Cara Untuk Selamatkan Perniagaan Perkhidmatan Anda Yang Tak Menjana Duit Yang Mencukupi


Saya kongsikan cara yang anda boleh buat jika perniagaan perkhidmatan yang anda sedang jalankan sekarang berada dalam keadaan yang tidak memberansangkan. Maksudnya samada berada dalam keadaan hidup segan mati tak mahu, dalam bahasa niaganya dipanggil 'breakeven' saja. Atau bisnes anda itu hanya menghabiskan beras sahaja, ertinya rugi.
Saya fokus kepada perniagaan jenis perkhidmatan (servis) dan bukan jenis pembuatan. Maksudnya anda punya produk yang bertumpu kepada kemahiran tenaga kerja dan penggunaan peralatan generik (umum) seperti mana semua pesaing syarikat perkhidmatan yang sama dengan syarikat anda sekarang. 
Antara ciri-ciri biasa syarikat perkhidmatan ini adalah anda tak punya produk fizikal sendiri. Berbeza dengan syarikat pembuatan, mereka ada produk fizikal yang dapat dipamerkan kepada bakal pembeli. Sebelum beli, pelanggan anda dapat melihat, merasa mungkin mencuba terlebih dahulu produk anda. Itu kelebihan besar yang ada pada syarikat pembuatan.
Jika anda buat perkhidmatan pembersihan, hasil dari kerja anda hanya dapat dilihat setelah kerja dilaksanakan sepenuhnya. Keadaan itu jadikan proses pemasaran dan jualan jadi sangat mencabar susahnya dalam meyakinkan pelanggan.
Ada 2 tawaran utama dalam perniagaan perkhidmatan. 

Selesaikan masalah - Ini berkisar tentang selesaikan masalah yang pelanggan sedang hadapi. Seperti khidmat membaiki kenderaan, kereta rosak tak boleh dihidupkan dan pelanggan tak tahu apa puncanya. Meyakinkan pelanggan jadi macam keadaan telur dan ayam, mana datang dulu. Untuk buktikan anda mampu selesaikan masalah itu, pelanggan perlu bersetuju terlebih dahulu serahkan keretanya di bengkel anda, menjuruskan kepada persoalan, kalau masalah tak selesai macam mana. Atau jika masalah hanya separuh selesai macam mana .. berbagai risiko yang pelanggan perlu fikirkan.Selenggara - Tawaran ke-2 iini pula berkisar tentang pencegahan dari berlakunya masalah di kemudian hari. Ini lagi mencabar sebab jika anda berjaya tunaikan janji untuk cegah masalah dari berlaku, maka masalah memang tak berlaku dan biasanya pelanggan langsung tak hargai atau tak ambil peduli dan tak sedar ia berlaku. Mereka hanya akan melompat bila anda gagal tunaikan janji itu. Maksudnya, jika berjaya, hasil tak nampak dan jika gagal baru nampak hasil kerja anda. Tak ke pening begitu ... ! 
Contoh bisnes perkhidmatan adalah seperti bisnes pest control, yang saya dah ceburi sejak tahun 1998 dahulu. Atau bisnes bengkel kenderaan, membaiki dan menyelenggara. Atau bisnes servis pendingin hawa, cuci bangunan, baiki paip bocor atau bumbung bocor dan lain-lain seumpamanya.
Kalau dah jelas beza bisnes servis berbanding pembuatan, anda boleh mula cari jalan untuk selesaikan masalah perniagaan anda sekarang. 
Bisnes yang yang tak buat duit ni, kalau nak baiki, melibatkan pendekatan yang berstrategi dalam meningkatkan jualan, mengurangkan kos dan seterusnya optimumkan operasi. Itu saja caranya yang anda dapat buat dan kalau tak mau cara itu, anda hanya boleh fikirkan untuk tutup saja bisnes dan mengelakkan dari terus buang masa dan duit.
Saya teruskan kepada langkah-langkah asas membaik pulih perniagaan bermasalah anda sekarang. Teruskan membaca di bawah.
1. Siasat kedudukan kewanganAnda perlu buka dan semak aliran bulanan duit keluar masuk perniagaan anda sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Atau sejak mana kerugian atau masalah bisnes tak untung mula berlaku.
Ini masalah yang ramai usahawan kecil, lebih-lebih lagi yang mikro hadapi. Mereka tak pernah catit, duit in & out secara terperinci. Paling bagus yang mereka biasanya amalkan adalah sentiasa bank-in duit yang dijana dari perniagaan, dan buat bayaran dalam setiap pembelian hanya dengan menggunakan duit dari akaun yang sama. Tapi ia jadi rumit bila semua perbelanjaan peribadi di campur adukkan dalam akaun yang sama. Bertambah rumit untuk analisa status kewangan apabila semua duit masuk dan keluar hanya dari poket tanpa sebarang catitan.
Apapun, langkah pertamanya adalah  anda perlulah selesaikan semua masalah catitan duit keluar masuk di atas supaya sekurang-kurangnya penyata ringkas untung dan rugi bisnes anda dapat dibaca dengan jelas. Buat secara asas saja tanpa perlu ikut teknik terperinci prinsip akaun yang anda belajar di universiti dulu. Lupakan sebentar kursus diploma akaun anda tu.
Duit In & OutApa yang anda wajib semak dari aliran duit keluar masuk, untung dan rugi setiap bulan itu adalah cari di mana pembaziran berlaku, perbelanjaan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat dari segi bisnes anda perlu dicari dan perbaiki atau cantas terus. Semua itu melibatkan urusan perbelanjaan yang berlaku dalam perniagaan anda setiap hari, mingguan atau bulanan. Saya tak jelaskan perincian atau cara buat kiraan untung & rugi di sini sebab akan jadi panjang berjela pula artikel ini.
Biasanya saya akan kategorikan perbelanjaan kepada 4 kategori seperti di bawah.

