik Sue siap tapau Cendol Durian dan Laksa untuk Mr D kat rumah dannnnn dia hadap sorang-sorang je tau,licin hehehehe..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sueizza.com/2018/07/cendol-power-seri-kembangan-padu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dsv

Dato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh Semoga Dipermudahkan Segala Urusan Dsv

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 1308 hits
Dato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh Semoga Dipermudahkan Segala Urusan DSVDato Seri Vida Hadapi Musibah Di Ipoh Semoga Dipermudahkan Segala Urusan DSV
Tadika Bandar Seri Putra Greenie Kids

Tadika Bandar Seri Putra Greenie Kids

papar berkaitan - pada 29/12/2018 - jumlah : 515 hits
We commit in implementing Keperibadian Muslim in our As their parents we often wish that they would grow up as a successful muslim An early exposure of our module would be a strong foundation to their learning What we can offer you We are a...
5 Ayat Ini Jika Selalu Di Cakap Sambil Peluk Anak Kesannya Sangat Power

5 Ayat Ini Jika Selalu Di Cakap Sambil Peluk Anak Kesannya Sangat Power

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 310 hits
Mungkin kerana kesibukan kerja travel atau rutin harian yang padat kita menganggap anak anak akan memahami situasi kita Tapi hakikatnya cara berkomunikasi dengan anak perlulah berkesan dan seharusnya kasih sayang sentiasa diingatkan dan die...
Diy Air Sihat Power Dengan Modal Tak Sampai Rm10

Diy Air Sihat Power Dengan Modal Tak Sampai Rm10

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 299 hits
Bahan masakan seperti kunyit halia garam dan rempah ratus adalah antara baranan yang lazim ditemui di dapur rakyat Malaysia Umpama tidak lengkap bilik dapur tanpa bahan tersebut walaupun jarang memasak Selain untuk memasak ia juga boleh dig...
Reversal Of Fortunes Bersatu S Rise To Power

Reversal Of Fortunes Bersatu S Rise To Power

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 185 hits
Just two years ago Bersatu members who left their former party Umno were struggling to find their footing They faced a stark new reality as part of the opposition The then ruling party Umno had a penchant of pressuring Bersatu more than oth...
Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

Touching Warkah Jujur Dari Jurugambar Buat Insan Bergelar Datuk Seri Najib Razak

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 380 hits
Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Touching Warkah Jujur dari Jurugambar buat insan bergelar Datuk Seri Najib Razak Kenali mantan Perdana Menteri dari hati ke hati Najib Razak Jurugambar bukanlah kerjaya saya Ianya ...
Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

Sebaik Solat Bacalah 2 Doa Ini Untuk Naikkan Seri Wajah Amalkan Agar Sentiasa Disayangi Rileks Media

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 454 hits
Potongan 2 ayat dari surah dalam Al Quran ini baik untuk dijadikan amalan harian terutama setiap kali mak ayah lakukan lepas solat fardhu Kedua dua ayat pendek ini mengandungi manfaat yang besar Namun ada cara dan syarat untuk melakukannya ...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation