Cc Kucing Klon Pertama Di Dunia


Oleh NAJIBAH HASSAN

ENAM tahun lalu, kelahiran Dolly kambing biri-biri betina yang berjaya diklonkan mendapat perhatian dunia kerana ia dianggap sebagai kejayaan pertama bidang teknologi sains pengklonan.
Kelahirannya yang hanya diumumkan setahun selepas dilahirkan telah mencetuskan kontroversi dan kebimbangan penduduk dunia yang membantah cubaan ke arah pengklonan manusia.
Selain Dolly, banyak lagi haiwan mamalia lain yang turut terlibat dalam percubaan pengklonan termasuk kambing, tikus, babi dan lembu.
Semuanya tidak membuahkan hasil kerana kebanyakan haiwan yang dihasilkan daripada teknologi ini mempunyai banyak implikasi besar seperti menghidap penyakit-penyakit tertentu dan kecacatan.
Bagaimanapun, kekurangan itu dianggap sebagai cabaran kepada para saintis untuk terus menghasilkan spesies haiwan menggunakan teknologi ini.
Rentetan daripada kelahiran Dolly, dunia teknologi pengklonan sekali lagi mencatatkan kejayaan apabila para saintis yang diketuai oleh Dr. Mark Westhusin dan pasukannya dari Universiti A & M Texas, Amerika Syarikat buat julung kalinya berjaya mengklonkan haiwan peliharaan manusia iaitu kucing.
Kolej Perubatan Veterinar di A & M Texas merupakan salah satu kolej veterinar terbesar di dunia yang terkemuka dalam aspek penjagaan haiwan dan penyelidikan.
Anak kucing betina yang berusia genap dua bulan dua hari yang dikenali sebagai Carbon Copy atau ringkasnya Cc adalah spesies mamalia keenam yang terhasil daripada teknik pemindahan nuklear yang digunakan untuk menghasilkan Dolly.
Jika dibandingkan dengan spesies haiwan-haiwan yang diklon sebelum ini, kadar kejayaan pengklonan kucing begitu rendah.Cc, anak kucing spesies berbulu pendek, merupakan yang julung kalinya berjaya dihasilkan daripada 87 embrio kucing yang diklon dan diimplan ke rahim ibu tumpang.
Walaupun secara genetiknya Cc umpama kembar seiras dengan gen kucing yang diklonkan yang dikenali sebagai Rainbow, namun ia tidak memiliki banyak persamaan.
Paling ketara ialah corak pada bulunya.
Ini kerana, sebahagian daripada corak bulu kucing klon itu ditentukan oleh gen, manakala sebahagian lagi bergantung kepada persekitaran semasa ia membesar dalam rahim.
Apa pun, Cc yang comel kelihatan begitu bertenaga dan sihat ketika dilahirkan dengan memiliki warna bulu yang unik dan menarik.
Cc dilahirkan pada 22 Disember tahun lalu oleh ibu tumpang yang dikenali sebagai Allie, iaitu 66 hari selepas embrionya dipindahkan.
Anak kucing betina ini dihasilkan daripada DNA seekor kucing betina dewasa yang mempunyai corak bulu seperti cengkerang kura-kura yang kemudiannya disuntik ke dalam sel-sel telur yang telah dikorek di mana bahan nukleusnya telah dikeluarkan.
Telur tersebut menunjukkan tanda-tanda positif selepas mendapat rangsangan elektrik dan diimplan ke dalam ibu tumpangnya yang berbulu belang.
Eksperimen tersebut yang dilaporkan dalam jurnal Nature dibiayai oleh seorang pakar kewangan, John Sperlin, 81, yang akan mengenakan bayaran ke atas mana-mana pemilik haiwan pemeliharaan yang ingin mengklonkan haiwan peliharaan mereka.
Mungkin ramai beranggapan pengklonan kucing ini sebagai satu cara bagi pemilik kucing menggantikan kucing kesayangan mereka.
Namun, kelahiran Cc sebagai eksperimen juga mendapat perhatian kumpulan-kumpulan kebajikan haiwan.
Pertubuhan Perlindungan Kucing United Kingdom menyatakan pengklonan bukanlah jawapan untuk menggantikan haiwan peliharaan yang hilang atau mati.
Malah, ketua eksekutifnya Derek Conway mengatakan pengklonan kucing mengganggu proses semula jadi dan menimbulkan persoalan serius sama ada haiwan peliharaan dapat digantikan dan hanya dijadikan sebagai satu perniagaan.
Pengklonan merupakan salah satu kaedah bantuan reproduksi yang tidak ada banyak bezanya dengan permanian beradas tiruan (artificial in semination) dan tabung uji (in vitro fertilization) di mana kedua-dua kaedah ini juga mengundang kontroversi pada peringkat awal ia diperkenalkan.
Khabarnya Dolly, spesies mamalia klon pertama di dunia yang dilahirkan di Edinburgh, Scotland, berkemungkinan terpaksa berdepan dengan pelbagai ancaman kesihatan.
Haiwan itu yang tercipta daripada sel-sel bebiri dewasa dikatakan menghidap artritis pada pinggul dan kaki kiri belakang di usia yang begitu muda.
Artritis merupakan sejenis radang sendi yang biasanya berlaku di kalangan mereka yang telah berusia.