Perbelanjaan yang besar:Manfaat besarManfaat sikitPerbelanjaan yang sikitManfaat besarManfaat sikit

Anda perlu mulakan dengan kategori C seperti dalam gambarajah di atas terlebih dulu. Untuk lebih mudah, cuba fikirkan semua perbelanjaan yang anda keluarkan dengan tujuan untuk gembirakan pelanggan tetapi hakikatnya, mereka langsung tak hargainya. Ini cantas terlebih dulu supaya anda tak syok sendiri, ini bukan kerja kebajikan, tapi perniagaan.
Salurkan semua usaha anda kepada urusan dalam kategori B. Apa saja kos yang kecil tapi pelanggan sangat teruja, sangat hargai, sumbat sampai penuh dan tambah lagi atau cari lagi segala idea yang seumpamanya.
Seterusnya, untuk kategori D, cuba fikirkan jalan kalau boleh bawa ke bawah supaya dia masuk ke kategori B. Begitu juga kategori A, fikirkan cara untuk naikkan dia ke kategori B. 
Kes sama juga terhadap perbelanjaan kepada staff. Buang mana perbelanjaan yang besar tapi tidak dihargai oleh mereka Fokus kepada kos yang sedikit tetapi staff sangat hargai. Begitulah prinsipnya untuk semua urusan perbelanjaan.
Semak hargaSemak semula semua harga yang anda tawarkan kepada pelanggan terhadap setiap perkhidmatan yang anda buat satu persatu. Bandingkan harganya dengan pesaing dan buat penilaian kelebihan dan kekurangan setiap khidmat yang ditawarkan. Dalam bahasa mudah, buat analisa SWOT.
Walau apapun harga yang anda letakkan demi nak lawan pesaing, pastikan harga itu dapat biayai kos semua perlaksanaannya dan dalam masa yang sama ada keuntungan untuk syarikat.
Jika harga yang anda berikan selama ini terlalu rendah dan tidak ada untung, pakej semula tawaran dengan cara yang berbeza, tokok tambah supaya lebih baik dan menarik dan dapat meyakinkan anda untuk naikkan harganya supaya mampu jana keuntungan.
Jika tak boleh dah nak ubah apa-apa lagi, jadikan tawaran itu sebagai produk pemasaran untuk menarik pelanggan sasaran yang sesuai di mana anda boleh menawarkan tawaran premium yang mampu memberi pulangan yang tinggi keuntungannya.
Semak semua ukuran pentingAnda tak dapat buat apa-apa penambahbaikan terhadap perkara yang anda tak pernah atau tak boleh ukur. Itu yang saya maksudkan dengan semua ukuran penting. Antara ukuran penting adalah:

