Catatan Pagi Hari Ketiga Di Tokyo


CATATAN TRIP KE JEPUN | HARI KETIGA - JUMAAT, 6 DISEMBER 2024
Sambungan dari catatan terdahulu --> Gyumon Halal Ramen, Asakusa


Setelah dua malam kami menginap di Art Hotel Nippori Lungwood, tiba masanya kami perlu bertukar hotel penginapan. Rasa malas sungguh nak bertukar penginapan sebab dah cukup selesa menginap di sini, tapi terpaksa jua sebab tak ada kekosongan untuk hari berikutnya

Dari penginapan di Nippori kami berpindah penginapan di Ueno pula


▶ MENDAFTAR KELUAR DARI ART HOTEL NIPPORI LUNGWOOD, NIPPORI
Pemandangan dari jendela bilik pada pukul 6.30 pagi

Waktu Subuh di sini kira-kira pukul 5.06 pagi, lepas solat Subuh kami sambung tidur/rehat dan kemudian mengemas beg. Pesan Encik M, jangan keluar awal pagi kalau tak mahu bersesak naik tren dengan orang Jepun pergi kerja. Waktu paling sesuai adalah selepas pukul 11 pagi

Disebabkan kami nak naik tren dengan membawa bagasi, jadinya kami keluar dari hotel pada pukul 10 pagi. Tak terlalu awal dan tak terlalu lewat

Kami berjalan kaki menuju ke Nippori Station. Langit cerah dengan suhu 13℃. Hembusan angin membuatkan udara terasa sangat sejuk

Nippori Fabric Town - Nippori terkenal dengan deretan kedai yang menawarkan pelbagai jenis fabrik, aksesori dan kelengkapan menjahit. Tapi kami tak sempat pun nak berjalan-jalan melihat kedai-kedai yang ada di sini. Kalau kalian minat menjahit, sesuai sangat menghabiskan masa di sini

Dari Nippori Station kami naik tren ke Ueno Station. Perjalanannya mudah sebab tak perlu bertukar tren, cuma naik satu tren JR Yamanote Line dengan kadar tambang sebanyak 146 yen


▶ UENO STATIONAgak terpinga-pinga juga kami sewaktu tiba di Ueno Station - jauh lebih moden dan besar berbanding Nippori Station. Tak mudah bagi kami mencari pintu keluar menuju ke hotel walaupun dah ikut panduan pada Google Maps

Kami bergilir mencari - seorang tunggu bagasi dan seorang lagi berjalan mencari di manakah Shinobazu Gate untuk kami keluar menerusi Ikenohata Exit

Suasana di Ueno Station. Di lokasi saya berdiri menunggu, ada beberapa orang/kumpulan yang juga nampaknya sedang mencari-cari arah 😅. Masing-masing pegang telefon sambil mata memandang papan tanda yang ada

Alhamdulillah...akhirnya jumpa juga jalan yang dicari. Ikut laluan begini. Di kanan dan kirinya terdapat deretan tempat penyimpanan dan juga mesin minuman


▶ AKIBAT TERLUPA PILIH 'WHEELCHAIR ACCESSIBLE'Keluar dari Ueno Station, kami gunakan Live View (real-time navigation) pada Google Maps sebagai panduan menuju ke hotel penginapan

Halakan kamera telefon ke depan dan ikut saja arah anak panah. Bagi memudahkan langkah, Encik Suami bawa kedua-dua bagasi kami dan saya pula fokus cari arah

Terdapat dua tempat bertangga. Satu perlu naik tangga dan satu lagi turun tangga. Tinggi mana? Boleh lihat pada foto di atas dan di bawah

Turun tangga, kemudian melintas sebatang jalan kecil. Hotel penginapan kami APA Hotel terletak di seberang jalan. Masih awal, belum boleh mendaftar masuk. Kami tinggalkan bagasi di lobi hotel. Pihak hotel beri kod QR rekod penyimpanan bagasi, nanti masa nak ambil boleh terus imbas kod QR tersebut

Tadi sewaktu berjalan menuju ke hotel, saya perasan orang-orang berjalan membawa bagasi dari suatu arah. Maksudnya, mereka tak melalui tangga seperti kami

Barulah saya perasan - tadi semasa pilih mod berjalan kaki, saya terlupa pilih 'trip options - wheelchair accessible'. Jarang berjalan kaki bawa bagasi, jadi terlupa buat pilihan untuk mengelak laluan bertangga. Tepuk dahi


▶ AMEYOKO SHOPPING STREETDari hotel penginapan, kami berjalan kaki menuju ke Ameyoko Shopping Street. Lokasinya berhampiran dengan Ueno Station. Kali ini kami dah tahu nak ikut jalan mana - tak perlu ikut laluan bertangga tadi