Namun, para saintis yang terlibat dengan pengklonan menafikan dakwaan tersebut dengan mengatakan bahawa Dolly mungkin mengalami kecederaan pada kakinya akibat melompat pagar yang menyebabkan berlakunya radang.
Penciptaan Dolly selain menguji keberkesanan teknologi pengklonan, ia juga bertujuan untuk mendapatkan salinan haiwan yang serupa dengan haiwan yang sedia ada.
Selain itu ia mencipta genetik haiwan yang dimodifikasi di mana organ dalamannya dapat digunakan untuk dipindahkan kepada manusia yang menghidap penyakit-penyakit tertentu.
Menurut saintis yang terlibat dalam penghasilan Dolly, penyakit yang dihidapi Dolly merupakan sebahagian daripada implikasi proses pengklonan tersebut.
Secara umumnya, dalam keadaan normal seekor kambing biri-biri boleh hidup antara 10 hingga 16 tahun.
Namun, para penyelidik berpendapat Dolly berkemungkinan berdepan dengan masalah penuaan pramatang.
Dolly dicipta menggunakan DNA sel-sel dewasa yang diambil daripada buah dada seekor biri-biri betina yang berusia enam tahun.
Sehingga hari ini Dolly telah melahirkan enam ekor anak biri-biri dan tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan yang serius.
namun, para saintis memberi amaran tentang keghairahan pengklon untuk mengklon pelbagai haiwan termasuk manusia.
Menurut mereka, pengklonan mempunyai banyak kesan sampingan dan bahaya pada kesihatan individu yang diklonkan.
Selain obesiti, sistem pertahanan tubuh dan masalah kecacatan genetik yang membabitkan sebahagian besar haiwan yang diklon, jangka hayat mereka juga pendek.
Atas alasan tersebut, pengklonan ke atas manusia mendapat bantahan demi bantahan.
Para penyelidik Institut Ke-bangsaan Penyakit-penyakit Berjangkit di Jepun mendapati 10 daripada 12 ekor tikus yang diklonkan mati pada usia muda.
Anak-anak tikus ini mati ekoran mengalami pneumonia, kegagalan hati dan ketumbuhan.
Kejayaan dua orang saintis, Prof. Panayiotis Zavos dari Amerika Syarikat dan Prof. Severino Antinori dari Itali yang berjaya membantu seorang wanita berusia 62 tahun melahirkan anak mendorong kedua-duanya untuk menghasilkan klon manusia bagi membantu pasangan kurang subur mendapatkan anak.
Rancangan mereka telah mencetuskan provokasi kerana ia bertentangan dengan nilai-nilai moral kemanusiaan.
Justeru, persoalan yang timbul berikutan kejayaan pengklonan haiwan-haiwan ini ialah bolehkah pengklonan ke atas manusia di lakukan?
Meskipun, teknologi pengklonan berjaya menghasilkan Dolly dan Cc yang menjadi model kejayaan pengklonan, para saintis mempercayai bahawa teknologi yang ingin digunakan pada manusia masih belum berkembang sepenuhnya dan mekanismenya masih kabur.
Eksperimen yang dijalankan terhadap lima spesies mamalia sebelum ini mengukuhkan bukti bahawa pengklonan ke atas manusia belum tentu menjanjikan kejayaan.
Malah, hampir sebahagian besar kehamilan yang melibatkan teknologi ini menyebabkan kematian janin yang diklon dan kedua-dua nyawa ibu dan janin tersebut berdepan dengan pelbagai risiko.
Dalam kebanyakan kes, janin yang diklon membesar secara abnormal.
Keadaan ini boleh mengancam nyawa janin kerana rahim boleh terkoyak atau dipenuhi dengan cecair.
Kehamilan melalui teknologi ini juga boleh menyebabkan berlakunya keguguran secara spontan.
Pengklonan Dolly misalnya hanya berjaya dihasilkan selepas 247 kehamilan.
Eksperimen yang dijalankan terhadap mamalia yang lahir daripada teknologi ini menunjukkan haiwan klon menghadapi pelbagai ancaman kesihatan.
Ini termasuklah masalah kegagalan hati berfungsi, masalah jantung, pembuluh darah yang abnormal, paru-paru yang belum cukup matang, diabetes, masalah sistem pertahanan tubuh dan kecacatan genetik.
Meskipun teknologi ini masih dalam bidang kajian yang banyak pro dan kontranya, sebahagian besar para saintis dalam bidang ini menyifatkan pengklonan manusia adalah sesuatu yang berbahaya dan tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Percubaan mengklonkan manusia sebenarnya tidak begitu menguntungkan.
Sebaliknya, ia menyebabkan keguguran yang lewat, kematian bayi dan kesengsaraan yang terpaksa ditanggung iaitu jika bayi tersebut hidup ia akan hidup sebagai individu kurang upaya sepanjang hayatnya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0224&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz46qwuE0VC
Utusan Melayu (M) Bhd24 Feb 2002.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2002/02/cc-kucing-klon-pertama-di-dunia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Telefon Pintar Pertama Di Dunia Yang Mempunyai 60 Kali Kuasa Zoom Hybrid Kegilaan Neelofa