Kos dapatkan pelanggan - Berapa perbelanjaan yang anda terpaksa keluarkan untuk dapatkan seorang pelanggan baru.Tempoh setia pelanggan - Sekali masuk jadi pelanggan, berapa lama mereka kekal setia dengan syarikat anda.Kekerapan - Semak setiap pelanggan setia yang anda ada dan kira berapa kerap berlaku pembelian dari mereka dalam satu tempoh, sebulan atau setahun. Kemudian buat kiraan puratanyaKadar keuntungan - Berapa Profit Margin bisnes anda sekarang sama bersih atau kasar, sila pantau. Sila ambil perhatian ! - Jangan keliru antara Mark-up dengan Profit Margin.
2. Menjana pelangganPerkara pertama yang anda perlu lakukan dalam menambah baik proses penjanaan pelanggan adalah semak semula pelanggan yang anda sasarkan dan betulkan semula supaya ada perubahan yang dapat membantu penjanaan keuntungan bisnes anda.
Ingat apa yang saya kata di atas tadi untuk menarik pelanggan yang berminat terhadap produk premium. Salah satu cara untuk menarik pelanggan baru adalah dengan memilih servis yang ada permintaan tinggi sebagai pintu masuk pelanggan ke perkhidmatan anda.
Sentiasa ingat!

Sasarkan pelanggan yang betul, yang mencukupi jumlahnya untuk jadikan perniagaan anda untung dan bertahan.
Pemasaran digitalPastikan perniagaan anda wujud di semua platform digital yang penting seperti Google My Business, FB, TikTok atau lain-lain medsos yang bersesuaian dengan bisnes anda. Tapi yang wajib ada adalah Google My Business, itu penting untuk bisnes perkhidmatan yang bertasaskan bila ada masalah baru pelanggan kelam kabut mencari. Ramai yang akan buka google search untuk dapatkan perkhidmatan yang mereka perlukan pada masa kelam kabut itu.
Jangan lupa peruntukkan sedikit bajet untuk Google Add atau FB Add. Dan pertimbangkan untuk mengadakan booking secara online.
Program rujukanBerikan insentif kepada pelanggan setia anda untuk rekomen kawan atau kenalan mereka kepada bisnes anda. Boleh bagi diskaun, cash reward atau apa saja yang bernilai untuk mereka.
KerjasamaCari syarikat lain yang kongsikan jenis pelanggan yang sama dengan anda untuk jalinkan kerjasama atau bisnes lain yang anda boleh pakej antara produk / servis mereka dengan apa yang anda ada.
3. Tingkatkan jualan & upselling
Rangka pakej kontrak setahun atau lebihGabungkan tawaranKhidmat kecemasan dengan harga tinggiLatih team operasi menjual
4. Tingkat produktiviti
Adakan SOP dan latih staff elak kesilapan supaya tidak berlaku return job.Optimumkan kos logistik dan persediaanBeli pukal barang kerap gunaOut-source semua kerja tidak utama seperti marketing, accounting dll kepada mereka yang cekap dan dapat berikan khidmat terbaik dengan harga lebih bagus jika anda buat sendiri.Ambil deposit dari pelanggan untuk elak kena kencing
5. Ikat pelanggan
Ikat mereka supaya tak dapat lari pergi ke pesaing anda.Buat 100% follow up terhadap setiap pelanggan yang sudah mendapatkan khidmat anda.Beri diskaun khas kepada pelanggan setia.Simpan database no perhubungan mereka dan uruskan peringatan dan jalin hubungan secara automatik dengan menggunakan teknologi seperti whatsapp dan sebagainya.
6. Tambah perkhidmatan yang untuk tinggiSaya akan terangkan bila ada masa dan bila rajin nanti.
7. Mantapkan reputasi onlineAakan diterangkan nanti
8. RebrandingKalau syarikat dah punya nama buruk, elok re-brand ..
9. Pantau & adjust
Mana strategi yang berikan hasil bagus, gandakan usaha di situMana yang tak berhasil segera tong sampah kan dan ubah pendekatan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hidupringkas.com/2025/04/cara-untuk-selamatkan-perniagaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 139 hits
Penjelasan Berkenaan Hukum Menggunakan Duit Raya Anak Anak Dalam Agama Islam Untuk Pengetahuan Bersama Duit raya merupakan pemberian yang diberikan oleh tuan rumah biasanya dalam sampul raya sebagai tanda hadiah atau sumbangan kepada tetamu...
Penumpang Air India Kencing Ahli Perniagaan Jepun Dalam Pesawat

