Catatan Menjelang Hari Kebangsaan


Biasanya kalau cuti hujung minggu yang panjang, kami tak berjalan jauh. Malas nak bersesak di jalanan. Tapi kali ini Encik Suami ada urusan di sekitar Selangor, terpaksalah bermusafir. Syukurlah tak perlu memandu, kami berdua naik pesawat dari Kedah

Menikmati hidangan pagi dengan nasi lemak berbungkus daun pisang di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Kedah. Harganya cuma RM1.70. Saiz kecil dan sedap rasa nasi lemaknya, memang tak cukup makan sebungkus

Sementara menunggu waktu penerbangan, saya isi masa dengan membaca buku. Bacaan kali ini merupakan buku terakhir daripada empat buah buku travelog Siti Noridah ET yang dibeli pada tahun lalu. 
Pukul 8.20 pagi kami sudah pun berada di dalam pesawat. Satu jam duduk, pesawat masih tak bergerak. Masing-masing dah mula gelisah. Mujurlah keadaan tak begitu panas, masih boleh duduk selesa. Selepas itu barulah juru terbang buat pengumuman - penerbangan lewat disebabkan raptai hari kemerdekaan

9.40 pagi - pesawat berlepas meninggalkan ruang udara Kedah. Kelihatan dari jauh - Gunung Keriang tersergam di tengah-tengah jelapang padi

Foto buggy sekadar rujukan, bukan buggy yang kami naik.50 minit kemudian, kami selamat mendarat di KLIA. Sedang berjalan menuju pintu keluar, sebuah buggy berhenti tepi kami. “Encik nak naik?” petugas membawa buggy bertanya. Eh, terkejut tapi naik jugalah. Selain kami, ada seorang ibu muda bersama anak kecil. Pertama kali kami merasa naik buggy di KLIA 😀
Kebetulan, kaki kiri Encik Suami terpelecok lebih kurang seminggu lalu. Dah boleh berjalan macam biasa, cuma masih belum boleh duduk dengan sempurna sewaktu solat. Menurut doktor, ambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk pulih sepenuhnya. Alhamdulillah dapat naik buggy jadi kurang sikitlah kaki melangkah. 
Laksa JohorSebelum keluar dari airport, kami singgah makan di Petit Cafe Chef Wan yang terletak di aras 5. Teringat sahabat blogger SK (Seri Kandi Tanah Jauhar) katanya nak tengok rupa Laksa Johor Chef Wan. Nah, sekeping foto buat tatapan SK yang rajin memasak 😀
Kali pertama kami ke KL East Mall milik Sime Darby Property. Luas, cantik dan bersih suraunya


Kami berpergian tak lama, cuma satu malam menginap di rumah NS dan esoknya kembali ke utara. Sejak memelihara anak bulu, jadi tak senang hati kalau tinggal lama-lama. Lagi pula di Perlis sedang musim hujan - dah beberapa minggu hampir setiap hari hujan turun kadangkala berserta angin ribut. Jojo si anak bulu biasanya akan lari masuk ke dalam rumah bila hujan turun

*****Selamat Hari Kebangsaan ke-68 🇲🇾! Semoga Allah mengurniakan keamanan dan kemakmuran buat negara Malaysia yang tercinta ❤️
Juga doa keamanan dan kemakmuran buat negara jiran Indonesia. Moga semuanya segera berakhir dan situasi kembali pulih

Tak dilupakan doa keselamatan dan kejayaan buat Sumud flotila yang berlepas pada 31 Ogos lalu dari Barcelona menuju Gaza









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2025/09/catatan-menjelang-hari-kebangsaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6962 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Semarak Semangat Perpaduan Rakyat Malaysia PUTRAJAYA 31 Ogos Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 di Dataran Putrajaya membuka tirai secara rasminya pada pagi ini sekali gus menjadi medium untuk rakyat pelbagai kaum ...
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 4849 hits
Lebih 100 000 Banjiri Dataran Putrajaya Rai Hari Kebangsaan 2025 Fahmi PUTRAJAYA 31 Ogos Lebih 100 000 pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini hari ini bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang berlangsung penuh meriah dan la...
Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara Tudm Sebelum Hari Kebangsaan

Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara Tudm Sebelum Hari Kebangsaan

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 3755 hits
Rasa Bangga Ramai Kagum Tengok Latihan Udara TUDM Sebelum Hari Kebangsaan Sambutan Hari Kebangsaan ke 68 pada tahun ini disambut meriah dengan pelbagai persembahan yang ditunjukkan oleh para kontijen yang terlibat Di samping itu persembahan...
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang Ke 68

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 6519 hits
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia 2025 Yang ke 68 Tarikh 31 Ogos merupakan tarikh keramat buat rakyat Malaysia dimana kita akan menyambut Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan setiap tahun Tahun ini 2025 Malaysia akan menyambut Kemerdekaan b...
Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

Fahmi Luah Rasa Bangga Lebih 100 000 Hadir Rai Sambutan Hari Kebangsaan Di Putrajaya

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 5469 hits
Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pagi tadi mencatat sejarah apabila lebih 100 000 pengunjung hadir sejak awal pagi untuk bersama sama meraikan detik bersejarah negara Sambutan Hari Kebangsaan meriah Memetik laporan daripad...
Jalur Gemilang Kelihatan Terbalik Dalam Perarakan Hari Kebangsaan Ini Penjelasan Netizen

Jalur Gemilang Kelihatan Terbalik Dalam Perarakan Hari Kebangsaan Ini Penjelasan Netizen

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2337 hits
Malam tadi seorang pengguna Facebook memuat naik video berdurasi 1 minit 13 saat sekitar jam 7 39 malam yang menunjukkan Jalur Gemilang gergasi dibawa melalui bangunan Kementerian Kewangan ketika raptai perarakan Video itu menimbulkan perso...
Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Raikan Rakyat Selepas Sambutan Hari Kebangsaan Di Padang Mbk1

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 3154 hits
KUANTAN Suasana sambutan Hari Kebangsaan ke 68 peringkat Negeri Pahang di Padang Majlis Bandaraya Kuantan Satu bertambah meriah dengan keberangkatan Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berkenan meluangk...
Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan Wanita Direman Tiga Hari

Ceroboh Pentas Hari Kebangsaan Wanita Direman Tiga Hari

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 2045 hits
Seorang wanita dilihat meluru ke arah Sultan Perak semasa nyanyian lagu negeri Perak berkumandang ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2025 berlangsung di Ipoh pada 31 Ogos 2025 IPOH 1 Sep Seorang wanita yang menceroboh pentas utama sambutan Har...
Merdeka 68 Pm Anwar Hargai Komitmen Kesungguhan Petugas Hari Kebangsaan 2025

Merdeka 68 Pm Anwar Hargai Komitmen Kesungguhan Petugas Hari Kebangsaan 2025

papar berkaitan - pada 1/9/2025 - jumlah : 4501 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni rakyat yang hadir kira kira 100 000 orang pada Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 1 Sep Komitmen serta kesungguhan...
Cyber Insurance Is It Worth The Investment For Small Businesses

Rencana 5 Tahun Finansial Freedom Untuk Gen Z

Top 19 By May 26 Pokbet 68

Amerika Syarikat Penerima Terbesar Bantuan Antarabangsa

Celebrate A Grand Festive Season At Grand Millennium Kuala Lumpur

Web Top 68 By Teresa 17 Dec 2025

Pengalaman Menggunakan Go Move Period Underwear

Nak Masuk Uss Guna Express Lane Ini Cara Mudah Dan Seronok Dapat Reward Nikmati Keistimewaan Macam Vip


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ritual Pagi Yang Bantu Pekerja Remote Lebih Fokus

Skinmade

Sticker Botol Minuman Cara Elak Sticker Tanggal Bila Basah

Kudapan Kacang Goreng Salut Tepung

Th Plantations Catat Kenaikan Untung Bersih Menarik Pada Suku Ketiga 2025

Pandangan Kapten Futsal Harimau Malaya Khairul Effendy Bahrin Mengenai Prestasi Dan Cabaran Pasukan