Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024
Jika anda mempunyai sebuah Facebook Page, khas untuk persatuan, perniagaan tidak kiralah apa juga sebab anda create sesebuah akaun. Akaun ini akan memerlukan admin untuk menjaganya.
Apakah maksud Admin atau Page Roles Facebook?Secara ringkas, admin atau page roles ini bertindak sebagai ahli yang menguruskan FB Page. Jika anda perseorangan maka andalah admin FB page tersebut. Namun, jika anda membina sebuah page untuk kegunaan syarikat, sekolah atau persatuan, maka admin yang create page ini haruslah menambah lagi admin-admin lain untuk menguruskan dan menyelia page.
Tidak semestinya orang yang create Facebook Page ini adalah kepunyaan "si dia". Harus faham, FB page berbentuk organisasi, syarikat, awam ini bukanlah milik peribadi. Namun untuk create sebuah FB page kita memerlukan "seseorang" untuk membinanya. Seperti mana tugas saya, membina Page Facebook untuk bisnes owner. Setelah siap, page itu akan saya berikan kepada owner.
Syarat Create Page FacebookSyarat utama untuk anda create sebuah Facebook Page adalah anda harus ada akaun Facebook. Ya, betul, Facebook Personal.
Kedua, akaun personal anda sihat, tidak diban dan buat aktiviti suspicious.
Ok baiklah. Saya lihat Facebook baru sahaja menukar alqoritm mereka lagi, kini interface Page Facebook sudah seperti Facebook Personal versi Professional. Namun kriteria dan setting lain masih sama, cuma pertukaran interface dan term admin ditukar kepada "Pages Roles".
Kita akan menggunakan term, page setup, page access dan pages roles. Boleh ya
Cara Tambah Admin/ Page Roles FacebookStep mudah; Ikut je langkah dibawah. Buka page anda; Tekan Setting; Tekan Page Roles; Pergi ke Assign Page Roles, pilih Facebook Access atau Task Access, cari user yang anda nak jadikan admin, kemudian submit.
Langkah panjangnya, sila ikuti panduan bergambar dan tips yang saya berikan untuk anda faham setiap tugas yang bakal anda berikan kepada admin baru atau staff page anda. Mula-mula, buka apps Facebook akaun anda, kemudian, "switch" akaun personal kepada akaun page. Caranya anda tekan pada icon profile picture sebelah kanan dengan 3 garis.
Pilih Facebook page yang ingin anda kendalikan.
Facebook akaun anda akan berubah menjadi profile page. Di dalam kes saya tunjukkan, "Emme Marina" bertukar ke akaun page "Perunding Faraid Wasiat Hibah Kuantan". Mudah sahaja kan
Page Facebook memang memerlukan anda membukanya dari akaun Facebook personal, kemudian barulah anda boleh urus page pula.
Setelah bertukar ke page yang anda ingin tambah admin, atau berikan page access ini kepada orang lain. Sila tekan pada simbol 3 garis sebelah kanan (lihat gambar di atas) untuk pergi ke icon "Setting". Teruskan skroll sehingga anda jumpa "Audience and Visibility", kemudian tekan pada "Page Setup"
Di area "Page Setup", klik "Page Access". Di sinilah anda akan berikan akses page kepada user Facebook yang lain
Akan ada tiga pilihan, tetapi anda hanya boleh pilih dua sahaja iaitu "People with Facebook Access" atau "People with Task Access" .
Maksud Facebook Access atau Task Access adalah seperti di bawah:
Bahasa ringkas;
Task access mempunyai akses yang limited, tidak akan menyentuh hal admin atau kontrol keseluruhan page, manakala Facebook Access tiada terhad, dan boleh melantik user yang lain sebagai admin atau staff untuk membantu menguruskan page tersebut.
Biasanya orang yang dipercayai akan diberikan Facebook Access, dan staff yang tidak ada keperluan menguruskan bahagian admin sebagai task access sahaja.
Jika anda sekadar mahukan seseorang itu menguruskan content, tiada keperluan untuk setup atau manage page Facebook cukuplah sekadar memberi akses task.
Jika seseorang itu diperlukan untuk menguruskan pentadbiran page, maka sebaiknya diberikan akses Facebook.
Setelah anda buat pilihan yang terbaik untuk staff/pengurus media sosial anda, cari nama Facebook mereka atau masukkan email yang mereka gunakan semasa daftar di Facebook.
Sebagai contoh, saya taip nama "Emme", kemudian jika keluar icon user "Emme" yang anda inginkan, tekan pada nama tersebut.
Dekat sini, anda boleh pilih untuk beri full control ataupun tidak. Jika anda bekerjasama dalam trust, anda boleh berikan akses full control, jika tidak, tidak perlu tick. "Emme" tetap akan boleh mentadbir page cuma tidak ada keupayaan untuk memberi izin admin kepada orang lain, delete page atau remove admin lain.
Perkara ini biasa berlaku, ianya pernah berlaku kepada saya tetapi lain kisahnya, saya merupakan stokis yang menguruskan page sendiri, tetapi syarikat ambil alih tanpa reason yang kukuh sedangkan saya boleh sahaja berhenti dan menukar page tersebut untuk kegunaan bisnes yang lain. Di dalam kes saya, tiada putih hitam yang page itu adalah page syarikat. Malah, saya yang buat page untuk bisnes jualan saya sendiri.
Kebiasaannya, jika saya mengurus tadbir page, saya akan meminta diberikan akses penuh, ini memudahkan saya untuk terus menguruskan page termasuklah menambah admin tanpa menunggu arahan bos. Mudah kerja saya juga kerana majoriti boss page saya tidak mahir IT.
Jika memerlukan admin/staff baru, mereka juga tidak tahu bagaimana caranya untuk tambah admin, apatah lagi meluangkan masa.
Alhamdulillah, belum ada lagi kes aniaya yang pernah berlaku setakat ini. Namun kita faham semua orang perlu berhati-hati, jika anda tidak percaya staff atau admin itu sepenuhnya, bolehlah memberi akses yang diperlukan sahaja. Lain kali akses tersebut boleh diubah. Jangan risau
Contoh Admin bagi Page NGO Amal Till Jannah.
Kelebihan Akses Akaun Admin Page FacebookKelebihan utama memberikan akses page roles ini kepada user yang lain adalah security. Ibarat anda sedang sewa rumah beramai-ramai, dan seorang sahaja pegang kunci rumah. Apa akan jadi?
Ya. Nak kena tunggu pemegang kunci balik dulu.
Bergaduh.
Last-last yang marah tu, tukar je tombol rumah. Habislah semua orang kan?
Begitu juga dengan akaun Page Facebook anda, jika untuk persendirian, kita faham tiada orang boleh akses, tetapi untuk syarikat, persatuan dan lain-lain tujuan penubuhan akaun page ini, akan ada ramai admin. Kesemuanya jelas tugas dan fungsi masing-masing. Jadi setiap orang mempunyai akses peribadi tersendiri yang boleh melihat, memantau dan menguruskan page tersebut.
Anda tidak boleh memberikan password atau username akaun Facebook personal untuk orang lain keluar masuk. Itu bukan caranya, malah apabila pihak Facebook perasan perkara ini, anda bakal kehilangan page anda dan tidak boleh merayu semula untuk mendapatkannya.
Maka anda terpaksalah membuat page baru, gara-gara kesilapan yang mudah.
Bagaimana? Sudah berjaya menambah admin / page roles Facebook anda?
Tahniah
Semoga entri ini memberi manfaat kepada anda semua.
Emme Marina, suri rumah sepenuh masa (WAHM), memiliki M.Sc. dalam Kimia Industri. Penulis dan usahawan yang aktif, mengikuti pelbagai kursus penulisan dan bisnes. Menghasilkan beberapa buah e-book, seperti "Panduan Bisnes di Shopee." Pengalaman 12 tahun berniaga secara online. Kini aktif sebagai blogger, peniaga jam azan, al Quran digital, emas orodesign serta perunding harta perwarisan Islam. Ingin dapatkan khidmat servis dan produk jualan, bolehlah hubungi saya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.emmemarina.com/2024/05/tutorial-page-roles-facebook.html