Cari Internet Pdpr Tepi Sungai


Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI MUHAMMAD Khairul Adib (kiri) bersama rakannya, Muhammad Ali Aidil Muqhris (dua dari kiri) memuat turun modul PdPR manakala Shahrul Nizam (kanan) terpaksa melayari internet di tepi Sungai Jimah, Port Dickson pada waktu malam kerana capaian dan liputan internet yang lemah di kampung mereka.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMINPORT DICKSON: Isu pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) bukan hanya tentang masalah peranti atau gajet tetapi mengenai tahap capaian dan liputan internet yang lemah.
Itu yang dialami penduduk Kampung Jimah Lama di sini, tidak terkecuali golongan pelajar yang perlu mengikuti proses PdPR ekoran penutupan sesi persekolahan bersemuka.
Ekoran masalah itu, pelajar-pelajar di kampung tersebut lazimnya ke tepi sungai dan berkumpul di jambatan pada waktu malam bagi memuat turun modul pembelajaran mereka.
Dakwa mereka, capaian dan liputan internet di kawasan itu pada waktu malam adalah lebih baik berbanding siang hari.
Seorang pelajar yang ditemui, Muhammad Khairul Adib Rosli, 14 berkata, dia sering ke tepi sungai berkenaan hampir setiap malam untuk memuat naik sebarang modul yang diberikan guru bagi sesi PdPR.
“Saya sering ke sini bersama rakan atau kadangkala seorang diri. Di kawasan ini sahaja internet baik dan boleh menghubungi kawan atau saudara mara.
“Di rumah, memang saya tidak dapat mengakses internet atau kadangkala terputus tiba-tiba. Memang sukar apatah lagi untuk memuat turun modul yang diberikan guru,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jimah Lama, Othman Shamsudddin pula berkata, ketiadaan internet di kampung mereka bukan sahaja menyukarkan pelajar namun penduduk lain.
Jelas beliau, terdapat sebuah menara teekomunikasi di kampung berkenaan namun ia tidak berfungsi sejak tiga tahun lalu.
“Sejak tiga tahun lalu memang tiada internet di kampung ini. Kami pernah mengadu kepada pihak yang bertanggungjawab namun tiada maklum balas sehingga terpaksa mencari capaian internet di atas jambatan atau tepi Sungai Jimah.
“Saya kasihan kepada anak-anak yang sedang bersekolah di kampung ini, mereka terpaksa keluar mencari capaian internet di luar rumah mereka untuk memuat naik modul PdPR yang diberi. Saya bimbang lebih-lebih sekarang negara sedang dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi risiko kepada mereka kerana terpaksa keluar rumah,” katanya lagi.
Menurutnya, golongan pelajar biasanya berada tepi sungai berkenaan sekitar pukul 8 hingga 9 malam.
“Saya harap ada pihak yang berwajib dapat membantu kampung ini mendapatkan internet, menara komunikasi sudah ada namun tidak berfungsi. Ada menara yang terletak lebih tujuh kilometer dari sini di atas sebuah bukit namun sekadar tenggelam timbul sahaja liputannya,” katanya yang turut memberitahu terdapat kira-kira 800 penduduk tinggal di kampung berkenaan. -UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/05/cari-internet-pdpr-tepi-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Kembara 5 Km Cari Liputan Internet Untuk Anak Belajar Pdpr

Bapa Kembara 5 Km Cari Liputan Internet Untuk Anak Belajar Pdpr

papar berkaitan - pada 20/5/2021 - jumlah : 353 hits
Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD MUHAMAD Akif Norhisam bersama adiknya Muhamad Haziq memanjat pokok semata mata mahu mencari liputan internet di kawasan rumah mereka di Kampung Parit Puasa Parit Sulong Batu Pahat Johor BATU PAHAT Masalah liputan int...
Modul Pdpr Matematik Tahun 4 Tajuk Perpuluhan

Modul Pdpr Matematik Tahun 4 Tajuk Perpuluhan

papar berkaitan - pada 13/5/2021 - jumlah : 905 hits
Modul PDPR Matematik Tahun 4 Tajuk Perpuluhan ini dikongsikan sebagai persediaan para guru guru untuk menjalankan proses pembelajaran dan pengajaran di rumah Modul PDPR ini boleh diagihkan kepada murid murid bagi memudahkan proses pengajara...
Jangan Terlalu Bebankan Guru Dengan Pdpr

Jangan Terlalu Bebankan Guru Dengan Pdpr

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 529 hits
Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet Bagi mantan Menteri P...
Tular Video Dua Beradik Bantu Ibu Jual Mangga Tepi Jalan

Tular Video Dua Beradik Bantu Ibu Jual Mangga Tepi Jalan

papar berkaitan - pada 1/6/2021 - jumlah : 327 hits
1 043 total views 1 043 views today Ketika pandemik melanda negara kita ramai yang hilang sumber pendapatan sekaligus terpaksa mencuba pelbagai cara untuk menampung perbelanjaan harian Di Tiktok seorang lelaki berkongsi video menyayat hati ...
Lipas Ced3ra Tepi Jalan Lelaki Ini Bawa Ke Klinik Untuk Raw4tan

Lipas Ced3ra Tepi Jalan Lelaki Ini Bawa Ke Klinik Untuk Raw4tan

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 205 hits
Biasanya setiap kali nampak lipas di lantai mesti ramai yang gelabah melarikan diri kan Tak cukup dengan itu pasti ada yang mencari r4cun serangga pula untuk menghalau serangga itu keluar dari rumah Tetapi berbeza dengan seorang lelaki di T...
Berada Di Tepi Danau Toba Kota Kecil Parapat Punya 5 Destinasi Wisata Yang Nggak Kalah Menarik

Berada Di Tepi Danau Toba Kota Kecil Parapat Punya 5 Destinasi Wisata Yang Nggak Kalah Menarik

papar berkaitan - pada 19/5/2021 - jumlah : 260 hits
Dikenal sebagai akses utama menuju Danau Toba kota kecil Parapat ternyata juga punya ragam destinasi wisata menarik
Gabung Muzik Masakan Di Tepi Pantai Jtbc Dedah Barisan Ahli Program Baru The Sea I Desire

Gabung Muzik Masakan Di Tepi Pantai Jtbc Dedah Barisan Ahli Program Baru The Sea I Desire

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 387 hits
Selepas sibuk dengan penggambaran drama Lee Dong wook nampaknya kini kembali aktif dalam bidang pengacaraan Terbaru pelakon lelaki itu disahkan bakal menyertai panel program baru The Sea I Desire Ianya merupakan rancangan penyembuhan di man...
Mengidam Burger Tepi Jalan Craving Satisfied

Mengidam Burger Tepi Jalan Craving Satisfied

papar berkaitan - pada 29/5/2021 - jumlah : 329 hits
Assalamualaikum Hi korang Selamat berhujung minggu Sabtu dah kan yeay boleh rehat tapi takde la rehat mana pun kan still kena buat kerja rumah maksud SAa rehat tu bebas kejap dari urusan pejabat Alhamdulillah totl lockdown bermula 1 Jun 14 ...
Pdpr Jangan Bebankan Guru Perkenal Pedagogi Baharu Sediakan Elaun Khas

Pdpr Jangan Bebankan Guru Perkenal Pedagogi Baharu Sediakan Elaun Khas

papar berkaitan - pada 16/5/2021 - jumlah : 305 hits
Sesi persekolahan normal yang ditunda berikutan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 dijangka akan membebankan para guru dengan keadah pengajaran maya dan pembelian data internet Bagi mantan Menteri P...
Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told

Saravanan Calls On Hindus Not To Listen To Firdaus Wong Who Continues Attacks On Illegal Temples

Gambar Random Hari Raya