Cekodok Kelapa Bulat Comel
Selain cekodok pisang, di dalam alam Melayu ni terdapat beberapa lagi jenis cekodok yang popular dan terkenal yang kita telah sedia maklum sememangnya sedap dimakan sewaktu ia masih panas contohnya cekodok kelapa. Makanan yang ringkas ini selalunya digandingkan bersama-sama kopi 'o' atau pun teh 'o' yang menjadi kegemaran ramai untuk dinikmati. Pada pendapat aku, sajian seperti ini paling terbaik jika dihidangkan pada malam hari sambil layan berborak tentang pelbagai isu di sekeliling kita kan..
Dalam family kecil aku menu minum petang macam ni paling kerap aku sediakan pada waktu malam iaitu selepas makan malam. Biasanya pada waktu malam aku hanya memasak nasi dan lauk dalam portion yang sedikit cukup sekadar sekali tambah sahaja sebab lepas tu nak makan cekodok pula. Ditambah dengan air teh o yang masih panas, inshaa Allah kenyang tu lama sikit.. Bolehlah dikatakan ini adalah tips untuk berjimat juga jika mahu hihi.. Sebenarnya kan, definisi berjimat ni berbeza bagi setiap orang. Bagi family yang biasa makan banyak pada waktu malam, maka cara aku ini akan dianggap sebagai berjimat atau kedekut. Begitulah sebaliknya bagi family yang hanya makan sedikit atau skip makan pada waktu malam akan menganggap ini bukan cara berjimat yang betul sebaliknya ini cara nak buat orang jadi gemuk hehe..
Resepi Cekodok Kelapa Kegemaran Orang Malaysia
1/2 biji Kelapa (diparut)
Tepung Gandum
Gula dan Garam secukup rasa
Air kosong secukupnya
Cara-cara Membuat Cekodok Kelapa Yang Bulat-bulat Comel
1. Campurkan kesemua bahan ke dalam bekas.
2. Gaulkan sampai sebati bermaksud tiada ketulan kecil tepung yang tidak larut di dalam adunan.
3. Simpan di dalam peti ais paling kurang 2 jam (bahagian chiller sahaja). Tutup bekas dengan plastik untuk mengelak adunan menyerap bau dalam peti ais. Adunan kena sejuk untuk senang nak bentukkan menjadi bulat-bulat nanti.
4. Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena banyak supaya cekodok terendam sepenuhnya semasa mula-mula dimasukkan kedalam kuali. Pastikan cekodok nanti boleh menari-nari sampai tergolek-golek dekat dalam kuali tu okayyy.
5. Akhir sekalijemputlah adunan tadi semasa adunan masih sejuk supaya senang nak membentuknya menjadi bulat-bulat dan nampak comel sampai rasa sayang untuk dimakan hihi. Siap untuk dimakan.
Semoga tips cara-cara membuat cekodok kelapa yang cantik dan bulat-bulat comel ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita semua dan menjadi asbab pahala yang mengalir bila aku dah tiada nanti. In shaa Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://thisspin.blogspot.com/2022/10/cekodok-kelapa-bulat-comel.html