Bayi Antara 199 Pesakit Baharu Covid 19 Di Sabah
Masidi bercakap kepada media di lapangan terbang pada hari Sabtu. klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)
199 kes baharu COVID-19 di Sabah KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan 199 kes baharu COVID-19 dengan pengurangan sebanyak 43 kes berbanding hari sebelumnya.
Jabatan Kesihatan Sabah melaporkan 199 kes baharu Covid-19 di Sabah dan satu kematian di Ranau pada Sabtu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, bagaimanapun kes-kes baharu di Kota Kinabalu meningkat lebih dua kali ganda daripada 25 kes pada 7 Januari 2022 kepada 60 kes hari ini.
Beliau berkata terdapat dua kes diimport dari Arab Saudi dan satu dari Emiriah Arab Bersatu.
"Tetapi adalah diperhatikan kecuali satu kes, 59 kes yang lain merupakan kes-kes daftar lewat dua hari atau lebih.
"Ranau yang hampir setiap hari tersenarai dalam kalangan empat daerah penyumbang tertinggi kes baharu COVID-19 di Sabah hanya merekodkan 4 kes baharu semalam berbanding 20 kes pada 7 Januari 2021.
"Jumlah kes baharu di Tuaran juga susut 16 kes," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, seramai 195 kes daripada 199 pesakit baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2.
Katanya, pesakit-pesakit Kategori 1 tidak menunjukkan sebarang gejala jangkitan dan mereka dalam Kategori 2 hanya mengalami gejala-gejala ringan.
"Terdapat dua kes masing-masing dalam Kategori 3 dan Kategori 4," katanya.
Manakala enam kes dikesan dari pusat tahanan/penjara sementara.
“Sebanyak 41 daripada jumlah kes harian adalah kanak-kanak berumur satu hingga 17 tahun, dan seorang bayi di bawah umur satu tahun juga didapati positif Covid-19,” katanya.
Kebanyakan pesakit (98 peratus) berada di bawah Kategori 1 dan 2, manakala dua kes dalam Kategori 3 dan dua lagi dalam Kategori 4.
SOURCE: theborneopost
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sabahup2date.blogspot.com/2022/01/bayi-antara-199-pesakit-baharu-covid-19.html