Ameyoko Shopping Street. Tengok nama pun dah tahu ini tempat apa

Kami tiba di sini lebih kurang pukul 11 pagi. Tempat ini meriah dengan pengunjung. Pelbagai barang jualan ada di sini - antaranya barangan cenderamata, pakaian dan beg. Barang basah seperti ikan, sotong kurita dan daging pun ada dijual di sini. Kedai makan pun ada juga

Kami jalan-jalan di bahagian luar je, tak masuk kedai dalam bangunan. 
Mesin mainan kapsul pun ada di sini. Tertera notis supaya pelanggan memulangkan kapsul kosong. Sepanjang berada di Tokyo, mesin ini sangat mudah ditemui di mana-mana. Siap ada kedai besar yang hanya dipenuhi dengan mesin mainan kapsul. Mulanya saya sangka ia mainan untuk kanak-kanak (seperti di negara kita), tapi rupa-rupanya ramai pembeli dewasa

Lalu kedai jual buah, kami beli buah anggur hijau dari Takayama, Gifu Prefecture berharga 2,800 yen. Terasa mahal harganya, tapi Encik Suami beli juga. Sedap rangup buahnya. Teringin juga nak beli buah strawberi tapi kami baru nak berjalan-jalan, tak sesuai bawa buah strawberi ke sana sini

Menariknya buah-buahan di sini, semuanya buah tempatan. Siap ada nama tempat asal buah tersebut. Teringat kata Encik M, orang Jepun utamakan buah tempatan

Semasa berjalan-jalan di sini, kami jumpa sebuah gerai menjual kebab dengan tanda halal. Mulanya kami nak juga singgah cuba makan, tapi langkah kaki terhenti bila perasan mereka turut menjual minuman arak. Saya rasa ragu-ragu pula tentang pemahaman penjual berkenaan kebab halal. Lagi pula di Tokyo terdapat banyak pilihan kedai makan halal, tak makan di sini nanti boleh makan di tempat lain


▶ LELAKI MESIR BANTU KAMI KE TOKYO CAMII (TOKYO MOSQUE)Dari Ameyoko Shopping Street kami menuju ke Tokyo Camii (Tokyo Mosque) untuk aktiviti ziarah masjid dan menunaikan solat Jumaat.
Dari Ueno Station, kami perlu menaiki dua tren - Tokyo Metro Ginza Line dan Tokyo Metro Chiyoda Line dengan kadar tambang sebanyak 252 yen

Ueno Station --> Omote-Sando Station --> Yoyogi-Uehara Station
Tokyo Metro Ginza Line - kami berada di G16 Ueno menuju ke G02 Omote-Sando. Perjalanan mengambil masa 25 minit

Tujuan saya catatkan di blog dengan agak terperinci kerana saya tak buat entri khusus berkenaan penggunaan tren di Tokyo. Sistem tren di sini complicated - tak mudah untuk saya faham dan terangkan semula. Tetapi tidaklah terlalu sukar untuk kita bergerak sendiri dengan adanya panduan Google Maps

Platform menunggu tren Ginza Line di Ueno Station

12.05 tengah hari - tiba di Omote-Sando Station. Turun tangga untuk tukar tren Chiyoda Line

Dalam tren Chiyoda Line menuju ke Yoyogi-Uehara Station. Masa ni orang tak ramai, bolehlah ambil foto untuk kenangan. Kalau tengah penuh, memang sangat sesak sampai nak tengok skrin atas tu pun susah

Paparan skrin terdapat dalam bahasa Jepun dan bahasa Inggeris

Tiba di Yoyogi-Uehara Station, macam biasa perlu rujuk Google Maps bagi panduan perjalanan ke masjid. Sedang kami memerhati papan tanda di stesen mencari arah pintu keluar, tiba-tiba seorang lelaki mendekati Encik Suami dan memberi salam

"Mosque?", tanya lelaki tersebut

Pukul 12.20 tengah hari.Tujuan kami sama, jadinya kami ikut saja langkah kaki beliau. Kami berjalan keluar stesen, seterusnya menyusuri tepi bangunan, melintas jalan besar sehinggalah tiba di perkarangan masjid. Sebelum berpisah, kami ucapkan terima kasih kepada beliau

Alhamdulillah...Allah datangkan pertolongan buat kami melalui lelaki Mesir tadi. Waktu solat Jumaat bermula pada pukul 12.45 tengah hari. Tanpa bantuan beliau, kami mungkin sampai lewat. Maklumlah baru pertama kali ke sini, setiap langkah perlu merujuk Google Maps

Azan pertama berkumandang ketika saya selesai berwuduk dan sedang berjalan menuju ke ruang solat perempuan



InsyaAllah catatan pengalaman ziarah dan solat Jumaat di Tokyo Camii bersambung pada entri seterusnya









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/03/catatan-pagi-hari-ketiga-di-tokyo.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jijik Langsung Tak Berkabung Hantaran Ig Kim Soohyun Pada Hari Pemergian Kim Saeron Jadi Perhatian

