Siapa Tidur Di Tengah Itu


Siapa tidur di tengah itu?
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt)

Memang sah asrama tempat aku menginap ini memang berhantu. Sudah beberapa kali aku dan rakan-rakan sebilik ‘terkena’, tapi kami masih kuatkan semangat dan berharap agar gangguan itu tidak berulang lagi tetapi nampaknya jangkaan kami meleset. Apa Gangguan tersebut seakan tiada pengakhiran.

Asrama tempat aku menginap di Nilai ini ada tiga bilik tidur dan satu bilik mandi. Ada dapur, ruang tamu dan balkoni untuk menyidai pakaian. Setiap bilik pula dibekalkan dua katil, jadi satu bilik menempatkan dua pelajar. Rakan sebilikku, Mimi yang berasal dari Melaka.

Pada mulanya aku bercadang untuk berulang alik ke kolej dari rumah yang terletak di Cheras kerana bila difikirkan jaraknya tidaklah jauh mana, tetapi memandangkan ramai rakan yang memujukku tinggal bersama di asrama, terus aku setuju. Sekurang-kurangnya mudah juga untuk mengulangkaji pelajaran bersama mereka nanti.

Seminggu selepas menginap di asrama sudah pelbagai perkara pelik aku alami. Pernah pada suatu malam ketika aku ingin lelapkan mata, tiba-tiba telingaku menangkap bunyi aneh dari ruang tamu. Bunyi bising seperti kerusi dan meja ditarik berulang kali.

“SREETTTT… SREETTT…”

“Eh, siapa pula yang tarik kerusi meja di luar tu,” bisikku dalam hati sambil bingkas bangun dari katil. Aku kejutkan Mimi yang sedang baring sambil mendengar lagu dari telefon bimbitnya. Terus dia keluarkan earphone yang tersumbat di telinganya.

“Ada apa? tanyanya sambil memandang ke arahku. Aku memintanya senyap.

“SREETTT…SREETTT..”

Bunyi seakan kerusi dan meja ditarik jelas kedengaran. Kami berpandangan.

“Eh, entah-entah budak-budak bilik sebelah ini ada di luar agaknya, jom kita tengok,” ajak Mimi.

Sebaik sahaja keluar sekali lagi kami berpandangan. Kerusi dan meja di ruang tamu elok tersusun. Bilik rakan lain juga nampak senyap dan berkunci, jadi bunyi apa pula tadi?

Keesokan ketika sedang bersiap untuk ke kelas aku dan Mimi bertanya rakan-rakan serumah. Semuanya terlopong dengar cerita kami. Kata mereka, awal lagi mereka sudah masuk tidur dan tidak sedar apa yang berlaku.

Kejadian kedua pula berlaku selang beberapa hari kemudiannya. Ketika aku baru ingin melelapkan mata tiba-tiba telingaku menangkap sayup-sayup bunyi tangisan. Bunyi itu turut didengar oleh Mimi.

“Eh, kau dengar tak bunyi orang menangis? Siapa pula eh?” tanyanya kepadaku.

Aku geleng kepala. Aku pasang telinga lagi. Bunyi isak tangis yang diselang sedu sedan itu cukup jelas kedengaran.

“Aku rasa suara ini bukan dari rumah kita. Bunyinya jauh dan sayup, lepas tu suara macam tangisan budak lelaki pula,” kata Mimi perlahan.

Aku tarik tangannya ajak keluar untuk memberitahu rakan-rakan. Namun sebaik sahaja melangkah keluar tiba-tiba bunyi tangisan itu hilang. Lantas kami ketuk bilik rakan lain untuk beritahu apa yang kami dengar. Kami berkumpul di ruang tamu. Tiba-tiba suara tangisan kedengaran lagi. Namun kali ini cukup jelas dekat dengan kami.

“Eh, cuba dengar betul-betul. Aku rasa bunyinya datang dari tandas kita ni,” kata Shila gementar.

Niat untuk meninjau keadaan di tandas ketika itu terus kami batalkan kerana semuanya takut. Akhirnya kami mengunci diri di bilik masing-masing. Malam itu, aku dan Mimi tidur sekatil kerana takut yang teramat.

Aku fikirkan kejadian itu berakhir di situ namun anggapanku meleset. Keesokan malamnya sekali lagi aku diduga dengan kejadian lebih menakutkan.

Malam itu aku rasakan cukup panas sehingga susah untuk lelapkan mata. Rasa rimas dan gelisah. Aku toleh ke arah rakanku Mimi di katil sebelah, nampak dia sudah lena dibuai mimpi. Lantas aku capai telefon bimbit di tepi bantal.

