Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat
Dalam konteks pengiklanan visual (Facebook, Instagram, Surat Khabar), benda pertama yang kita kena mahir adalah tarik perhatian. Bila mana kita berjaya tarik perhatian. Itu petanda awal iklan kita akan di baca
Antara fakta yang kita kena faham ialah manusia sibuk.
Sibuk dengan hal masing-masing. Kalau dia tak sibuk pun, dia akan buat-buat sibuk. Ya, itulah asal sifat manusia
“Manusia yang paling sibuk adalah manusia yang tak buat apa-apa”Jadi apa perlu kita buat
Jika iklan kita tak mampu menarik perhatian mereka
Jangan harap mereka nak baca keseluruhan apa yang kita tulis
Sebab itulah headline merupakan ‘nadi’ paling penting dalam penulisan iklan. Dan pada hari ini, kita akan belajar
Bagaimana ingin menulis headline yang memukau kurang 5 saat. (Maksud 5 saat bukan pada cara nak tulis. Tapi ketika pembaca membaca headline tersebut)
1. Tujukan kepada 1 kelompok yang spesifik sahaja.Ingat lagi kisah pasal manusia? Manusia sentiasa sibuk
Jika sesuatu perkara itu tak ada kena-mengena dengan mereka. Mereka akan abaikan. Dan mula sibukkan diri dengan benda lain
Jadi antara cara cepat untuk tarik perhatian adalah dengan panggil mereka. Manusia sangat alert (berwaspada) jika sesuatu situasi itu melibatkan diri merekaContoh nama anda ‘Ali’
Jika saya panggil; “Ali, sila ke depan”. Sudah tentu anda akan fokus, apa yang saya nak sampaikan
Mudah je teorinya. Bila ada orang panggil kita. Kita akan ‘angkat tangan’ & berkata;“YA! Aku disini, kenapa?”
Ini juga antara sebab, kenapa kebanyakkan headline yang menjual itu hanya fokus untuk 1 kelompok pelanggan sahaja. Sebab ia lebih personalize
(Banyak case study dari klien kami yang berjaya dengan headline jenis ini)Saya amat menantikan jika suatu hari nanti. Facebook kemaskini sistem iklan mereka. Sehingga kita boleh panggil seseorang dengan ‘Nama’. Mesti menarik bukan
Jadi, jangan panggil semua orang. Semakin umum sesuatu headline ditulis, semakin susah kita nak minta mereka ‘angkat tangan’
Bak kata orang puteh;“When we talk to everybody, we talk to nobody”Bila kita cuba cakap dengan semua orang. Sebenarnya kita tak bercakap dengan sesiapa pun
Contoh yang saya bawakan disini. Bayangkan diri anda sebagai pembaca yang suka travel, mana satu headline yang lebih menarik perhatian;Suka travel?Suka travel ke eropah?Suka travel ke eropah pada musim salji?Cuba pilih yang mana satu? 1, 2 ke 3
Ikut kajian saya & team Fames. Semakin spesifik, semakin mudah orang tertarik dengan sesuatu headline
Ok. Selepas selesai pemahaman ini. Kemudian kita pergi kepada poin nombor 2
2. Kenalpasti apa manfaat no.1 yang pelanggan kita nak.Ia bergantung kepada kelebihan produk & kemahuan pelanggan anda
Kunci untuk tahu dengan cepat apa yang pelanggan mahukan adalah dengan mendengar penuh teliti. Senang cerita ‘tadah telinga’ apa yang pelanggan cakap
Ia biasanya terbahagi kepada dua bentuk;Apa yang pelanggan selalu komplen?Apa yang pelanggan selalu tanya?Dua soalan ini penuh bermakna
Soalan yang ditanya merupakan petunjuk itulah manfaat utama yang mereka cari dalam produk/servis kita. Manakala komplen adalah apa yang pelanggan tak mahu
Sebagai contoh, jika anda menjual power bank kepada lelaki yang suka travel jauh;Kita kena tahu power bank yang macamana lelaki travel inginkan?Dan kenapa dia cari manfaat seperti itu?Kita hanya dapat jawab 2 soalan di ini
Jika kita beri peluang kepada telinga kita untuk mendengar apa yang pelanggan tanya & komplen. Contoh soalan yang sering ditanya:Soalan tentang kemahuan – “Power bank ini, boleh caj berapa kali?”
Sebab datang dari komplen – “Baru caj 2-3 kali dah habis bateri”
Jika anda sudah tahu apa yang mereka inginkan. Barulah anda gabungkan poin nombor 1 & poin nombor 2
Untuk menggabungkan-nya, lihat poin nombor 3
3. Buat headline jenis offer berdasarkan maklumat poin nombor 2.Bila anda sudah tahu manfaat yang prospek betul-betul cari
Ia sudah menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu masukkan sahaja manfaat tersebut di bahagian headline seperti:Poin 1 – Suka travel ke eropah pada musim salji?Poin 2 – Bateri cepat habis. Power bank ini boleh caj lebih 20 kali.
Sebagai copywriter untuk syarikat-syarikat SME. Saya lihat pada tahun 2016. Manusia semakin terdedah dengan teknologi
“Dah kenapa cerita pasal teknologi?” – Sabar. Ada kena mengena dengan tajuk ini
Teknologi mempengaruhi rutin & tindakan manusia. Jika dahulu manusia boleh bersabar, sekarang semua benda nak cepat. (ditambah dengan sifat semulajadi malas manusia)Begitu juga dalam copywriting. Jika dahulu manusia mampu menunggu 10 saat untuk kita terangkan apa yang kita jual. Kini tinggal 5 saat sahaja
Sebab itu kalau anda perasan. Kenapa iklan di Youtube berdurasi 5 saat sebelum kita dibenarkan ‘Skip’. Semuanya telah dikaji. (Ini tajuk panjang, tak sempat cerita dalam artikel ini)Moral of story, kalau kita tak boleh beritahu dalam masa 5 saat apa yang kita tawarkan, iklan anda ada potensi besar tidak dibaca
Kenapa headline jenis ini sangat berpengaruh & membuatkan orang teringin nak membeli
Headline ini fokus kepada 1 kelompok pelanggan sahaja.Headline ini menawarkan manfaat yang betul-betul pelanggan nak.Pelanggan boleh faham apa yang kita jual kurang 5 saat.Semoga bermanfaat
Untuk keterangan lanjut sila layari Cara Tulis Headline Yang Memukau Kurang 5 Saat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/05/cara-tulis-headline-yang-memukau-kurang.html