Cegah Kluster Tempat Kerja



PENINGKATAN kes positif COVID-19 melibatkan tempat kerja semakin membimbangkan dengan hampir setiap hari terdapat kluster baru berkaitan tempat kerja dilaporkan, dengan sebahagian besarnya melibatkan kluster tapak bina.
Pada 24 November yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 119 kluster berkaitan tempat kerja dengan 83 daripanya masih aktif, membabitkan 12079 kes positif daripada 77201 orang individu yang telah disaring setakat tempoh tersebut.
Malahan KKM turut menjangkakan peningkatan kes melibatkan tempat kerja akan terus berlaku dalam masa terdekat ini berikutan perlaksanaan mandatori ujian COVID-19 terhadap pekerja asing secara berperingkat dan bersasar di Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah serta Labuan, yang bermula sejak 1 Disember lepas.
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam kenyataan media bertarikh 21 Disember memberi AMARAN keras termasuk membatalkan pendaftaran kepada syarikat pembinaan yang terlibat dengan kes-kes positif serta tidak melaksanakan SOP yang ditetapkan.
KKM turut mengingatkan majikan untuk memainkan peranan lebih besar bagi bersama-sama menangani penularan COVID-19 di Malaysia terutamanya dalam kalangan pekerja.
Selain itu, semua pihak di tempat kerja terutama pekerja itu sendiri harus peka dan sedar akan tanggungjawab utama mereka berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, iaitu memberi perhatian yang munasabah terhadap keselamatan diri sendiri dan orang lain yang boleh terjejas dari kerja atau tindakan yang mereka lakukan.
Sekalipun majikan bertanggungjawab menyediakan tempat kerja yang selamat dan sihat, namun tanggungjawab untuk menjaga keselamatan diri sendiri dan orang lain perlu dilakukan oleh pekerja dengan sentiasa memberi kerjasama dan mematuhi segala arahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diberikan oleh majikan.
Hal ini adalah selaras dengan Seksyen 24, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berkaitan dengan tanggungjawab pekerja.
Anwar perlu akur pencalonan Dr M, buka ruang peralihan kuasa

Dalam masa yang sama, personel keselamatan dan kesihatan seperti doktor kesihatan pekerjaan (OHD), jururawat kesihatan pekerjaan (OHN), pegawai keselamatan & kesihatan (SHO) penyelia keselamatan tapak bina (SSS) dan penyelia keselamatan dan kesihatan (OSH Coordinator) patut memberikan nasihat dan cadangan kepada majikan mengenai langkah-langkah yang sewajarnya dilaksanakan bagi mengelakkan dan menangani penularan COVID-19 di tempat kerja mereka.
Antara amalan-amalan yang telah ditetapkan dan perlu dilaksanakan oleh setiap tempat kerja adalah seperti berikut:
– melakukan pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja
– menyediakan kemudahan mencuci tangan atau hand sanitizer
– menyediakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai seperti pelitup muka kepada semua pekerja
– melakukan proses pembersihan dan pembasmian kuman dengan kerap terutamanya pada ruang guna sama
– mengamalkan penjarakan fizikal yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry)
– memastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space)
– mengelakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation)
– mengelakkan dari bertutur secara dekat (close conversation) antara satu sama lain
– menggalakkan pekerja untuk bekerja dari rumah (work from home)
– menjalankan ujian pengesanan COVID-19 dalam kalangan pekerja asing (bagi kawasan yang telah ditetapkan)
Semua pihak yang terlibat terutamanya majikan, personel keselamatan dan kesihatan, serta pekerja boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan prosedur dan garis panduan pencegahan COVID-19 di tempat kerja yang telah disediakan oleh pihak berkuasa seperti berikut:
1- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
2- Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
The post Cegah kluster tempat kerja appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/12/25/cegah-kluster-tempat-kerja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Naim Daniel Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Hiburan Naim Daniel Terlibat Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 482 hits
Gempar di media sosial ketika ini apabila penyanyi muda Naim Daniel kini difahamkan terlibat dalam kemalangan jalan raya Menurut perkongsiannya di laman Instagram penyanyi lagu Sumpah ini memaklumkan beliau sedang berada dalam perjalanan un...
Terlibat Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Fizi Ali Akui Nampak Kelibat Sebelum Langgar

