Cari Yang Perlu Dan Bila Perlu Baharu Mencari
CARI YANG PERLU DAN BILA PERLU BAHARU MENCARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PENING AH. Kena tahu kenapa sampai tahap pening. Ada pening yang kita tahu sebabnya sebagai contoh, lapar sangat tapi lewat makan daripada sakit perut melarat ke pening kepala. Tak pun memang ada migrain. Bila terlebih fikir atau kurang rehat mulalah menjadi pening kepalanya.
Kadang ada juga pening yang tidak ditahui puncanya. Kita tak tahu puncanya tapi sebenarnya tanpa sedar kita lakukan hal yang buat kita pening. Tak pun eh kita rasa pening disebabkan oleh ragam orang lain. Padahal cuma tengok je tu. Tapi kesannya omakoiii. Pernah tak berlaku pada diri sahabat blogger. Serabut tengok orang lain entah itu perangainya atau cara kerjanya.
Kita adalah kita. Orang lain itulah mereka. Mahu tidak mahu semua berdampingan. Semua akan saling berkaitan. Ada masanya paksa diri untuk lebik bijak dan waspada dalam mejalani kehidupan. Sekarang ni tak ada istilah aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku sebab akan ada je yang suka kacau kita walau kita tak kacau dia.
Kurangkan risiko pada diri sendiri dan insan-insan rapat disekeliling kita. Jaga diri sendiri dan dalam masa sama kalau boleh saling menjaga mengapa tidak. Carilah yang perlu. Kalau untuk jiwa, ilmu bermanfaat. Kalau untuk jasad, carilah aktiviti yang sihat-sihat. Dan bila perlu baharulah mencari. Ini penting supaya minimum pembaziran. Pembaziran ni tak semestinya pada makanan sahaja. Pembaziran masa, tenaga dan sebagainya. lagi-lagi elakkan pembaziran pahala.
Tidak tentu hala itu memang seronok sebab kadang daripada situ rasa macam satu nikmat luar biasa yang membahagiakan gitu. Tapi kena ingat kadang itu yang paling singkat dan paling sementara. Dalam hidup ni banyak yang boleh dan perlu kita cari lebih-lebih lagi ada kaitan antara hubungan kita dengan Tuhan.
Tinta Perdu Cinta ❤CARI YANG PERLU DAN BILA PERLU BAHARU MENCARI
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/01/cari-yang-perlu-dan-bila-perlu-baharu.html