Cari Juadah Dicelahan Sampah Pakcik Kumpul Kepingan Kerak Roti Untuk Beriftar
Sebagai hidup bermasyarakat, dikata disarankan untuk saling bantu membantu terutamanya kepada golongan kurang berkemampunya. Pertolongan yang dihulurkan tidak semestinya berbentuk wang, asalkan sumbangan tersebut dapat membantu dan permudahkan urusan mereka seharian
Perkongsian daripada pengerusi NGO i-Sejahtera Malaysia yang menjalankan aktiviti kebajikan, Dato Hamizan bin Amzah berkongsikan kisah ringkas mengenai penemuannya bersama seorang lelaki tua yang dijumpai sedang aasyik menyelongkar sampah di tepi jalan
“Ternyata dia sedang kutip sisa roti untuk dimakan…”
Pada awalnya, beliau dan pertubuhannya itu dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa ingin menuju ke daerah Ketereh, Kelantan untuk mengagihkan sumbangan di sana
Di persimpangan lampu isyarat, matanya tertumpu kepada susuk tubuh badan yang sedang menyelongkar tong sampah di tepi jalan kira-kira pukul 6.10 petang
Tapi tiada botol, kotak atau tin yang dikutip!
Pada awalnya, beliau menyangkakan pakcik berkenaan mengutip sampah yang boleh dikitar semula. Namun, sangkaannya meleset apabila lelaki bertubuh kurus itu mengatakan dia sedang mencari sisa makanan untuk di makan sewaktu berbuka sambil memegang dua keping kerak roti
“Sebenarnya saya malu, saya datang sini nak cari makanan”. Ujar pakcik berkopiah ini
Tertunduk malu terima sumbangan…
Simpati dengan keadaan pakcik tersebut, beliau telah menghulurkan sedikit barang keperluan dan sumbangkan wang zakat untuk pakcik itu buat belanja. Disebabkan ingin menuju ke tempat lain, beliau berasa sangat terkilan kerana pertemuan bersama lelaki tua itu berlaku dengan sangat singkat
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, orang sekitar menggelarkan lelaki tua itu sebagai Pokjik Basikal Merah. Beliau akan kembali berjumpa pakcik berkenaan untuk mengetahui kisah kehidupannya
Sumber: Mstar Online, Facebook via https://ohmymedia.cc
from Sehinggit Media https://ift.tt/3bADJBO
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/05/cari-juadah-dicelahan-sampah-pakcik.html