Terlibat Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja Fizi Ali Akui Nampak Kelibat Sebelum Langgar

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 239 hits
Penyampai radio Suria FM Fizi Ali dilaporkan telah terlibat dalam sebuah kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pada hari Selasa yang lalu Menurut Fizi dia yang sedang dalam perjalanan ke konti stesen radio tersebut kira kira ja...
Jangkitan Covid 19 Di Tempat Kerja Laksanakan Protokol Tindak Balas Kecemasan

Jangkitan Covid 19 Di Tempat Kerja Laksanakan Protokol Tindak Balas Kecemasan

papar berkaitan - pada 22/12/2020 - jumlah : 190 hits
Jangkitan pandemik Covid 19 di tempat kerja khususnya tapak binaan semakin berleluasa dan membimbangkan Sususan itu Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh mahu kerajaan mencari cara berkesan menanganinya termasuk tegas menguatkuasakan P...
Lee Jung Jae Bakal Ganti Tempat Bae Sung Woo Dalam Delayed Justice

Lee Jung Jae Bakal Ganti Tempat Bae Sung Woo Dalam Delayed Justice

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 286 hits
Pelakon Lee Jung Jae mungkin menggambil tempat yang ditinggalkan Bae Sung Woo dalam drama Delayed Justice Agensi Lee Jung Jae Artist Company mengesahkan laporan media tempatan dengan mengatakan kami masih lagi dalam rundingan Belum ada yang...
Tempat Menarik Dan Hotel Bajet Di Cameron Highlands

Tempat Menarik Dan Hotel Bajet Di Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 659 hits
Seronoknya dapat pergi Cameron highland kan Cuaca di tanah tinggi memang nyaman dan menenteramkan jiwa Kalau dapat beli tanah di
Tempat Menarik Untuk Dilawati Dan Hotel Di Bandaraya Melaka

Tempat Menarik Untuk Dilawati Dan Hotel Di Bandaraya Melaka

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 265 hits
Assalamualaikum dan salam sayang Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni mesti ramai yang tercari cari tempat menarik untuk dilawati bersama
Tempat Usaha Di Jakarta Yang Buat Acara Tahun Baru Akan Disegel

Tempat Usaha Di Jakarta Yang Buat Acara Tahun Baru Akan Disegel

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 288 hits
Sebelumnya Dinas Pariwisata dan Ekonomi Kreatif DKI Jakarta mengimbau agar tempat usaha pariwisata mulai dari hotel kafe hingga restoran tidak mengadakan kegiatan yang berhubungan dengan perayaan pergantian tahun
Info Harga Tempat Menarik Cameron Highlands

Info Harga Tempat Menarik Cameron Highlands

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 233 hits
Siapa nak bercuti di Cameron Highlands wajib tahu info ini kerana inilah harga dan detail tempat yang menarik di Cameron Highlands Ladang teh1 Bharat Valley Tea House2 Bharat Valley Tea House 2 3 Ladang Teh Boh Sungai Palas4 Boh Tea Garden ...
Akaun Instagram Biadab Tunku Azizah Anggap Edit Wajah Agong Perbuatan Orang Tak Ada Kerja Sila

Akaun Instagram Biadab Tunku Azizah Anggap Edit Wajah Agong Perbuatan Orang Tak Ada Kerja Sila

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 520 hits
Akaun Instagram biadab Tunku Azizah anggap edit wajah Agong perbuatan orang tak ada kerja sila ambil tindakan Cari dosa je BIADAB Itulah kata kata yang tepat untuk menggambarkan kewujudan sebuah laman Instagram yang membuat provokasi deng
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage