Cara Terbukti Berkesan Hasilkan Income Dari Program Affiliate Klikjer


Negara kita masih lagi berada dalam fasa lock down. Kes Covid-19 masih belum menunjukkan ada tanda-tanda akan berkurangan pada ketika ini.
 
Namun, ada satu benda yang menunjukkan penurunan yang agak drastik. Apa dia? Pendapatan dan duit dalam simpanan. Kalau anda termasuk salah seorang yang terkesan dari segi income, saya ingin kongsikan kepada anda, mengenai satu program buat duit online yang mungkin anda boleh pertimbangkan untuk sertai.
 
Pernah dengar tentang program affiliate klikjer?

Program Affiliate Klikjer merupakan satu program yang membolehkan orang ramai yang berminat dengan kerja-kerja marketing, untuk sertai dan menjadi ejen pemasaran bagi syarikat ini. Syarikat ini berdaftar dengan SSM dengan nama Klikjer Publishing (002746251-P).
 
Program ini menawarkan komisen jualan sebanyak 50% daripada harga produk yang kita promosikan sekiranya berjaya menghasilkan jualan. Andai kata anda memilih untuk mempromosikan produk yang berharga RM100 dan anda berjaya dapatkan jualan, maka komisen yang akan dibayar kepada anda adalah sebanyak RM50.
 
Ini bermakna lagi mahal harga produk yang anda promosikan, maka lagi besar komisen yang bakal anda perolehi.
 
Kalau anda masih belum pernah daftar sebagai affiliate, sila berbuat demikian menerusi pautan ini. Jangan risau pendaftaran sebagai affiliate adalah percuma sahaja.

 
Program Affiliate vs Bisnes MLM Kadang-kadang ada yang keliru antara program affiliate dengan bisnes jenis MLM.
 
Program affiliate tak sama macam bisnes MLM atau network marketing, walaupun mungkin ada beberapa ciri yang kelihatan hampir sama. Lazimnya, untuk menjalankan bisnes MLM, ahlinya diwajibkan untuk membuat pembelian terlebih dahulu. Namun dalam program affiliate, anda tak diwajibkan untuk buat sebarang pembelian.
 
Baru-baru ini, pihak admin klikjer telah mmperkenalkan struktur komisen yang baru untuk program ini.
 
Kalau dulu, kita hanya boleh jana komisen melalui hasil usaha dan kerja pemasaran yang kita sendiri lakukan sahaja. Namun sekarang ini, pihak klikjer telah memperkenalkan sistem overriding komisen.
 
Melalui sistem terbaru ini, setiap ejen affiliate boleh mengajak orang lain yang belum pernah jadi affiliate untuk join program ini dan ejen tersebut layak untuk terima overriding komisen jika ada jualan terhasil.
 
Konsep ini lebih kurang sama dengan bisnes network marketing, yang mana kita sebagai upline layak untuk terima komisen jika level 1 kita membuat jualan atau membuat pembelian. Persamaan yang saya cuba highlight disini adalah dari segi stuktur pembayaran komisen.
 
Maka disini, apa yang boleh saya katakan ialah jika anda nak buat banyak duit melalui program ini, anda boleh guna dua pendekatan iaitu
i. Anda buat kempen pemasaran sebanyak dan sebaik mungkin
ii. Anda bina pasukan affiliate anda sendiri untuk sama-sama mempromosikan produk-produk yang ada di platform klikjer
 
Apa kebaikkan dan kelebihan sistem komisen ini Saya nak sentuh serba sedikit mengenai kelebihan yang terdapat pada struktur komisen yang baru ini.
 
i. Ahli baru boleh dapat bantuan dari affiliate lama yang lebih berpengalaman
Saya faham bukan semua orang yang join program affiliate ini mampu untuk buat jualan dan hasilkan komisen, terutama sekali jika dia masih baru dalam bidang ini.
 
Situasi yang kerap berlaku pada seseorang itu ialah dia begitu bersemangat setelah mengetahui tentang potensi income dari program affiliate lalu dia pun terus daftar sebagai ejen.
 
Kemudian bila dah daftar, dia tak tahu apa perkara seterusnya yang perlu dilakukan. Ada macam-macam persoalan mula berlegar difikiran.
Adakah perlu beli domain dan hosting dulu?
Cukupkah sekiranya buat blog menggunakan platform percuma seperti blogspot?
Bagaimana hasilkan copywriting yang boleh membantu untuk hasilkan jualan?
Adakah perlu keluar duit lagi bagi tujuan iklan berbayar seperti Google Adword dan FB Ads?
Apakah jenis laman web yang patut dibina? Website, minisite, ecommerce atau blog?

 
Semua persoalan ini adalah persoalan yang memang valid. Saya juga pernah berada dalam situasi tersebut. Berita baiknya ialah, jika anda join affiliate bersama dengan ejen lama yang lebih berpengalaman, In Shaa Allah dia boleh bantu anda dan berikan tunjuk ajar.
 
Sebagai timbal balik, tak salah rasanya kan kalau ejen lama tersebut boleh dapat sedikit overriding komisen dari hasil jualan anda, tanpa mengurangkan sedikit pun komisen yang anda berhak untuk terima. Lagipun, komisen tersebut dibayar oleh syarikat, bukannya diambil dari duit poket atau dipotong dari komisen yang anda patut terima.
 
ii. Kerja berpasukan untuk hasil yang lebih baik
Kalau anda merupakan seseorang yang suka bekerja dalam kumpulan, maka dengan struktur komisen baru ini anda boleh bekerja dalam pasukan dan saling membantu antara satu sama lain. Orang yang memperkenalkan program ini ibarat upline anda dan anda boleh merancang strategi bersama dengan upline anda.
 
In Shaa Allah jika anda menemui team yang sama-sama bersemangat nak berjaya, kerja akan jadi lebih seronok dan akan lebih produktif.
 
iii. Leverage kerja pemasaran ejen lain
Kita ajak orang lain untuk jadi ejen affiliate sama seperti kita. Jika dia minat dia akan join.
 
Kemudian dia pun buat kerja pemasaran. Dari kerja pemasaran yang dia buat berlaku jualan dan dia pun dapat komisen.
 
Cuma dalam situasi ini, bukan dia seorang yang akan dapat komisen, kita juga dapat. Ini yang saya maksudkan dengan leverage. Kita tak buat apa-apa tapi masih boleh dapat income.
 
iv. Potensi buat income setiap bulan
Saya tak pastilah sama ada anda suka ataupun tidak kalau boleh dapat income setiap bulan. Kalau saya, ia merupakan satu perkara yang amat saya syukuri.
 
Pada peringkat awal tu, memang agak mencabar sebab usaha pemasaran yang kita buat seolah-olah tak memberi sebarang hasil. Tapi, bila kita dah mula dapat komisen yang pertama, pada masa itu kita akan terus dapat komisen setiap bulan. Ini yang saya sendiri lalui.
 
Baiklah, saya harap setakat ini anda boleh dapat gambaran, apa yang bakal anda perolehi menerusi program affiliate ini. Seterusnya saya akan bincangkan pula langkah demi langkah yang anda perlu lakukan bagi menjana pendapatan menerusi program ini.
 
Langkah pertama – Pilih produk untuk dipromosikan Untuk pengetahuan anda, kebanyakkan produk-produk yang diterbitkan oleh pihak klikjer adalah produk jenis ebook. Pihak klikjer memfokuskan untuk menerbitkan ebook jenis “how to” atau “cara bagaimana…” dan mereka lebih memfokuskan ebook yang mengajar cara-cara untuk jana pendapatan.
 
Anda boleh lihat sendiri di laman web klikjer, senarai ebook yang mereka telah terbitkan.

Cuba perhatikan dari senarai ebook yang telah mereka terbitkan. Adakah mana-mana ebook yang menarik minat anda? Jika ada, pilihlah ebook tersebut. Jika langsung tiada yang berkenan dihati, saya tak galakkan anda untuk menyertai dan mempromosikan produk-produk mereka.
 
Dari pengalaman saya sendiri, saya dapati agak sukar untuk mempromosikan produk yang saya sendiri kurang berkenan. Masa akan lebih banyak dihabiskan, dan hasilnya belum tentu ada.
 
Langkah kedua – Beli produk Setelah anda kenalpasti produk yang mana satu yang anda ingin promosikan, saya amat mengesyorkan anda untuk beli terlebih dahulu produk tersebut.
 
Bila dah beli, ambil sedikit masa untuk baca dan kaji kandungan ebook tersebut. Antara kelebihan yang ada pada orang yang dah beli dan baca kandungan ebook tersebut ialah
i. Anda boleh uji sendiri keberkesanan teknik yang diajar dalam ebook
Kalau ebook yang mengajar cara untuk buat duit dengan berniaga di Shopee misalnya, anda beli dulu ebook tersebut dan luangkan sedikit masa untuk ikut apa yang diajarkan. Dengan ini, anda boleh bercerita menerusi pengalaman sendiri, iaitu pengalaman jadi penjual di shopee dan berapa banyak income yang anda pernah hasilkan.
 
ii. Anda tahu apa kandungan ebook dan lebih mudah untuk bercerita mengenai ebook tersebut
Bila anda dah baca ebook, anda tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh penulis ebook. Maka anda lebih mudah untuk hasilkan konten pemasaran untuk ebook tersebut.
 
Saya juga biasa akan beli dulu produk-produk yang bakal saya promosikan. Kalau dalam konteks program affiliate klikjer ini, salah satu ebook yang saya beli dulu sebelum mula promosikan ialah ebook Bisnes Shopee.

Bila saya dah baca, saya pun hasilkan sebuah artikel yang ada kaitan dengan ebook tersebut. Nak tau apa artikel yang saya tulis?
 
Dalam banyak-banyak topik yang saya boleh tulis, yang relevan dengan topik bisnes Shopee, saya tulis artikel mengenai cara mencari pembekal untuk bisnes shopee. (Ini link artikel yang saya tulis)
 
Kenapa saya pilih untuk tulis artikel tentang topik tersebut?
 
Sebenarnya bila saya tulis artikel ini, saya target golongan pembaca yang mempunyai kriteria berikut
i. Ingin berniaga online secara sambilan di internet tapi tak tahu nak jual apa
ii. Bakal usahawan yang dah tahu nak jual apa, tapi masih belum ada senarai supplier yang boleh diharapkan
iii. Individu yang ingin jana pendapatan sampingan di internet dengan cara yang halal
 
Kebiasaannya kalau seseorang itu menepati kriteria yang saya mahukan, mereka ini pasti akan luangkan masa untuk baca konten yang saya hasilkan.
 
Sekiranya mereka merasakan bahawa info yang saya berikan itu berguna dan dia mahukan info yang lebih padat, mereka ini akan klik pada link affiliate saya dan seterusnya jika dia ada bajet, dia akan beli produk yang saya promosikan.
 
Tapi… saya tak nak beli ebook yang saya promosikan. Ada ke cara untuk saya buat duit melalui program affiliate klikjer ini nanti? Jawapannya sudah tentu ada. Saya akan cerita dibahagian bawah artikel ini nanti. Jadi teruskan pembacaan ya.
 
Langkah ketiga – Bina konten yang ada kaitan dengan produk Bila kita bercakap mengenai konten, ia boleh jadi dalam bentuk
i. Artikel untuk disiarkan dalam blog
Artikel blog biasanya ditulis dalam lingkungan 1,000 patah perkataan atau lebih. Kadang-kadang artikel yang saya tulis panjangnya sehingga 3,000 patah perkataan.
 
Apa yang saya boleh katakan ialah, tak perlu takut untuk tulis panjang-panjang dengan syarat artikel kita itu memang penuh dengan pengisian.
 
Pengguna internet yang sanggup bersusah-payah membuat kajian dan pembacaan di blog selalunya memang mahukan artikel yang lengkap, padat dan informasi tersebut berguna untuk dirinya.
 
ii. Posting media sosial
Posting media sosial selalunya memang lebih ringkas. Kebanyakkan pengguna sosial media tak baca pun posting yang panjang. Mereka lebih cenderung untuk scan sahaja.
 
Justeru kita akan buat posting yang ringkas sahaja, dan jika topik tersebut perlu dihurai dengan agak panjang, anda berikan link ke blog anda.
 
iii. Video pendek untuk tiktok
Tiktok juga berpotensi untuk digunakan bagi tujuan marketing. Pengguna tiktok kebanyakkannya adalah golongan remaja. Jika anda ingin memperkenalkan diri anda dan konten yang anda hasilkan kepada golongan ini, maka bolehlah mula aktif di tiktok.
 
iv. Video yang berdurasi lebih panjang untuk channel YouTube
Saya akui bukan mudah untuk bercakap dan beraksi dihadapan kamera. Saya sendiri lebih selesa menulis di blog berbanding bercakap dihadapan kamera. Terpulang pada anda. Apa yang penting, anda tahu dimana kekuatan anda dan fokus pada kekuatan anda.
 
Langkah keempat – jalankan kerja pemasaran Sekarang ini anda sudah mempunyai konten anda sendiri. Langkah seterusnya adalah mempromosikan konten yang telah anda hasilkan sebelum ini.
 
Ya, anda tak tersalah baca. Anda fokus untuk promosikan konten yang telah anda hasilkan. Bukannya fokus untuk mempromosikan link affiliate anda.
 
Bila anda fokus pada mempromosikan konten anda, dalam masa yang sama, anda sebenarnya sedang membina jenama dan reputasi anda sendiri. Lama kelamaan anda pasti akan mempunyai pengikut (follower) dan satu masa nanti jika anda masih lagi konsisten, anda akan mempunyai follower yang ramai. Pada ketika itu, anda akan lebih mudah dapat sales untuk apa-apa produk yang anda promosikan, sebabnya sales anda datang dari follower anda sendiri.
 
Oleh yang demikian, cuba fokus untuk dapatkan sebanyak mungkin pembaca, jumlah penonton untuk video dan sebagainya.
 
Langkah kelima – Pantau statistik dan prestasi kerja Apa yang kita nak pantau?
 
Pertama sekali, kita nak lihat ada berapa banyak klik yang kita perolehi dalam satu hari. Maklumat ini boleh diperolehi di affiliate panel atau affiliate dashboard.
 
Sekiranya jumlah klik yang anda perolehi dalam sehari masih rendah, contohnya kurang 100 klik, maka ada banyak lagi perkara yang perlu anda perbaiki.
 
Cuba upgrade konten yang telah kita hasilkan. Saya suka ambil contoh, konten yang anda hasilkan dalam bentuk artikel blog. Artikel blog ini kita boleh sentiasa kemaskinikan dan masukkan maklumat-maklumat baru yang sebelum ini mungkin anda sendiri belum tahu.
 
Kali pertama anda tulis mungkin artikel tersebut panjangnya hanya 500 patah perkataan. Kemudian pada satu hari anda dapat info baru.
 
Gunakan info terbaru yang anda dapat itu tadi untuk upgrade artikel terdahulu. Setiap kali anda dapat info baru, tambahkan info tersebut dalam artikel blog yang pernah anda hasilkan dulu. Lama-kelamaan artikel tersebut akan jadi makin panjang dan kandungannya juga akan sentiasa relevan sebab selalu dikemaskini.
 
Pada asasnya, kita tak boleh nak kawal orang lain untuk ikut apa yang kita mahukan. Ini bermaksud, kita tak boleh nak kawal pembaca untuk ikut kemahuan kita dan beli sahaja produk yang kita promosikan. Itu jarang-jarang berlaku.
 
Namun, apa yang boleh kita kawal dan boleh kita lakukan adalah, kita hasilkan konten yang berkualiti dan mampu memuaskan hati pembaca dan penonton video kita. Lazimnya, jika kita dah lakukan yang terbaik, sales itu pasti akan berlaku dengan sendirinya.
 
Buktinya?

Atas ini merupakan bukti email notifikasi yang biasa saya terima setiap kali saya berjaya hasilkan jualan dan memperolehi komisen. Jujur saya katakan, saya tidaklah terlalu fokus untuk menjual, sebaliknya saya lebih fokus untuk hasilkan konten yang lebih baik. Saya akan cuba sedaya upaya untuk hasilkan konten yang lebih baik, berbanding konten yang pernah saya hasilkan sebelumnya.
 
Konten yang bagus selalunya akan menarik pembaca. Dari situ, akan ada pembaca yang klik pada link affiliate dan jika ada rezeki, mereka ini jugalah yang akan membuat pembelian dan menyumbangkan komisen kepada saya.
 
Cara ini tidak pernah mengecewakan saya dan ia selalu berjaya menyumbangkan komisen kepada saya. Jika anda berminat untuk belajar teknik yang saya gunakan dan minat nak sertai team saya, bolehlah hubungi saya. In Shaa Allah nanti kita akan sama-sama usahakan supaya boleh sama-sama berjaya dapat komisen. Ok kan?
 
Saya tak minat nak beli ebook keluaran klikjer… apa yang saya patut lakukan? Ok.
 
Anda tak bercadang untuk beli ebook yang pernah dihasilkan oleh klikjer, tapi anda minat nak jana pendapatan melalui affiliate. Tak ada masalah.
 
Saya pun bukannya beli semua ebook yang pihak klikjer terbitkan. Ada juga ebook yang saya promosikan tanpa saya melihat terlebih dahulu kandungan ebook tersebut.
 
Bagaimana saya lakukan?
 
Dalam situasi ini, saya akan menghasilkan konten yang ada kaitan dengan genre atau niche ebook tersebut, dan saya akan promosikan ebook berkaitan secara tak langsung (indirectly).
 
Selalunya saya akan masukkan ayat seperti
Anda minat nak tahu lebih lanjut mengenai topik ini? Apa kata anda muat turun ebook ini…
Ada banyak lagi info yang saya nak kongsikan mengenai topik ini, namun masa akan mencemburui kita, apa kata anda baca sahaja dari laman web ini…
 
Atau apa-apa ayat yang lebih kurang sama maksudnya.

Dari segi penghasilan konten, ianya sangat mudah. Anda boleh sahaja
i. Pinjam buku dari library dan tulis konten berdasarkan buku tersebut
ii. Tiru dan edit artikel orang lain supaya hasil akhir tak kelihatan 100% sama
iii. Terjemahkan artikel bahasa Inggeris atau lain-lain bahasa kepada Malaysia
iv. Buat konten dalam bentuk video berdasarkan konten dalam bentuk artikel
 
Apa yang penting? Jadi kreatif. Fokus untuk hasilkan konten yang terbaik dan yang memenuhi keperluan bakal pembaca anda. Baiklah, saya rasa ini sahaja yang saya ingin kongsikan kali ini, dan jika anda ada sebarang pertanyaan, boleh tanyakan dibahagian komen.
 
Manalah tahu ada mana-mana bahagian yang anda kurang jelas atau kurang faham.
 
 
 
The post Cara TERBUKTI Berkesan hasilkan income dari Program Affiliate Klikjer appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabreehussin.biz/income-dari-program-affiliate-klikjer/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasai Apa Saja Kemahiran Baru Ini Adalah Teknik Terbaik Terbukti Berkesan

Kuasai Apa Saja Kemahiran Baru Ini Adalah Teknik Terbaik Terbukti Berkesan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 347 hits
Sejak dilahirkan lagi kita sebenarnya sudah dibekalkan keupayaan untuk kuasai apa saja kemahiran baru Memang itulah uniknya manusia Anda sama juga macam saya macam semua orang lain juga Kita adalah The post appeared first on
Nak Tahu Cara Paling Mudah Untuk Jana Income Online Sepanjang Musim Pkp

Nak Tahu Cara Paling Mudah Untuk Jana Income Online Sepanjang Musim Pkp

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 381 hits
Nak tahu Cara paling mudah untuk Jana income online sepanjang musim PKP Assalamualaikum dan salam sejahtera Wabak yang sedang melanda dunia ketika ini masih belum menunjukkan tanda tanda untuk reda Malah boleh dikatakan menjadi semakin teru...
Selfiegigi Dr Irma Kongsi Cara Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

Selfiegigi Dr Irma Kongsi Cara Berkesan Hilangkan Sakit Gigi

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 321 hits
Apabila mendengar perkataan sakit gigi ramai orang pastinya akan berasa seriau dan mahu rasa sakit pada gigi dan gusi itu cepat hilang Oleh itu Dr Irma Shida telah memuat naik satu bebenang di laman Twitter beliau untuk menjelaskan cara bag...
Program Perantisan Rm1 000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun Semak Syarat Kelayakan Amp Cara Daftar

Program Perantisan Rm1 000 Bantuan Untuk Belia Berumur 18 Hingga 30 Tahun Semak Syarat Kelayakan Amp Cara Daftar

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 309 hits
Walaupun insentif kepada belia yang tidak bekerja sebanyak RM1 000 telah lama diumumkan namun setiap belia boleh mendapatkan bantuan tersebut dengan membuat pendaftaran melalui portal PenjanaKerjaya Malahan bagi membantu dan menggalakkan pe...
Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan Tiktok

Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan Tiktok

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 508 hits
Ini Cara Mudah Buat Duit Dengan TikTokJangan terperanjat sekiranya ada antara kawan anda yang mengatakan bahawa kita boleh menjana pendapatan melalui TikTok Ianya adalah benar sama sekali Sebenarnya dah ramai content creator yang mula terje...
Ada Mainan Baru Mesti Derma Yang Lama Cara Hanis Disiplinkan Yusuf Alisa Dipuji

Ada Mainan Baru Mesti Derma Yang Lama Cara Hanis Disiplinkan Yusuf Alisa Dipuji

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 368 hits
Bagi yang biasa mengikuti perkembangan Hanis Zalikha di instagram pasti tahu bagaimana caranya mendidik Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah Walaupun seorang ibu yang memanjakan anak ketegasannya tetap ada Isteri kepada Hairul Azreen ini sentias...
Setiap Kali Tunjuk Barang Sebut Nama Rayyan Makin Bijak Ini Cara Elfira Loy Didik Anak

Setiap Kali Tunjuk Barang Sebut Nama Rayyan Makin Bijak Ini Cara Elfira Loy Didik Anak

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 311 hits
Perkembangan anak kita sememangnya tidak sama dengan anak anak orang lain Jadi janganlah cuba membuat perbandingan dengan anak kita Berikanlah anak kita masa untuk anak kita menonjolkan kebolehan dirinya sendiri Inilah yang cuba disampaikan...
Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

Cara Kurus Dengan Amal Minum Air Asam Gelugur

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 317 hits
Air asam gelugor banyak khasiatnya bukan sahaja untuk kuruskan badan atau kurangkan selera makan Ia juga untuk kecutkan rahim Sesuai diminum oleh semua ibu Selain itu ia juga untuk turunkan darah tinggi Jika tiba tiba sakit kepala pun boleh...
Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

Cara Pindah Duit Anak Dan Sendiri Ke Tabung Haji Secara Online

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 780 hits
Sebelum ini saya pindah duit raya anak anak ke Tabung Haji melalui Akaun lain seperti CIMB dan Maybank tapi masa nak cuba Raya 2021 tahun ini tak dapat search Lembaga Tabung Haji di bahagian Paybills CIMB Baru teringat ada THijARI yang jara...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation