Catatan Cadangan Mengadakan Majlis Pertemuan Semula Bekas Pelajar



Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar semua. Bagaimana dengan rancangan mengadakan pertemuan semula bekas pelajar? 

Sempena hari raya ini dicadangkan kita dapat adakan pertemuan semula. Selepas tamat sekolah dulu, masing-masing membawa haluan sendiri. Tahun ini bermakna sudah 35 tahun kita berpisah.

Tidak dinafikan ada sesetengah sudah kerap berjumpa ke belakangan ini. Tiap-tiap hari bertegur sapa di laman sosial. Alhamdulillah.
Tetapi ada antara kita yang memang tidak pernah berkesempatan untuk bertemu bersemuka. Ramai yang sudah lupa wajah-wajah sahabat yang sama berjuang di alam persekolahan. 
Sebab itu, ada yang telah banyak kali bertemu dan berurusan dalam bidang tugas masing-masing, namun tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya dulu satu kelas atau satu sekolah.
Maklumlah, wajah semasa remaja dulu jauh bezanya dengan rupa yang sudah berstatus ibu atau bapa kepada anak remaja. Bahkan ada antara kita sudah ada cucu. Jadi, tentu sekali wajah sudah jauh berubah.
Dulu semua rambut di kepala berwarna hitam dan penuh menghiasi mahkota. Tetapi sekarang, sudah berubah warna. Setengah tu pula sudah tidak ada warna.... langsung tidak ada rambut.
Kalau dulu tubuh semua kurus dan tegap. Namun sekarang sudah banyak yang berubah. Memang jauh bezanya daripada dulu.
Jadi, elok kalau kita boleh berjumpa kembali. Biar kita dapat mengutip dan mengimbau kembali kisah silam zaman persekolahan. Membina kembali jalinan ikatan persahabatan yang lama terputus.
Antara kita sudah banyak yang berjaya. Tahniah semua. Ada yang sudah bergelar datuk, profesor, pengarah, guru besar, pengetua, pengarah jabatan, yang berhormat, jutawan, akauntant, peguam, juruterbang dan pelbagai lagi yang boleh dibanggakan. Ada yang bertugas di luar negara dan yang lain pula bertebaran di seluruh pelusuk negara.
Kejayaan, jawatan dan kedudukan rakan-rakan tentu sekali ada manfaat sesama kita. Ada perkara yang kita dapat minta tolong rakan dalam bidang tugas dan kemampuan masing-masing.
Ada yang terpaksa bersusah payah mencari orang lain untuk diminta tolong, sedangkan kawan kita sendiri bersedia untuk membantu. Namun, disebabkan kita telah terputus hubungan dan tidak saling mengenali, maka tidak ada yang boleh dimanfaatkan persahabatan yang lalu.
Oppppp... lupa pula tujuan awal catatan ini, iaitu tentang cadangan perjumpaan semula kita. 
Difahamkan sudah ada di antara kita mencadang perkara ini, namun tidak ada kata putus mengenainya. Perkara besar ialah tentang tempat, masa dan siapa menjadi penganjurnya. Kebanyakan di antara kita tinggal di perantauan dan hanya pulang beberapa hari yang tidak sama tempoh masanya. 
Ada yang pulang beberapa hari sebelum hari raya dan pulang ke tempat kerja atau ke rumah mertua pada hari raya kedua atau ketiga. Sedangkan setengah yang lain pula pada hari raya kedua atau ketiga baru pulang ke kampung halaman. 
Justeru, memang susah untuk tentukan tarikh yang sesuai jika semua ingin berkumpul. Itu belum lagi soal tempat dan perkara lain.
Kalau kita fikir tentang masalah, sampai bilapun tidak akan selesai. Sebijak manapun kita, kalau tidak dapat selesaikan masalah, maka masalah itu akan menghalang apa yang sepatutnya dilakukan.
Kita ambil jalan tengah. Kalau tidak semua dapat hadir, jangan pula langsung tidak diadakan atau tidak dapat berjumpa.
Adalah dicadangkan, kita adakan majlis itu pada hari raya ketiga. Tempatnya di sekolah. Majlis diadakan secara ringkas. 
Dengan sedikit jamuan atau rasanya tidak masalah jika tidak ada jamuan langsung. Kita bukan hendak makan kerana kalau tujuannya hendak makan, tempat dan majlis lain lebih banyak ada makanan. 

Mengapa pilih hari raya ketiga? Kita ambil tengah-tengah. Ada yang dalam persiapan hendak bertolak meninggalkan kampung halaman dan yang lain pula mungkin baru sampai. 
Tambahan pula, ia tidak tergesa-gesa dan bertembung dengan program pada hari raya pertama dan kedua yang biasanya melibatkan keluarga masing-masing.

Kenapa di sekolah? Itulahlah rumah dan laman kita semua. Itulah sejarah hidup kita. Jadi, kita kembali semula ke sekolah mengutip dan menyegarkan kembali kenangan lalu. 
Siapa pula jadi pengajur atau tuan rumah? Kita semua kerana ini majlis kita bersama. Kita semua jadi tuan rumah dan sama-sama berusaha untuk melayan yang lain.
Pukul berapa? Sesuai dari pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Tidak semestinya kita semua berkumpul sepanjang tempoh itu. Mungkin ada yang hanya datang seketika saja. 
Kita sedar semua kita sibuk dan masa yang ada agak terhad. Mungkin ada yang perlu bergegas pulang ke tempat kerja masing-masing.

