Cc Cream Yang Ada Spf Untuk Kulit Kombinasi Dari Hansaegee Nature
CC Cream Yang Ada SPF Untuk Kulit Kombinasi dari Hansaegee Nature| Guysss....ni sis nak cerita sikit dengan uolss mengenai Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature yang sangat best dan paling senang...
Haaa...nak tau tak kenapa sis cakap senang...sebab ianya mesra tona kulit dan krim ini akan mengikut warna tona kulit kita.
Sebenarnya kan,sebelum ni sis banyak kali salah beli foundation...bila apply kat muka jadi bercapuk dan tidak megikut warna kulit kita..so ia akan jadi macam tepung gomak bila foundation terlalu cerah..alahaiii...dahlah sis ni tak suka makeup tebal2..nampak macam terlalu putih dan jika nasib tak baik kulit jadi bercapuk...heee..malu betul bila jumpa kawan2...pulak tu kawan jenis mulut bawang...ehhh...makeup u bercapuk laaa...hahaha..sudahnya ambik wet tisu...padam jelah....
Korang ada tak masalah macam tu??huwaa sedihlaaa..korang tau kan,foundation bukan murah..dah pakai sekali jer...pastu membazir tak de sape nak pakai...sedihhhh...haha.
Taraaaaa....sis dah jumpa CC Cream yang mana sis terjumpa satu website Hansaegee Nature yang menjual CC Cream ni.Pastu kan banyak gile testimoni dan feedback yang cakap Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature ni best dan kulit jadi cerah dan glowing..paling menarik hati tak payah nak pilih kod..CC Cream ini akan mengikut warna kulit korang...wahhhh..tanpa membuang masa sis terus order dan terus cuba bila dah sampai...hehehe..tak sabar wehhhh.
Ok sis share dengan korang la serba sedikit mengenai Hansaegee Nature
Hansaegee Nature merupakan produk skincare yang original yang diperbuat dari korea dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Tak sangka lama jugak dalam pasaran Malaysia. Bukan itu sahaja, dalam tempoh setakat harini mereka turut mengeluarkan beberapa jenis produk skincare seperti cleanser, whitening cream dan lain-lain.Sebut je produk dari korea sis rasa teruja sangat sebab nak juga kulit glowing cam artis korea tu...tak salah kannn...haha
KELEBIHAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM
· Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
· Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
· Meminimumkan penampilan pori
· Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
· Mencerahkan kulit
· Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
· Glowing skin dan melicinkan kulit
· Mengekalkan kelembapan
· Melegakan masalah kulit
CC Cream Yang Ada SPF Untuk Kulit Kombinasi dari Hansaegee Nature
Nampak macam putih sangat kan....tapi selepas diratakan menggunakan tangan...tiba2 ehhh..mana yang putih sangat tu....wahh..cream ni sangat cepat meresap dan kulit dan terus blend dengan helokk...bukan nak cakap apa..muka sis terus glowing dan rasa anjal.Ianya sangat ringan dikulit dan tidak bercapuk.inilah diaaa yang sis cari selama ini.rasa jatuh cinta sangat2.
Ok…korang tengok contoh kat atas tu..sebelum diblend warna putih kan..pastu ada brown capsule..nampak kan yang bintik2 kecik tu..
Selepas diblend dengan jari terus berubah warna mengikut warna tona kulit kita…menarik sangat kann…dah macam magik pulak haha..
Paling best CC Cream ini mengandungi SPF 50+PA+++ yang mana ianya akan melindungi kulit korang dari sinaran UV.
Nampak tak perbezaan muka sis...yang with CC Cream tu nampak glowing,cerah dan berseri kan...hahaha...ini bukan angkat bakul sendiri ye...ini adalah kenyataan sebenar.
TIGA KANDUNGAN UTAMA DALAM HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM :-
1. Mineral Water-Mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
2. Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract-Anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
3. Nano Gold-Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi.
Review Selepas 2 minggu:
Inilah yang dikatakan cinta pandang pertama..sekali pakai je dah rasa wow..kulit sangat glowing,licin dan bertahan sampai kemalam,padahal waktu tengahari tu muka dah berpeluh sebab duduk bawah matahari...langsung tak berminyak dan bercapuk..malah semakin cantik dan sekata..ramai yang tanya sis pakai apa..kulit nampak glowing dan anjal...so...sis cerita kat sini eh..silalah cuba dan rasakan sendiri kehebatan cream ini..
Jika berminat boleh dapatkan info disini..
Website : https://hansaegee.com/shop/
Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/
Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature/
Youtube : www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.linliena.com/2020/03/cc-cream-yang-ada-spf-untuk-kulit.html