Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic
Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic Assalamualaikum, pernah tak korang alami situasi tak cukup tidur dan sepanjang hari tu rasa moodyje? Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena dan jadi terganggu. Badan pun rasa tak bertenaga dan muka pun tak bermaya. Stres je sepanjang hari. Pernah tak jadi macam tu?
Macam Lisa ni lagi la, kerja setiap waktu berhadapan dan berurusan dengan orang, lagi la amat terkesan kalau tak cukup tidur. Lagi-lagi kalau mengadap customer yang macam-macam perangai. Mood boleh swing wehh!
Berapa Jam Pula Sebenarnya Diperlukan Untuk Mendapat Tidur Yang Mencukupi?
Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggung jawab seharian. Dari apa yang Lisa tahu, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam.
Dulu, Lisa ada kerja hakiki. Malam balik rumah dari kerja kena siapkan job lain pula, buat artikel blog, buat video dan editing sepanjang malam. Memang tak cukup tidur! Kadang tu dapat tidur sejam je sebelum subuh.
Sekarang Lisa dah tak kerja dengan orang, kerja sendiri je. Jadi sekarang ni Lisa dah boleh atur jadual harian dengan lebih baik. Antara menjadi keutamaan Lisa adalah waktu tidur. Lisa akan pastikan waktu tidur Lisa adalah mencukupi kerana dengan tidur yang cukup Lisa boleh kawal emosi, mood dan lebih bertenaga serta ceria untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Takkan suami bangun pagi nak mengadap muka stres Lisa disebabkan tak cukup tidur kan? Nanti kalau ada anak lagi la. Lagi bertambah-tambah tanggungjawab Lisa.
Kurang tidur ni sebenarnya banyak keburukannya. Kurang tidur boleh menyebabkan moody, tak relaks dan mudah stres. Selain dari itu juga, jika kurang tidur secara berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kenaikan berat badan. Arwah mak dulu meninggal disebabkan pembuluh darah pecah akibat darah tinggi. Dulu masa arwah mak muda, mak kuat kerja dan selalu tak cukup tidur. Lisa pun bukannya muda selama-lamanya. Ni dah kahwin memang kena pandai bahagikan masa antara waktu kerja dan waktu rehat.
Punca Kurang Tidur
Stres di tempat kerja dan tambahan kerja-kerja sambilan lain, dengan nak kejar dateline dan nak capai target bulanan merupakan antara salah satu punca Lisa kurang tidur dan kadang-kadang tu tak dapat tidur dengan lena. Bila memikirkan nak kejar dateline tu membuatkan Lisa kurang dapat tidur yang cukup.
Kurang tidur umumnya sering disebabkan oleh beberapa hal berikut ini:
● Stres
● Konsumsi minuman berkafein terlalu banyak atau dekat waktu tidur
● Tidur dalam kelaparan
● Tidur dengan lampu bercahaya
● Tuntuan kerja malam
● Insomnia
Dulu Lisa tak begitu ambil kisah tentang kesihatan, lebih-lebih bab tidur. Fikir diri ni masih muda dan masih sihat lagi. Lagi-lagi waktu belajar dulu. Memang selalu tidur lewat sebab siapkan assignment. Kadang tu tak tidur pun semata-mata nak siapkan. Tapi, sejak arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi, Lisa mula ambil serius bab kesihatan. Dulu sendiri je tapi sekarang ni dah berdua. Mana tahu ada rezeki, jadi bertiga pula. Perjalanan hidup Lisa masih Panjang lagi. Bila umur semakin meningkat ni, Lisa perlu utamakan kesihatan.
Tidur Lebih Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic
Sebelum ni, Lisa banyak buat review produk dari Eskayvie antaranya Eskayvie Diffenz, Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie Phytax. Baru-baru ni Eskayvie telah keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic.
Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan bagi membantu untuk mengatasi masalah sukar tidur serta mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu juga ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.
Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil.
Dibawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.
Phosphatidylserine
● Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung.
● Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
● Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar.
● Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.
Ashwagandha KSM-66
● Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
● Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
● Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
● Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
Bacopa Monnieri
● Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat.
● Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
● Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
● Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
Magnesium
● Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak.
● Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
● Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
Selenium
● Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
● Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
● 100% Bahan Semula Jadi
● Rasa Tropika Yang Enak
● Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
● Tanpa Gula Tambahan
● Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
1. Mengatasi gejala Brain Fog
2. Merangsang perkembangan sel otak
3. Menguatkan memori
4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
7. Menjadikan lebih ceria & gembira
8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Cara Pemakanan
1. Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
2. Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
3. Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
*Cara penyimpanan: Simpan dibawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.
Feedback Pengguna
Kalau korang tengok feedback-feedback pengguna diatas ni, ramai diantara mereka yang memberikan respon yang baik selepas amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Dari yang susah tidur dan tidur tak lena kini lebih mudah tidur dan dapat tidur dengan lebih lena serta dapat deep sleep. Bangun pagi pun rasa badan lebih bertenaga, cergas dan ceria.
Ikuti video perkongsian dari Puan Seriwati Ismail, 52 tahun yang asyik moody je kalau badan rasa lesu disebabkan tak cukup tidur. Selepas 7 hari amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten kini beliau setiap pagi bangun tidur badan lebih bertenaga, lebih tenang dan tak moody lagi kerana dah mudah tidur dan dapat tidur nyenyak setiap malam.
Tidur Cukup Untuk Emosi Yang Stabil
Tidur dan emosi seseorang tu sangat berkait rapat. Seseorang yang tak cukup tidur memang emosinya akan terganggu. Ini adalah kerana otak tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila emosi tak stabil, itu yang terjadinya moody, cepat marah, stres dan sebagainya.
Lisa dah lalui semua perkara diatas sebelum ni. Bila dah kerja sendiri ni, Lisa bebas untuk atur masa Lisa sendiri. Sibuk tu memang sibuk, tapi Lisa dapat bahagikan masa tidur Lisa dengan lebih teratur dan Lisa akan pastikan Lisa dapat tidur yang mencukupi setiap hari.
Mungkin adakalanya juga Lisa akan lalui waktu susah nak tidur atau tak dapat tidur yang lena. Siapa tahu kan? Bila umur semakin meningkat ni, nak dapat tidur yang betul-betul berkualiti memang susah. Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan sukar nak tidur dan tidur tak lena. Alhamdulillah, dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu Lisa untuk mudah tidur dan tidur dengan lebih lena.
So, kalau korang berminat nak try Eskayvie Mindtropic ni, korang boleh layari website dan social media Eskayvie pada link dibawah.
WEBSITE
www.eskayvie.com
INSTAGRAM
https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
FACEBOOK
https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ciksepet.com/2022/12/cara-tingkatkan-kualiti-tidur-hanya-dengan-eskayvie-mindtropic.html