“Sudah hampir 12 tengah malam,” bisik hatiku.

Disebabkan mata masih segar aku terus melayan telefon bimbit yang ku pegang. Aku scroll dan baca status-status di media sosial, harapanku dengan cara itu mata akan jadi mengantuk.

Dari cahaya skrin telefon bimbit dan cahaya lampu di luar koridor aku jeling ke arah Mimi yang sedang dibuai mimpi. Nampak dia nyenyak tidur di samping bantal golek panjangnya. Tiba-tiba hatiku berdetik bila masa pula dia ada dua bantal golek panjang, setahuku hanya ada satu yang sering diusung ke sana sini.

Aku angkat separuh badan sambil menjengah ke arahnya. Tiba-tiba jantungku berdegup kencang dan tubuh rasa menggeletar. Apa yang ku saksikan ketika itu memang jelas.

Walaupun cahaya lampu agak suram namun aku dapat melihat objek yang berada di tengahnya ketika itu adalah sekujur tubuh yang dibaluti kain putih. Pocong!

Waktu itu hanya Tuhan sahaja tahu keadaanku. Rasa ingin menjerit untuk kejutkan rakan-rakan lain, namun lidahku kelu. Tanpa sedar aku terjelepok jatuh di tilam.

Keesokannya aku tersedar setelah dikejutkan Mimi yang sedang bersiap ingin ke kelas. Aku jeling ke arah katilnya.

Memang sah dia hanya ada sebiji bantal peluk panjang bersarung merah jambu di situ. Sebaik bangun kakiku terasa longlai dan lemah untuk melangkah. Tidak tahu bagaimana ingin aku ceritakan peristiwa malam tadi. Lantas aku terfikir adakah perlu untuk aku tinggal di sini lagi?

SOURCE: UTUSAN – Mingguan Malaysia

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2022/12/siapa-tidur-di-tengah-itu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Reen Rahim Kahwin Guna Duit Sendiri Ramai Salah Faham Tajaan Rm15 Juta Kalau Sebanyak Itu Lebih Baik Sedekah

Reen Rahim Kahwin Guna Duit Sendiri Ramai Salah Faham Tajaan Rm15 Juta Kalau Sebanyak Itu Lebih Baik Sedekah

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 308 hits
PELAKON Reen Rahim menjelaskan tajaan yang diterima untuk majlis perkahwinannya hanyalah aksesori barang kemas yang dipakai bernilai RM15 juta dan bukannya perbelanjaan keseluruhan Kata Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim 3...
Apa Itu Affiliate Network

Apa Itu Affiliate Network

papar berkaitan - pada 25/12/2022 - jumlah : 170 hits
Program Affiliate Marketing telah terbukti mampu untuk memberikan pendapatan sampingan yang baik kepada para pesertanya Satu masa dulu pendapatan dari program affiliate cukup untuk digunakan bagi tujuan membayar bil internet setiap bulan Ta...
Apa Itu Memcached Ketahui Penjelasannya Di Artikel Ini

Apa Itu Memcached Ketahui Penjelasannya Di Artikel Ini

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 198 hits
Apakah kamu pernah mendengar istilah memcached Jika belum mari simak artikel di bawah ini untuk mengetahui apa itu memcached dan bagaimana cara untuk mengaktifkannya Memcached merupakan teknologi caching memory generasi awal dan lebih popul...
Makan Roti Nan Pak Putra Yang Famous Itu Lepas Balik Jalan Jalan Jonker Walk Melaka 2022

Makan Roti Nan Pak Putra Yang Famous Itu Lepas Balik Jalan Jalan Jonker Walk Melaka 2022

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 243 hits
Assalammualaikum Dunia Belek belek handphone Banyak nau gambau Nampak nau tak buat entry kat blog Tunggu roti nan Pak PutraPak Putra Restaurant Takut gambau hilang lagi sedih Dah lar malas nak transfer gambau kat lappy Nak cuci pun malas Ka...
Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Perkeso Carsome Kerjasama Lancar Inisiatif Bantu Pencari Kerja

Time Management For Entrepreneurs

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda

Anwar Kena Jawab 1mdb Gugur Saman Terhadap Riza Aktivis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bukan Sekadar Lafaz Musim 2 Slot Akasia TV3

Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton


Kelebihan Berkahwin Dengan Pasangan Anak Sulung

Info Yang Korang Kena Tau Mengenai Masalah Tiroid Yang Pelbagai

Ai Chat Bot Python 10

Homework

Gut Health For Pets How Digestion Impacts Mood Energy And Overall Well Being

Kajian Mendapati Mod Gelap Tingkatkan Penggunaan Bateri