Cekodok Pisang Banyak Pisang Tepung Sikit
Assalamualaikum...
DULU.. Sk palinglah tak suka jika diminta Pak Inche membuat jemput-jemput pisang ni. Dipanggil cekodok, kan.. bagi Sk inilah benda yang akan menyusahkan Sk sebab sifatnya yang suka melekat di kuali, hahaha. Bila dah melekat tu, punyalah susah nak ditolak dengan sudip, kan.. lepas tu terkopak, cekodoknya pecah tak cantik sudah. Lepas tu makin melekat dan akhirnya hitam-hitam, hahahaha. Eiiii.. tak suka... tak suka.
Rupanya diri sendiri yang tak pandai. Bukan salah cekodok tapi salah sendiri yang letak gula banyak-banyak bila buat cekodok. Dah pisang tu manis, campur gula banyak, berkaramellah, mana tak melekat-lekat. Bila banyak karemel,cepatlah hitam dan hangus. Eh, nak ambil gambar pun segan, hahaha. Dah kahwin pun tak pandai goreng jemput-jemput
Sekarang, Alhamdulillah.. suka jer buat cekodok. Tapi tetap malas nak lenyek pisang, kahhhh. Cekodok ni SK buat guna pisang tanduk yang ibu bagi tiga minggu lepas kot. Tiga biji berjaya dimasak Pengat Pisang, yang lain plannya nak goreng jer tapi hari demi hari ada sahaja benda yang nak dibuat dekat rumah (padahal banyak tengok Korea jer). Sudahnya pisang tu sebahagiannya dah terlalu masak, apalagi.. lenyek laaa
Sengaja tak lenyek bagi hancur terus sebab Sk suka tekstur pisang yang seketul-ketul tu. Tepung pun tak banyak letak sebab nak cekodok yang betul-betul rasa pisang. Campak gula pun dua setengah sudu jer ni, garam setengah sudu kecik. Suka cekodok yang ada rasa masin-masin sikit, hahah. Walaupun lembik tapi tak melekat di kuali. Walaupun tak bulat dan tak cantik tapi tetap laris. Pak Inche memang sukalah tu sambil layan gegar vaganza. Sambil hirup teh panas, oh.. nikmat yang manakah hendak kau dustakan katanya..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/10/cekodok-pisang-banyak-pisang-tepung.html