Cash Is King Muhyiddin Lebih Parah Daripada Najib Negara Menuju Kehancuran




Pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan bahawa semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan yang tidak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan GLC, dengan sendirinya mengesahkan bahawa Muhyiddin Yassin sedang mengamalkan budaya “cash is king” untuk mengekalkan kuasanya.

Ia juga menunjukkan Muhyiddin tidak mempunyai keyakinan memiliki sokongan majoriti yang pasti menjelang Sidang Parlimen pada 18 Mei depan sehingga perlu menyuap mulut Ahli-Ahli Parlimen dengan jawatan berpendapatan puluhan ribu setiap sebulan kepada mereka, walupun rakyat sedang dilanda kesusahan akibat wabak Covid-19.

Malah Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas mengesahkan semua Ahli Parlimen parti itu yang belum beroleh jawatan akan menerima lantikan masing-masing tidak lama lagi.

“Ahli Parlimen PAS ada 18 orang, lapan orang sudah jadi menteri dan timbalan menteri, seorang  (Hadi Awang) jadi duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.

"Tinggal sembilan orang lagi yang belum ada jawatan. Alhamdulillah saya difahamkan semua Ahli Parlimen  kerajaan akan diberikan tanggungjawab mengendalikan GLC,” ujar beliau.

Kenyataan Takiyuddin ini sudah semestinya benar kerana beliau adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang kedudukannya berada di bawah dagu Perdana Menteri setiap hari.

Dengan ini, semua Ahli Parlimen kerajaan yang belum mendapat lantikan, khususnya daripada Pas, bolehlah berasa senang hati mulai sekarang.

Sudah tentu, lebih-lebih lagi kerana Takiyuddin adalah pemimpin Pas yang memperjuangkan Islam dan selalu berketayap putih, mustahil beliau mereka-reka cerita atau bercakap bohong mengenainya.

Cakap beliau tentunya perkara-perkara yang benar, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka.

Bak kata AR Tompel dalam filem P Ramlee, “takkan lebai nak menipu pulak”.

Begitu pun, keghairahan Muhyiddin mengagih-agihkan harta rampasan perang melalui lantikan dalam GLC kepada Ahli-Ahli Parlimen yang menjayakan tertubuhnya kerajaan tebuk atap akan menimbulkan beberapa kebimbangan, malah ketakutan yang mengerikan.

Pertama, keadaan ini memperlihatkan amalan budaya “cash is king” yang cuba dilakukan Muhyiddin jauh lebih teruk dan parah berbanding semasa Najib Razak dahulu.

Jika Najib menyuap ramai penyokongnya dengan wang tunai, Muhyiddin nampaknya mengagihkan jawatan dan kedudukan yang daripadanya akan membuatkan Ahli-Ahli Parlimen yang diberikan jawatan itu mampu memperolehi elaun mewah secara bulanan, sambil menggunakan GLC yang diketuai untuk pelbagai manfaat lainnya lagi.

Sorrylah Najib, nampaknya Muhyiddin sekarang sudah memintas anda sebagai raja segala raja kepada amalan “cash is king” dalam negara ini!!

Kedua, dengan melantik semua Ahli Parlimen penyokong kerajaan mengetuai GLC, bermakna faktor kelayakan, kemampuan, pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam hal ehwal syarikat dan perniagaan sebagai asas perlantikan seseorang itu telah diketepikan sama sekali.

Faktor kelayakan utama disisi Muhyiddin ialah mesti taat dan patuh kepada Perdana Menteri, walaupun mungkin ada sesetengah Ahli Parlimen yang dilantik itu hanya mempunyai pengetahuan berceramah, memberi kuliah di masjid dan membaca doa saja.

Jadi, dengan kedudukan itu, agak-agaknya selepas ini GLC yang dipengerusikan Ahli-Ahli Parlimen itu akan bertambah maju atau banyak yang lingkup dengan kerugian berganda-ganda setiap tahun?

Ketiga, memandangkan Ahli Parlimen yang dilantik itu sedar lantikan mereka bukan kerana kelayakan, kemampuan atau untuk memajukan GLC, tetapi semata-mata sebagai hadiah rampasan perang, maka dengan sendirinya mereka akan bebas melakukan segala-galanya tanpa gangguan.

Akhirnya, GLC lebih mungkin menjadi alat politik untuk mengukuhkan kedudukan, menambah pengaruh, mengekalkan keselesaan hidup sebagai wakil rakyat dan selebihnya untuk menambah kekayaan.

Untung rugi GLC yang daripada keuntungan itu dapat menyumbang kepada kedudukan kewangan negara bukan lagi jadi keutamaan dalam era Muhyiddin ini.

