Polis Akan Kesan Gali Semula 12 Kubur Orang Asli Yang Didakwa Meninggal Dunia


Muhafandi Muhamad, Astro Awani Menurut Acryl Sani, sehingga kini pihak polis hanya dapat mengesahkan dua kematian masyarkat Orang Asli Batek berdasarkan laporan polis dan bedah siasat. - Foto Astro AWANI  

GUA MUSANG: Polis akan menggerakkan Pasukan Gerakkan Am (PGA), Unit Forensik dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dalam usaha mengesan kubur dan bukti 12 kematian Orang Asli suku Batek seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihak polis akan meminta bantuan ketua masyarakat Orang Asli Batek bagi membantu mengesan kubur atau bukti berkenaan.

Katanya, satu platun anggota PGA sudah bersiap sedia untuk digerakkan ke di Kampung Kuala Koh, di Gua Musang bagi tujuan berkenaan.

“Ada dua perkara untuk mengesahkan 12 kematian tersebut, pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) aturkan satu team PGA bersama penghulu Orang Asli (Batek) untuk tinjau serta mencari mana 12 mayat yang dikatakan dalam hutan itu.

“Kita perlu mengorek dan membuat post mortem. Dakwaan kata wabak tersebut dipercayai berpunca (dari) air tercemar, dan jika berlaku, kita akan siasat ikut (siasatan) jenayah,” katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Acryl Sani, sehingga kini pihak polis hanya dapat mengesahkan dua kematian masyarkat Orang Asli Batek berdasarkan laporan polis dan bedah siasat.

Dua kematian berkenaan dilaporkan pada 29 Mei dan 7 Jun lalu melibatkan seorang lelaki dan wanita.

Jelas beliau, berdasarkan dakwaan, ketua masyarakat Orang Asli itu yang mempunyai senarai nama yang meninggal dunia boleh dijadikan panduan untuk membantu mengesan mayat yang dikebumikan mengikut adat mereka.

BACA: Orang Asli suku kaum Batek dikebumikan secara adat

Pihak polis akan melakukan pencarian dan memperolehi bukti termasuk membawa pulang mayat untuk dibedah siasat bagi mendapatkan punca kematian sama ada kematian yang lain ada kaitan dengan dua kematian yang sudah disahkan itu.

Katanya pihak polis juga tidak menerima laporan rasmi mengenai 12 kematian yang lain seperti yang dilaporkan oleh ketua masyarakat Orang Asli berkenaan.

Dalam pada itu, pihaknya akan memulakan siasatan berkaitan jenayah sekiranya wujud kes pencemaran air hingga menyebabkan kematian penduduk Orang Asli Batek berkenaan.

Setakat ini tiada laporan rasmi berhubung pencemaran air sungai atau sumber air dibuat oleh masyarakat tersebut.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/polis-akan-kesan-gali-semula-12-kubur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hindarkannya Dari Siksa Kubur Ya Allah Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

Hindarkannya Dari Siksa Kubur Ya Allah Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 591 hits
Hindarkannya Dari Siksa Kubur Ya Allah Adik Afdlin Shauki Meninggal Dunia Selepas Kemalangan Pemergian adik kepada pengarah dan pelakon Datuk Afdlin Shauki yang baru sahaja pulang ke rahmatullah jam 5 14 petang tadi di Hospital Thomson Kota...
Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

Rebah Semasa Zikir Selepas Solat Maghrib Polis Meninggal Dunia Dalam Masjid

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 449 hits
Seorang anggota polis berpangkat Sub Inspektor meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Al Wajdi Bukit Selambau di Sungai Petani Kedah semalam selepas rebah ketika bacaan zikir pada 7 45 malam Fadzil Ahmad 60 tahun yang disen...
Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

Polis Nafi Dua Penduduk Orang Asli Meninggal Kerana Sakit Misteri

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 332 hits
GUA MUSANG Polis menafikan dua penduduk Orang Asli yang meninggal dunia di Kampung Kuala Koh di sini pada 29 Mei lepas dan semalam berpunca sakit misteri Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Taufik Maidin berkata kedua dua mangsa seo...
Ayah Dewi Perssik Meninggal Dunia Karena Komplikasi Pihak Keluarga Mohon Doa Terbaik

Ayah Dewi Perssik Meninggal Dunia Karena Komplikasi Pihak Keluarga Mohon Doa Terbaik

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 424 hits
Warganet pun beramai ramai memberikan doa terbaik untuk ayah Dewi Perssik ini Selamat jalan Papine
Murid Tertinggal Dalam Bas Sekolah Selama 5 Jam Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

Murid Tertinggal Dalam Bas Sekolah Selama 5 Jam Meninggal Dunia Akibat Strok Haba

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 452 hits
Seorang kanak kanak lelaki berusia empat tahun di selatan China meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam bas sekolah selama lima jam dalam cuaca yang panas nbsp Difahamkan mangsa tertidur dan tidak keluar dari bas bersama dengan rakan sek...
Dua Warga Batanghari Jambi Tersambar Petir Satu Meninggal Dunia

Dua Warga Batanghari Jambi Tersambar Petir Satu Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 339 hits
Dua orang warga yang tersambar petir tersebut terjadi di lokasi yang berbeda
12 Orang Meninggal Dunia Di Banten Selama Arus Mudik 2019

12 Orang Meninggal Dunia Di Banten Selama Arus Mudik 2019

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 333 hits
Direktorat Lalu Lintas Polda Banten mencatat sebanyak 12 orang meninggal dunia selama Mudik 2019
Awal Ashaari Pengacara Pelakon Meninggal Dunia

Awal Ashaari Pengacara Pelakon Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1877 hits
Awal Ashaari Pelakon Pengacara Meninggal Dunia Saya terkedu Itulah jawapan yang diberikan pengacara dan pelakon terkenal Ahmad Awaluddin Ashaari atau lebih dikenali sebagai Awal Ashaari apabila ditanya perasaannya ketika menerima berita kem...
Pendarahan Dalam Otak Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mesir

Pendarahan Dalam Otak Pelajar Malaysia Meninggal Dunia Di Mesir

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 897 hits
Seorang pelajar Malaysia yang merupakan penuntut di Universiti Al Azhar Mesir iaitu Mohammad Fahmi Faizzudin Asyraf Mohd Shukri meninggal dunia petang semalam ketika menerima rawatan di sebuah hospital Penuntut berusia 24 tahun itu mula tul...
Madani Kiosk With 100 Govt Services To Set Up In One Utama

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Is The Law And Order System Waning

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Shipowners File Police Report After Vehicles Stolen From Storage Facility

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tiga Adab Dalam Menulis Menyampaikan Berita

Ziell Ferdian Namun Semu Chord

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Jemputlah Aku Disaat Aku Sedang Beribadah Kepada Mu

Eur Usd 13 Mac Pergerakan Menaik Letih Bermain Mengikut Rentak Trump

Puteri Balqis Biodata Fakta Menarik