Penumpang Air India Kencing Ahli Perniagaan Jepun Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 93 hits
AgensiNEW DELHI Seorang penumpang dalam penerbangan Air India dilaporkan telah membuang air kecil ke arah ahli perniagaan Jepun dalam kejadian yang berlaku pada 9 April lalu Menurut media India NDTV syarikat penerbangan itu mengesahkan keja...
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 207 hits
Apa yang seronok sangat dengan berniaga kedai runcit ni Adakah anda berminat untuk memulakan dan menguruskan perniagaan kedai runcit anda sendiri Jika ini adalah perniagaan pertama anda apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca perkongsi...
Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

Konsep Panduan Mencari Idea Perniagaan Yang Dapat Menjadikan Hidup Anda Berbaloi

papar berkaitan - pada 10/4/2025 - jumlah : 121 hits
Aku memang nak sangat berniaga tapi masalahnya tak tau nak berniaga apa Itu adalah ayat yang sering saya dengar daripada mereka yang sedang makan gaji apabila berborak tentang perniagaan Kenyataan itu biasanya hanya punya 2 maksud Blank ter...
Kerajaan Teliti Inisiatif Baharu Perkhidmatan Awam Pm Anwar

Kerajaan Teliti Inisiatif Baharu Perkhidmatan Awam Pm Anwar

papar berkaitan - pada 23/4/2025 - jumlah : 22 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya pada 22 April 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimPUTRAJAYA 22 Apr Datuk Seri Anwar Ibrahim...
Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

Sma Car Rental Perkhidmatan Kereta Sewa Profesional Di Kuantan Pahang

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 105 hits
Assalammualaikum semua Anda sedang mencari perkhidmatan kereta sewa yang profesional mudah dan boleh dipercayai di Kuantan Pahang SMA Car Rental adalah pilihan yang tepat SMA Car Rental beroperasi di bawah syarikat induknya SMA Travel Tours...
Ceroboh Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Di Lipis Ahli Perniagaan Dan Pemandu Jengkaut Didenda Rm200 000

Ceroboh Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Di Lipis Ahli Perniagaan Dan Pemandu Jengkaut Didenda Rm200 000

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 142 hits
RAUB Seorang ahli perniagaan dan pemandu jengkaut masing masing didenda RM100 000 oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah membersihkan tanah kerajaan Pahang di Lipis tanpa kebenaran sah November lalu Tertuduh Bo...
Ini Betul Betul Kena Kencing Penumpang Kelas Perniagaan Basah Kuyup Kena Kencing Dalam Pesawat

Ini Betul Betul Kena Kencing Penumpang Kelas Perniagaan Basah Kuyup Kena Kencing Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 18/4/2025 - jumlah : 74 hits
AgensiBangkok Kelas perniagaan penerbangan Air India ke Bangkok huru hara selepas seorang penumpang membuang air kecil pada penumpang lain The Thaiger melaporkan insiden mengejutkan itu berlaku dalam penerbangan AI 2336 dari New Delhi pada ...
Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 186 hits
Malaysiakini nbsp Dalam satu wawancara bersama Malaysiakini pada tahun 2008 seorang bekas orang kanan Anwar Ibrahim mendedahkan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir sepanjang pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi khususnya berkaitan kea...
Belanja Dania Suami Makan Nasi Daun Pisang Bananabro Melaka

Wanita Bersama 7 Lelaki Belasah Pemuda Hingga Longlai Sudah Ditahan Polis

Cat S Eye Or Commonly Known As Mata Kucing Fruit

Apa Bakal Terjadi Jika Kita Kembali Ke Zaman Nokia 3310

Razer Tingkatkan Pengalaman Seru Untuk Pemain Marvel Rivals

Pensyarah Palsu Identiti Jalin Hubungan Dengan 10 Penuntut

18 Tahun Cuba Buka Akaun Bank Pertama Tahu Diharamkan Dari Semua Bank Di M Sia Sejak 9 Tahun

Rocky S Bru I M Still Standing


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Called For Justice For The Excluded And A Globalisation Of Hope

Nine New Definitions About Meekin365 You Do Not Usually Want To Hear

New Questions About 789plus Answered And Why You Must Read Every Word Of This Report

Build A Strong Brand Identity Startup

Jamuan Raya Di Pejabat

Duri Cinta Bisu