Jijik Langsung Tak Berkabung Hantaran Ig Kim Soohyun Pada Hari Pemergian Kim Saeron Jadi Perhatian

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 268 hits
Nama Kim Soo hyun sedang hangat disebut dalam industri hiburan Korea sekarang Artikel Berkaitan Sementara perhatian sedang tertumpu kepada pendedahan penuh yang dibuat oleh YouTube Garo Sero Research Institute mengenai kontroversi Kim Soo h...
Rasuah Sabah Sprm Panggil Pemberi Maklumat Hari Ini

Rasuah Sabah Sprm Panggil Pemberi Maklumat Hari Ini

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 152 hits
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil seorang pemberi maklumat hari ini bagi memberi keterangan berhubung video yang mengaitkan seorang pemimpin di Sabah dengan skandal rasuah Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata...
Hari Ini Disahkan Hamil Esok Bersalin

Hari Ini Disahkan Hamil Esok Bersalin

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 163 hits
AgensiWANITA itu berkongsi kisah melahirkan anaknya di media sosial Beijing Pelik tapi benar namun itu terjadi kepada wanita juga blogger solekan yang berkongsi pengalamannya melahirkan bayi sehari selepas mengetahui dirinya hamil South Chi...
Fuhhhh Untunglaaa Jual Rm10 Seketol 100 Ketul Dah Dpt Seribu Sehari 30 Hari 30 Ribu Perghhhh

Fuhhhh Untunglaaa Jual Rm10 Seketol 100 Ketul Dah Dpt Seribu Sehari 30 Hari 30 Ribu Perghhhh

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 156 hits
Fuhhhh untunglaaa Jual rm10 seketol 100 ketul dah dpt seribu sehari 30 hari 30 ribu PerghhhhNi niaga gi haji balik hari niCamni la orang berniaga Untung xnak kurangEsok lusa guna vellfire gamaknya jual mahal2Kalau dlm berniaga xde rasa nk b...
Celebrate Hari Raya With The Latest Huawei Tech From Top To Bottom

Celebrate Hari Raya With The Latest Huawei Tech From Top To Bottom

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 336 hits
LOCK IN YOUR HUAWEI MUST HAVE BEFORE THE PRE ORDER CLOSES Celebrate Hari Raya with The Latest Huawei Tech from Top to BottomAs Ramadan continues there s no better time to upgrade your tech for the season With pre orders for the HUAWEI MateP...
Semua Yang Kita Tahu Tentang Konsert 4 Hari Lady Gaga Di Singapura

Semua Yang Kita Tahu Tentang Konsert 4 Hari Lady Gaga Di Singapura

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 215 hits
Hai Little Monsters Lady Gaga penyanyi pop Amerika yang terkenal akan mengadakan konsert MAYHEM di Asia Tenggara Dia bakal menghiburkan peminat di National Stadium Singapura pada 18 19 21 dan 24 Mei 2025 Siapa yang sudah tak sabar Sebelum i...
Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan Perayaan Mu Dengan Guardian

papar berkaitan - pada 10/3/2025 - jumlah : 239 hits
Raikan Hari Raya Bersama Kempen Serlahkan PeRAYAan Mu dengan guardian Assalamualaikum semua Pada tanggal 6 Mac 2025 bertempat di Restoran Pokok Mitsui Lalaport Kuala Lumpur berlangsungnya majlis yang penuh meriah bersama guardian Tujuan maj...
Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

Guardian Memganjurkan Kempen Hari Raya Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 213 hits
Hi Korang Bersiap sedia untuk bersinar merayakan dan menyerlahkan Raya anda Pada musim perayaan ini guardian Malaysia meningkatkan lagi keceriaan dengan visi jenamanya yang mantap Serlahkan Kecantikanmu Utamakan Kesejahteraanmu Semasa rakya...
Biodegradable E Textiles Weaving Sustainability Into Wearable Tech

Cara Pelajar Universiti Menabung Dalam Simpanan Emas Public Gold

High Court Discharges Najib In Rm27m Src Case Stalled Since 2019 Does Not Acquit

Elmegheny Feat Reham Husen Eshna Ad Eih Chord

Editing Tools For Drawing

Fatwa Mufti Mesir Dapatkah Pahala Solat Berjemaah Oleh Seorang Lelaki Yang Solat Di Rumah Bersama Isterinya

Hutang Negara Turun Rm20 Bilion Grok Ai Dedah Sebaliknya Hahaha

Rafizi Pendakwa Raya Perlu Jelaskan Kenapa Ambil Masa Lama Sedia Bukti


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bunga Kemboja Putih

Dendi Nata Tergariskan Chord

Don T Call It A Comeback Asterisk S Award Winning Harley Shovelhead

Tapau Beriani King Muar

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Buah Dah Masak