Ceroboh Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Di Lipis Ahli Perniagaan Dan Pemandu Jengkaut Didenda Rm200 000




RAUB: Seorang ahli perniagaan dan pemandu jengkaut masing-masing didenda RM100,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah membersihkan tanah kerajaan Pahang di Lipis tanpa kebenaran sah, November lalu.
Tertuduh, Bong Jau Chong, 79, dan Chong Teck Kong, 62, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Noor Aisah Mohamed selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Sebuah jentera jengkaut dirampas turut dilucuthakkan kepada kerajaan negeri.
Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama didakwa melakukan kesalahan membersihkan tanah milik kerajaan tanpa kebenaran yang sah di Kampung Seberang Jelai, Mukim Telang, Kuala Lipis kira-kira jam 3 petang pada 21 November tahun lalu.
Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 425(1)(b) Kanun Tanah Negara (Pindaan 2020) [Akta 828] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Taqiuddin Azizan dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP), manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Lim Zi Shin.
Dalam hujahan pembelaan, pihak pembelaan memaklumkan anak guamnya tidak melakukan kesalahan jenayah berat dan hanya membersihkan kawasan seluas 0.2 ekar bersebelahan tanah miliknya bagi menghalang kemasukan haiwan liar. Tertuduh juga membuat pengakuan bersalah yang menjimatkan masa mahkamah.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran serta melucut hak jentera disita kepada kerajaan negeri.
Hakim Noor Aisah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM100,000 kepada setiap tertuduh dan menetapkan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda.
Berdasarkan fakta kes, ketika serbuan dilakukan di lokasi kejadian, pihak penguat kuasa mendapati kawasan tersebut dibersihkan seorang individu menggunakan jengkaut.
Tiada sebarang kelulusan diberikan untuk pembersihan kawasan tanah itu. Pihak berkuasa kemudiannya menyita jentera tersebut dan menahan dua individu iaitu pemandu jengkaut dan individu yang memberikan arahan bagi pembersihan kawasan tersebut.
Kedua-dua individu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis dan notis perampasan jentera diserahkan kepada pemandu jengkaut mengikut peruntukan Seksyen 426A(5) Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Hasil siasatan mendapati, pemandu jengkaut merupakan tertuduh kedua menerima arahan daripada tertuduh pertama untuk membersihkan kawasan tanah terletak bersebelahan Lot 864, milik tertuduh pertama.
Pegawai penyiasat turut membuat semakan dengan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk pengesahan kedudukan koordinat ditanda pegawai serbuan.
Melalui surat bertarikh 24 Disember 2024, pihak JUPEM mengesahkan kedudukan koordinat tersebut tidak berada dalam mana-mana lot tanah diukur halus.
Selain itu, semakan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis melalui surat bertarikh 9 Januari 2025 juga mengesahkan lokasi serbuan terletak di tanah kerajaan. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/04/ceroboh-tanah-kerajaan-tanpa-kebenaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

Dua Lelaki Masing Masing Didenda Rm100 000 Ceroboh Tanah Pahang

papar berkaitan - pada 16/4/2025 - jumlah : 255 hits
Seorang ahli perniagaan dan pekerjanya masing masing didenda RM100 000 oleh Mahkamah Sesyen di Raub hari ini selepas mengaku bersalah membersihkan tanah kerajaan negeri Pahang seluas 0 101 hektar tanpa kebenaran pada November tahun lepas Ha...
Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

Tengku Zulpuri Cadang Kerajaan Pahang Tubuh Jawatankuasa Khas Lantik Pakar Tangani Isu Ceroboh Tanah Haram

papar berkaitan - pada 22/4/2025 - jumlah : 52 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang dicadang mewujudkan satu jawatankuasa khas bagi mencari jalan penyelesaian tuntas berhubung isu pencerobohan tanah haram di negeri ini Ahli Dewan Undangan Negeri Tras Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata penceroboha...
Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

Musang King Raub Pas Pahang Tuntut Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja Siasat Kes Ceroboh Tanah Kerajaan

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 185 hits
KUANTAN PAS Pahang hari ini mendesak agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam isu penerokaan tanah kerajaan untuk ditanam pokok musang king di Raub Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Ros...
Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

Pemilihan Pkr 2022 Lebih 67 000 Ahli Undi Dalam Talian

papar berkaitan - pada 8/4/2025 - jumlah : 192 hits
KUALA LUMPUR Pengundian dalam talian bagi Pemilihan PKR 2022 yang dilaksanakan buat julung kali mendapat sambutan baik apabila seramai 67 419 ahli parti itu telah mengundi melalui aplikasi ADIL sejak 18 Mei hingga pada Jumaat Pengerusi Jawa...
Penceroboh Tanah Secara Haram Naik Angin Kerana Kerajaan Pahang Tebang 200 Pokok Durian

Penceroboh Tanah Secara Haram Naik Angin Kerana Kerajaan Pahang Tebang 200 Pokok Durian

papar berkaitan - pada 9/4/2025 - jumlah : 192 hits
Tebang 200 pokok durian k jaan Pahang didakwa langgar perintah mahkamahMalaysiakini nbsp Sekumpulan pekebun durian yang terlibat dalam pertikaian tanah dengan kerajaan Pahang mendakwa pihak kerajaan melanggar perintah mahkamah apabila meneb...
Jpj Berjaya Pungut Hutang Rm65 000 Dari Pemandu Thai Dengan Menyita Van Mereka

Jpj Berjaya Pungut Hutang Rm65 000 Dari Pemandu Thai Dengan Menyita Van Mereka

papar berkaitan - pada 5/4/2025 - jumlah : 159 hits
Beberapa bulan lepas kami bercerita tentang operasi khas dari Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu Ops Saman Tertunggak Kenderaan Pendaftaran Asing Thailand atau lebih dikenali sebagai Ops Tunggak Dalam operasi ini mereka telah berjaya mengumpu...
Penumpang Air India Kencing Ahli Perniagaan Jepun Dalam Pesawat

Penumpang Air India Kencing Ahli Perniagaan Jepun Dalam Pesawat

papar berkaitan - pada 12/4/2025 - jumlah : 131 hits
AgensiNEW DELHI Seorang penumpang dalam penerbangan Air India dilaporkan telah membuang air kecil ke arah ahli perniagaan Jepun dalam kejadian yang berlaku pada 9 April lalu Menurut media India NDTV syarikat penerbangan itu mengesahkan keja...
Harungi Bersama Kim Jongmin Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan

Harungi Bersama Kim Jongmin Selamat Bernikah Dengan Ahli Perniagaan

papar berkaitan - pada 21/4/2025 - jumlah : 47 hits
Pada 20 April Kim Jong min dan tunangnya yang bukan dari kalangan selebriti akan melangsungkan perkahwinan mereka dalam satu majlis tertutup di Hotel Shilla Seoul Artikel Berkaitan Demi menghormati privasi isterinya yang bukan selebriti Kim...
Ada Kowtim Tidak Masuk Akal Beratus Ratus Ekar Tanah Kerajaan Ditebang Tebas Dan Ditanam Durian Musang King

Ada Kowtim Tidak Masuk Akal Beratus Ratus Ekar Tanah Kerajaan Ditebang Tebas Dan Ditanam Durian Musang King

papar berkaitan - pada 15/4/2025 - jumlah : 139 hits
KUALA LUMPUR Bekas penasihat media Perdana Menteri berpendapat isu penerokaan tanah secara haram bukanlah sesuatu yang baru berlaku dan sukar untuk diterima ia terlepas daripada pengetahuan pihak berkuasa Menulis di media sosial A Kadir Jas...
Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E Dagang Yang Semakin Melangkaui Persaingan Harga

Compartment Food Box Custom Solusi Ideal Untuk Makanan Seimbang Menarik

Itu Keputusan Hakim Peguam Negara Pm Anwar Tak Masuk Campur Urusan Dnaa Najib

Beli Iphone Murah Bawah Rm2000 Di Malaysia Refurbished Vs Second Hand Mana Lebih Berbaloi

Hiburan Yakin Dan Merdu Suaranya Nur Fazura Lancar Lagu Baru Berjudul Luar Biasa Kolaborasi Bersama Ade Govinda

Ustaz Azhar Idrus Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia Pesan Jangan Letak Harapan Tinggi Tiada Yang Sempurna

Honey Trap When Seduction Meets Spycraft In The Shadows Of Power

Pas Sudah Melupakan Shahidan Kassim Annuar Musa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Power Rate Exemptions For Low Usage Consumers

Loke Klia Aerotrain Delays Due To Safety Tests

Garlic Oyster Lamb

Upsi Oriental Daily 19 06 2025

Lirik Lagu Tunggu Aku Danial Ismail And Hyqal Haidy

Pokok Cili Padi Vs Pokok Ciku Di Kebun Kecilku