Cekodok Pisang Nipah
Alhamdulillah rezeki, sekali masak pisang nipah satu tandan tapi tak termakan kerana di rumah ini, anak anak tak suka sangat makan kuih muih tradisional. Tandan tu pun kecil sahaja bukan tandan penuh pun.
Bermacam macam yang saya buat untuk menghabiskan stock pisang ni seperti pisang goreng, apam, sira dan pengat pisang. Pun tak habis juga. Mereka kalau makan pun seketul dua sahaja.
Pisang nipah kalau masak, kulitnya akan berwarna hitam macam lebam. Tapi isi elok jer. Jadi saya kupas dan lenyek untuk dimasak cekodok. Sedap juga pisang nipah dibuat cekodok. Bila dah masak ranum dan dilenyek, macam ada lapisan madu.
Kuih cekodok ini adalah antara kuih muih tradisional kegemaran saya. Susah nak cari cekodok yang sedap dan sesuai selera saya. Ada kuih cekodok yang isinya macam kek bila mana diletakkan serbuk penaik.
Saya tak berapa suka cekodok tekstur seperti ini. Saya suka cekodok tradisional jer yang hanya dicampurkan dengan tepung gandum. Sukatan gula bergantung kepada jenis pisang, ada pisang yang manis, jadi gula boleh dikurangkan. Ada juga cekodok yang diletakkan sedikit kelapa muda yang diparut. Sekadar menambah rasa lemak.
Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua...
Cekodok Pisang NipahOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:3 cawan pisang lenyek - 650 gram½ cawan gula pasir1 ½ cawan tepung gandum½ sudu kecil garam
Cara cara:Satukan semua bahan dan gaul sebati. Basahkan jari jari dan jemput adunan ke dalam minyak yang panas. Nota: Minyak mesti banyak dan panas.
Dibalik balikkan supaya cekodok masak sekata. Goreng sehingga berwarna keemasan dan sedikit keperangan.
Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2022/08/cekodok-pisang-nipah.html