Klinik Haiwan Calico yang terletak di Arau - tempat biasa kami bawa Jojo sejak kali pertama bawa jumpa doktor pada bulan Januari lalu. Doktor dan staf di sini mesra dan pandai layan kucing. Jojo yang biasanya penakut dengan orang pun jadi tenang di bawah kendalian mereka
Sampai di Alor Setar dah pun melepasi pukul 12 tengah hari, teruslah cari makan. Kami makan di Ahmad Foo Chicken x Duck Rice. Kunjungan kali kedua di sini - kali ini saya makan set nasi ayam Hainan manakala Encik Suami masih tetap memilih set nasi itik dengan tambahan lauk taugeh Teochew. Masing-masing tamak - ambil set ayam/itik suku bahagian, akibatnya jadi terlampau kenyang 😄
Lepas makan, kami ke Aman Central Mall. Saya cari pakaian untuk acara reunion pada bulan depan - warna tema coral. Dalam mall ni ada deretan kedai pakaian Muslimah, tapi nampaknya tak ada yang susuai untuk dibeli. Hmm…nampaknya terpaksalah beli secara online. Beli online ni tak seronok sebab tak boleh rasa material dan selalunya warna paparan skrin bukanlah warna sebenar
Kami sampai semula di Arau kira-kira pukul 4.40 petang. Sementara menunggu waktu untuk ambil Jojo, kami minum petang di ZUS Coffee. Beli juga kek dengan tawaran ‘Birthday Cake Deal - Buy 1 Free 1’. Pertama kali saya cuba makan Berries Cheesecake ni, sedap
Klik untuk paparan jelas.Kos hantar Jojo kali ni untuk grooming dan rawatan mata - mata belah kanan selalu keluar macam air mata. Sebelum ni saya dah beli ubat titis di klinik ni, tapi masih belum sembuh sepenuhnya. Kali ni doktor bagi ubat gel untuk letak pada mata dan ubat pil untuk dimakan. Staf klinik tunjuk juga demo cara bagi Jojo makan pil sebab saya tak pernah ada pengalaman bagi pil pada Jojo
Sampai di rumah, nampak ada beg kertas atas bangku rak kasut. Rupa-rupanya ada jiran beri oleh-oleh dari Cameron Highlands. Alhamdulillah 🥰
Sebaik dikeluarkan dari carrier, Jojo sibuk ‘lap’ badan. Agaknya tak selesa dengan bau wangi pada bulu badan 😄
Budak lepas kena ‘seksa’ - tak bebas seharian dan kena mandi pulak. Malamnya, Jojo tidur awal atas riba Encik Suami. Siap berdengkur tau 😆. Letih sangat agaknya sebab siang tadi tak dapat tidur|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |