Celebrate Birthday Cik Fatin At The Ship Pertama Complex
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Assalamualaikum dan Selamat Petang... Hai Pembaca semua, Bonde nak kongsikan cerita sambutan Birthday Cik Fatin tahun lepas di The Ship Pertama Complex.
Sambutan Birthday Cik Fatin request nak makan steak! Jadi kebetulan pada hari yang sama kami satu family jalan-jalan dan shopping dekat Sogo jadi kedai steak terdekat adalah seberang jalan sahaja di Pertama Complex iaitu The Ship.
Celebrate Birthday Cik Fatin At The Ship Pertama Complex
Menu The Ship
Menu Istimewa yang terdapat di The Ship adalah hidangan Steak. selain steak ada juga :
NEPTUNE TAURUS DELIGHT
Gabungan udang harimau dan stik fillet tenderloin di atasnya dengan kuah dan dihidangkan di atas pinggan panas dengan kentang goreng, jagung rebus dan semangkuk salad
LACK MUSHROOM STEAK
Steak fillet panggang dihiasi dengan cendawan hitam dan sos kuah, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
TENDERLOIN SIZZLING STEAK
Steak fillet yang lembut di atas pinggan panas yang mendesis, dihiasi dengan kuah dan mentega bawang putih yang dihidangkan dengan kentang goreng dan semangkuk salad
BOMBAY STEAK
Steak fillet panggang dihiasi dengan cili segar yang dicincang dan sos kuah chutney mangga dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
STEAK LADA HITAM
Keistimewaan Steak fillet panggang dihiasi dengan sos lada hitam terpilih, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
BAWANG PUTIH STEAK PARISIENNE
Steak fillet panggang dihiasi dengan sos bawang putih, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
STEAK FILLET
Stik tanpa lemak dan berair yang dibakar mengikut citarasa anda, dihidangkan bersama kentang goreng dan sayur-sayuran
KEBAB SHISH
Kepingan tenderloin, capsicum dan bawang yang direbus dengan lidi, dihidangkan bersama nasi mentega, salad mini dan sos kuah cili halia
GRILL CAMPUR
Gabungan ayam, daging lembu, kambing, daging ayam belanda, sosej dan telur goreng, dihidangkan bersama kentang goreng dan sayur-sayuran
MINUTE STEAK
Potongan tenderloin panggang yang dileperkan, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
CARPETBAG STEAK
Steak fillet panggang disumbat dengan tiram salai dan di atasnya dengan sos tiram, dihidangkan dengan kentang goreng dan sayur-sayuran
FILLET MIGNON
Steak fillet panggang, dihiasi dengan daging ayam belanda dan asparagus dihidangkan dengan sos kuah cendawan hitam, kentang goreng dan sayur-sayuran
CHARBROILED RIB EYE STEAK
Steak yang lembut dan berair dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung bertongkol, kentang panggang dan semangkuk salad
CHARBROILED BBQ SPARERIB
Steak tulang rusuk diperap dengan lazat sehingga kunyah tulang dihidangkan bersama sayur-sayuran utama, jagung rebus, kentang panggang dan semangkuk salad
STEAK SIRLOIN CHARBROILED
Potongan terpilih dari bahagian pinggang, dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung rebus, kentang panggang dan semangkuk salad
STEAK T-BONE CHARBROILED
Steak Bone-in yang lazat dari bahagian tengah pinggang, dihidangkan dengan sayur-sayuran utama, jagung bertongkol, kentang panggang dan semangkuk salad
Ada banyak lagi menu lain anda boleh semak di menu
Bonde suka tengok Buku Menunya ada menerangkan tentang kedudukan pekerja dalam kapal, sedikit sebanyak boleh tahu mengenai tugas-tugas pekerja dalam kapal yang diilhamkan menjadi Restoran The Ship.
Pekerja disini semuanya mengenakan pakaian petugas kapal seperti dibawah.
Decoration dalam Restoran The Ship
Decoration dalam Restoran The Ship juga menunjukkan kedudukan dalam kapal dan juga menarik perhatian pelanggan yang datang, tapi pencahayaan agak kurang dalam Restoran ini, Kalau nak bergambar kena ada flash baru gambar anda jadi cantik dan menarik.
Yang penting selesa makan dekat sini.
Dah cerita pasal Restoran bila nak makan?
He he he Okaylah dibawah ini Bonde kongsikan Menu yang kami makan.
Disebabkan Bonde lapar nasi, Bonde memilih Nasi Goreng Udang. Sepinggan penuh nasinya... Jadi nasi ni berkongsi bertiga hehehe buat ghaso-ghaso.
Yang Bawah ni pula pilihan Kanda... Penuh sepinggan juga, Kanda lebih suka daging tu dimasak penuh atau dipanggil "Well Done".
Di bawah ini pula pilihan Cik Fatin... Cik Fatin lebih suka memilih daging dimasak separuh atau "haft Cook"
Keseluruhannya kami happy makan disini, menu dekat sini sedap dan boleh repeat nextime!
Jika anda.. berminat nak makan dekat sini bersama keluarga. Anda bolehlah hubungi number contact dibawah untuk booking table.
Address Show Map
Lot 1222, Section 46,Jalan Dang Wangi,Plaza Gerai Pertama, (Pertama Kompleks),50100 Kuala Lumpur
Business Hour
Monday to Sunday (11.30 am to 11.00 pm)
Contact Info
03 - 26983791,
[email protected]Laman web : http://www.theship.com.my/
~ Bonde Senyum Riang ~
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.bondezaidalifah.com/2023/02/celebrate-birthday-cik-fatin-at-ship.html