Kalau adapun yang perlu dipertanggungjawabkan sebagai pengendali atau kepala, itu sekadar untuk berhubung dengan pihak sekolah untuk meminta kebenaran. Rasanya ini tidak ada masalah kerana di kalangan kita ramai menjadi guru dan mempunyai hubungan baik dengan pihak sekolah.
Konsep ini bukan hanya untuk tahun ini tetapi setiap tahun. Saya lihat kaedah ini berjaya dilakukan oleh satu kumpulan bekas pelajar di satu sekolah lain. Mereka lakukan kaedah ini sudah lebih 10 tahun. 
Majlis diadakan amat ringkas tetapi cukup bermakna. Setiap tahun pasti ada ahli baru yang kali pertama hadir. 
Jumlahnya semakin bertambah walaupun tidak ketara kerana ada juga yang tidak dapat datang setiap tahun. Bahkan, ada yang sudah tidak boleh lagi datang sampai bila-bila..... sudah meninggal dunia. 

Akhirnya, semoga kita dapat bersama pada tahun ini. Kepada yang tidak dapat hadir bersama, cuba pula pada tahun depan. 
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hwaliman.blogspot.com/2020/11/ghe.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

Cadangan Laksana Semula Gst Perlu Diteliti Secara Mendalam

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 194 hits
PUTRAJAYA Kerajaan perlu meneliti secara mendalam sebarang langkah untuk memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan atau pelaksanaan cukai lain termasuk kesannya terhadap ekonomi kos sara hidup rakyat serta menangani kegiatan ekono...
Murung Selepas Bekas Isteri Tak Sudi Rujuk Semula Lelaki Gantung Diri Sampai Mati

Murung Selepas Bekas Isteri Tak Sudi Rujuk Semula Lelaki Gantung Diri Sampai Mati

papar berkaitan - pada 25/10/2020 - jumlah : 511 hits
Seorang lelaki separuh usia ditemui mati gantung diri di sebatang pokok di Kepulauan Meranti Indonesia yang dipercayai membunuh diri kerana kemurungan setelah bekas isteri menolak hasratnya untuk rujuk semula Mangsa yang berasal dari Riau i...
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal S4pd 2020 Sofi Dan Zira

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal S4pd 2020 Sofi Dan Zira

papar berkaitan - pada 23/10/2020 - jumlah : 422 hits
Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal S4PD 2020 Sofi dan Zira Dua dua berbeza hari akhirnya Minggu lepas Sofi minggu ni Zira Buat sedikit majlis ringkas penyampaian sijil dan surat penghargaan atas sumbangan yang diberikan sepanjang berada d...
Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

Jasa Diwujudkan Semula Untuk Bela Nasib Bekas Pekerja Kata Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 226 hits
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin memberitahu The Malaysian Insight beliau bertanggungjawab membawa cadangan untuk menubuhkan semula Jasa Namun beliau menolak bahawa cadangan itu di luar pengetahuan Saifuddin Y...
Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

Pertemuan Pemuda Pas Dengan Menteri Kewangan Atas Beberapa Cadangan

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 258 hits
Alhamdulillah baru sahaja selesai mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Dato Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz di Kementerian Kewangan sebentar tadi Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia menyertai rombonga...
Polis Tahan Bekas Presiden Persatuan Pelajar Um Umany

Polis Tahan Bekas Presiden Persatuan Pelajar Um Umany

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 265 hits
malaysiakini comDikemaskini Hari ini 9 31 pmPolis hari ini menahan bekas pemimpin siswa Universiti Malaya ketika melakukan penyiasatan dan penggeledahan di sebuah rumah Bekas presiden Persatuan Pemuda baru Universiti Malaya Wong Yan Ke dita...
Bekas Pengurus Kilang Maut Dilanggar Treler Selepas Mengamuk Diberhentikan Kerja

Bekas Pengurus Kilang Maut Dilanggar Treler Selepas Mengamuk Diberhentikan Kerja

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 452 hits
Orang awam mengawal lalu lintas di lokasi suspek dilanggar treler di Jalan Kuala Kangsar semalam IPOH 8211 Seorang bekas pengurus yang tidak berpuas hati apabila diberhentikan kerja maut dilanggar sebuah treler selepas merempuh masuk ke kil...
Potret Pemuda Irak Perbaiki Gereja Di Bekas Wilayah Isis

Potret Pemuda Irak Perbaiki Gereja Di Bekas Wilayah Isis

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 186 hits
Potret Pemuda Irak Perbaiki Gereja di Bekas Wilayah ISIS Gereja Saint Thomas menjadi salah satu situs keagamaan yang diduduki ISIS ketika kelompok ekstremis itu menguasai Mosul
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tu Kata Pembangkang Mereka Tidak Tahu Mereka Tidak Cerdik

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Palsu

Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah