Catatan Rumusan Hujung Minggu Lepas
Hari Khamis petang minggu lepas...(19.9.2019)Mama Yan sekeluarga bertolak ke Pahang..
Gerak dari rumah Taman U pukul 4.30Sampai Raub pukul 11 malam..
Sempat la singgah makan sate Haji Samuri cawangan Taman Melati..eh..ke Taman Melawati....
Entahla...tak peka sengat dengan nama jalan kat KL tu
Sebenarnya,Anak Mama Yan yg nombor 3,Dah start muntah muntah dan ceri beri..
Rabu malam tu dah bawa klinik theesan..
Dengan anggapan nanti akan okay...angkut ajelah balik Raub kejap.
Tapi masuk hari Jumaat, dah 3 hari dia macam.tu..
Makin lemah tak bertenaga..
Tak makan apa apa sejak Rabu..
Makan dan minum asyik muntah aje..
campur dengan cirit birit sekali.
Terpaksa pakaikan diapers sebab dia tak boleh kawal..
Sudahnya..
Sampai rumah Raub tak sampai 24 jam.
Dah jalan ke JB balikHuhuhu..
Sampai Rumah Taman Universiti pukul 7 malam hari Jumaat tu (20.9.2019)Mandi dan solat..
Hantar klinik Penawar Taman U pulak
Lama kemain la hai menunggu sebab ada kes emergency dalam rawatan kat klinik..
Ada budak kena sawan
Lepas budak kecik yg kena sawan tu naik ambulance tuk transfer ke hospital..
Mama Yan dan suami pulak masuk bawa anak
Doktor tu nampak sangat penat dan stresa..
Tanya2 lebih kurang..
Lepas tu doktor kata"Saya buat surat rujukan..
Awak hantarlah anak ke hospital..."Ahahahai... patutnya kitorang terus je hantar ke spital
Takyah klinik2 lagi..
Sampai triage kat emergency pukul 10..
Bla bla bla..
Pukul 4 pagi baru selesai dan dapat katil
So, semalaman la Mama Yan tak tidur jaga budak sepet ni.
Besar nanti kalau biadap dengan mama..
Mama jentik je telinga tu..
Tengahari tu, suami Mama Yan pulak datang temankan si Aril ni kat hospital,So, Mama Yan balik naik grab la.
First time naik grab.
Kali pertama dulu naik Uber..
Balik nak mandi, nak solat dan nak tidur,Sebelum tidur tu..
Ambik tekanan darah dulu.
Ha engkauu..
Tak tidur satu malam terus naik tinggi BP nya.
Padahal ubat tak tinggal tu.
Dalam Pukul 5 lebih macam tu,Aril dah keluar wad.
Masuk air je sebab Aril dah kering sangat takde air dalam badanMakan muntah,Minum air, muntah.
Lepas dah masuk air,Nampak la bertenaga sikit..
Tapi hari ni, Masih lagi muntah dan cirit birit..
Semalam dan hari ni tak sekolah.
Tambah lagi hari ni.
No 1, No 4 dan No 5 pun tak sekolah...demamYang nombor 2 sorang je pergi sekolah
Kesian anak anak..
Faktor jerebu kah
Semoga cepat sembuh anak anak..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziankhalil.com/2019/09/catatan-rumusan-hujung-minggu-lepas.html