Cari Makan Lepas Berbuka
Ni cerita masa balik kampung sempena raya haritu. K.fiezz & mr hubby balik kampung awal sebab nak elak jammed kat highway. Alhamdulillah memang kitaorang gerak hari Khamis (4hb April), highway clear. Gerak lepas kerja, mr hubby ambil k.fiezz kat pejabat. Sampai Ipoh lagi beberapa minit nak berbuka..Anggaran dalam 2-3 jam lebih kurang..
Lepas berbuka adik ipor k.fiezz ajak pi jalan-jalan jap. Dia bawa gi Jusco kalau tak silap..Dia nak jalan-jalan cari makan benornya...Tapi minta akak ipor & abang dia yang belanja..Haha..Sebab dia tak kerja lagi..Tak apa lah, kitaorang belanja lah..
Masuk je kat mall, mula lah misi mencari makan..hehe...Cari punya cari, adik ipor ajak beli Krispy Kreme dulu lepas tu beli air kat TeaLive sebab adik ipor ada baucer diskaun...Penutup, makan kat satu restoran Jepun ni. Aihhh lupa pula k.fiezz nama Restoran ni...Masa ni dah banyak kedai makan start nak tutup..Jadi cari lah yang mana masih buka...
Tengah beratur kat TeaLive...Beli 2x sebab nak redeem voucher secara berasingan..
Kat Restoran Jepun tu, ingatkan adik ipor nak tapau. Rupanya dia ajak makan kat situ. K.fiezz okey je lah..
K.fiezz ni menu makanan Jepun, failed sangat tau..haha..Lagi satu tak kena dengan selera...Biasalah tekak melayu..Macam susah sikit nak terima menu lain..
Sebabkan kenyang lagi baru makan untuk berbuka kat rumah, k.fiezz pilih menu bawah ni. K.fiezz nak menu yang simple-simple je sebab perut kecil tak boleh nak makan banyak..Itu pun mula-mula nak order 3 ketul je benda alah ni entah apa nama dia tapi rupa macam dimsum goreng. Pas tu adik ipor k.fiezz cakap tak apa boleh share dengan dia...Tapiiii dia dapat makan seketul je..haha..4 lagi k.fiezz perabiskan..Ater tengok dia duk ralit makan menu dia yang berat tu, ingatkan dia tak larat. K.fiezz habiskan lah hat k.fiezz punya ni..haha...
Tak ingat lah apa nama menu ni..Rupa macam dimsum goreng...Side dish ni..Tak larat sis nak makan berat sebab baru lepas makan berbuka..
Rasa yang ni sedap juga. Itu k.fiezz boleh perabiskan sampai 4 ketul. haha..Bising adik ipor k.fiezz. Dia cakap kata nak kongsi..Sekali akak ipor dia pi abiskan. Nasib baik dia ambil juga seketul dulu sambil makan nasi dia tu..hehe.
Depan tu menu pilihan adik ipor k.fiezz..Nasi digaulkan sekali daging bersama side dish...Adalah juga k.fiezz rasa..Errmmm bukan selera k.fiezz sebab tak pedas langsung...Lidah sis ni kena ada rasa pedas-pedas baru makanan tu rasa sedap...Untuk adik ipar, dia cakap sedap je & dia kata ni macam menu sihat juga..Dia kalau nak makan ala-ala sihat, dia makan kat sini..Selera masing-masing yea tak.
Nama Restoran ni k.fiezz tak dapat nak share sebab sis lupa nak ambil gambor..haha..
Pssttt - Sejenis tekak melayu..hehe..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2024/04/Cari-Makan-Lepas-Berbuka.html