Telefon Pintar Pertama Di Dunia Yang Mempunyai 60 Kali Kuasa Zoom Hybrid Kegilaan Neelofa

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 347 hits
Bercakap mengenai telefon pintar pasti rata ratanya inginkan satu telefon pintar yang canggih dan lebih elegen bukan Kali ini telefon pintar OPPO Reno The post appeared first on
Potret Liburan Keluarga Uya Kuya Ke Amerika Kunjungi Air Terjun Terbesar Di Dunia

Potret Liburan Keluarga Uya Kuya Ke Amerika Kunjungi Air Terjun Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 419 hits
Momen libur Lebaran dimanfaatkan Uya Kuya untuk menghabiskan waktu bersama keluarga Dalam momen liburan kali ini Uya bersama keluarganya berlibur ke Amerika Serikat
Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

Amazon Telah Mengatasi Apple Dan Google Untuk Menjadi Jenama Global Paling Bernilai Di Dunia Bagi Tahun 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 398 hits
Reading Time 2 minutesAdidas di tangga ke 100 BrandZ telah mengeluarkan laporan kedudukan 100 syarikat yang paling bernilai di dunia bagi tahun 2019 Dalam laporan tersebut mereka telah menobatkan Amazon sebagai Jenama Global Paling Bernilai...
Kesusahan Hidup Jadi Motivasi Suresh Bergelar Juara Dunia

Kesusahan Hidup Jadi Motivasi Suresh Bergelar Juara Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Mengalami kecacatan kekal pada usia muda dan hidup penuh dengan ranjau berduri tidak mematahkan semangat kental yang ada dalam diri atlet para memanah negara S Suresh untuk menempah kejayaan sehingga bergelar juara dunia Di seb...
Durian Kanyao Buah Paling Mahal Di Dunia Berharga Rm199 289

Durian Kanyao Buah Paling Mahal Di Dunia Berharga Rm199 289

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 825 hits
Durian Kanyao dikatakan durian paling mahal di dunia mencatatkan rekod baharu dengan harga jualan 800 000 baht dalam festival buah yang menarik perhatian puluhan pencinta buah yang kaya raya dan durian durian yang didatangkan dari ladang be...
Hendak Mencari Kayu Zulkifli Temukan Granat Sisa Perang Dunia Ii

Hendak Mencari Kayu Zulkifli Temukan Granat Sisa Perang Dunia Ii

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 224 hits
Pemusnahan tiga granat nanas tersebut dilakukan dengan cara disposal Disposal merupakan prosedural yang harus dilakukan terhadap pemusnahan bom
Huawei Terpaksa Menangguhkan Cita Cita Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

Huawei Terpaksa Menangguhkan Cita Cita Menjadi Pengeluar Telefon Pintar Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 646 hits
Reading Time 1 minuteCita cita tersebut nampaknya akan mengambil masa yang lebih lama Huawei yang bercita cita untuk menjadi sebagai syarikat pengeluar telefon pintar terbesar di dunia pada tahun ini nampaknya terpaksa menangguhkan dahulu h...
Polis Akan Kesan Gali Semula 12 Kubur Orang Asli Yang Didakwa Meninggal Dunia

Polis Akan Kesan Gali Semula 12 Kubur Orang Asli Yang Didakwa Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 588 hits
Astro Awani Menurut Acryl Sani sehingga kini pihak polis hanya dapat mengesahkan dua kematian masyarkat Orang Asli Batek berdasarkan laporan polis dan bedah siasat Foto Astro AWANI GUA MUSANG Polis akan menggerakkan Pasukan Gerakkan Am Unit...
Pasangan Tertua Di Dunia Ini Awet Menikah Sampai 82 Tahun Kisahnya Pun Mengharukan

Pasangan Tertua Di Dunia Ini Awet Menikah Sampai 82 Tahun Kisahnya Pun Mengharukan

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 269 hits
Bukan sekadar awet karena sama sama panjang umur tapi mereka juga tahan berbagai cobaan
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation