Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran Ini Sebabnya Cara Atasi


Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran? – Ini Sebabnya & Cara Atasi 
Baru-baru ini, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024. 
Tujuannya adalah bagi menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli. 
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
BACA JUGA: e-KYC – Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3
Penstrukturan Semula Akaun KWSP Merujuk laman web rasmi KWSP, penstrukturan semula akaun KWSP ini adalah seperti berikut:
Akaun ahli akan distruktur semula daripada dua (2) akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2 kepada tiga (3) akaun. 
Ini bermakna setiap ahli akan mempunyai tiga akaun seperti berikut:
Akaun 1: Akaun Persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan.  Akaun 2: Akaun Sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan.  [BARU] Akaun 3: Akaun Fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek. Simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli. Apa Itu Akaun Fleksibel? – Pengenalan  Akaun Fleksibel atau Akaun 3 KWSP adalah akaun baharu yang terdiri daripada 10% jumlah simpanan ahli. Akaun ini bertujuan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. 
Simpanan Akaun Fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh KWSP. 
Walau bagaimanapun, KWSP menggalakkan pengeluaran cuma digunakan pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.
Peratusan Agihan Caruman  Semua caruman selepas 11 Mei 2024 akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut: 
75% ke dalam Akaun Persaraan 15% ke dalam Akaun Sejahtera  10% ke dalam Akaun Fleksibel Setelah penstrukturan semula akaun dilaksanakan, baki sedia ada dalam Akaun 1 dan Akaun 2 akan kekal dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera masing-masing. Sementara itu, Akaun Fleksibel akan bermula dengan baki sifar.
Pindahan Amaun Permulaan Ke Akaun Fleksibel Setiap ahli boleh memindahkan sebahagian daripada baki simpanan Akaun Sejahtera mereka ke Akaun Fleksibel sebagai amaun permulaan berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam Akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli.
Namun, sekiranya ahli tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, maka tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera. Akaun Fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.
Tempoh Membuat Pindahan Dari Akaun Sejahtera (Akaun 2) ke Akaun Fleksibel Ahli boleh membuat pilihan untuk pindahan amaun permulaan ke Akaun Fleksibel sebanyak satu (1) kali sahaja bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 31 Ogos 2024. 
Permohonan pindahan ini TIDAK BOLEH DIBATALKAN setelah diproses. 
Cara Membuat Pindahan Ke Akaun Fleksibel Anda boleh membuat pilihan pindahan ini melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.
Rujuk video di bawah:
Pengeluaran Akaun Fleksibel Anda boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel pada bila-bila masa melalui aplikasi KWSP i-Akaun. 
Setelah permohonan diproses dan diluluskan, bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda. 
Had pengeluaran minimum yang dibenarkan adalah RM50.
NOTA: Anda boleh membuat Pengeluaran Akaun Fleksibel sebaik sahaja Akaun Fleksibel mempunyai simpanan minimum RM50, sama ada selepas pindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera telah dibuat atau setelah pengkreditan caruman baharu.
Syarat-syarat Pengeluaran Warganegara & Bukan Warganegara​ Belum mencapai umur 55 tahun Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50 Panduan Permohonan Pengeluaran Akauan Fleksibel Saluran Permohonan Pengeluaran Aplikasi KWSP i-Akaun Portal Web i-Akaun (Ahli) Pejabat KWSP Akaun Fleksibel Tidak Layak Pengeluaran – Kenapa Tidak Layak? Terdapat beberapa sebab pencarum tidak layak membuat pengeluaran daripada akaun fleksibel. Antaranya ialah:
1. Tidak mematuhi syarat-syarat pengeluran yang ditetapkan oleh KWSP seperti baki dalam Akaun Fleksibel kurang dari jumlah pengeluaran minima RM50.
Cara Atasi: Rujuk semula syarat-syarat pengeluaran.
 
2. Tidak membuat pemindahan wang dari akaun sejahtera ke akaun fleksibel. – PENTING! Anda perlu membuat pindahan ke Akaun 3 (Akaun Fleksibel terlebih dahulu) sebelum membuat pengeluaran. 
Cara Atasi: Pencarum perlu membuat pemindahan wang terlebih dahulu dari akaun 2 ke akaun 3.Selepas tempoh 3 hari bekerja baru boleh buat pengeluaran. 
Anda boleh membuat pindahan melalui aplikasi KWSP i-Akaun atau melalui Self-Service Terminal (SST) di Pejabat KWSP bermula 12 Mei 2024.
Ringkasan Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP APENDIKS-PENSTRUKTURAN-SEMULA-AKAUN-KWSP-UNTUK-MENANGANI-KEPERLUAN-KITARAN-HAYAT-AHLI_25.4.2024-1Download Maklumat Lanjut Dapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai Penstrukturan Semula Akaun KWSP, anda boleh rujuk pautan-pautan berikut:
https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp-  https://www.kwsp.gov.my/ms/w/info-akaun-3-kwsp  https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel Kenyataan media: https://www.kwsp.gov.my/ms/w/penstrukturan-akaun-kwsp- Soalan Lazim (FAQ) Akaun 3 : https://www.kwsp.gov.my/ms/penstrukturan-akaun Jangan lupa ikuti media sosial rasmi KWSP:
Facebook : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/akaun-fleksibel-tidak-layak-pengeluaran/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=akaun-fleksibel-tidak-layak-pengeluaran

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pindahan Akaun Fleksibel Syarat Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3

Pindahan Akaun Fleksibel Syarat Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3

papar berkaitan - pada 16/5/2024 - jumlah : 348 hits
Pindahan Akaun Fleksibel Syarat Cara Buat Pindahan Ke Akaun 3 Seperti yang kita ketahui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP yang telah berkuat kuasa sejak 11 Mei 2024 yang lalu Penstruk...
Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 4/5/2024 - jumlah : 283 hits
Cara Mengatasi Rambut Gugur Rambut gugur adalahyang dialami oleh banyak orang di seluruh dunia Hal ini berlaku disebabkan pelbagai faktor Dalam perkongsian artikel pada hari ini saya akan membahas lebih lanjut tentang faktor rambut gugur da...
E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

E Kyc Syarat Pengeluaran Kwsp Rm250 Ke Atas Bagi Akaun 3

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 372 hits
e KYC Syarat Pengeluaran KWSP RM250 Ke Atas Bagi Akaun 3 Tentu ramai dah mohon pemindahan ke Akaun 3 Akaun Fleksibel mulai 12 Mei 2024 untuk tujuan pengeluaran nanti kan Menerusi aplikasi KWSP i Akaun ia memaklumkan pencarum hanya boleh mem...
Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

Penerangan Akaun 3 Kwsp Syarat Dan Cara Keluar Duit Kwsp Akaun 3

papar berkaitan - pada 12/5/2024 - jumlah : 416 hits
Penerangan Akaun 3 KWSP Syarat dan Cara Keluar Duit KWSP Akaun 3 16 KWSP umum akaun 3 KWSP sebagai inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP bermula 12 Mei 2024 untuk tambah baik keselamatan pendapatan persaraan dalam masa yang sama memenuh...
Komen Godaan Boleh Mengaburkan Sebab Sebenar Di Sebalik Akaun Fleksibel 3 Kwsp

Komen Godaan Boleh Mengaburkan Sebab Sebenar Di Sebalik Akaun Fleksibel 3 Kwsp

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 259 hits
Korang bisa menarik RM250 sehari sehingga mencapai baki minima hanya untuk membeli telefon bimbit yang mahal sekarang Akaun Fleksibel 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sudah boleh diakses Penting untuk diingat bahawa KWSP memperkenalkan Akau...
Elon Musk Ungkap Cara Mudah Atasi Krisis Air Dalam Forum Wwf Ke 10 Di Bali

Elon Musk Ungkap Cara Mudah Atasi Krisis Air Dalam Forum Wwf Ke 10 Di Bali

papar berkaitan - pada 20/5/2024 - jumlah : 170 hits
Elon Musk optimistis tentang masa depan dunia berkat sejumlah pembaharuan teknologi
Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

papar berkaitan - pada 17/5/2024 - jumlah : 412 hits
Jika anda mempunyai sebuah Facebook Page khas untuk persatuan perniagaan tidak kiralah apa juga sebab anda create sesebuah akaun Akaun ini akan memerlukan admin untuk menjaganya Apakah maksud Admin atau Page Roles Facebook Secara ringkas ad...
3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

3 Cara Menuju Ikn Ibu Kota Negara Baru Indonesia

papar berkaitan - pada 9/5/2024 - jumlah : 355 hits
BloggerBorneo com Indonesia tengah bersiap menuju babak baru sejarahnya dengan pemindahan Ibu Kota Negara dari Jakarta ke Kalimantan Timur IKN yang diberi nama Nusantara ini akan menjadi pusat pemerintahan dan perekonomian masa depan Indone...
Cara Belajar Senang Faham Dan Efektif

Cara Belajar Senang Faham Dan Efektif

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 309 hits
Cara belajar boleh bervariasi sesuai dengan dan gaya belajar masing masing Beberapa tips umum meliputi jadual belajar yang teratur dan sistematik suasana belajar yang nyaman penggunaan pelbagai sumber pelajaraan mmebuat perbincangan dengan ...
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru

Merancang Masa Depan Adalah Satu Pelaburan

Nurul Izzah Mooted 2nd Deputy President S Post Says Rafizi