Akhirnya, katalah melalui lantikan Ahli-Ahli Parlimen itu mampu menyelamatkan Muhyiddin dalam usul undi tidak percaya di Parlimen pada 18 Mei nanti, tetapi menjelang kira-kira dua tahun lagi sebelum ketibaan PRU15, bukan saja banyak GLC akan hancur, bahkan negara ini juga akan jahanam jadinya.

Dengan ekonomi merudum susulan wabak Covid-19 yang  dijangka lebih panjang, minyak tiada harga, cukai-cukai perniagaan berkurangan dan GLC banyak yang rugi kerana sudah jadi alat politik dan untuk mengekalkan kuasa, tanpa  disedari, Muhyiddin melalui keghairahannya bakal menghadiahkan kehancuran untuk generasi kita yang akan datang.

(ShahbudinHusin 13/04/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/04/cash-is-king-muhyiddin-lebih-parah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Menuju Power Is King

Muhyiddin Menuju Power Is King

papar berkaitan - pada 13/4/2020 - jumlah : 283 hits
Pengkhianatannya ke atas Mahathir kini menghantuinya Hukum rimba pun sudah bermula Tak lama lagi kritik kerajaan Dan pemimpin kerajaan pun jadi buruan polis Seperti yang mereka mengaku ini bukanlah kerajaan yang kamu undi tetapi mereka yg p...
Apa Komen Najib Muhyiddin Pm Bila Nak Mohon Maaf

Apa Komen Najib Muhyiddin Pm Bila Nak Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 313 hits
Yang dulunya dipecat kerana bertanya secara terbuka berhubung 1MDB Secara hipokriknya kerajaan tebuk atap ini juga disertai umno sudah tentu Najib tidak akan membuat serangan ke atas Menteri dan PM sepertimana yang dibuatnya ke atas Menteri...
Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

Sepatutnya Menteri 500 Buah Negara Tu Salahkan Mahathir Muhyiddin Dlm Hal Kluster Tabligh Tu Ini Jawapan Dari Dr Dzul

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 267 hits
Salam Sejahtera Semua Satu Penjelasan 1 Sangat malang cubaan Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyalahkan Kerajaan PH yang kononnya gagal membendung Kluster Tabligh yang mengakibatkan penularan COVID 19 Benar Kluster Tabligh akhirnya menyum...
As Negara Pertama Catat Lebih 2 000 Kematian Covid 19 Sehari

As Negara Pertama Catat Lebih 2 000 Kematian Covid 19 Sehari

papar berkaitan - pada 12/4/2020 - jumlah : 302 hits
AFP WASHINGTON Amerika Syarikat menjadi negara pertama mencatatkan lebih 2 000 kematian akibat Covid 19 dalam tempoh sehari dengan 2 108 kematian dalam 24 jam lalu menurut statistik Universiti Johns Hopkins Negara itu kini merekodkan 18 586...
Lebih 400 Rakyat Thai Ditahan Cuba Seludup Masuk Negara Sendiri

Lebih 400 Rakyat Thai Ditahan Cuba Seludup Masuk Negara Sendiri

papar berkaitan - pada 20/4/2020 - jumlah : 349 hits
Lebih 400 rakyat Thai ditahan cuba seludup masuk negara sendiri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 19 Apr 2020 11
Special Envoy For Hadi Only The First Big Concession From Weak Muhyiddin Imagine What Zahid Najib Are Going To Get

Special Envoy For Hadi Only The First Big Concession From Weak Muhyiddin Imagine What Zahid Najib Are Going To Get

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 315 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan perlantikan Presiden Pas Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri Ini bermakna lantikan menteri dan timbalan menteri yang sebelum ini berjumlah 70 orang telah ber...
Saya Yakin Tuhan Tidak Menguji Kita Lebih Batasan Kemampuan Semua Muhyiddin Yassin

Saya Yakin Tuhan Tidak Menguji Kita Lebih Batasan Kemampuan Semua Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 210 hits
Menerusi sidang media Perutusan Khas pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana yang disampaikan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaassin sebentar tadi Dalam bait akhir kata beliau dalam persidangan media sebentar tadi beliau ada t...
Muhyiddin Receives Cash Donations Totalling Rm4 25m For Covid 19 Fund

Muhyiddin Receives Cash Donations Totalling Rm4 25m For Covid 19 Fund

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 270 hits
CORONAVIRUS Prime Minister Muhyiddin Yassin today received cash donations totalling RM4 25 million and medical equipment worth a whopping RM26 million from six corporate entities for the Covid 19 Fund Among the companies were Naza Corporati...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya