Cawangan Kedua Don Don Donki Di Tropicana Gardens Mall


CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL | Bagaikan berada di Jepun! Pembukaan cawangan DON DON DONKI kedua pada 10 Disember 2021 di Tropicana Gardens Mall. Kedai yang sedang hangat diperkatakan ini telah membuka cawangan kedua di lokasi yang mudah di akses oleh masyarakat di sekitar Petaling Jaya. 
Menyediakan barang-barang keperluan harian dan produk khusus dari Jepun pada masa kini amat memudahkan kita mengubat rindu apabila tidak dapat mengembara ke negara matahari terbit buat masa ini. Kita masih berjaga-jaga dari pandemik. Pilihan lain adalah, jom ke JONETZ by DON DON DONKI



CAWANGAN KEDUA DON DON DONKI DI TROPICANA GARDENS MALL
Pan Pacific Retail Management (Malaysia) Sdn Bhd yang beribu pejabat di Malaysia di bawah pimpinan President Satoshi Machida, baru-baru ini melancarkan JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, sebuah pusat membeli-belah komersial di Selangor berlokasi di tengah-tengah Petaling Jaya pada 10 Disember 2021. 
DON DON DONKI kini turut membuka lebih banyak cawangan di kawasan kepunyaan Pan Pacific seperti di Singapura dan Hong Kong melalui konsep kedai berkhusus untuk jenama dari Jepun

Jalan-jalan cari makan Jepun ala perjalanan keretapi dengan konsep "Jelajah Jepun dengan penuh gembira". Dengan tema "Jalan-jalan cari makan Jepun" yang enak, kedai ini menyediakan hidangan enak popular yang datang dari pelbagai tempat di Jepun seperti Takoyaki dari Osaka dan Ikayaki (sotong bakar) dari Hokkaido. 

Gerai-gerai makan yang dikenali sebagai Yatai ini direka berinspirasikan stesen keretapi. Ini bertujuan memberikan seakan-akan pelanggan mengembara dengan keretapi ke serata Jepun. Sebanyak 170 tempat duduk untuk tempat makan disediakan untuk pelanggan duduk sebaik membeli makanan. Terdapat juga kedai tambahan seperti Marion's Crepes untuk pelanggan singgah berehat semasa membeli-belah


"Concierge" khas untuk buah-buahan dan sayur-sayuran segar bermusim dipanggil sudut "Furu Furu”. Pada peringkat awal, jenama ini memperkenalkan sudut jualan buah-buahan "Furu Furu" pada pertama kalinya di DON DON DONKI Singapura yang menerima sambutan baik daripada para pelanggan. Kini, JONETZ by DON DON DONKI di Tropicana Gardens Mall, Furu Furu diperkenalkan sebagai salah satu tawaran di dalamnya. 
Sudut Furu Furu menampilkan tawaran yang segar-segar belaka seperti strawberi dari Fukuoka dan Saga, dan concierge buah-buahan yang profesional akan terus membawa masuk buah-buahan segar bermusim dari Jepun

Terdapat juga pelbagai pilihan popular daging lembu Wagyu Jepun! Kedai yang berkhusus dengan pelbagai pilihan produk daging lembu. Kedai ini berkhusus dengan produk daging lembu agar para pelanggan Muslim boleh membeli tanpa was-was. Terdapat pelbagai pilihan daging lembu Wagyu, seperti daging Omi berkualiti tinggi dan daging Hida yang diproses di rumah sembelihan bertaraf halal


Alami tarikan dan kualiti premium produk kosmetik Jepun! "Cosme DONKI" sebuah sudut produk kosmetik yang turut ditawarkan. Pelbagai pilihan produk kosmetik Jepun kini terdapat di concierge khusus bersama produk-produk kecantikan dan kesihatan menarik dengan pelbagai cara untuk menggunakan dan menikmati kelebihan produk-produk ini

Promosi Pembukaan Besar-Besaran
Bersempena dengan pelancaran cawangan baharu ini, para pelanggan boleh menikmati pelbagai promosi dalam kedai, tawaran eksklusif untuk ahli dan cenderamata dengan pembelian dibuat dari 10 hingga 12 Disember 2021.
Pembeli akan menerima beg jinjing Donpen edisi terhad dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM200, nikmati rebat RM15 di Grabpay dengan membelanjakan sekurang-kurangnya RM150 dan baucar hadiah RM20 untuk Ahli Kad UOB Bank yang membelanjakan RM300 dan ke atas.
Para pelanggan digalakkan untuk memuat turun dan mendaftar keahlian yang percuma melalui aplikasi mudah alih DONKI yang membolehkan mereka menerima mata dMiles, kejutan hari jadi, menebus kupon eksklusif dan pelbagai lagi manfaat lain. JONETZ by DON DON DONKI juga turut menjalankan jualan akhir tahun pada 12.12 melalui Shopee dengan diskaun dan baucar istimewa untuk direbut

Satoshi Machida, President, Pan Pacific Retail Management (Malaysia) berkata "Kami telah menerima banyak sokongan dan maklum balas yang positif semenjak outlet pertama kami dilancarkan di Lot 10 dan harapnya tambahan terkini di Tropicana Gardens Mall akan terus-menerus buat pelanggan kami teruja dan memenuhi kehendak mereka. 
Melalui pelbagai produk yang ditawarkan, kami berharap untuk memberi pelanggan kami pengalaman membeli-belah Jepun yang membuatkan mereka seolah-olah berada sendiri di sana. Kami berharap mereka akan menganggap DON DON DONKI sebagai sebahagian daripada Jepun yang wujud di Malaysia.”
Di masa akan datang, PPIH Group akan terus mencipta saluran pengedaran baharu untuk terus bersaing di tahap antarabangsa, terus-menerus mempromosikan pembangunan kedai di Malaysia dan aktif memperkembangkan produk pertanian, ternakan dan marin untuk meningkatkan kesedaran dan penggunaan produk Jepun di luar Jepun

Maklumat  JONETZ by DON DON DONKI Tropicana Gardens Mall
Waktu perniagaan : 10:00pg ~ 12:00mlmAlamat : CC-26, 27, 28 and G-20,20A,21, Concourse and Ground Floor, Tropicana Gardens Mall, No. 2A, Persiaran Surian, Tropicana Indah, 47810 Petaling Jaya, SelangorPengangkutan : Bersambung terus kepada stesen “Surian” MRT Sungai Buloh–Kajang LineTarikh pembukaan : 10:00pg pada 10 Disember 2021 (Jumaat) (waktu Malaysia)Kawasan lantai jualan : 2,010m 2Struktur bangunan : 5 tingkat bawah tanah dan 6 tingkat di atas tanah. (Fasiliti perniagaan kami di Tingkat 1 dan 2)Produk : Makanan, makanan segar (buah-buahan dan sayur-sayuran, ikan segar, daging lembu, hidangan sampingan), produk kosmetik, barangan lain, dsb
Ruang parkir : 916 kenderaan (fasiliti berkongsi)
“JONETZ by DON DON DONKI”
“JONETZ oleh DON DON DONKI” ialah konsep perniagaan dengan tarikan baharu yang ditambah kepada DON DON DONKI dalam perkembangan perniagaanya di Asia. Kedai ini adalah kedai khusus dengan "JONETZ (Nilai Semangat)" yang berfokus pada Produk Jepun yang dipilih oleh DON DON DONKI dengan penuh semangat dan jenama asal kami JONETZ. Di Malaysia, kedai pertama “JONETZ by DON DON DONKI Lot 10” telah dibuka di Kuala Lumpur pada 19 Mac 2021

Usaha Meluaskan Pasaran Luar Negara Bagi Produk Pertanian, Ternakan Dan Marin Jepun
Pada Oktober 2020, PPIH Group telah menubuhkan Pan Pacific International Club (PPIC), sebuah organisasi kerjasama antara pengeluar dan PPIH Group untuk mengembangkan eksport produk pertanian, ternakan dan marin Jepun. Pada masa ini, PPIC mempunyai kira-kira 300 pengeluar dan organisasi berkaitan. Ahli PPIC akan dapat membuat rundingan perniagaan biasa dan kontrak transaksi terus dengan PPIH Group, yang akan menjurus kepada destinasi penghantaran yang stabil dan menjangkakan harga penghantaran yang stabil yang tidak akan terjejas oleh pasaran atau persekitaran

Bilangan Kedai Luar Negara PPIH Group
(Sehingga 1 Disember 2021) 65 kedai di AS, 11 kedai di Singapura, 3 kedai di Thailand, 8 kedai di Hong Kong, 1 kedai di Taiwan, 1 kedai di Malaysia dan 1 kedai di Macau. (Rangkaian kedai PPIH Group: https://ppih.co.jp/search/)
DON DON DONKI | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2021/12/cawangan-kedua-don-don-donki-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Don T Let Sarawak Fall Apart Abang Jo Tells Voters

Don T Let Sarawak Fall Apart Abang Jo Tells Voters

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 174 hits
Abang Johari Openg with other GPS leaders at the launch of the coalition s 34 point manifesto for the Sarawak elections yesterday PETALING JAYA Caretaker chief minister Abang Johari Openg has urged Sarawakians to vote wisely in the upcoming...
Top 10 Classified Cia Programs Most People Don T Know About

Top 10 Classified Cia Programs Most People Don T Know About

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 213 hits
Top 10 Classified CIA Programs Most People Don t Know About Subscribe To Most Amazing Top 10 http bit ly 2Ibyk6i Most Recent Videos https www youtube com watch v Pj2rni0BfKo list UUBINYCmwE29fBXCpUI8DgTA Cia is home to a lot of top secrets ...
Don T Doubt Halal Status Of Imported Chicken Says Minister

Don T Doubt Halal Status Of Imported Chicken Says Minister

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 196 hits
The government has allowed temporary chicken imports to address the issue of supply shortage locally KUALA LUMPUR Consumers need not worry about the halal status of imported chicken as the government will only obtain supplies from producers...
Don T Use State Election As Gambling Centre Tiong

Don T Use State Election As Gambling Centre Tiong

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 261 hits
Datuk Seri Tiong King Sing 8211 File photo SIBU Datuk Seri Tiong King Sing today urged the people of Sarawak not to use the 12th Sarawak Election as a 8216 gambling centre 8217 8220 I urge all the people of Sarawak especially those in
Don T Tell Women What To Wear Like Extremist Pas Dap Sec Gen Tells Boo

Don T Tell Women What To Wear Like Extremist Pas Dap Sec Gen Tells Boo

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 333 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng has ticked off the party s Johor committee member Boo Cheng Hau for towards Segambut MP Hannah Yeoh for wearing a headscarf when visiting a mosque Lim said Boo would do better to focus on people centric is...
Dominance Leads To Rot Don T Be A Hypocrite Puad Tells Muhyiddin

Dominance Leads To Rot Don T Be A Hypocrite Puad Tells Muhyiddin

papar berkaitan - pada 5/12/2021 - jumlah : 193 hits
Puad Zarkashi said Muhyiddin Yassin s comments stemmed from his disappointment in failing to lead Bersatu to usurp Umno as the dominant party in the country PETALING JAYA It s hypocritical of former prime minister Muhyiddin Yassin to say th...
I Don T See Mahathir Becoming Pm For A Third Time Says Kit Siang

I Don T See Mahathir Becoming Pm For A Third Time Says Kit Siang

papar berkaitan - pada 12/12/2021 - jumlah : 239 hits
Opposition leader Lim Kit Siang said PH was disappointed that it could not enjoy the full five year mandate given by the people in GE14 to see through all its election promises under former prime minister Dr Mahathir Mohamad PETALING JAYA D...
Don T Allow Najib Circus To Distract From Systemic Dysfunction

Don T Allow Najib Circus To Distract From Systemic Dysfunction

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 178 hits
What do we do now Bill McKay There is this belief that the sight of the former prime minister Najib Abdul Razak in a prison jumpsuit or languishing in the slammer will ameliorate the ketuanan system which is destroying this country Of cours...
Covid 19 Don T Cripple Health Ministry By Blocking Act 342 Amendments

Covid 19 Don T Cripple Health Ministry By Blocking Act 342 Amendments

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 192 hits
Health Minister Khairy Jamaluddin has urged all Members of Parliament to support the bill to amend the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 as the amendments could strengthen the government s arsenal in the fight against C...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan